CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 18, 2010

Photo post Second Meeting MAfinACT '10 With ATM





Pada Jumaat 16 Julai 2010, suatu mesyuarat MAFinACT '10 telah diadakan di SDEV di mana setiap Perkhidmatan ATM telah hadir iaitu wakil Tentera Darat, wakil Tentera Laut, wakil Tentera Udara, wakil Wataniah UIAM Lt Wan Rizaila wakil Palapes Udara UIAM (Mejar Roslan dan Kapten Mas) dan wakil Suksis UIAM Puan Ramlah serta dan Mejar Azhar - pengerusi majlis . Turut hadir bersama tetapi tiada dalam gambar-gambar di atas saudara Ghaffur, Sahril, Faruqi, Amir Hafiz, Lotfi, PM Nasrul, Omar, Fatih, Syazwan, Oja, Hafiza Musa dan yang lain-lain.(maaf xberapa nak ingat la yang lain-lain huhu)

Photo post Latihan Tempatan 2010 Siri 16 hingga 20






Coretan Latihan Tempatan Siri 20 / 2010



Latihan Tempatan Siri 20/ 2010 pada 18 Julai 2010 telah menyaksikan kecergasan atau fitness 3 anggota UIAM yang telah mendapat tempat pertama iaitu Pbt Omar, runner-up Pbt El-Ridzuan dikuti Lkpl Najib dalam acara larian lebih kurang 400m mengelilingi tasik Taman Bukit Keramat pada sesi PT disebelah pagi. Mereka telah menunjukkan larian bersemangat dihadapan orang ramai yang beriadah disitu untuk membuktikan askar wataniah juga setanding askar regular melalui kecergasan yang mereka miliki. Setelah tamat sesi PT,

Saturday, July 17, 2010

Coretan Latihan Tempatan Siri 19 / 2010


Pada 17 Julai 2010, Latihan Tempatan Siri ke 19 / 2010 telah diadakan di Kem 515 Askar Wataniah yang sepatutnya menjadi lawatan latihan ke Firepower demonstration di Kem Asahan. Tetapi setelah dimaklumkan hari kejadian yang sebenar adalah pada 20 Julai iaitu hari Selasa dimana menyaksikan ramai anggota daripada pelbagai agensi terutama pelajar-pelajar tidak dapat menghadiri lawatan latihan tersebut. Pada latihan tempatan siri 19 ini, mereka telah mempelajari beberapa pelajaran seperti ronda dan PMI disebelah pagi dan operasi-operasi PMI, serangan khemah musuh, prinsip-prinsip pengkalan serta teori dan praktikal menduduki pengkalan pada sebelah petang. Mereka juga telah mendapat

Friday, July 16, 2010

Sejarah Askar Wataniah Malaysia






sejara2.jpg (6549 bytes)Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah suatu angkatan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Sukarela yang bersama-sama Tentera Darat dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.

Briefing Kelas CCWT Semester I 10/11

Seramai lebih kurang 60 pelajar baru telah mendaftarkan diri untuk menyertai kelas CCWT bagi semester I 10/11 ini dan pada 14 Julai 2010 suatu briefing telah diadakan di Admin LT 1 yang dihadiri oleh Lt Wan Rizaila Wan Mamat Saufi dan Lt Rossa Baharom serta anggota-anggota CCWT termasuk muka-muka baru  yang akan mendaftarkan diri sebagai anggota CCWT. Pada malam tersebut seramai lebih kurang 25 muka baru dapat menghadiri briefing yang dikendalikan oleh chairperson Pbt Nur Hafiza Musa. Apa yang menarik pada malam tersebut ialah

Thursday, July 15, 2010

Anggota UIAM Mengambil Peluang Berlatih Bersama Tentera Australia



Ex-Haringgaroo Siri 61/ 2010 telah disertai seramai 11 orang anggota daripada UIAM yang terdiri daripada 2 orang Lans koperal dan 9 Prebet. Mereka adalah Lkpl Wan Nurul Izza bte Wan Husin,  Lkpl  Ahmad Firdaus bin Muhammad, Pbt Umar bin Ismail, Pbt L Mohd Asharafi bin Mohd Rofiek, Pbt Abdul Ghaffur bin Hassan, Pbt Lukman bin Ahmad Rosdi, Pbt Mohammad Faruqi bin Hamdan, Pbt Suhana bte Othman, Pbt Mohammad Farid bin Ramlan, Pbt Muhamad Amir Hafiz bin Ahmad Mohrodi, dan Pbt Mohd Syazwan bin Abdul Halim. Banyak pengalaman yang diperoleh melalui latihan ini kerana latihan ini melibatkan serangan peringkat kompeni. Selama yang biasa anggota belajar adalah hanya serangan peringkat seksyen dan platun, jadi beruntunglah kepada mereka kerana berpeluang menyertai latihan sebegini yang melibatkan tentera Australia. Pengalaman yang mereka telah peroleh harus dihargai dan dikongsikan bersama anggota-anggota yang lain yang tidak berpeluang turut serta dalam latihan hebat sebegini. Daripada Kelab Nadi@watan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan kompeni mereka. =)

Pranita UIAM Dianugerah Penuntut Keseluruhan dan Akademik Terbaik

Kursus Asas Perajurit Muda (KAPM)  Siri 1/ 2010 diadakan pada 12 April 2010 sehingga 11 Mei 2010 disertai lebih kurang 30 orang anggota UIAM telah mencatat sejarah baru dalam Kelab Nadi@watan apabila 2 orang perajurit muda pranita UIAM iaitu Perajurit Muda 6212453 Nurul Syamira Bt Sahfie(Engine - Manufacturing) telah berjaya mengungguli anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik manakala Perajurit Muda 6212450 Noor Hannah Bt Sulaiman(Engine) dianugerah Penuntut Akademik Terbaik KAPM Siri 1/ 2010. Syabas kepada mereka berdua atas segala kesabaran dan kesungguhan yang dipamerkan sepanjang kursus dijalankan. 

Di dalam gambar dari kiri Izzati, Rozahirah, Hannah, Saudah.



                            Berbaris sebelum menerima barang-barang rekrut di Salahuddin Square (SS).
                                               Di barisan hadapan no 5 dari kiri ialah Syamira.

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua dan perajurit-perajurit muda yang lain kerana mereka mampu mengharungi 30 hari kursus dengan jayanya tanpa seorang pun daripada anggota UIAM yang menarik diri daripada kursus. "You all have earned it. Be proud" - bak kata Tuan Wari. 

Photo post Latihan Tempatan 2010 Siri 11 hingga 15





















Photo post Latihan Tempatan 2010 Siri 6 hingga 10



Tuesday, July 13, 2010

Photo post Latihan Tempatan 2010 Siri 1 hingga 5

Monday, July 12, 2010

Baju Executive F1 Wataniah UIAM




Baju F1 ini wajib dipakai setiap hari Selasa oleh anggota kelas CCWT UIAM mulai semester I 10/11 ini. Cara memakainya bagi lelaki adalah dengan cara 'tuck in' dipakai bersama seluar slack hitam bertali pinggang hitam berkepala kosong @ tiada apa-apa simbol seperti superman/tengkorak serta berkasut kulit hitam kilat. Bagi perempuan pula tidak perlu tuck in dan bertudung hitam sahaja.

Saturday, July 10, 2010

Siapa Hero Black Hawk Down??





Program anjuran Pasukan Palapes Udara UIAM ini turut dihadiri unit Wataniah dan Suksis dimana penceritaan semula daripada pegawai-pegawai mengenai keadaan sebenar semasa di somalia dahulu dan apa yang difilemkan dalam filem adalah berbeza. Kami sungguh terkejut apabila diberitahu hero sebenar didalam misi menyelamat rangers USA adalah kita tentera Malaysia.

Doa Selamat SAA

Alhamdulillah, pada awal semester II 09/10 yang lalu, 3 badan beruniform Wataniah, Suksis dan Palapes boleh disatukan dalam satu dewan MPH melakukan ibadah dan doa selamat bersama-sama. Disini lah titik permulaan penyatuan badan-badan beruniform melalui program tersebut yang dirancang bersama-sama oleh AJK terlibat. Pekerjaan menjadi mudah apabila semua AJK terdapat pada mahallah yang sama jadi lokasi perbincangan adalah berdekatan dengan mahallah seperti di cafe SAA dan sekitarnya.
Setelah bersolat kita juga berpeluang mendengar tazkirah seterusnya ucapan mahallah principal SAA.

Ada apa dengan Hari selasa dengan Wataniah ??

Setiap pagi hari Rabu mulai semester II 09/10, baris pagi atau assembly unit-unit beruniform telah diadakan bersama-sama di Salahuddin Square (SS). Unit seperti Wataniah, Palapes dan Suksis telah digabungkan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, UIAM dan bacaan ikrar serta doa. Memang meriah di SS setiap pagi Rabu tersebut dan oleh sebab terlalu ramai anggota pagi itu memang nampak lah sehelai-sehelai yang datang lambat. Tetapi persoalan yang sering dilontarkan kepada anggota pagi tersebut kenapa dah ramai tapi nyanyi tak bersemangat??. Sepatutnya kita kena rasa malu dan tak layak

Bila Nak Dapat Full-Set Pakaian No 3 ni ??

Gambar disebelah di ambil semasa sesi penyerahan barangan aksesori pakaian no 3 tentera darat di MPH mahallah Salahuddin Al Ayyubi. Ramai juga yang hadir seperti Hasbi, Faiz, Sahril, Omar, Syazwan, Farid, Lotfi, Naqi dan Zuhairi termasuk Kpl Helang Tanah Melayu (bukan nama sebenar). 

Semua nampak gembira pada masa kehadiran awal-awal. Rasa 'excited' nak dapat full set pakaian no 3. Antaranya kasut potong, lencana bahu, baju, seluar dan ada juga yang nak tukar baju sebab x fit dengan badan. Pada sesi itu juga Tuan Wari turut hadir. Tetapi...

PUSWATAN

Pada peringkat awal, Kursus Bakal Pegawai Sukarela Askar Wataniah dijalankan di AFSI(Armed Forces School of Instructor) di Tanjung Keling, Melaka. Apabila AFSI ditutup, latihan bakal pegawai dijalankan di Port Dickson dan kemudiannya di Kem Seputih, Batu Gajah, Perak pada bulan Januari, 1961 dengan kekuatan seramai 3 pegawai dan 15 lain-lain pangkat menjadi jurulatihnya dengan diketuai oleh Lt Kol Ariffin. Tertubuhnya pusat Latihan Seputih ini adalah berikutan dari tertubuhnya Home Guard dalam bulan Jun 1952.

Konsep Pembangunan Askar Wataniah Malaysia

Pada amnya konsep pembangunan Pasukan Simpanan adalah berlandaskan Konsep Angkatan Menyeluruh (Total Force) di mana pada hakikatnya harus mengandungi dua komponen iaitu Simpanan Angkatan Tetap (SAT) dan Angkatan Sukarela atau AW. Pasukan Simpanan yang dibentuk secara kerangka (framework) hendaklah berkemampuan berkembang dalam masa yang singkat bila keadaan memerlukan. Dalam hal ini, Pasukan AW bukan sahaja menjadi sumber tenaga manusia bagi menampung kekurangan Anggota Tetap bahkan juga untuk melaksanakan misi yang sama seperti Angkatan Tetap dalam menjamin keselamatan negara. Perkembangan ini adalah bersesuaian dengan matlamat untuk mewujudkan sebuah Angkatan Tentera yang seimbang selaras dengan profil "Deteren" negara.

Konsep pembangunan AW Tahun 2000 yang telah ditetapkan oleh TD adalah seperti berikut:
Pasukan Simpanan TD akan mengandungi dua elemen iaitu anggota Sukarela dan anggota Simpanan Tetap (reservist).
Anggota AW adalah sebagai tenaga pengganti kepada anggota tetap.
Unit-unit dan subunit Pasukan Simpanan TD akan mempunyai organisasi yang sama dengan Angkatan Tetap.
Konsep integrasi dan afiliasi akan tetap diamalkan.
Pasukan AW akan mempunyai semua kor kecuali KPA dan KAGAT.
Unit-unit Pasukan AW akan diletakkan di bawah pemerintahan Markas Formasi tempatan dan diletakkan di bawah kawalan teknikal Jabatanarah kor masing-masing.

Tempoh Perkhidmatan Dalam Sesuatu Pangkat

Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) 4/72 telah menetapkan syarat-syarat kenaikan pangkat pegawai-pegawai sukarela seperti berikut:





Kenaikan PangkatKursus KerjayaSyarat Kenaikan
Lt M ke LtKetua Platun (S)
Senjata Bantuan (S)
2 tahun perkhidmatan dalam pangkat Lt M
Boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat Lt secara cepat setelah berkhidmat 3 tahun dalam pangkat Lt M
Lt ke KaptStaf dan Taktik Gred 3 (S)
4 tahun perkhidmatan dalam pangkat Lt. Boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat Kapt secara cepat setelah berkhidmat 3 tahun dalam pangkat Lt
Kapt ke MejKetua Kompeni (S)
5 tahun perkhidmatan dalam pangkat Kapt. Boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat Mej secara cepat setelah berkhidmat 3 tahun dalam pangkat Kapt.
Mej ke Lt KolPegawai Kanan (S)6 tahun perkhidmatan dalam pangkat Mej.
Boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat Lt Kol secara cepat setelah berkhidmat 4 tahun dalam pangkat Mej
Lt Kol ke Kol-Telah 2 tahun perkhidmatan memuaskan dalam pangkat Lt Kol
Kol ke Brig Jen-Sekurang-kurangnya 1 tahun berkhidmat sebagai Kol.

Senarai Pengarah-Pengarah dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan

PENGARAH ASKAR WATANIAH MALAYSIA
PENGARAH ASKAR WATANIAH PERTAMA
Kolonel Dato' Yeop Mahidin Bin Mohamed Shariff (1958-1963). Dilahirkan pada 20 Feb 1918 di Kampong Lambor Kiri, Parit, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Lambor Kiri dan seterusnya ke Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Apabila Askar Wataniah ditubuhkan, Kolonel Dato' Yeop Mahidin Bin Mohamed Shariff telah dilantik sebagai pengarah yang pertama. Kolonel Dato' Yeop Mahidin Bin Mohamed Shariff telah meninggalkan bidang ketenteraan pada bulan Nov 1963 dan menjadi Pegawai Daerah di Kuala Lipis. Beliau seterusnya telah dilantik sebagai Setiausaha Kanan Kementerian Kebajikan Masyarakat pada tahun 1965. Beliau telah meninggal dunia kerana sakit tua pada tahun 1999.
pengarah1.gif (6385 bytes)


Sejarah Ringkas Bahagian Pasukan Simpanan (BPS)

Sejajar dengan pembesaran Tentera Darat, Pasukan Sukarela telah disusun semula dengan menggubal undang-undang TA Ordinance, TA (Terms of Services) Regulation 1959 dan TA (Pays and Allowances) Rules 1959 dan seterusnya menubuhkan secara rasmi Cawangan Askar Wataniah (AW) pada 1 Jan 1959. Pengarah pertama Cawangan AW ialah Kol Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff.

Bagi mentadbir dan menguruskan Pasukan Sukarela yang semakin berkembang pesat, Jabatanarah Askar Wataniah (JAW) ditubuhkan di Departmen Tentera Darat pada tahun 1978. Ianya disusun semula agar dapat berperanan sebagai sebuah Cawangan Pasukan Simpanan dengan lebih efektif selaras dengan peranan dan tugas sebenar AW. JAW diketuai oleh seorang pegawai yang berpangkat Brig Jen dengan gelaran Pengarah JAW.

Dengan pengstrukturan baru dan bidang tugas yang semakin bertambah ekoran peningkatan anggota sejajar dengan sasaran AW ke arah 80,000 anggota. Pada tahun 1994, JAW telah ditukarkan kepada Bahagian Pasukan Simpanan (BPS). Bahagian ini juga diketuai oleh seorang pegawai yang berpangkat Brig Jen dengan gelaran Asisten Panglima Pasukan Simpanan (AP PS). Kajian penstrukturan masih lagi dibuat bagi menampung keperluan rancangan dan pelaksanaan tugas yang kian meningkat. Perubahan struktur ini perlu menyamai Markas Tentera Darat (TD) supaya sistem pengurusan dan latihan Pasukan Simpanan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Lambang, Cogan Kata, Lagu Askar Wataniah.

Lambang Askar Wataniah adalah seperti berikut:

Bentuk logo adalah bentuk perisai.
Warna yang digunakan adalah warna emas pada keseluruhan logo.
Motto dalam tulisan jawi "Berkhidmat Untuk Negara".
Konsep Lakaran
Bunga Padi – Perpaduan, keharmonian dan kerjasama di kalangan semua perkhidmatan ATM.
Keris dan Parang – Kepahlawanan dan keperwiraan sentiasa dijunjung demi agama, bangsa dan negara.
Bulan dan Bintang – Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Friday, July 9, 2010

Khairy Jamaluddin Sertai Askar Wataniah

Khairy tamat latihan askar wataniah

Mei 25, 10 4:01pm
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menamatkan latihan sebagai askar Wataniah selepas menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.

Thursday, July 8, 2010

Ikrar Kesatria, Kor/Rej, Pakaian TD

IKRAR KESATRIA

Kami berikrar:

1. Beriman kepada Tuhan dan bertaqwa kepadaNya
2. Setia kepada negara & sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah
3. Memegang teguh disiplin tentera & sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
4. Mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas
5. Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.

Sultan Muhammad al-Fatih & Pembukaan Costantinople

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Lahirnya Tokoh Agung- Iskandar Zulkarnain

Dia dilahirkan diMacedonia. Kepadanya dikurniakan Allah otak yang pintar, fikiran yang panjang dan berbagai-bagai ilmu pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu teknik dan kimia.
Dari semenjak dia masih kecil, hatinya sudah tidak enak melihat perang yang selalu timbul antara Timur (Kerajaan Persia) dengan Barat (Kerajaan Rum). Perang yang tidak henti-hentinya dan tahun ke tahun, malah dari abad ke abad, yang telah menewaskan ribuan manusia dan merosakkan bumi, menghancurkan banyak harta benda.

Khalid Al-Walid || Pedang Allah ||

Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'

Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.

Barat kagumi kehebatan Salahuddin al-Ayyubi

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.

Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Panglima ATM sekarang, Tan Sri Azizan Ariffin

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM telah memegang jawatan Panglima Tentera Udara mulai 30 November 2006.Dilahirkan di Yan, Kedah pada 25 Oktober 1952. Anak kelahiran negeri Jelapang Padi Malaysia ini mula menyertai Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) pada 15 Okt 1970. Beliau menamatkan latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera DiRaja dan ditauliahkan sebagai Pilot Officer pada 16 Apr 1971,kemudian diserapkan ke Cawangan Kawalan Trafik Udara.Beliau telah menjalani kursus asas dan lanjutan Kawalan Trafik Udara di Australia pada tahun 1971 dan 1973. Tugas pertama yang beliau sandang adalah sebagai Pegawai Kawalan Lalulintas Udara di Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Seterusnya

Pengasas Wataniah Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff

Pengarah Askar Wataniah yang pertama, telah dilahirkan pada 20 Feb 1918 di Kampung Lambor Kiri, Parit, Perak. Beliau adalah anak kepada seorang Pegawai Kastam. Mendapat pendidikan awal di Lambor Kiri dan seterusnya di Sekolah Anderson, Ipoh dari tahun 1928 hingga 1937. Semasa bersekolah, beliau amat aktif di dalam sukan. Beliau pernah menjadi johan di dalam acara Tinju Amatur Perak dalam kategori `Bantam Weight'.Beliau juga pernah mewakili Perak dalam sukan bolasepak, hoki dan kriket. Beliau adalah pemukul kriket terbaik dan pernah menerima gelaran `Batsman of the year'.Beliau mempunyai cita-cita untuk memasuki Rejimen Askar Melayu DiRaja tetapi telah dihalang oleh guru besarnya L.D Whitfield yang menasihati beliau memasuki perkhidmatan pegawai kanan kerajaan.

Ujian Kecergasan Asas - UKA

Ujian kecergasan di dalam Tentera Darat mula dikuatkuasakan pada 1 Jan 1984. Ujian ini merangkumi Ujian Kecergasan Asas (UKA) dan Ujian Kecergasan Jasmani (UKJ).

Objektif utama pelaksanaannya adalah untuk menilai dan mempertingkatkan tahap kecergasan jasmani anggota-anggota TD agar ia bersesuaian dengan keperluan penugasan untuk mencapai matlamat organisasi.

Kemudahan, Latihan dan Elaun

Kemudahan Askar Wataniah

Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Askar Wataniah ?

-->Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.
-->Mengisi masa lapang.
-->Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih.
-->Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.
-->Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.
-->Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.
-->Elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72 jam dan perkhemahan tahunan.
-->Bounti/Saguhati tahunan.
-->Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.
-->Elaun Perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.
-->Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
-->Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
-->Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang berkaitan bagi mereka yang layak.
-->Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana Anggota Tetap.
-->Layak memperolehi kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Askar Wataniah.


    Pasukan - pasukan Wataniah

    Pasukan-Pasukan Wataniah

    PASUKAN-PASUKAN ASKAR WATANIAH

    1. Askar Wataniah (AW) telah diorganisasikan dan distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:
    Elemen Tempur.
    Elemen Bantuan Tempur.
    Elemen Bantuan Perkhidmatan.
    Elemen Pakar.
    Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).

    Sejarah Wataniah

    Sejarah Wataniah

    1. Pasukan sukarela telahpun wujud di Tanah Melayu sejak tahun 1861 dengan penubuhan pasukan sukarela yang dinamakan 'Penang Volunteer'. Pada tahun 1902, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula menubuhkan unit sukarelanya yang dikenali sebagai 'Malay State Volunteer Rifles' (MSVR). Pasukan sukarela tersebut terus berkembang dan beberapa pasukan baru telah ditubuhkan dengan gelaran 'Malay Federated Malay States Volunteer Force' (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan 'Straits Settlement Volunteer Force' (SSVF). Apabila tercetusnya Perang dunia Kedua, semua pasukan sukarela yang wujud telah sama-sama berganding bahu dengan Angkatan Tetap menentang tentera Jepun di Malaya. Selepas perang dunia kedua pasukan-pasukan sukarela yang telah wujud telah dihidupkan semula. Apabila tercetus darurat di tanah air pada tahun 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan yang penting sepanjang masa darurat tersebut.

    PERINTAH ULUNG PANGLIMA TENTERA DARAT KE-23








    PERINTAH ULUNG
    PANGLIMA TENTERA DARAT KE-23

    بسم الله الرحمن الر حيم
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

    Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah Subhanahu Wataala; Tuhan sekelian alam; selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu’ Alaihi Wassalam.

    Alhamdulillah, saya melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan kurnia dan inayah-Nya jua, maka saya telah dimandatkan untuk memimpin Tentera Darat Malaysia sebagai Panglima Tentera Darat ke 23. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Yang Berhormat Menteri Pertahanan Malaysia serta seluruh pucuk kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia kerana telah memberi penuh kepercayaan untuk saya menerajui Tentera Darat. Saya juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia kerana telah memperkenankan perlantikan ini. Saya juga merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Darat dan rakan-rakan di atas doa mereka.

    Sesungguhnya perlantikan ini adalah satu mandat, amanah dan tanggungjawab yang besar dan saya menerimanya dengan penuh keinsafan dan kesedaran. Saya berjanji akan memikul kepercayaan yang diamanatkan ini dengan sebaik-baiknya demi Institusi dan Tanahair yang tercinta. Saya sentiasa memohon kehadrat Allah Subhanahu Wataala agar dikurniakan keimanan dan kekuatan dalam usaha saya melaksanakan tugas dengan penuh kesempurnaan. Saya juga bertekad untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dipelopori oleh Panglima-Panglima yang terdahulu.

    Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail bin Haji Jamaluddin selaku Panglima Tentera Darat yang lepas, di atas khidmat bakti serta sumbangan beliau yang telah meninggalkan landasan yang kukuh untuk saya meneruskan usaha kecemerlangan Tentera Darat kita.

    Para Perwira, Bintara, Petanda dan Perajurit Yang Saya Kasihi

    Senario keselamatan dunia dan serantau masa kini menuntut tahap pengorbanan yang lebih tinggi dari kita semua. Kita tidak boleh lagi bersandarkan kepada kejayaan-kejayaan lampau sebagai pengukur bagi menghadapi cabaran-cabaran baru dalam senario dunia yang lebih kompleks dan penuh ketidaktentuan. Oleh yang demikian, Tentera Darat telah dan akan terus melaksanakan anjakan demi anjakan untuk menentukan ianya tetap relevan dan selari dengan senario dan keperluan semasa. Untuk memastikan kemantapan keupayaan Tentera Darat tetap terjamin, Pemerintahan saya akan memberi keutamaan dalam mewujudkan keseimbangan yang sejati di antara MAN, MACHINE dan METHOD yang akan saya perkukuhkan dengan unsur-unsur kejiwaan (the intangibles).

    Untuk mencapai objektif ini, Pemerintahan saya akan mengutamakan dua dimensi penting dan akan memberi fokus kepada lima teras yang akan mendokong kedua-dua dimensi yang dimaksudkan.

    DIMENSI PERTAMA: KESIAGAAN KEUPAYAAN TEMPUR

    Pembangunan keupayaan Tentera Darat akan terus dibangun berdasarkan Pelan Pembangunan Strategiknya, ARMY 2 10 Plus 10. Keupayaan Tempur bergantung kepada trilogi MAN, MACHINE dan METHOD. MAN atau sumber manusia adalah aset terpenting. Justeru itu, kita mesti menentukan kita semua mempunyai kemahiran dan pengetahuan tinggi dalam pengendalian serta pengurusan MACHINE atau sistem-sistem termasuklah sistem logistik dan latihan angkatan darat. Doktrin, polisi dan arahan atau METHOD adalah merupakan pelengkap keupayaan tempur.

    Untuk menentukan kesiagaan keupayaan tempur kita terjamin, Pemerintahan saya mengutamakan latihan. Saya berkehendakkan kita kembali kepada asas (back to basic) dengan mengambilkira apa yang telah kita alami dan pelajari di masa lalu. Justeru itu, architecture latihan kita akan menerapkan konsep Learn, Unlearn dan Relearn bermula diperingkat unit yang paling rendah iaitu seksyen. Adalah menjadi komitmen saya untuk memantapkan lagi infrastruktur serta peralatan latihan termasuklah sistem simulasi tempur. Saya juga menuntut agar semua Panglima, Pemerintah dan Ketua untuk memberi penekanan kepada latihan.

    DIMENSI KEDUA: KUALITI HIDUP

    Saya akan memberikan keutamaan untuk meningkatkan kualiti hidup setiap warga dan keluarga Tentera Darat kerana saya sedar bahawa keselesaan dan kesempurnaan hidup akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produktiviti. Di antara lainnya, ia merangkumi aspek-aspek kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, persekitaran kerja, akses kepada pendidikan dan perkhidmatan perumahan serta kesihatan. Apa yang penting ialah kualiti kehidupan kita tidak boleh ketinggalan di dalam menikmati kemakmuran Negara.

    Selain daripada memantapkan lagi terma-terma Perkhidmatan yang melibatkan perancangan dan pembangunan kerjaya, Tentera Darat akan terus memberi keutamaan dalam pembangunan prasarana. Ianya melibatkan pembinaan kem-kem baru termasuk rumah keluarga dan juga peningkatan kem-kem yang sedia ada. Pembinaan melalui Projek ARMY CARE akan diperluaskan dan dipergiatkan lagi.

    Di samping itu juga Tentera Darat melalui Kementerian Pertahanan sedang berusaha untuk menambah baik insentif serta ganjaran Perkhidmatan.

    Adalah menjadi harapan saya agar warga dan keluarga Tentera Darat menerapkan kecintaan mereka terhadap kecantikan dan kebersihan, kerana ianya akan dapat mewujudkan suasana yang ceria. Environmen yang ceria akan menyumbang kepada Kualiti Hidup. Justeru itu, saya meminta agar kita semua tingkatkan lagi penerapan Budaya Senggaraan (Maintenance Culture).

    Saudara-Saudari Yang Saya Hormati Sekelian,

    Untuk mendokong dua dimensi utama yang diperjelaskan tadi, saya menggariskan lima tiang teras yang berpaksikan kepada unsur-unsur kejiwaan seperti berikut:

    TERAS PERTAMA: KESETIAAN

    Kesetiaan dijadikan sebagai teras pertama kerana ianya adalah yang terpenting. Profesion ketenteraan menuntut kita menerapkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Kesetiaan secara total akan menjadikan kita sebagai satu Angkatan Bersenjata yang utuh dan berkesan. Justeru itu, saya menyeru agar kita sama-sama menjaga serta memelihara ketaatsetian kita kepada Institusi, Raja dan Negara dengan penuh komitmen dan jangan sekali-kali kita membenarkan sesiapapun mempersoalkan ketaatsetiaan kita, warga Tentera Darat Malaysia. Sentiasa lngatlah kepada cogankata kita “GAGAH SETIA”.

    TERAS KEDUA: INTEGRITI

    Sebagai satu angkatan yang telah diamanahkan untuk mempertahan kedaulatan Negara, maka kita, warganya perlulah mempunyai integriti yang tinggi. Saya menyeru agar semua warga Tentera Darat untuk terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Keikhlasan adalah kesucian hati dalam melaksanakan apa jua amanah yang diberi dan tidak menganggap kerja itu sebagai satu bebanan. Kejujuran adalah ketulusan hati dalam melaksanakan tugas-tugas kita serta bersikap positif di samping tidak mempunyai perasaan berbelah bahagi. Kuatkan keikhlasan dan kejujuran kita, kerana ianya akan menghindarkan kita daripada perasaan hasad dengki dan tamak haloba.

    TERAS KETIGA: KESATUAN

    Kesatuan adalah ciri yang sinonim dengan Tentera Darat Malaysia. Justeru itu, saya menyeru setiap warga Tentera Darat agar sentiasa berdiri teguh sebagai satu angkatan dengan berpaksikan kepada semangat setiakawan atau espirit-de-corps dan sifat sayangkan organisasi. Kita mesti sentiasa mempertahankan kesatuan ini dan jangan sekali-kali kita membiarkan mana-mana pihak memecah belahkan kita. Sentiasa ingatlah kepada pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh”

    TERAS KEEMPAT: PENGORBANAN

    Sebagai seorang warga Tentera Darat dan juga sepertimana mereka yang terdahulu daripada kita, kita semua dituntut untuk bersedia mengorbankan jiwa dan raga dalam mempertahankan tanahair tercinta ini. Kita mestilah bersedia untuk menerokai sebarang kepayahan dan kesusahan serta rela menghadapi risiko-risiko yang boleh membahayakan nyawa demi untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab yang murni ini. Pengorbanan ini sememangnya lebih dituntut dari semua Pemerintah dan ketua.

    TERAS KELIMA : KEUNGGULAN

    Untuk menentukan keunggulan Tentera Darat sentiasa terpelihara, saya menyeru kita semua untuk berkhidmat dengan cemerlang. Laksanakanlah tugas serta misi masing-masing dengan sebaik dan sedaya mungkin. Kita adalah profesional, dan sebagai seorang yang profesional kita mesti sentiasa menjaga imej angkatan kita. Demi untuk menentukan Tentera Darat terus unggul, saya menyeru semua lapisan pemerintahan untuk sentiasa muhasabah diri dan menilai pencapaian masing-masing terhadap usaha-usaha kita untuk memperkukuhkan Tentera Darat.

    Para Sahabat Seperjuangan Yang Saya Hormati Sekalian,

    Tentera Darat akan terus melalui proses transformasi dan pemodenan sejajar dengan perkembangan teknologi dan keadaan persekitaran strategik. Pembangunan Tentera Darat akan dilaksanakan secara berperingkat dan terancang. Pendekatan Operating while transforming membolehkan Tentera Darat bergerak maju mengikut arus perkembangan serantau dan global tanpa mengabaikan tanggungjawab yang sedia ada. Berdasarkan kepada perubahan persekitaran yang dinamik, penstrukturan semula Tentera Darat akan mengambil kira konsep dan pembangunan Future Soldiers for Future Battlefield. Program-program pembelajaran kepada pegawai dan anggota yang berteraskan pengetahuan (knowledge-based) akan terus dimantapkan.

    Tentera Darat Malaysia sentiasa mendokong dasar-dasar Kerajaan dan membantu dalam pembangunan Negara Bangsa (Nation Building). Sebagai sebuah organisasi yang komited, Tentera Darat juga akan berusaha untuk memperluaskan skop perkhidmatan dan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dan rakyat jelata. Di samping itu juga, Tentera Darat bertekad untuk mengeratkan lagi silaturahim dan kerjasama di antara mereka yang sedang berkhidmat dengan mereka yang telah meninggalkan Perkhidmatan.

    Akhir kata, saya menyeru seluruh warga Tentera Darat untuk sama-sama merealisasikan matlamat kita demi menjadikan Tentera Darat sebagai satu angkatan yang mendapat sepenuh kepercayaan Kerajaan dan rakyat Malaysia sesuai dengan tema kita, “Tentera Darat Mendukung Aspirasi Rakyat dan Kedaulatan Negara”. Arah dan jalan yang kita akan lalui bukannya mudah. Ianya penuh dengan cabaran serta liku-liku yang memerlukan daya kepimpinan yang efektif, pengurusan yang berkualiti, ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi, ketulusan dan keharmonian organisasi. Marilah kita sama-sama memohon doa dan restu agar Yang Maha Berkuasa Allah Subhanahu Wataala memberikan kekuatan dan mempermudahkan kita dalam menyempurnakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Insya-Allah.



    “GAGAH SETIA”
    “TENTERA DARAT MENDUKUNG ASPIRASI RAKYAT
    DAN KEDAULATAN NEGARA”

    وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    JENERAL DATUK ZULKIFELI BIN MOHD ZIN
    PANGLIMA TENTERA DARAT
    24 MEI 2010

    Profile Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat

    1079294 PEGAWAI WAREN I MUSA BIN HARON
    BAT BSD usasma (USA)
    Beliau dilahirkan pada 17 September 1968 di Kampung Seberang Prai, Masjid Tanah, Melaka. Telah memasuki perkhidmatan Tentera Darat Malaysia pada 23 Jun 1989 dan seterusnya berkhidmat di Batalion Ketigabelas Regimen Askar Melayu Diraja. Disepanjang perkhidmatan, beliau telah menunjukkan sikap dedikasi dan ketekunan kerja yang tinggi dan berusaha dengan gigih untuk meningkat maju dalam kerjaya ketenteraan. Hasil dari kesungguhan dan dedikasi yang telah beliau tunjukkan, dalam tempoh 19 tahun beliau telah berjaya menyandang jawatan sebagai Rejimen Sarjan Mejar Tentera Darat.

    Tarikh - Tarikh Penting





    Tarikh - Tarikh Penting














    <1914 - 1918 >
    Perang Dunia Pertama (WW1)

    <1939 - 1945 >
    Perang Dunia Kedua (WW2)

    <7 Disember 1941>
    Serangan Ke Atas Pearl Harbour

    <8 DISEMBER 1941>
    Tentera Jepun telah masuk Malaya, mendarat di Kota Bharu

    <15 FEBRUARI 1942>
    British telah diisytiharkan kalah kepada Jepun

    <28 FEBRUARI 1942>
    Beberapa orang pegawai dari Pasukan Sukarela telah dijatuhi hukuman bunuh oleh Jepun kerana keengganan mereka menanggalkan pakaian seragam.

    <1948 - 1960>
    Darurat Pertama

    <1965 - 1968>
    Konfrontasi

    <1968 - 1978>
    Darurat Kedua
    (Perjanjian Damai PKM - Kerajaan Malaysia dimeterai tahun 1989)

    <31 OGOS 1957 >
    Hari Kemerdekaan Malaysia

    <16 SEPTEMBER 1963 >
    Hari Penubuhan Malaysia

    <31 JULAI 1961 >
    Hari Pahlawan

    <1 MAC 1933 >
    Hari Tentera Darat

    <1 JUN 1958>
    Hari Penubuhan Pasukan Askar Wataniah

    < 1 FEBRUARI 2002 >
    Hari Ulang Tahun (HUT) R515AW

    <1995>
    Kelab Nadi@watan UIAM Ditubuhkan


    post signature

    Istilah-Istilah





    HUT - Hari Ulang Tahun
    MALBAT - Malaysian Batalion
    MALCON - Malaysia Contigent

    ATM - Angkatan Tentera Malaysia
    TDM - Tentera Darat Malaysia
    TD - Tentera Darat
    AW - Askar Wataniah
    JAKPAW - JAwatan Kuasa Pendukung AW

    KEMENTAH - Kementerian Pertahanan
    MK ATM - Markas Angkatan Tentera Malaysa
    MK TD - Markas Tentera Darat
    MTD - Maktab Tentera DiRaja

    RSM TD - Rejimen Sarjan Mejar Tentera Darat
    PTT Kanan - Pegawai Tidak Tauliah Kanan
    PTT Rendah - Pegawai Tidak Tauliah Rendah

    RAMD - Rejimen Askar Melayu Diraja
    KAD - Kor Armor Diraja
    RAJD - Rejimen Askar Jurutera Diraja
    KPA - Kor Perkhidmatan AM
    KPTD - Kor Polis Tentera Diraja
    KPD - Kor Perkhidmatan Diraja
    KJLJD - Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja
    RGK - Rejimen Gerak Khas
    PUTD - Pasukan Udara Tentera Darat
    RRD - Rejimen Renjer Diraja
    RSD - Rejimen Semboyan Diraja
    RAD - Rejimen Artileri Diraja
    KKD - Kor Kesihatan Diraja
    KRD - Kor Risik Diraja
    KOD - Kor Ordnans Diraja
    KAGAT - Kor Agama Angkatan Tentera
    RAW - Rejimen Askar Wataniah

    PAT - Panglima Angkatan Tentera = Chief of Defence Forces
    PTD - Panglima Tentera Darat = Chief of Army
    PTU - Panglima Tentera Udara = Chief of Air Forces
    PTL - Panglima Tentera Laut = Chief of Navy

    Jen - Jeneral
    Lt Jen - Leftenan Jeneral
    Mej Jen - Mejar Jeneral
    Brig Jen - Brigedier Jeneral

    Kol - Kolonel
    Lt Kol - Leftenan Kolonel
    Mej - Mejar

    Kapt - Kapten
    Lt - Leftenan
    Lt M - Leftenan Muda

    PW I - Pegawai Waran Satu
    PW II - Pegawai Waran Dua

    SSjn - Staf Sarjan
    Sjn - Sarjan
    Kpl - Koperal
    LKpl - Lans Koperal
    Pbt - Prebet

    Peg - Pegawai
    LLP- Lain-Lain Pangat

    GOF - Glory Of Freedom
    MAFinACT - Malaysian Armed Forces in ACTion

    BTDM - Buletin Tentera Darat Malaysia

    Air Force Sukhoi Su-30MKM Aircraft


    Disclaimer: Tulisan artikel ini diambil daripada
    Majalah Tempur
    Backdated Issues 2010 - January 2010
    Writer: Zuridan Bin Muhammad


    p/s: Gambar ada ditambah daripada artikel asal.


    Nama Sukhoi tentunya sinonim dengan pesawat SU-30MKM yang merupakan pesawat tempur pelbagai fungi atau MRCA (Multi Role Combat Aircraft).
    Buat kali yang kedua pada pameran LIMA, pesawat tempur terkini TUDM ini terus memukau penonton yang datang ke lapangan terbang antarabangsa Langkawi.


    Pesawat versi Su-30MKM ini sebenarnya adalah versi pesawat Su-27 yang diperolehi dari firma Irkut Corporation melalui satu kontrak perolehan dari Rosoboronexport yang menyaksikan sejumlah 18 buah pesawat dihantar ke malaysia dalam tiga kumpulan, dengan enam pesawat bagi setiap penghantaran.
    Kini kesemua 18 pesawat telah pun diterima oleh TUDM dan kesemuanya berpangkalan di Gong kedah, yang merupakan kawasan bekas sebuah pangkalan udara tentera British.


    Perbezaan yang paling ketara ialah pemasangan pelbagai jenis sistem avionik, komunikasi dan sistem perlindungan yang kemprehensif menggunakan sistem atau teknologi Barat seperti sistem dari Thales, Saab Avitronics dan Rhode & Schwartz yang dianggap lebih sempurna.


    Perolehan ini sememangnya adalah merupakan pelan jangka panjang TUDM yang meletakkan kepentingan memperolehi pesawat-pesawat MRCA sebagai antara keperluan paling utama.


    Perolehan pesawat SU-30MKM sebenarnya adalah bagi memenuhi kehendak operasi TUDM yang mencabar. Umpamanya pesawat-pesawat MIG-29N mempunyai keupayaan membawa bahan api yang agak terhad menyebabkan jarak operasinya adalah dalam radius yang rendah.


    Kewujudan pesawat SU-30MKM telah membolehkan TUDM untuk melaksanakan operasi unjuran kuasa yang turut merangkumi kawasan Sabah dan Sarawak, tanpa melaksana operasi pengisian bahan api di udara. Malah pesawat Su-30MKM mempunyai parameter yang begitu tinggi dan efisyen sehinggakan buat pertama kalinya dalam sejarah TUDM, ia kini memiliki pesawat tempur yang mampu beroperasi atau terbang mengatasi had tempoh masa pemanduan oleh seorang juruterbang jet tempur yang dibenarkan.






    Pihak Rusia juga telah bersetuju untuk membekalkan TUDM dengan pelbagai jenis sistem persenjataan yang komprehensif dan boleh dipasangkan terus kepada pesawat. Ini termasuklah sistem peluru berpandu udara ke udara seperti R-73, R-27ER1, R-27ET1 dan R77. Bagi sistem udara ke permukaan pula termasuklah sistem peluru berpandu Kh-29T, Kh-29TE, KH-29, sistem peluru berpandu anti-radiasi Kh-31P serta peluru berpandu anti kapal permukaan Kh-31A.


    Pada peringkat awal, cabaran yang paling utama bagi pesawat tersebut ialah untuk memastikan bahawa integrasi pesawat, sistem avionik dan persenjataan serta penderia mampu berfungsi sebagai satu unit. Ini adalah perkara yang paling utama untuk mana-mana pesawat yang menggabungkan beberapa jenis sistem dari pengeluar dan sistem berbeza. Malah pihak TUDM kini dikatakan menghabiskan sebahagian besar dari masa yang diperuntukkan bagi memastikan kesemua sistem mampu berintegrasi dengan baik dan bakal tidak akan menimbulkan sebarang masalah dikemudian hari.


    Pada LIMA 2009, seperti terdahulu,sebuah pesawat SU-30MKM telah mempamerkan aksi dinamiknya dengan menonjolkan kemampuan daya manuver tinggi menggunakan sirip kecil hadapannya serta sistem plat brek yang berada di bahagian belakang pesawat disamping sistem tujahan vektor di bahagian ekzos pesawat.
    Jika dilihat kepada kemampuan pesawat SU-30MKM, ia berada dalam kelasnya tersendiri dan mungkin perolehan lebih banyak pesawat sedemikian, sepertimana yang ditawarkan oleh pihak Rusia, iaitu mengembalikan pesawat-pesawat MIG-29N kepada mereka dan sebagai timbal-balik, lapan buah lagi pesawat SU-30MKM bakal diperolehi oleh pihak TUDM adalah sesuatu yang agak menarik.




    Sumber asal artikel: http://officialsite.my/tempur/index.php?option=com_content&task=view&id=971&Itemid=246