CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 8, 2010

Pasukan - pasukan Wataniah

Pasukan-Pasukan Wataniah

PASUKAN-PASUKAN ASKAR WATANIAH

1. Askar Wataniah (AW) telah diorganisasikan dan distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:
Elemen Tempur.
Elemen Bantuan Tempur.
Elemen Bantuan Perkhidmatan.
Elemen Pakar.
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES).

ELEMEN TEMPUR

2. Siri 500 Askar Wataniah - Elemen ini berperanan sama seperti pasukan-pasukan infantri Angkatan Tentera Tetap. Terdapat enam belas rejimen Siri 500 AW di seluruh Malaysia pada ketika ini. Setiap rejimen mempunyai tiga batalion yang ditempatkan di beberapa lokasi.

Armor - Kor Armor Diraja telah mewujudkan Skuadron Armor AW yang diintergrasikan dalam setiap rejimennya. Skuadron-skuadron tersebut terletak di Port Dickson, Kuantan, Sungai Petani, Kuching dan Kota Belud, Sabah.

ELEMEN BANTUAN TEMPUR

Semboyan - Skuadron-skuadron Semboyan Medan AW telah ditubuhkan untuk mewujudkan barisan kedua pasukan pengendali komunikasi TD. Pasukan ini terdapat di Kuala Lumpur, Ipoh dan Sungai Besi.

Jurutera - Mewujudkan Skuadron-skuadron Jurutera AW dengan melatih anggota Sukarela dalam aspek kejuruteraan medan. Skuadron-skuadron ini terdapat di Kuala Terengganu, Kajang, Klang dan Pulau Pinang.

Artileri - Konsep penubuhan sama seperti Armor di mana satu Bateri Artileri AW diintegrasikan dalam Rejimen Artileri Diraja bertempat di Kota Bharu, Taiping, Melaka, Seremban dan Kuala Lumpur.

Risik - Kor Risik mempunyai sebuah unit yang diintegrasikan ke batalion KRD (Tetap). Unit ini terdapat di Pulau Pinang.

ELEMEN BANTUAN PERKHIDMATAN

Kor Perkhidmatan - Terdapat lima Kompeni Angkut AW. Satu Kompeni Bekalan dan Platun Hantaran Udara, AW. Lokasi unit-unit adalah di Seremban, Kuala Lumpur manakala Platun Hantaran Udara di Taiping.

Kor Ordnan - Terdapat satu Kumpulan Ordnan Briged AW (KOB AW) bertempat di Kuala Lumpur dan terdapat unit KOB AW diwujudkan dengan diintegrasikan kepada unit tetap di Kuching, Taiping, Melaka dan Kuantan.

Kor Jurutera Letrik Dan Jentera - Terdapat dua wokshop JLJ AW iaitu di Ipoh dan Kuala Lumpur manakala empat Wokshop Medan AW bertempat di Taiping, Melaka, Kuantan dan Kuching.

Kor Kesihatan - Terdapat empat Kompeni Ubat AW bertempat di Kuantan, Kluang, Sungai Petani dan Kuching.

ELEMEN PAKAR

Unit Semboyan Pakar - Unit ini khusus bagi urusan penyelenggaraan perhubungan. Keanggotaan unit pakar ini terdiri daripada kakitangan Telekom Malaysia.
Unit Jurutera Pakar - Markas Jurutera di Kuala Lumpur. Elemen Jurutera Pakar terdiri daripada:

Jurutera Pakar Pelabuhan: Unit-unit ini ditubuhkan di pelabuhan-pelabuhan utama negara. Keanggotaan terdiri daripada kakitangan pekerja pelabuhan Kuantan, Klang, Pulau Pinang, Bintulu dan Kuching.

Jurutera Pakar Keretapi: Unit ini bertanggungjawab bagi menyelenggarakan KTMB semasa darurat. Keanggotaan unit ini adalah kakitangan KTMB.

Jurutera Pakar Pengendalian Air: Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Bekalan Air.

Jurutera Pakar Pengendalian Janakuasa: Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Tenaga Nasional Berhad.

PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN (PALAPES)

3. PALAPES ditubuhkan di dua belas Institusi Pengajian Tinggi Awam sebagai pusat pengeluaran pegawai graduan.
Pasukan AW Kerahan (Mobilisasi) - Untuk menampung keperluan anggota dalam mengawasi keselamatan negara beberapa pasukan AW telah dikerah sepenuh masa untuk menjaga keselamatan sempadan dan kawasan-kawasan strategik negara. Antara pasukan-pasukan yang masih dikerah ialah:

Siri 300 AW.
Pusat-Pusat Kawalan Sasaran Penting.

Siri 300 AW - Unit-unit ini dikerah untuk menjaga keselamatan Lebuh Raya Timur Barat dan sempadan negara. Operasi Pagar di kawasan Kedah dan Perlis serta Perak dan Kelantan.

Pusat Kawalan Sasaran Penting - Unit Sasaran Penting diwujudkan di tempat strategik negara dan terletak di bawah pentadbiran Markas Pemerintahan Briged.


0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)