CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 10, 2010

Lambang, Cogan Kata, Lagu Askar Wataniah.

Lambang Askar Wataniah adalah seperti berikut:

Bentuk logo adalah bentuk perisai.
Warna yang digunakan adalah warna emas pada keseluruhan logo.
Motto dalam tulisan jawi "Berkhidmat Untuk Negara".
Konsep Lakaran
Bunga Padi – Perpaduan, keharmonian dan kerjasama di kalangan semua perkhidmatan ATM.
Keris dan Parang – Kepahlawanan dan keperwiraan sentiasa dijunjung demi agama, bangsa dan negara.
Bulan dan Bintang – Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.



Cogan Kata.

Cogankata AW "Berkhidmat untuk Negara". Ia merupakan aspirasi dan keprihatinan anggota AW yang bersedia berkhidmat untuk negara apabila diperlukan. Sentiasa rela berkorban masa dan tenaga demi kepentingan tanah air yang tercinta terutama semasa negara memerlukan khidmat mereka.

Lagu AW.

Bersesuaian dengan slogan AW, Kapt (B) Salmi bin Hj Mohd Mustaium telah menulis lirik lagu AW, pada awal tahun 70-an. Beliau ialah seorang pegawai Tetap dari Kor Semboyan dan menulis lirik lagu ini semasa berkhidmat di 13 Skn Semboyan DiRaja AW. Kpl Hatami bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Suhaimi Hamid seorang anggota AW yang merupakan seorang penyanyi pada tahun 70-an telah mencipta lagu ini dan kekal hingga sekarang. Lagu dan senikata adalah seperti di halaman Lagu Askar Wataniah.

2 comments:

Anonymous

Admin logo terbalik tu, tolong betul kan

Su

Bukan logo terbalik warna yg d dalam logo tu merah d atas hijau d bawah

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)