CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Soalan Lazim


1) Apa maksud Nadi@watan?
Nadi Askar Wataniah

2) Siapakah pengasas Blog Nadi@watan?
Pbt Omar Hamzah, Kejuruteraan Mekatronik

3) Dimanakah unit beruniform ditempatkan?
Wataniah, Suksis dan PALAPES ditempatkan di Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi.

4) Adakah wataniah dibayar elaun?
Elaun diperoleh daripada latihan-latihan melibatkan Rejimen 515 Askar Wataniah. Contoh latihan; Kursus Asas Perajurit Muda (KAPM) = RM 886, Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah(KADAR) = RM 1004, Anggota demo tetap/hutan= RM886/RM260, Latihan Tempatan (LT) Siri 1-24 =RM960, Kem Tahunan =RM520, Ex-Haringgaroo = RM520, Bounty = RM520/RM390/RM260, dan sebagainya.

5) Apakah objektif Kelab Nadi@watan?
-Menyebarkan konsep Jihad
-Menanamkan semangat cintakan agama, bangsa dan negara
-Menyebarkan semangat kesukarelawan
-Memupuk semangat kerjasama berpasukan
-Memupuk kualiti kepimpinan dalam diri
-Menjaga kebajikan ahli
-Mempromosi Askar Wataniah dikalangan mahasiswa/wi UIAM

6) Apakah saya dapat menembak peluru hidup?
Setelah menjadi seorang askar wataniah, anda berpeluang menembak peluru hidup dengan menggunakan senjata M16. Senjata-senjata lain seperti Steyr, LMG, GPMG, Carlgustav, etc juga dapat dipelajari jika berpeluang.

7) Apakah saya perlu membayar untuk mendapatkan baju celoreng?
Tidak perlu. Semua gears daripada kepala hingga ke kaki diberikan secara percuma.

8) Bolehkan saya menjadi askar wataniah tanpa memasuki kelas skill wataniah?
Boleh. Anda mempunyai pilihan samaada untuk menjadi anggota skill iaitu credited course ataupun noncredited tetapi masih berpeluang untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kelab Nadi@watan dan Rejimen 515 Askar Wataniah.

9) Apakah faedah menjadi anggota skill wataniah?
-Mendalami ilmu-ilmu ketenteraan dengan lebih mendalam sepanjang tempoh 3 tahap kelas wataniah (junior, inter dan senior) melalui jurulatih-jurulatih.
-Memperoleh baju kerja No 3, Baju Executive F1, Baju Latihan, jaminan penginapan di UIAM, dan banyak lagi.
-Lebih terdedah dengan pelbagai aktiviti luar yang menarik.
-Modul-modul aktiviti yang mempromosi kualiti kepimpinan dan pengurusan program.

10) Berapa lamakah latihan anggota skill setiap minggu?
Latihan diadakan setiap hari Sabtu selama 5 jam seminggu. Bergantung kepada keadaan pada semester itu, jadual adalah flexible diatas arahan penasihat kelab.

11) Bagaimana saya boleh mendaftarkan diri sebagai anggota wataniah?
Anda boleh mendapatkan borang sendiri di S-DEV ataupun mencari Booth Nadi@watan pada awal semester/taaruf week/minggu Cocu ditempat tertentu.

***Sebarang pertanyaan lanjut sila e-mail ke nadi.watan@yahoo.com

6 comments:

Anonymous

sya p0n nk ms0k askr wataniah.. tp layak ke.. hihihi..

Nadiwatan

semua orang layak asalkan anda warganegara malaysia

Anonymous

klaw askar wataniah ni boleh serap x dlm askar regular...

Unknown
This comment has been removed by the author.
Unknown

bagaimana nak memohon untuk menyertai askar wataniah?

Anonymous

maksud tersirat ikrar kesatria

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)