Setiap pagi hari Rabu mulai semester II 09/10, baris pagi atau assembly unit-unit beruniform telah diadakan bersama-sama di Salahuddin Square (SS). Unit seperti Wataniah, Palapes dan Suksis telah digabungkan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, UIAM dan bacaan ikrar serta doa. Memang meriah di SS setiap pagi Rabu tersebut dan oleh sebab terlalu ramai anggota pagi itu memang nampak lah sehelai-sehelai yang datang lambat. Tetapi persoalan yang sering dilontarkan kepada anggota pagi tersebut kenapa dah ramai tapi nyanyi tak bersemangat??. Sepatutnya kita kena rasa malu dan tak layak
untuk menyarung pakaian seragam uniform askar dan polis sebab tidak menunjukkan semangat dan proud untuk negara kita Malaysia dan juga Universiti kita ini. Lebih memalukan apabila ramai juga anggota yang tidak menghafal lagu UIAM ( "Always strive for the best.... ). Walaubagaimanapun, anggota-anggota boleh dimaafkan kerana lagu UIAM ( "Let's lead the way.... ) kini telah digubah semula mulai Sem I 2010/2011. Jadi anggota perlu bukan setakat menghafal lagu tersebut tetap juga menghayati setiap mesej yang ingin disampaikan kepada dunia.

Memandangkan mahallah SAA telah dipenuhi dengan new intake students, maka mulai semester I 10/11 ini, kita perlu berubah dan mula menunjukkan teladan kepada mereka melalui semangat dan disiplin yang telah diterapkan melalui latihan-latihan daripada badan beruniform masing-masing. Apa yang kami dengar kebanyakkan pelajar baru telah diletakkan di SAA daripada mahallah-mahallah yang lain. Oleh sebab mahallah SAA ini baru, maka sebarang kerosakkan pada struktur bangunan-bangunan dan kelengkapan masih boleh claim warranty daripada JKR. Sebab itu ramai pelajar walaupun pada mulanya dikatakan mahallah tersebut hanyalah accomodation for Wataniah, Suksis and Palapes kini telah berubah menjadi mahallah biasa. bezanya hanyalah blok-blok unit beruniform tidak diganggu dengan menempatkan pelajar-pelajar baru tersebut.
Setelah mendapat Baju Executive F1 bertema merah dan hitam, kini anggota wataniah telah diwajipkan untuk memakai pakaian tersebut pada hari selasa setiap minggu. Ini sesuatu yang baru bagi anggota wataniah UIAM dan boleh dibanggakan kerana kita dapat mempromosikan kelab Nadi@watan bukan sahaja pada hari Rabu tetapi juga pada hari Selasa. Tetapi perlu diingatkan bahawa apabila kita memakai pakaian tersebut, jagalah disiplin anda, menunggang memakai helmet dan tidak melanggar peraturan lalulintas, dan juga jaga lah nama baik kelab Nadi@watan melalui personaliti dan disiplin anda yang telah di titik berat kan jurulatih-jurulatih CCWT selama ini. Semoga segala yang kita lakukan selama ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan kita dimasa hadapan terutama dalam bidang karier kita kelak. Good LUck!
1 comments:
Rajin2 turun yer adik2 jangan malash2 tau
~~Am i going to miss it?? sUREE =)
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)