Alhamdulillah, pada awal semester II 09/10 yang lalu, 3 badan beruniform Wataniah, Suksis dan Palapes boleh disatukan dalam satu dewan MPH melakukan ibadah dan doa selamat bersama-sama. Disini lah titik permulaan penyatuan badan-badan beruniform melalui program tersebut yang dirancang bersama-sama oleh AJK terlibat. Pekerjaan menjadi mudah apabila semua AJK terdapat pada mahallah yang sama jadi lokasi perbincangan adalah berdekatan dengan mahallah seperti di cafe SAA dan sekitarnya.
Setelah bersolat kita juga berpeluang mendengar tazkirah seterusnya ucapan mahallah principal SAA.
Jamuan diadakan di cafe SAA dan disinilah bermulanya komunikasi berkesan antara 3 pasukan dimana kita dapat duduk semeja dan makan sambil berbual-bual antara satu sama lain. VIP turut menjamah selera dihadapan kami untuk melihat anggota-anggotanya bersatu dan duduk semeja bukan duduk mengikut pasukan masing-masing sperti berpuak-puak pula. Jadi jika ada program seperti ini diingat kepada anggota wataniah untuk tidak hanya duduk semeja dengan anggota wataniah yang lain tetapi kita harus duduk semeja dengan anggota Palapes dan Suksis. Kita diperhatikan oleh pegawai-pegawai atasan walau tidak ditegur ketika itu.

Mungkin terdapat beberapa kekurangan yang berlaku dan boleh diperbaiki pada masa hadapan kerana apabila tiga badan beruniform bersama-sama menggerakkan sesuatu program maka kita perlu lebih professional dan mempunyai daya saing yang positif dari segi kualiti kerja dan personaliti. Kritikan membina mahupun yang menjatuhkan harus diterima dengan hati terbuka kerana kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Memuaskan hati semua orang disekeliling kita adalah satu kegagalan bagi diri kita kerana kita tak nampak kedudukan kita untuk diperbaiki atau untuk diasah lagi. Jadi jangan lemah semangat untuk dikritik sebaliknya jadikan ia satu cabaran untuk kita terus memperbaiki kelemahan yang ada. Good LUck!
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)