CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 18, 2010

Coretan Latihan Tempatan Siri 20 / 2010



Latihan Tempatan Siri 20/ 2010 pada 18 Julai 2010 telah menyaksikan kecergasan atau fitness 3 anggota UIAM yang telah mendapat tempat pertama iaitu Pbt Omar, runner-up Pbt El-Ridzuan dikuti Lkpl Najib dalam acara larian lebih kurang 400m mengelilingi tasik Taman Bukit Keramat pada sesi PT disebelah pagi. Mereka telah menunjukkan larian bersemangat dihadapan orang ramai yang beriadah disitu untuk membuktikan askar wataniah juga setanding askar regular melalui kecergasan yang mereka miliki. Setelah tamat sesi PT,

mereka bersarapan dan menunggu kelas OBUA dimana anggota-anggota Kem 515 AW telah mendapat kejutan yang tidak diduga apabila semasa kelas OBUA atau Operation in Built-Up Area pada sebelah pagi hari tersebut telah dihadiri oleh Komander Rejimen 515 Askar Wataniah Brig Jen Mohd Amin.





Lebih membanggakan apabila Pegawai jurulatih yang mengajar ialah Mejar Paul iaitu penolong pegawai memerintah Batalion 2. Mejar Paul telah mengajar antara lain ciri-ciri asas OBUA, prinsip-prinsip pertempuran di kawasan terbina, faktor-faktoryang memberi kesan kepada pertempuran di kawasan terbina. Beliau juga telah menerangkan secara sepintas lalu kumpulan-kumpulan pakar, susunan anggota dalam seksyen, jenis serangan dan perintah OBUA. Juga telah diterangkan apakah tindakan ofensif dan defensif dalam OBUA kepada mereka yang hadir pada hari tersebut. Terlalu banyak yang mereka pelajari pada hari tersebut dan oleh kerana ianya hanya teori semata-mata, kami tidak dapat membayangkan situasi atau keadaan sebenar. Walaubagaimanapun, Mejar Paul telah menggunakan banyak gambar-gambar operasi dan teknik memasuki bilik atau bangunan yang banyak membantu menjelaskan bagaimana perlaksanaan daripada penjelasan tersebut dilancarkan secara bentuk figure@fizikal.

Rejimen 515 AW telah dicadangkan untuk menjadi pakar dalam operasi OBUA kerana faktor persekitaran kawasan tanah taktikalnya dan kami berpendapat ianya sangat bagus dan sememangnya patut dipertimbangkan. Apa yang diterangkan ialah operasi OBUA memerlukan gadjet-gadjet berteknologi tinggi dan canggih seperti Heat Sensor, Night Vision, UAV, dan senjata dan peralatan peribadi setiap anggota OBUA.




Pada sebelah petang pula mereka telah mempelajari senjata bantuan GPMG (General Purpose Machine Gun) 7.62mm atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai MGKA (Mesin Gun Kegunaan Am) 7.62mm. Senjata seberat 10.88kg ini boleh menggunakan kaki 2 atau kaki 3 untuk tugas ringan dan habisan. Senjata ini   jenis full-automatic dan peluru-peluru dirangkaian dan bekerja dengan kuasa gas. Pada LT ini juga telah mendapat tahu satu perkara baru iaitu penggunaan belt 2000 dikalangan anggota tentera darat yang dimana telah dikatakan tidak lagi digunakan semasa latihan biasa. Walaubagaimanapun perkara ini masih di tidak dapat dipastikan lagi. Kami berpendapat ada bagusnya kerana lagipun belt 2000 bukan salah satu barang issue tetapi perlu dibeli sendiri oleh anggota. Apa pun kita tunggu dan dengar dan lihat perkembangan isu ini. <klik disini>




                                             Anda Komen Sendiri Gambar Diatas Ini.. hahaha =)

P/s: Latihan Tempatan seterusnya Siri 21 dan 22 ialah pada 28 dan 29/8/2010.
Details seperti berikut:

28 Ogos 2010
Lapor Diri 1400
1430-1900 Pentadbiran dan Persiapan Berbuka Puasa
1930 - 2200 Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Tarawith Morey
Pakaian : No. 5(Celoreng), Sukan dan Pakaian Kebangsaan Lengkap(Baju Melayu+Sampin+Songkok)

29 Ogos 2010
0330 - 0730 Solat dan Qiamulail, Kuliah Subuh dan Sahur
0830 - 1230 Pentadbiran , Ulangkaji Senjata dan Peta
1300 - 1330 Pentadbiran dan Bersurai.


Siri Terakhir pula iaitu Siri 23 dan 24 pada 2 dan 3/10/2010 tetapi clashes dengan grand event MAFinACT '10, so xdelah siri terakhir yep.. nanti ada yang ponteng tugas MAFinACT plak.. Ahad boleh lah kalau nak pergi tapi dengan kenderaan sendiri.

1 comments:

Lima Tango

endurance yg memuaskan drp anggota uiam!
behave like infntry unit!

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)