CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Emailed/Blog-Entry. Show all posts
Showing posts with label Emailed/Blog-Entry. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Gambar Anggota Para Khairy Jamaluddin Beraksi

"Will They Do The Same As Him(KJ)?"


KJ merupakan penerjun pertama yang terjun keluar dari pesawat TUDM CN-235

KJ in action!

KJ again. In action!

KJ lepas touch down ground.

Sedang lipat semula payung terjun

Selesai lipat payung terjun. Berlari bawa beg payung terjun menuju ke checkpoint.

Berlari untuk ke checkpoint membawa beg payung terjun.


Sampai ke checkpoint. Tanggalkan beg payung terjun

Mana Ahli Parlimen boleh jadi macam dia sanggup buang ego
masuk Askar Wataniah secara rela diri?!












Sumber asal gambar dan cerita lanjut sila layari link ini: cumA..bloG..biasA

Pautan: Mengenali Pusat Latihan Peperangan(Pulpak)

post signature

Pengembaraan ke Gunung Senyum

Gunung Senyum..

Monday, March 07, 2005

okey..ni nak citer sikit pasal xtvt ke GUNUNG SENYUM, PAHANG pada 4hb - 6hb march 2005.

kami semua berkumpul pada pukul 1830 di tangga besar. erm.. then lepas bagi platun dan solat magrib kami betolak dr uia ke destiansi tujuan kira2 pukul 2030 (lebih sikit lah..maner ader sharp). cam biaser naik bus UIAM.
sampai agak lewat mlm.. kami dijamu denagn sandwich dan air teh.. yg telah disediakan oleh advance party (1st grup yg sampai awal). tempat kali ni agak baiklah compare dgn yg kat bentong tu. tempat tido pon smart.. tandas pon kira okey coz kami tak payahlah mandi air kolah lagi. brifieng sikit oleh koperal bertanggunjawab then apa lagi ...zzzzzzzzzzzzzz


SABTU


macam biasalah sarapan pagi kita kan.. PT ooo PT ! macam-macam buat. pada yg dah biasa seronoklah kan.. pada yang adik-adik yg baru tu.. tension lah gak. tapi depa tetap bagi fully support. then sarapan.. slps sarapan.. jalan lasak tepi jln raya.. tak lasak pon.. ini nak uji bukan sahaja fizikal/ tenaga tapi juga mental.. ini merupakan pertandingan yang pertama.. pemenang dikira dari segi kecepatan masa dan kerjasama. hehehehehee.. dilepaskan platoon by platoon. hehehhehe... apa lagik permulaan yang baik untuk xtvt kali ini bagi platoon 3. walaupun penat tapi kamilah juara untuk acara ini. dgn masa paling cepat 53 minit tak silap. ( hehehe (kemenangan ini ditujukan khas utk JL platoon 3 , L, Kop Shamzani) mulanya platoon kami tak larat gak..tapi selepas kami berjaya memotong platoon 2. kami terus mengorak langkah dengan gah nya hingga ke garisan penamat. petang pulak kami ader sukan... ader 5 fasa dlm sukan ini. setiap fasa hendaklah dilakukan oleh 5 org ahli. hehhehee apa lagi lari pusing kawasan ti.. pikul kayak ade.. berkayak berganti-ganti secara solo ader, crawl berganti-ganti. semua nya kerana barang amanah iaitu sebiji telur ayam. xtvt yg ni memang best.. memerlukan kerjasama, kekuaatan mental, tanggunjawab, keyakinan dan semangat utk menang. ekkekekekee.. dan akhirnya kejayaan memihak kepada platoon 4. hahahah kak jumiah suka ahhh tu ngn abg mahdi tu.. ekekekeke..

siang dah letih tunjuk kebolehan lari2 dan lompat-lompat. malam pulak kita tunjuk bakat menyanyi dan berlakon.. ( lemah betui bab ni) setiap platoon kena hantar 2x persembahan, nyanyian dan lakonan. macam2 depa belakon. Pbt Iskandar macam biasalah, memang kegemaran dia tiru gaya org..well done skot! satu penghormatan gak untuk Pbt Otai kerana dipinjamkan gelaran raja oleh platoon 2. Pbt Irfan , plak tunjuk bakat sebagai anak yg macam bagus jer (tonggeng yg derhaka). sian kat pbt Intan (mak kpd tonggeng). kak jijah pon best gak lakonannya (tp watak pembantu jerlah..) kekekkekee.. paling best... dan itulah gaya juara. Pbt Mahdi Suboh sebagai tomok (seekor beruk yg kiut)... siap ader panjat pokok sesungguh lagi. Pbt zamizo & Pbt wafi Ali serta yg lain mmg seswai jadi pengembala beruk.. tuah menyebelahi mereka sekali lagi. paltoon 4 juara persembahan di MALAM 1000 KENANGAN . Pbt Nik sorita malam 1000 kenagan ek buakn malam 1000 malam. akhirnya persembahan oleh JL. JL braders wat kisah si cilik (gajah yg bijak) Koperal shamsuri mmg seswai jadi taukey zoo. jd juruletih sarkas pon okey gak.. yg JL sisters plak depa nyanyi.. sedap gak koir depa tu...


AHAD
heheheheh.. dah dekat nak balik.. pagi cam biaser PT pagi.. then kami jalan-jalan cari ilmu kat gua senyum.. panjat dan masuk dalam gua.. fuyyooo.. indahnya ciptaan Allah... kat dlm gua tu terbahagi kpd beberapa taman. yg pertama taman pokok ( byk lah pokok-pokok). menurut jurupandu kami pokok2 tu kalau kita perhatikan ia berpasang-pasangan. mungkin ia adalah kubur lama. tapi kesahihannya ALLAH jua yg maha mengetahui. then taman ke-2 taman batu.. bayak lah batu-batu.. ada batu besar macam batu karang rupa dia.. menurut jurupandu kawasan tu mungkin gak bekas laut luas memandangkan banyak batu karang @ batu2 yg biasa nya ada dlm laut. (ni menurut kajian ni) taman berikutnya banyak habuk.. siap ader kubur lagi ( kubur Tok Loh) seorang pemikat burung yang berkahwin ngn puteri bunian kat situ. beliau telah meningal disitu juga ketika setia menunggu isterinya. yg menariknya, gaya Tok ni meninggal beliau menghadapa ke kiblat.. berdekatan dgn kubur Tok ader barang-barang (kini dah hantar kat muzium) dan juga ader beberapa rangka manusia. tapi menurut jurupandu kami rangka tu tak der kaitan ngn Tok.

perjalanan diteruskan ke satu kawasan yg dikatakan gelangang "mereka" bersilat. siap ader tapak kaki kat atas dinding gua. tapi kaki tu lebih besar dari manusia zaman sekarang, (yerlah org dulu kan besar)

balik dari gua .. kami pon ..bersiap utk balik semula ke mana lagi kalau buakn uiam tercinta. bertolak dari sana kira-kira pukul 1330. setalah menerima persetujuan ramai, Tuan Wari membenarkan kami berhenti di perhentian Temerloh untuk makan dan solat zohor.. kami sampai ke OR wataniah uia kira-kira pukul 1630. Alhamdulillah... segalanya berjalan dgn lancar. walaupun ada ketidak puasan hati dan salah paham segalanya adalah untuk kemajuan kelab jua..,.kepada semua ahli kelab tak kira apa pangkat sekalipun ingatlah..

----BUATLAH ORANG BEKERJASAMA DENGAN KITA KERANA RASA HORMATNYA KEPADA KITA DAN BUKAN KERANA PANGKAT KITA.. PANGKAT AKAN HILANG SEBAIK SAHAJA KONTRAK TAMAT TAPI RASA HORMAT ITU KEKAL WALAUPUN HAYAT KITA DAH TAMAT----


P/s: Gambar-gambar adalah sebagai hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan entry diatas
post signature

Cerita Latihan Lanjutan

Latihan lanjutan

Friday, June 10, 2005

Latihan lanjutan kali ni diadakan di kemensah. Latihan selama seminggu dari 19-25hb ini nampaknya begitu mendapat sambutan. Coz ramai org yang dating.

Kumpulan pertama yg memulakan latihan pada 19hb mei dibahgaikan kpd 2 platun. Platun 1 dan 2. Sementara lebih kurang 26 org yang buat pakej latihan 3 hari dari 20-23hb pula automatic menjadi platun 3. perjalan dari parking truck area ke markas lebih kurang 30minit. (jalan kaki) jln nya agak luas lah ..jalan yg digunakan oleh org asli. Tapi ma’aiii becak/lecak bukan main. Apalagi platun 3 (yg epi sertai), kami bergerak waktu malam. Hanya berpandukan cahaya bulan dan sikit2 jer cahaya lampu suluh.. abis lopak-lopak air dan Lumpur kmai lanyak. Kami bermalam berhampiran markas mlm tu.

21hb.—kami gerak awal pagi ke kawasan sebenar la… permulaan perjalanan dah menguji kami coz, kami terpaksa meniti naik gunung dengan jln sebesar tapak tangan yang agak curam dan bahaya. Silap taktik leh terbalik kebelakang. Ditambah lak jln yg licin. Setia kawan dan semangat sebagai satu kumpulan buat kami lebih semangat dan setelah lebih kurang 4 jam berjalan kami tiba di pgkalan.

Selepas menempuhi cabaran berjalan selama 3-4 jam tu.. satu lagik cabaran kami , menduduki pengkalan. Kawasan kami banyak pokok duri. Awalnya saya sendiri akak kurang selesa dengan kawasan tu, tapi bersebelahan dengan air terjun buat minat kami terangsang.

Oleh kerana ada diantara kami yang ingin meneruskan latihan sehingga 25hb jadik mereka dikeluarkan dan dihantar ke platun 1 dan 2. so, yg tinggal di ss 3 tak lah begitu ramai. Purata satu seksyen ader 5 orang sahaja. 5 org ini kami bergilir-gilir sentry, masak dan mendirikan hamoc. Aduiii… perit sangat. Sorang masak utk 5 org. sorang sentry dan 2 – 3 org lagi jadik pembalak.. apa lagik tebnag kayu utk dibuat hamoc. Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih. Akhirnya mlm tu kami dah tidur atas hamoc yg agak tak cantik. Hheheheh.. biasalah, ini merupakan pengalaman kami yg pertama buat hamoc.

Kami betul2 dalam C.I.W. pada 21hb, pagi kami buat ronda tinjau. Jauh juga kami berjalan. Ini di ketuai oleh left muda Nora. teguran dari jurulatih tentang ronda tinjau kami :
kalau bleh jgnlah ikut trek jalan balik hendaklah tidak menggunakan jln yg dilaui ketika datang.

Erm..petang pula kami buat ronda tempur. Ini agak rumit sikit. Maklumlah pengalaman anggota yg terlibat masih kurang dalam ronda tempur. Namun berdasarkan teori dan sedikit kreativiti kami berjaya menumpaskan musuh. (sakit sungguh…kena panjat curam yg tinggi)

Petang tu kami tak banyak xtvt.. sentri dan bersihkan diri. Tidur malam adalah xtvt yg paling best. Tapi tidur malam kami tidak lah senikmat mana sebab kami tak habis2 diganggu oleh “binatang kecil yg terbang2 dan sakit tu”. Lebih dasyat dari nyamuk.

22hb—kami kuar dari pengkalan awal. Kira-kira kul 6 kami bertolka ke tempat yg dijangka ada musuh. Ke-3 tiga platun mengambil bahagian. Nampaknya misi ini tak berjaya atas beberapa kesilapan yang telah berlaku.. salah satu masalah kawasan yang sangat dasyat. Menyusahkan pergerakan. Tapi, dalam kedaan sebenarpun mungkin musuh duduk di tempat yg mmg sukar diserang.

Setakat ini sahaja penglibatan platun 3. kami berjalan pulang ke kem petang itu juga. Walaupun ringkas dan sekejap banyak ilmu yg kami dapat. Kami berasa agak rugi kerana tak dapat turut serta ngn platun 1 dan 2 utk xtvt seterusnya – IKHTIAR HIDUP @ SURVIVAL. Tapi nak wat cam ner, tugas diluar pon sama penting untuk diteruskan.

Ini sahaja yang dapat saya kongsi bersama..


P/s: Gambar-gambar adalah sebagai hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan entry diatas.


post signature

Coretan PT & Aktiviti

Coretan PT & Aktiviti

Thursday, February 17, 2005
pasal Pt minggu ini & xtvt ujung minggu

assalamualaikum.. 

Pasal PT.
PT semalam ramai gak yg datang. nampaknya lebih baik dr minggu lepas. so, conducted by Koperal Syaiful & Koperal Shamsuri kita buat serangn. lawak lah gak. maklumlah dah lama tinggal..semua pon ingat2 lupa jer.. dak2 yg lom rekrut its gud as an xperience lah.. ketua platun nya smlm ialah Pbt Fuad, platun sarjan lak Pbt Yazid. kak eva ketua seksyen 2 (serangan) kak johana ketua ss 3 (kdlman,) ePi? hehehe as a ketua platun 1. (point ss). lawak lah sgt.. main hentam jer..
well, bleh lah..

masalah yg epi nak suarakan ni..naper macam da x wujud senior time PT? Senior da tak payah PT? senior sebuk? maklumlah last year...senior da abih kontrak? tapi still kt uiam kan? still leh join kelab as a member kan?

xtvt hujung minggu 19 & 20hb Feb 2005

dengar nya kelab akan wat satu xtvt ujung minggu ni. mereka akan ke Gua Musang bersama dgn studen CCW 3061 &3062. konsep xtvt survival katanya. mereka dijangka bertolak pd mlm jumaat ni 2200. have a nice day skot!


tapi cam ner lak ngn training kt kem yg ditunda minggu lps ke minggu ni? nampaknya kurang sambutan lah kan.. ramai yg pi Gua Musang tu.. mungkin kelab da bcadang awal nak wat tarikh 19 & 20 ni. tanpa disengajakan tersaing lak ngn training kt kem. kalau tarikh xtvt kelab ni leh ditunda seminggu lagik, dapat lah kita pi kem reramai. tapi mungkin ade masalah lak nanti.
whatever.. HIDUP NADIAWATAN.




P/s: 3 gambar paling bawah adalah sebagai hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan entry diatas.
post signature

Nadi@watan Anjur Kempen Derma Darah

Ramai Pelajar Derma Darah


Source: Harian Metro
Date: 04/07/2002
Page no.: 15

PENGANJURAN Kempen Derma Darah sempena Hari Terbuka Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) diharap mampu memberi kesedaran kepada pelajar mengenai pentingnya bekalan darah sebagai penyambung nyawa bagi golongan yang memerlukan.

Walaupun aktiviti anjuran Kelab Nadi Askar Wataniah (Nadiawatan) dengan kerjasama Pusat Darah Negara itu hanya diadakan dari semalam hingga esok, ia mampu menarik ramai pelajar UIAM yang berminat menderma darah.

Pada hari pertama sahaja Pusat Bekalan Darah mengadapi masalah kekurangan peralatan dan tenaga kerja apabila hampir 100 pelajar UIAM menderma darah, melebihi sasaran yang dijangkakan iaitu hanya 50 pelajar.

Menurut Jawatankuasa Kelab Nadiawatan, Shara Zuliana Shafie, 22, pihaknya memilih bagi menganjurkan aktiviti derma darah memandangkan tiada persatuan lain yang menganjurkannya.

Sumber asal: PDF
post signature

Upacara Tamat Latihan Asas Perajurit Muda 2005

Upacara Tamat Latihan Asas Perajurit Muda siri 1/2005


Wednesday, May 04, 2005

assalamualaikum..

erm.. disini saya ingin berikan sedikit gambaran perjalanan upacara tamat latihan untuk kawan baru kita.. akhirnya latihan yg bermula pada 6 apr 2005 telah berkahir pada 2hb mei 2005 dgn jayanya. upacara tamat latihan yg diadakan di Convest Hill Uiam, Gombak telah berjalan lancar.
kali ini satu anugerah baru telah diperkenalkan, iaitu pentadbiran terbaik. tapi tidak seperti anugerah lain yg diberi kpd 2 pemenang. anugerah ini hanya diungguli oleh seorangg pemenang.


Uiam sekali lagi boleh berbangga bila, boleh dikatakan hampir setiap anugerah disandang oleh pelajar Uiam.. tahniah kpd para pemenang. bermula lebih kurang jam 830 pagi, nyanyian lagu asakar wataniah sekali lagi menggegarkan uiam. nasib baik gunung gananng sg pusu tak runtuh. setelah amjlis penyampaiaan anugerah, semua PeraJurit Muda dan tetamu yg hadir ke Auditorium untuk sesi penyampaiaan sijil tamat latihan dan juga penutupan latihan secara rasmi yg dilakukan oleh Rektor Uiam Sendiri... itulah cerita paling ringkas tentang upacara tamat latihan, Latihan Asas Perajurit Muda siri 1/2005.

harapan kami yg bergelar senior, semoga yg baru fresh recruit ni dapat beri at least B+ COOPERATION. support bukan saja untuk nama baik kelab tapi kita berpegang pada 

" HIDUP BIAR BERJASA DAN SEDIA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

lupakan lah tentang niat asal kita join CCW seperti, tak nak ambik leadership class, nak cuba sesuatu yg baru, minat dan lain2 alasan yg terlalu lembut utk membenarkan kita menyarung "baju loreng YG ANGGUN TU!" Apa yg paling penting dan harus diingat, no tentera dan gelaran (biarpun sekadar prebet) itu..memberi tanggungjawab yg besar juga. jgn terus berjalan dilandasan "kita ni askar suka2 ..suka buat tak suka tak payah buat" tapi ikutlah resam ..RELA...yg kita rela berkhidmat dan dikerah bila2 masa diperlukan selagi tidak melanggar syariat Islam.

Kepuasan dalam hidup bukan lah bila mendapat pujian dan anugerah, tapi bila kita melakukannya dgn yg terbaik dan atas alasan tanggungjawab untuk faedah semua pihak..

" kadang2 dunia menuntut seorang insan biasa untuk melakukan sesuatu yg luar biasa". 

terpulang pada kita ..adakah kita hanya manusia biasa yg mampu melakukan perkara yg biasa, atau kita manusia yg luar biasa tapi selalu lakukan perkara yg biasa2 sajer.. mungkin juga kita manusia biasa tetapi selalu berusaha untuk melakukan perkara2 yg luar biasa..

... Usaha cemerlang...Hasil gemilang... Nadiawatan terbilang... jasamu tetap dikenang...jgn pernah hilang...


P/s: Gambar-gambar adalah sebagai hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan entry diatas. 

post signature

"NADIAWATAN Nama Macam Perempuan.."

Aku dan NADIAWATAN



Hari ni aku boring sangat. Ade keje tapi… tak de mood nak buat. Bukan apa..kena buat submission untuk kes tanah. Pening kepala pikir apa isu yg sesuai..Then…aku pun browse through this website where i came across the word "NADIAWATAN"….

NADIAWATAN…affliation from ‘Nadi Askar Wataniah’ UIAM.. Ramai kawan2 kata NADIAWATAN tu nama macam perempuan..mana ada dan tak sepatutnya sebuah persatuan ASKAR WATANIAH dinamakan sedemikian. Anyway, tak kisah la apa org nak kata, NADIAWATAN tetap utuh dan teguh di UIAM walaupun badai dan gelora menimpa. Adatla tue dalam sesuatu persatuan..Mana ada semuanya smooth and steady!

Aku teruja sangat semasa nak join NADIAWATAN..sebab nak rasa macam mana bestnye dapat pegang senapang (masa tue tak tau lagi nama senapang tue M16).. So..aku pun dapatkan consent daripada org tua aku..Dapat je greenlight, terus aku register nama aku kat booth NADIAWATAN. That was during my 1st year 1st semester kat main campus. Cuti semester je.. aku mulakan kursus asas wataniah selama sebulan di Kem 1 Melayu, Sg Besi.. Best sangat masa tue…blajar selok-belok ketenteraan. Masa tue KCL aku… Mejar Sallehudin (orgnye memang serius banget, ramai yg takut nak hampiri. tapi aku, ok aje and we still contact each other) …dan aku di Platun 2 bawah pimpinan Sjn Abdullah dari 25 Melayu (aku jumpa dia plak masa join Kem Tahunan yg dibuat di Kem tersebut thn 2002).

Dalam NADIAWATAN…ramai senior2 yang baik dgn aku esp. Kak Zura (my dearest sis), Kak Asnah, Kak Yan, Kak Nani, Abg De, Abg Pa, Abg Zul, Abg Atif dan ramai lagi (sori byk2 kalu Ar terlupe yg lain..but u’re always be in my heart. Thanks for all ur kindness!!). Banyak yg membantu aku dalam NADIAWATAN ni.. dari start aku join sampai aku dah kuar dari UIA…termasukla aku punye headcomm merangkap aku punye besfren… Ujang yang slalu sangat menguji kesabaran aku!!, Abang Jai (slalu kata aku nie adik dia), Abang Riza, Abe dan Ustat (yg byk bg support kat aku..Thanks!!).

Hhhmmm…terasa macam ruangan dedikasi la plak… Hehhehe.. Anyway, to all my squads batch 611… thanks a lot atas bantuan anda selama ini… Adli, Azzam, Yusni, Shamzani, Kak Mimi, dll.. Dan juga kepada semua anggota NADIAWATAN… Ide, Kak Yan, Azie, Yong, Laila dll termasuk adik2ku…Nurul, Kimah, Salma, AZah, missed all the times we’ve been through…


Lastly, apa yg aku dapat dlm NADIAWATAN ialah sebuah PERSAHABATAN yang tak ternilai harganya, sebuah kesetiaan dan kejujuran, sebuah pengalaman dalam mengajar erti keperitan hidup dan motivasi diri. Semuanya menjadikan aku lebih MATANG dalam menghadapi hidup sekarang.

Kepada semua JL di KEM 515 AW, terima kasih yang tak terhingga atas semua tunjuk ajar yg diberikan… Pengen banget ketemu sama kalian!!!

Sumber asal post: Arfaiza's Corner

P/s: Gambar-gambar adalah sebagai hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan entry diatas. 
post signature

Tuesday, December 28, 2010

Blog-Entry: Malaysian Armed Forces in Action 2010 (MAFinACT '10)

Malaysian Armed Forces in Action 2010 

(MAFinACT '10)

































Gambar-gambar daripada: 

Blog oleh: Pbt Mohd Azraee Ismail (Staf Yot)




post signature