CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 10, 2010

PUSWATAN

Pada peringkat awal, Kursus Bakal Pegawai Sukarela Askar Wataniah dijalankan di AFSI(Armed Forces School of Instructor) di Tanjung Keling, Melaka. Apabila AFSI ditutup, latihan bakal pegawai dijalankan di Port Dickson dan kemudiannya di Kem Seputih, Batu Gajah, Perak pada bulan Januari, 1961 dengan kekuatan seramai 3 pegawai dan 15 lain-lain pangkat menjadi jurulatihnya dengan diketuai oleh Lt Kol Ariffin. Tertubuhnya pusat Latihan Seputih ini adalah berikutan dari tertubuhnya Home Guard dalam bulan Jun 1952.

Pengarah Home Guard ketika itu ialah Inspektor General Blacmore dan Timbalannya ialah Kol Yeop Mahidin bin Mohd Sharif (Bekas Pegawai Daerah di negeri Pahang). SetelahHome Guard ditubuhkan, satu keperluan latihan telah timbul dan oleh itu pada tahun 1954Home Guard Training Centre telah ditubuhkan dan ditempatkan di Kampung Simee, Ipoh berhampiran dengan stadium (sekarang ini menjadi kawasan latihan pemandu-pemandu kereta).

Kekuatan Pusat Latihan Home Guard ketika itu ialah seramai 5 pegawai dan 10 lain-lain pangkat. Pegawai Memerintahnya ialah Lt Kol Nicholas. Anggota-anggota yang menghadiri kursus di pusat latihan ini adalah kebanyakannya dari kumpulan GG (Jungle Squad). Kursus-kursus yang dijalankan adalah kursus rekrut Home Guard dan Kursus Ketua Rendah Home Guard.

Selain daripada menjalankan kursus di pusat ini, jurulatih-jurulatih juga menjalankan Latihan Hujung Minggu di kampung-kampung yang berdekatan. Penduduk-penduduk kampung dibayar elaun dan diberi latihan kawad dan senjata. Senjata yang digunakan pada ketika itu ialah senapang patah dan SLR. Tidak ada lain-lain kelengkapan yang diberi kepada anggota-anggota Home Guard melainkan sepasang pakaian seragam Jungle Green.

Pada bulan Jun 1959, cadangan untuk membubarkan pasukan Home Guard dipersetujui dan 6 bulan seterusnya diadakan beberapa penal temuduga dan pemilihan anggota-anggota Home Guard untuk diserap ke pasukan Askar Wataniah.

Pada 31 Disember 1959, Pasukan Home Guard dibubarkan. Pada Januari 1960, Rejimen Askar Wataniah telah ditubuhkan menggantikan pasukan Home Guard dengan sebanyak tiga batalion iaitu:
Batalion Pertama di Kuala Kangsar dan diketuai oleh Kapt Khoo.
Batalion Kedua di Ipoh dan diketuai oleh Kapt I.Nicholas (diturunkan pangkat dari Lt Kol)
Batalion Ketiga di Telok Anson diketuai oleh Kapt Dragon.

Kursus rekrut dan senjata mula dijalankan di Pusat Latihan ini dengan menggunakan senjata seperti SLR dan Rifle 303. Walaupun alat-alat kelengkapan masih belum diperolehi, mereka diperuntukan alat-alat tidur yang lebih baik.

Pada awal tahun 1962, anggota-anggota dari pasukan Tetap khasnya dari Rejimen Peninjau Diraja mula mengambil tugas sebagai jurulatih. Pada ketika itu, alat-alat kelengkapan seperti pack, parang, benet dan lain-lain diberi untuk tujuan latihan menembak di Kem Suvla Line.

Pada bulan Januari 1964, Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) berpindah ke Jalan Tambun, Ipoh mengambil alih dari National Service Centre yang dibubarkan ketika itu. Di bawah perintah Lt Kol Tan Chee See, PLAW mula diperkenalkan berlambangkan ketabahan dan ketaatan anak watan mempertahankan negara dari ancaman anasir-anasir anti nasional.

Ketika ditubuhkan, dari satu kawasan kem kecil PLAW telah mencapai seluas 90 hektar sekarang dengan pengisytiharan rasmi tempat-tempat seperti Wisma Pahlawan pada 23 Januari 1973 yang berharga RM250,000.00, Lapangsasar 25 ela pada 13 Februari 1973 dan Dewan Badminton pada 25 April 1975.

Sejak pusat latihan ini ditubuhkan di Jalan Tambun, Ipoh kekuatan pusat latihan ini bertambah seramai 16 pegawai dan 88 lain-lain pangkat. Senjata-senjata baru sepertiBren-Gun, HBLSR dan HK 33 juga mula diperkenalkan di dalam latihan untuk semua anggota Askar Wataniah. Alat-alat kelengkapan baru juga diperkenalkan bagi keperluan latihan.

PUSWATAN

Oleh kerana perkembangan Angkatan Tentera Malaysia, Askar Watahian juga turut berkembang. Pada tahun 1981 Askar Wataniah telah dikenali dengan nama Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD). Ini memandangkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Askar Wataniah dahulu dari segi operasi dan sekatan jalanraya. Sungguhpun Askar Wataniah dikenali dengan nama Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) tetapi pusat latihan ini masih dikenali dengan nama Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) sehingga pada 21 Disember 1995 PLAW telah ditukar designasi (nama) kepada PUSWATAN.

ORGANISASI

Bagi melicinkan perlaksanaan tugas di PUSWATAN sejajar dengan Pusat-pusat Latihan Tentera Darat yang lain, organisasi adalah:
Bahagian Pentadbiran.
Bahagian Latihan.
Bahagian Bantuan Latihan.
Bahagian Rekrut.

Saluran pemerintahan PUSWATAN pada masa ini adalah seperti berikut:
Di bawah Perintah untuk pentadbiran-MK latihan TD. (Latihan termasuk disiplin.)
Kawalan Teknikal.-Bahagian Pasukan Simpanan
Di Bawah Perintah untuk Pentadbiran-MK 2 Briged (Tempatan)

Piagam PUSWATAN adalah "Melaksanakan Kursus Umum Ketenteraan bagi semua peringkat Askar Wataniah dan pegawai Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)".Peranan dan tugas PUSWATAN adalah khusus seperti berikut:
Melatih Bakal Pegawai AW dalam aspek ketenteraan sebelum ditauliahkan sebagai pegawai dalam Kor Askar Wataniah.
Melatih pegawai Sukarela AW dalam Kursus Taktik, Senjata dan Tugas Staf dari Peringkat platun sehinggalah ke peringkat kompeni.
Melatih PTT Kerahan dan Sukarela AW dalam Kursus Taktik, Senjata, Penjaga stor dan Kawad . PUSWATAN juga telah /akan melatih anggota Tetap dalam Kursus Kawad.
Melatih Bakal Pegawai Pasukan Kadet Bersatu Malaysia dalam aspek ketenteraan.

Sebagai tambahan, PUSWATAN bertanggungjawab untuk mengendalikan Latihan Rekrut Wanita Tentera Darat mulai 1991 sehingga tahun 2000. Latihan dijalankan hanya satu sesi dalam setahun. Dari masa ke semasa, Kursus Orientasi Ketenteraan Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) INTAN dan Orientasi Pegawai KAGAT turut dilaksanakan.

Jangkamasa kursus yang dijalankan di PUSWATAN bagi pegawai dan anggota Sukarela Askar Wataniah adalah tidak melebihi satu bulan dalam satu-satu masa ekoran peruntukan cuti yang terhad. Bagi Kursus Bakal Pegawai untuk anggota Kerahan ianya dilaksanakan selama 3 bulan. Bagi Kursus Pegawai KAGAT, ianya mengambil masa selama dua setengah bulan manakala Latihan Rekrut Wanita /KAGAT TD adalah sama seperti rekrut lelaki TD iaitu selama enam bulan.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)