CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 8, 2012

Penggambaran Drama Diari Platun di Rejimen 515 AW

Promosi Drama 13 Episod Diari Platun



Setiap hari Selasa 10pm di Astro PRIMA CH 105.

Drama ini melibatkan beberapa anggota-anggota askar wataniah dari Rejimen 515 AW yang diambil berlakon sebagai pelakon tambahan dan menggunakan banyak khidmat bantuan logistik dari Kem Rejimen 515 AW. Lt Kol Abdullah Ibrahim telah menjadi penasihat teknikal bagi menjaga tatacara dan pantang larang yang tidak boleh dilakukan sepanjang menjalani penggambaran drama ini supaya tidak disalah tafsir masyarakat.
post signature

Kem Tahunan Siri 2/2012 Rejimen 515 AW

Ops Mandi Peluh


Kem Tahunan Siri 2/2012 yang berlangsung pada 11 Oktober 2012 sehingga 25 Oktober 2012 telah menggunakan konsep peperangan CW dalam modul latihannya. Pada pembukaan latihan tersebut, lebih daripada 10 orang anggota Rejimen 515 AW yang telah menamatkan kursus KADAR telah dinaikkan pangkat daripada prebet kepada lans koperal manakala 3 orang anggota masing-masing dinaikkan pangkat daripada lans koperal kepada koperal. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan antara lainnya ialah majlis pemakaian pangkat, operasi CW- mara, bersihkan bound dan serangan, karnival sukan, menembak dan malam akrab. Hanya 2 orang bekas pelajar UIAM iaitu lans koperal Ummu Farah Haidar dan koperal Omar Hamzah telah terlibat dengan latihan kem tahunan tersebut dan bagi anggota-anggota askar wataniah yang terdiri daripada pelajar-pelajar UIAM mereka tidak dapat menghadirkan diri kerana kelas masing-masing sedang berjalan dalam semester baru malah sebahagian daripada mereka telahpun menghadiri latihan kem tahunan bagi siri 1/2012 yang dikhususkan bagi pelajar IPT/IPG. Walaubagaimanapun, penglibatan anggota bagi siri 2/2012 adalah memuaskan dan tamat dengan jayanya.

Gambar oleh Lkpl Mustaza




post signature

Anggota Nadi@watan Julang Nama Rejimen 515 AW di PUSWATAN

Penuntut Keseluruhan Terbaik 

Kursus Senjata Kecil PTT (S) Siri 1/2012 


Pada 15 Februari 2012 sehingga 15 Mac 2012 yang lalu, seorang anggota kelab Nadi@watan iaitu Lkpl Omar Bin Hamzah telah berjaya menamatkan kursus senjata kecil PTT (S) siri 1/2012 yang bertempat di Kem Gunung Panjang, Pusat Latihan Askar Wataniah(PUSWATAN), Jalan Tambun, Ipoh, Perak. Beliau yang masih belum secara rasmi tamat pengajian walaubagaimanapun bersemangat untuk menghadiri kursus tersebut sebaik sahaja selesai menghantar thesis projek akhir tahun bagi bidang kejuruteraan mekatronik.

Menurut beliau, banyak perkara berkenaan senjata-senjata yang beliau telah pelajari seperti M 16, Steyr, Pistol Browning, LMG, GPMG, M203 Grenade Launcher serta pengenalan kepada bahan-bahan letupan. Pengalaman selama sebulan bersama-sama dengan anggota-anggota askar wataniah dari rejimen-rejimen seluruh pelusuk negara termasuk sabah dan sarawak telah membawa semangat kerjasama yang amat baik. Masing-masing memainkan peranan dan tidak sukar untuk diarah melakukan apa-apa jua jenis tugas mungkin kerana mereka sedar mereka telah berpangkat lans koperal dan ada juga beberapa orang berpangkat koperal. Jadi semasa di sana, tidak ada banyak masalah dalam menjalani kursus malah semuanya berjalan dengan lancar.

Beliau telah cemerlang dalam semua ujian bertulis dan juga menembak dengan mendapat kelas kedua sebagai penembak. Dengan kecemerlangan beliau dan sikap suka membantu rakan-rakan yang lain dalam pelajaran, beliau telah dianugerahkan sebagai penuntut keseluruhan terbaik besertakan sijil dengan gred B yang disampaikan oleh Komandan PUSWATAN, Lt Kol Pazil bin Mat. Menurut beliau lagi, semuanya bermula dengan cabaran yang dilontarkan oleh pegawai latih iaitu Mejar Hasril yang mahukan beliau mendapat anugerah penuntut keseluruhan terbaik dan sekurang-kurangnya gred C+ semasa sesi temuduga sebelum bertolak ke PUSWATAN. Cabaran itu akhirnya berjaya digalas oleh beliau dan mendapat ucapan tahniah daripada pegawai latih sekepulangan beliau ke Rejimen 515 AW.

Baru-baru ini, beliau telah dinaikkan pangkat dari lans koperal kepada pangkat koperal semasa pembukaan latihan kem tahunan siri 2/2012 di Rejimen 515 AW. Beliau mempunyai cita-cita untuk menghadiri kursus-kursus yang lain sekiranya berkelayakan dan berpeluang demi untuk menambahkan ilmu mengenai bidang ketenteraan supaya dapat dijadikan panduan dan dorongan untuk memajukan diri dan anggota bawahan seterusnya. Semoga semangat beliau untuk menimba ilmu ketenteraan dengan lebih mendalam terus menjadi ikutan anggota-anggota askar wataniah dari Rejimen 515 AW yang lain.

Ucapan syabas diucapkan kepada 6194080 Koperal Omar Bin Hamzah atas kejayaan tersebut sekaligus menaikkan nama Rejimen 515 AW khususnya dan kelab Nadi@watan amnya. Sekalung tahniah juga diberikan kerana beliau juga sudah menamatkan pengajian dengan jayanya dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Semoga menjadi pendorong bagi anggota kelab Nadi@watan yang lain untuk sukses dalam bidang pelajaran dan juga kokurikulum yang dipilih samaada sebagai Askar Wataniah ataupun PALAPES Darat.
post signature