CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, March 11, 2011

Kuliah Sirah IIUM: Impian Saidina Umar Al- Khattab

Mencari Kualiti Pada Diri Individu Mahupun Organisasi

KULIAH SIRAH lagi anjuran bersama PEMBINA IIUM & Nadi@watan IIUM

Tarikh: 10 Mac 2011
Masa: 9.15pm
Tempat: IRK Seminar Room Ibnu Khaldun, Level 1
Tajuk: "IMPIAN UMAR Al-KHATTAB"
oleh Ustaz Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim al-Habshi
"Dengan Sirah Kita Hidup".

Kehadiran ahli-ahli daripada kelab Nadi@watan adalah memuaskan dengan kehadiran Presiden sendiri Pbt Elridzuan, board IT Pbt Syazwan, Ex-board Pbt Omar, Pbt Kamal, Pbt Nurul Hidayah, Sanz dan lain-lain dengan kehadiran ahli-ahli PEMBINA IIUM dan hadirin yang lainnya mencecah 60 orang.  Kuantiti kehadiran walaubagaimanapun tidaklah begitu penting daripada apa yang telah dapat dikongsikan bersama ustaz dan sahabat-sahabat di dalam dewan kuliah untuk dihayati dan diterjemah dalam kehidupan seharian kita.

Kita seharusnya menjadikan para Nabi/para sahabat/tokoh-tokoh Islam sebagai idola untuk dicontohi. Segala kualiti yang ada pada mereka adalah paling baik untuk diikuti untuk meninggikan kalimah ALLAH di dalam jiwa pemuda-pemudi zaman sekarang. Sebaliknya, bukanlah para artis atau pemain bola sepak yang dilihat didada majalah dan surat khabar itu, kualiti diri, cerita hidup, dan gaya pemakaian mereka dicontohi jika tidak menepati saranan Islam.

Kita haruslah mempunyai pendirian yang tegas dalam semua perkara agar tidak mudah menjadi seperti lalang yang tidak tahu kemana hala tujuan yang sebenar. Dalam memilih pemimpin juga kita harus mencari kualiti yang ada pada seseorang individu itu supaya kelab/organisasi yang bakal diterajui tidak disia-siakan. Begitu juga dalam sesebuah organisasi, perlu mempunyai matlamat, misi dan visi yang ingin dikejar dan berpegang teguh kepadanya supaya organisasi itu tahu apa yang ingin diperoleh pada sesuatu masa tertentu. 








Apa Kata Ahli Nadi@watan Yang Hadir...



post signature

Saturday, March 5, 2011

Kuliah Sirah IIUM Hasil Inisiatif Kelab Nadi@watan dan PEMBINA

Menghadirkan Hati Untuk Ikhtibar & Pengajaran




Kuliah Sirah IIUM menjemput semua pelajar UIAM terutamanya anggota wataniah daripada Kelab Nadi@watan untuk menghadiri kuliah-kuliah yang telah dirancang oleh Biro Education & Tarbiyyah Kelab Nadi@watan dan juga PEMBINA untuk sama-sama menghayati sejarah Islam dimana lahirnya ramai tokoh dan pejuang Islam yang patut dicontohi oleh generasi pemuda - pemudi zaman sekarang. 'Open Group' ini sebagai medium pemberitahuan segala details dan rancangan yang akan dijalankan serta jika terdapat sebarang perubahan pada jadual asal.

Kami menyeru semua anggota wataniah UIAM menghadiri sebanyak mungkin kuliah yang telah disediakan agar kita sama-sama beroleh manfaat dan keberkatan dalam kehidupan seharian apabila menghadiri majlis-majlis ilmu sebegini. Ini pula adalah salah satu inisiatif yang terbaru Kelab Nadi@watan dalam memperbaharui aktiviti-aktiviti sepanjang tahun agar lebih bervariasi bagi memenuhi permintaan anggota-anggota selama ini. 

Semoga dengan pengembaraan kita kembali ke sejarah Islam dapat membawa seribu wadah dan ilmu bermanfaat untuk dibawa ke zaman serba moden dan penuh dengan godaan duniawi. Kita seharusnya melawan apa - apa ujian dan dugaan duniawi yang hanyalah sebagai tumpangan sementara dengan akhirat kerana disanalah dunia kekal abadi

"Siapa yang hendak menjadi wira Tuhan bersungguh-sungguhlah melawan hawa nafsunya. Dia adalah wira Akhirat bukan wira dunia." 

Wallahu'alam...
post signature

Sunday, October 31, 2010

Niat, Syarat & Cara Solat Jamak & Qasar

Niat, Syarat & Cara Solat Jamak & Qasar

Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.

Pembahagian Solat Jamak

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.

Syarat Jamak Taqdim

-Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
-Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
-Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
-Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
-Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.

Syarat Jamak Takhir

-Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
-Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.

Syarat Qasar

-Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
-Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
-Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
-Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
-Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
-Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
-Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Niat Solat Jamak dan Qasar


Jamak Taqdim dan Qasar

Zuhur-Asar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

Maghrib-Isyak

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


Jamak Takhir dan Qasar

Asar-Zuhur

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

Isyak-Maghrib

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.

Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar

Cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :

Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.

Berdiri lurus mengadap kiblat.

Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.

Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.

Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.

Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.

Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.

Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.
post signature

Wednesday, August 11, 2010

Photo Post Solat Terawikh di Mahallah SAA

Solat Terawikh di Mahallah Salahuddin AL Ayyubi (SAA)



Penghuni Mahallah SAA menunaikan Solat Isyak secara berjemaah
dan seterusnya solat terawikh sebanyak 8 rakaat.
Kebanyakkan pelajar yang hadir ialah anggota-anggota daripada
badan beruniform iaitu Wataniah, Suksis dan Palapes Udara.
Tazkirah oleh imam memberi peringatan tentang niat dalam ibadah
dan mempertingkat taqwa kepada Yang Esa.
Solat Terawikh diadakan di Multi Purpose Hall (MPH)
Mahallah Salahuddin Al Ayyubi (SAA) sepanjang bulan Ramadhan.
Semoga lebih ramai pelajar dapat bersama bersolat terawikh
pada hari-hari yang seterusnya.

Sunday, August 1, 2010

Fatwa dan ATM





Sembahyang Jumaat Polis dan Tentera yang Bertugas


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oct 1985 telah membincangkan Sembahyang Jumaat Polis dan Tentera yang Bertugas. Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah harus bagi Polis dan Tentera meninggalkan Sembahyang Jumaat kerana menjalankan tugas-tugas keselamatan yang dikira uzur syarie kerana mereka terpaksa bertugas dengan syarat tidak meninggalkan sembahyang Jumaat 3 kali berturut-turut.


Skim Haji Perkhidmatan Tentera


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-18 yang bersidang pada 25 Feb 1987 telah membincangkan Skim Haji Perkhidmatan Tentera. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
  1. Skim ini merupakan satu usaha yang baik bagi membantu anggota-anggota tentera untuk menunaikan fardu haji.
     
  2. Skim ini tidak bercanggah dengan Islam dengan syarat wang yang dikeluarkan bagi tujuan ini hendaklah daripada sumber pokok tabung berkenaan .
     
  3. Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa skim perkhidmatan haji angkatan tentera seperti yang dicadangkan ini adalah halal dari segi syarak kerana berhutang untuk menunaikan haji adalah harus. 


Fatwa - Fatwa Berkaitan Hari Pahlawan



Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.