CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Platun Dari UIA Turut Menjayakan Majlis Pelancaran Kompeni AW di Rejimen 515

Selebriti Tarik Minat Masyarakat Sertai Askar Wataniah


Lebih 500 Askar Wataniah yang diraikan semasa Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Persekutuan di Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur, Ahad. - Foto ROHAIZAT DARUS
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Penyertaan selebriti dan atlit sukan dilihat berjaya menarik minat masyarakat untuk menyertai Askar Wataniah (AW).

Menurut Panglima 4 Bgd, Brig Jeneral Datuk Zulkifli Kassim, sejajar dengan matlamat penubuhan kompeni Askar Wataniah, golongan tersebut telah memberikan impak yang begitu positif kepada berbagai lapisan masyarakat.
Dato' Siti Nurhaliza menyerahkan bendera kepada Datuk Zulkifli Kassim.

“Kita telah berupaya menarik minat berbagai lapisan masyarakat, individu yang boleh dijadikan ikon seperti selebriti, atlit sukan dan mereka yang telah mengharumkan nama negara dengan kebolehan tertentu.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada mereka kerana dengan secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan Askar Wataniah di samping dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat awam terhadap perana Askar Wataniah dalam mempertahankan negara,” kata beliau ketika berucap di Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Persekutuan di Rejimen 515 (AW), di sini, Ahad.

Yana Shamsudin dan Nurul Hidayah ketika menyanyikan lagu Si Baju Hijau semasa senaman perang.

Tambah beliau: “Askar Wataniah telah dapat memberikan pendedahan kepada orang awam tentang sebahagian aktiviti, latihan dan tugas-tugas anggota tetap sebagai orang awam yang dilatih oleh Angkatan Tentera Malaysia.

“Selain itu, pembangunan modal insan dan hubungan baik yang sedia terjalin di antara masyarakat dan Angkatan Tentera Malaysia akan terus dipertingkatkan lagi.”

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Panglima 12 Bgd, Brig Jeneral Mohd Nazir Mami.

Turut serta adalah selebriti yang menyertai Platun Seni Askar Wataniah iaitu penyanyi Dato' Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, pelakon Yana Shamsudin, pelakon Eric Fuzi dan pengacara Nurul Hidayah yang juga anak kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Lebih 500 Askar Wataniah yang turut diraikan dalam majlis tersebut terdiri daripada Platun Kementerian Pertahanan (Kementah), Platun Media Siber, Platun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Platun Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sumber: Mstar Online

Catatan admin: Platun Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang dimaksudkan ialah penuntut-penuntut kursus KADAR Bakal PTT Rendah (S) Siri 1/2011 yang berkekuatan seramai 33 anggota dari UIA, tidak termasuk 3 anggota dari RAJD (AW) dan 3 anggota individu. 


33 anggota DARI UIA
3 RAJD
3 Individu
JUMLAH PENUH = 39
post signature

Dato' Siti Nurhaliza Di Kem R515AW Menjayakan Pelancaran Kompeni AW

Askar Wataniah Bukti Kejayaan Hanruh

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar DJOHAN SHAH

BERBEKALKAN keazaman dan semangat cintakan tanah air, sebahagian rakyat negara ini sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjadi anggota sukarelawan Rejimen Askar Wataniah.

Boleh dikatakan juga, kebanyakan sukarelawan Askar Wataniah adalah golongan berkerjaya dan berpendidikan tinggi yang mempunyai tanggungjawab harian yang perlu dilaksanakan.

Namun dalam kesibukan masa dan keletihan bekerja, ia tidak menghalang anggota sukarelawan tersebut untuk menyumbangkan bakti bagi berkhidmat dan menyahut seruan kerajaan dalam menjaga keharmonian negara.

SITI Nurhaliza membawa bendera Askar Wataniah pada perbarisan
sempena pelancaran Kompeni Askar Wataniah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Malah kebelakangan ini selebriti tanah air seperti penyanyi Dato' Siti Nurhaliza dan Ana Raffali juga sanggup memikul tanggungjawab tersebut.

Penyertaan mereka juga membuktikan kejayaan konsep Hanruh iaitu pertahanan menyeluruh dalam dasar pertahanan negara kerana semakin ramai anggota masyarakat sedar tentang tanggungjawab menjaga dan memastikan keamanan negara tidak terletak di tangan anggota tentera sahaja.

Walaupun status mereka sekadar sukarelawan, Askar Wataniah tetap menjalani latihan asas ketenteraan yang bertujuan menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifli Zainal Abidin berkata, pengorbanan Askar Wataniah yang bertindak sebagai pelapis benteng pertahanan negara perlu disanjung kerana mereka sanggup mengetepikan urusan lain dan masa terluang.

"Kesedaran orang ramai menyertai Askar Wataniah adalah satu pengorbanan besar yang tidak ternilai dengan wang ringgit,'' katanya pada majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Setiawangsa, Batu, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh dan Cheras di Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur Ahad lalu.

Menurut beliau, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat menghargai pembabitan orang ramai terutamanya golongan belia dalam pasukan sukarelawan tersebut.

Dalam pada itu, bagi Pembantu Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Annasir Daud, 21, tidak pernah terlintas di fikirannya penyertaan sebagai Askar Wataniah merupakan beban kepada dirinya

"Bagi saya, ia merupakan pengalaman yang sangat berharga dan tidak mungkin diperoleh di mana-mana.

"Kami diberikan latihan dan dididik seperti latihan ketenteraan sebenar. Selain menguji ketahanan fizikal dan mental, pelatih turut diberi peluang mempelajari kaedah-kaedah tempur di medan peperangan," katanya.

Annasir yang berasal dari Sabah berkata, menyertai Askar Wataniah adalah kaedah terbaik dalam mendisiplinkan diri serta belajar berdikari.

Menurut pelajar kolej swasta, Mohamad Farid Ikhfal Hakim, 19, menyertai Askar Wataniah merupakan landasan terbaik baginya untuk mencapai impiannya menjadi pegawai tentera yang hebat dan disanjungi.

"Saya bercita-cita untuk menjadi anggota tentera sejak kecil lagi. Dengan cara inilah saya dapat menunjukkan kesetiaan kepada tanah air dan menyumbangkan khidmat bakti kepada negara.

"Askar Wataniah adalah kumpulan benteng pertahanan negara kedua selepas anggota tentera tetap,'' katanya.

Menurutnya, jika berlaku kejadian luar jangka seperti kekurangan anggota tentera, mereka akan diberi tanggungjawab membantu mempertahankan keselamatan.

Mohamad Farid menyarankan orang ramai terutama mahasiswa untuk cuba mendekatkan diri, mengenali dan menyertai Askar Wataniah kerana ia dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat serta mengelak daripada terbabit dalam gejala sosial.

Pengurus Hal Ehwal Akademik Kolej Antarabangsa Geomatika, Siti Rodhiyah Md. Safar, 24, pula berkata, status sebagai wanita tidak menghalang dan menjadi masalah buatnya untuk menjalani latihan dengan cabaran-cabaran lasak yang perlu ditempuhi.

"Saya ingin buktikan, tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini. Sekiranya lelaki boleh, kami golongan wanita juga mampu melakukannya setaraf dengan kebolehan kaum lelaki.

"Tidak ramai yang mengetahui kelebihan menyertai Askar Wataniah yang selama ini dilihat sebagai latihan menggerunkan," katanya.

Tambahnya, menyertai pasukan Askar Wataniah mengajarnya erti persahabatan antara masyarakat yang berbilang kaum sekali gus membentuk semangat kesatuan di negara ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Saturday, June 25, 2011

Pesara ATM Berpeluang di Serap ke JPA

Serapkan Bekas ATM ke Agensi JPA


Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Jun - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai kemungkinan menyerapkan anggotanya yang telah bersara ke dalam lebih banyak agensi perkhidmatan awam.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, setakat ini ATM telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara menerusi Strategi Lautan Biru untuk menyerapkan bekas tentera ke dalam kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Katanya, usaha itu adalah penting kepada bekas tentera kerana mereka mempunyai kemahiran dan pengalaman yang boleh digunakan bagi meningkatkan lagi prestasi sektor awam seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Mereka merupakan golongan terlatih dan adalah satu kerugian sekiranya kemahiran, pengetahuan serta pengalaman yang mereka ada disia-siakan begitu sahaja apabila bersara.

"Jadi, kami akan berbincang dengan JPA supaya bekas tentera diberi peluang kedua dan diserapkan ke dalam sektor awam yang lain seperti APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan sebagainya," katanya selepas majlis penyampaian sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) Siri 1/2011 di sini hari ini.

Zulkifeli yakin jabatan atau agensi awam yang lain akan mendapat manfaat daripada khidmat bekas anggota tentera.

Katanya, ia merupakan situasi menang-menang kepada kedua-dua belah pihak dan berharap ia dapat dilaksanakan bagi menjamin kebajikan golongan berkenaan.

Sementara itu, Zulkifeli berharap pesara-pesara tentera yang mengikuti kursus peralihan dalam pelbagai bidang dengan Perhebat dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya peluang yang diberikan kepada mereka.

Katanya, peluang seumpama itu tidak terdapat pada agensi lain, malah ia juga tidak ditawarkan oleh angkatan tentera di negara lain.

"Mereka seharusnya bersyukur kerana diberi peluang menimba ilmu pengetahuan dan juga kemahiran supaya dapat menyediakan diri dengan suasana pasaran kerja ketika ini," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Sunday, June 19, 2011

Latihan Perang CARAT Malaysia-AS

Kemusykilan terhadap niat China

PENULIS ialah GeoStrategis Institut GeoSpatial UTM dan ahli bersekutu Majlis Profesor Negara.

CHINA telah berulang kali menegaskan permodenan angkatan bersenjata mereka tiada kena mengena dengan hasrat untuk menjadi kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) tetapi hanya untuk melindungi kepentingan agenda ekonomi mereka. Sememangnya pengakuan sedemikian rupa amat dialu-alukan terutama sekali oleh negara jiran yang lebih kecil seperti ASEAN.

Tetapi perlu ditegaskan, Beijing sememangnya pintar menggunakan bahasa diplomasi untuk menggambarkan yang mereka tidak mempunyai agenda tersirat. Apa yang boleh dirungkaikan daripada kenyataan Beijing adalah mereka akan mempertahankan kepentingan ekonomi dengan apa jua kaedah sekalipun, dan ini termasuklah kekuatan tentera.

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdoa pada
majlis pelancaran latihan perang CARAT Malaysia-AS
bersama anggota United States Navy (USN)
di Kuantan, 6 Jun lalu. - UTUSAN/MAHATHIR ALI
Perhatikan sahaja apa yang sedang berlaku di Laut China Selatan mengenai tuntutan bertindih gugusan Kepulauan Spratly dan Paracel oleh China, Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Taiwan. Beberapa minggu lepas telah berlaku beberapa tindakan agresif di antara China, Vietnam dan Filipina di kawasan perairan yang masing-masing mendakwa milik mereka.

Vietnam dan Filipina telah menuduh tentera laut China mengganggu kerja eksplorasi di dalam perairan yang didakwa oleh Hanoi dan Manila adalah milik mereka. Beijing pula mendakwa kedua-dua negara tersebut telah menceroboh kawasan milik China.

Masalahnya di sini ialah hampir keseluruhan kawasan tuntutan bertindih Laut China Selatan didakwa oleh Beijing sebagai milik mereka dengan menggunakan dalil sejarah lampau.

Vietnam telah pun mengambil tindakan susulan akibat gangguan Beijing dengan mengadakan latihan tembakan peluru hidup di wilayah Quang Nam berhampiran dengan kawasan pertikaian. Walaupun dinafikan oleh Hanoi, begitu jelas sekali isyarat latihan tersebut adalah amaran kepada Beijing bahawa Vietnam akan mempertahankan kedaulatan mereka.

Begitu juga dengan Filipina yang bakal mengadakan latihan perang yang dinamakan CARAT bersama-sama dengan AS dari 28 Jun hingga 8 Julai memberikan satu maksud yang tersirat kepada Beijing mengenai apa yang sedang berlaku di Laut China Selatan.

Seperti lazimnya Beijing telah memberi amaran bahawa masalah tuntutan bertindih tersebut perlu diselesaikan secara bilateral iaitu antara China dan negara berkenaan sahaja tanpa memerlukan campur tangan pihak ketiga. Jika agenda China itu dituruti maka sudah semestinya manfaat menyebelahi mereka kerana China mempunyai segala-galanya.

Memang benar China tidak berminat untuk berperang dengan negara ASEAN yang jauh lebih lemah. Tetapi Beijing tanpa segan silu akan mempamerkan kekuatan tentera mereka untuk mendapatkan apa yang dihajati. Apa yang berlaku terhadap Vietnam dan Filipina tempoh hari adalah contoh klasik maksud tersirat permodenan angkatan tentera yang selaras dengan kemajuan ekonomi China.

Paling menggerunkan ialah bagaimana pantasnya permodenan angkatan tentera China berlaku. Tidak lama lagi tentera laut China akan memiliki kapal pengangkut jet pejuang yang pertama. China juga dipercayai sudah memiliki peluru berpandu balistik yang direka khas untuk memusnahkan kapal perang.

Sejak kebelakangan ini apa yang jelas adalah tumpuan khas diberikan kepada kemampuan angkatan laut mereka.

Selama ini AS dianggap sebagai kuasa maritim yang unggul kerana mempunyai gugusan kapal pengangkut jet pejuang yang tiada tolok bandingannya. AS mampu menonjolkan dan menggunakan kekuatan angkatan tentera mereka di mana-mana sahaja dengan kaedah kapal pengangkut yang ditempatkan serata pelosok dunia.

Memang benar dengan hanya sebuah kapal pengangkut tidak mungkin China dapat menandingi kehebatan AS. Tetapi bayangkan kesannya jika kapal pengangkut tersebut ditempatkan di Laut China Selatan. Sudah pasti China akan mempunyai kelebihan yang melampau apabila berhadapan dengan isu tuntutan bertindih.

Mungkin secara kebetulan atau tidak kapal pengangkut jet pejuang USS George Washington telah berlepas dari pangkalan di Jepun dan besar kemungkinan sedang menuju ke perairan Laut China Selatan. Pada minggu lepas kapal pengangkut tersebut telah pun berada di Laut China Selatan kerana mengambil bahagian dalam latihan perang CARAT Malaysia-AS. Buat pertama kali juga kapal selam AS turut serta dalam latihan tersebut.

Salah satu strategi untuk mengekang kelebihan angkatan laut China, negara ASEAN perlu mempunyai satu suara apabila berhadapan dengan Beijing. Mahu tidak mahu pihak ketiga perlu diberi ruang untuk bersama-sama dengan negara ASEAN berhadapan dengan China. Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah AS kerana hanya negara itu yang mampu menandingi kehebatan angkatan tentera China.

Strategi yang diamalkan oleh Malaysia dengan mengadakan latihan perang secara bersama dengan AS adalah kaedah yang paling berkesan untuk memberi isyarat kepada China. CARAT umpamanya adalah latihan bersama antara Malaysia-AS paling lama dan berjaya di antara kedua-dua negara.

Memandangkan kepentingan Laut China Selatan kepada Malaysia tidak perlu dipersoalkan lagi, kerjasama strategik dalam pertahanan maritim di antara AS diperluaskan lagi dengan penyertaan terbaru latihan secara bersama. Buat pertama kalinya Malaysia telah menyertai Latihan Pinggir Pasifik (RIMPAC) dan Cobra Gold bersama-sama dengan AS. RIMPAC dianggap sebagai latihan perang maritim antarabangsa yang terbesar di dunia dan pada latihan tahun lepas telah disertai oleh 13 negara.

Sememangnya penyertaan Malaysia dalam CARAT, Cobra Gold and RIMPAC akan memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada ASEAN.

Kehadiran empat negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia dalam salah satu latihan ketenteraan tersebut sudah pasti membawa implikasi yang agak besar seperti mana pakatan Jepun dan Korea Selatan yang telah memberi kesan kepada Asia Timur. Menjadi harapan isyarat tersebut dapat di baca oleh Beijing dengan betul.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Saturday, June 18, 2011

"Tanggapan ATM Goyang Kaki Salah"

Tanggapan ATM Goyang Kaki Salah - Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR 7 Jun - Tanggapan negatif sesetengah masyarakat negara ini yang sering dimomokkan oleh pihak tertentu bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya 'goyang kaki' ketika negara berada di dalam keadaan aman adalah salah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan strategi laut biru berlandaskan konsep inovasi yang diamalkan ketika ini memastikan ATM boleh berkhidmat dalam sebarang bentuk keadaan sama ada perang mahupun aman.

Beliau berkata, dalam tempoh kurang enam bulan, Kementerian telah berjaya menembusi kejumudan dan tanggapan orang ramai mengenai pretasi dan kemampuan ATM untuk berkhidmat dengan lebih baik sehingga mampu memenangi Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010.

AHMAD Zahid Hamidi memakaikan pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat)
kepada Lajim Ukin semasa hadir pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan
di Kuala Lumpur, semalam. AHMAD Zahid Hamidi memakaikan pangkat
Brigedier Jeneral (Kehormat) kepada Lajim Ukin semasa hadir pada
perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, semalam.
"Oleh itu, pencapaian ini bukan sesuatu kebanggaan sebaliknya ia merupakan suatu kesyukuran bagi kita untuk menjadikannya suatu tapak untuk bergerak ke langkah-langkah yang seterusnya.

"Dengan harapan tidak mahu riak dan takabbur, mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk kepada kita supaya pelbagai kejayaan lain akan dapat digapai selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Dataran Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Ismail Ahmad; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Ahmad Zahid dalam pada itu mengingatkan warga Kementerian Pertahanan supaya tidak rasa terhina dengan tohmahan masyarakat serta tidak berasa rendah diri dengan tugas yang mereka lakukan.

Sebaliknya kata beliau, mereka perlu membuktikan bahawa tentera boleh bersama dengan rakyat dan masyarakat akar umbi dalam melakukan pertahanan menyeluruh terhadap mereka.

"Sebenarnya, kita telah dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain namun perlu saya tekankan bahawa kita tidak harus berasa bangga sebaliknya bersyukur dan menjauhi rasa riak dengan kemampuan yang kita miliki," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid mahu warga Kementerian Pertahanan supaya menjadikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai panduan bagi mereka melunaskan tanggungjawab kepada negara.

Tambah beliau, mereka perlu melakukan beberapa tindakan yang dapat membantu kerajaan dan pada masa yang sama memastikan Kementerian Pertahanan berada di barisan hadapan dalam menentukan pelaksanaan GTP.

SUmber: Utusan Malaysia Online
post signature

Friday, June 17, 2011

Soal Jawab Bersama PAT Yang Baru Daripada TDM

ATM Perlu Dekati Rakyat


UTUSAN: Tahniah kerana telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke-18?

ZULKIFELI MOHD. ZIN
ZULKIFELI: Saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas penghijrahan ini dan penghargaan serta sembah junjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana telah merestui jawatan baru saya ini.

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menyokong pelantikan saya dan juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengesyorkan nama saya.

Pada pengamatan saya sebarang pelantikan adalah bergantung kepada rezeki seseorang itu. Faktor-faktor lain, mungkin kerana umur, penerimaan dan sama ada seseorang itu dirasakan sesuai untuk menjalankan sesuatu tugas berkenaan.

Bagaimanakah perasaan kerana terpaksa meninggalkan jawatan terdahulu sedangkan banyak perancangan belum selesai?

Saya memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Darat selama setahun tiga minggu dan ia adalah begitu singkat. Apa yang saya nyatakan di dalam perintah ulung saya pada 24 Mei 2010 ada yang telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan ada yang masih belum dilaksanakan.

Perancangan yang belum dilaksanakan berpunca kerana kekangan masa dan kewangan. Semua perancangan ini dibuat secara konsensus bersama-sama pucuk pimpinan Tentera Darat yang lain. Memandangkan timbalan saya diangkat sebagai Panglima Tentera Darat yang baru, saya mempunyai sepenuh keyakinan bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan dan melaksanakan yang belum terlaksana lagi.

Pandangan Tan Sri terhadap Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang baru?

Saya yakin bahawa beliau akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh kemantapan bagi membawa Tentera Darat ke tahap yang lebih tinggi. Walaupun hanya menjadi timbalan selama setahun, saya mendapati beliau telah menjalankan tugas dengan penuh iltizam, dedikasi dan penuh semangat. Saya yakin beliau telah bersedia sepenuhnya untuk dilantik sebagai Panglima Tentera Darat.

Adakah pengalaman Tan Sri sebagai bekas Komander Tim Pemantau Antarabangsa- Mindanao dapat membantu ketika memimpin ATM?

Ya, ia akan membantu saya. Ketika bertugas di Mindanao, Filipina saya melihat keamanan tidak dapat dicapai di wilayah berkenaan kerana tiadanya national will (sokongan rakyat) yang sepenuhnya ke arah itu. Ia juga berpunca kerana tiada kemahuan politik oleh kerajaan yang memerintah ketika itu.

Saya berharap hala tuju ATM bukan sahaja memberi tumpuan kepada latihan dan pemodenan aset semata-mata malah untuk meningkatkan sokongan rakyat bagi bersama-sama mempertahan dan membangunkan negara ini.

Sokongan rakyat amat penting. Sebagai contoh, kita lihat Amerika Syarikat kalah di Vietnam bukan kerana ia ketinggalan dari segi keupayaan ketenteraan sebaliknya kerana rakyatnya tidak lagi menyokong anggota tentera berperang di negara itu.

Apakah tumpuan utama ketika menyandang jawatan Panglima Angkatan Tentera?

Tumpuan adalah untuk melatih anggota dalam ketiga-tiga perkhidmatan di bawah ATM supaya mereka sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi peperangan. Di samping itu, berikutan perubahan di peringkat antarabangsa sekarang kita juga perlu mendefinisi semula apa yang dikatakan strategi untuk keselamatan negara. Bagi saya ia seharusnya meliputi tiga aspek iaitu pertahanan, keselamatan dan pembangunan negara.

Apakah peranan ATM sekarang dalam pembangunan negara?

Sebagai jabatan atau agensi kerajaan, ATM perlu memainkan peranan dalam pembangunan negara. Ini boleh dilakukan secara efektif kerana ATM mempunyai kekuatan yang tidak dipunyai jabatan atau agensi lain.

Untuk mencapai matlamat ini, kita menyahut baik seruan kerajaan untuk melaksanakan Strategi Lautan Biru. Ini bermakna kita perlu mendekati diri dan berkhidmat kepada rakyat. Kita juga perlu melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat secara berterusan dan sepanjang masa. Bukannya seperti sekarang, hanya ketika terdapat upacara tertentu atau bencana.

Pandangan Tan Sri berhubung kepentingan Askar Wataniah?

Saya pernah menjadi Asisten Panglima di Bahagian Perkhidmatan Simpanan (BPS). Askar sukarela atau Askar Wataniah ini adalah jambatan antara ATM dengan orang awam bagi merapatkan lagi kita dengan rakyat jelata. Sudah tentu ia juga mempunyai fungsi ketika berlaku konflik apabila pasukan ini akan digerakkan atau diserapkan ke dalam pasukan tetap untuk membantu kita.


Anggota pasukan ini juga diatur gerak di sesuatu kawasan bencana seperti ketika banjir. Mereka yang merupakan penduduk tempatan di sesuatu kawasan itu mempunyai pengetahuan tentang persekitaran setempat dan bertindak sebagai penunjuk arah kepada anggota tetap.

Adakah sebarang cadangan untuk meningkat bilangan anggota sukarela?

Sekarang ini nisbahnya ialah seorang anggota tetap bagi seorang askar sukarela. Kita menetapkan dalam tempoh akan datang sehingga 2020 nisbah ini akan ditingkatkan kepada seorang anggota tetap bagi dua askar sukarela.

Alhamdulillah, berikutan keterampilan ATM sekarang dan kerana kita telah mendekati rakyat, mereka akan datang kepada kita untuk berkhidmat sebagai Askar Wataniah sama ada darat, laut atau udara.

Langkah meningkatkan bilangan askar sukarela ini juga selaras dengan sasaran kita untuk mewujudkan satu kompeni Askar Wataniah di setiap 222 kawasan Parlimen seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Apakah aset-aset baru yang dicadang untuk diperolehi oleh ATM?

Saya tidak boleh menyenaraikan. Kita mesti ingat bahawa pembangunan ATM adalah berdasarkan kepada keupayaan yang diperlukan dan bukan kerana ancaman atau sebagainya. Apabila disebut tentang keupayaan, ia mempunyai beberapa faktor penyumbang termasuk berapa banyak sumber manusia yang kita ada dan berapa kosnya yang kita mampu.

Betulkan pandangan bahawa generasi muda tidak berminat menyertai ATM?

Sebenarnya itu adalah tanggapan yang tidak begitu betul. Kita sebenarnya menerima respons yang menggalakkan daripada generasi muda. Misalnya, ketika Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya ramai yang melawat ruang pameran ATM dan mereka juga banyak bertanya.

Ketika membuat pengambilan rekrut baru, walaupun jumlah yang ingin diambil lebih 2,000 orang sahaja tetapi yang memohon berjumlah berpuluh ribu orang. Semua yang memohon adalah layak. Berikutan itu, kita tiada pilihan kecuali memilih yang terbaik.

Ada individu apabila gagal dalam temu duga di sesuatu daerah akan pergi pula ke pusat pemilihan rekrut yang dibuka di daerah lain. Jika masih tidak berjaya mereka akan mencuba sekali lagi pada tahun akan datang. Kita mempunyai rekod dalam komputer mengenai siapakah individu ini. Kerana semangat itu, kita ambil juga mereka.

Adakah faktor gaji yang lebih baik menjadi punca sambutan menggalakkan ini?

Sudah tentu faktor gaji yang lebih baik adalah antara sebabnya. Ini hasil daya usaha Datuk Seri Najib yang ketika menjadi Menteri Pertahanan telah melakukan banyak penambahbaikan terhadap ATM.

Sebagai contoh, ketika saya menjadi pegawai muda pada sekitar 1980-an seorang sarjan ada menyatakan kepada saya bahawa dia tidak akan membenarkan anaknya masuk tentera. Orang yang sama setelah bersara, menelefon saya menyatakan harapan anaknya dapat memasuki ATM.

Faktor-faktor lain yang menjadi daya tarikan untuk generasi muda menyertai ATM adalah kerana mereka dapat bertugas di luar negara di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Thursday, June 16, 2011

PAT Kini Disandang Oleh Bekas PTD Terdahulu

Penggiliran PAT Kembali ke Tentera Darat


KUALA LUMPUR 15 Jun - Sistem penggiliran Panglima Angkatan Tentera kembali ke tampuk pemerintahan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkuat kuasa hari ini, selepas diketuai oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama dua tahun.

Ia bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang menamatkan perkhidmatannya hari ini selepas 41 tahun menabur bakti dalam TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penggiliran ketua perkhidmatan cabang dalam ATM sebagai Panglima Angkatan Tentera dimulakan pada April 2005 apabila Laksamana Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Noor daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilantik ke jawatan tertinggi ATM tersebut.

Ia memecahkan tradisi ATM apabila kesemua jawatan tertinggi ketumbukan tersebut sebelum itu diketuai oleh Panglima Tentera Darat.

Melalui trend sekarang serta sumber Utusan Malaysia, penggiliran jawatan itu akan dibuat mengikut turutan: TDM-TLDM-TDM-TUDM.

Berikut merupakan senarai Panglima Angkatan Tentera sejak Mohd. Anuwar memecahkan tradisi itu.

Sumber: Utusan Malaysia   
post signature

Menyimpan Rahsia Negara Seketat-ketatnya!

Pelihara Rahsia Pertahanan

oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua anggota tentera dan orang awam yang bertugas di Kementerian Pertahanan diingatkan supaya memelihara serta menyimpan rahsia pertahanan negara agar ia tidak dimanipulasi oleh musuh.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, ini kerana pendedahan tentang rahsia negara hanya akan membawa padah pada masa depan.

AZIZAN Ariffin melambai kepada para pegawai ATM sempena persaraannya
selepas majlis serah terima tugas Panglima Angkatan Tentera
di Kementerian Pertahanan, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
"Ingatlah, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terus mengintai peluang untuk mengambil kesempatan atas kelalaian atau kelemahan kita dan di luar sana, elemen asing termasuk warga Malaysia terus cuba memperoleh maklumat mengenai aset strategik kita.

"Oleh itu, saudara dan saudari hendaklah memastikan segala maklumat berdarjah disimpan dengan seketat-ketatnya dan tidak menguar-uarkan sebarang maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanat terakhir sebagai Panglima Angkatan Tentera sebelum menyerahkan tugas kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin melalui simbolik penyerahan tongkat kuasa di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Azizan mencipta sejarah tersendiri dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila muncul sebagai Panglima Tentera Udara pertama yang dilantik memimpin ketiga-tiga cabang perkhidmatan tentera negara bermula 1 September 2009 sehingga ke hari ini.

Beliau mengakui tarikh 1 September 2009 dan 15 Jun 2011 merupakan dua tarikh teristimewa dalam hidupnya serta selama 41 tahun berkhidmat dalam ATM.

Pada acara hari ini, Azizan turut melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama oleh sepasukan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja buat kali terakhir sebelum diarak di atas sebuah kenderaan tentera dengan penuh simbolik.

Suasana di Kementerian Pertahanan mendung seketika disertai tiupan angin sewaktu acara itu berlangsung.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Black Hackle - Agi Idup Agi Ngelaban

Wira 1 Renjer Tetap Setia


TETAMU... Veteran 1 Renjer yang terdiri daripada bekas tentera British
dan ahli keluarga mereka disambut di Lapangan Terbang Kuching
sempena majlis perjumpaan semula baru-baru ini.
REJIMEN 1 Renjer pernah digeruni musuh negara satu ketika dulu kerana keupayaan mereka mengekang dan melumpuhkan pengganas komunis serta tentera negara jiran dalam konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Era 60-an hingga 80-an merupakan tempoh kegemilangan pasukan tersebut dan kejayaan membunuh 91 pengganas dan menawan lapan musuh negara itu merupakan rekod terbaik bagi unit infantri di bawah Tentera Darat Malaysia.

Slogan Agi Idup Agi Ngelaban yang menjadi pegangan mereka masih menjadi kata-kata keramat pasukan tersebut.

Kejayaan ketika menjalankan operasi keselamatan dalam era darurat itu, seorang anggota Renjer telah dianugerahkan darjah tertinggi keberanian iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), enam dikurniakan Darjah Pingat Gagah Berani (PGB), empat anggota dikurniakan Pingat Perutusan Keberanian dan dua anggota menerima Pingat Keberanian Sarawak (PKS).

Selain itu, kerajaan negeri Sarawak juga telah menganugerahkan 'Truncheon' pada 19 November 1966 manakala Kerajaan Malaysia menganugerahkan Panji-Panji Rejimen pada 8 Oktober 1979 sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan dan pengorbanan pasukan 1 Renjer.

Bagi mengenang semula saat-saat mempertahankan negara itu, veteran 1 Renjer atau yang kini dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) bertemu semula dalam satu majlis khas di Kuching baru-baru ini.

Majlis perjumpaan semula itu telah menemukan para pegawai renjer yang berkhidmat dari 1963 hingga 1967 termasuk veteran Tentera British yang menganggotai pasukan 1 Renjer sekitar tahun tersebut.

Pihak penganjur berjaya mengumpulkan seramai 350 veteran tempatan dan 25 veteran Tentera British yang juga merupakan anggota perintis kepada penubuhan 1 Renjer.

Pertemuan bersejarah itu dicetuskan semasa pertemuan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dengan Presiden Airod Sdn. Bhd, Tan Sri Ahmad Johan bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh veteran terlibat.

Ketibaan delegasi veteran Tentera British di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baru-baru ini disambut dengan tiupan serunai dan ketika itu ada yang dilihat menitiskan air mata apabila mereka disambut oleh para pegawai kanan Rejimen Renjer.

Bagi meraikan mereka, Panglima Tentera Darat telah mengadakan Majlis Ramah Mesra yang berkonsepkan tradisi warisan Sarawak dan dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional Melayu oleh Badan Kesenian Tentera Darat.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin berkata: ''Keamanan dan kejayaan negara yang dikecapi hingga kini adalah atas titisan darah, peluh dan air mata para perajurit yang terdahulu.''

Apa yang jelas di sepanjang majlis tersebut, keakraban veteran tempatan dan veteran tentera British amat terserlah yang terbina daripada latihan intensif dan jerit perih dalam melaksanakan tugas operasi yang melakar banyak kejayaan.

Menurut Mejar (B) Edmund Abit, kebanyakan mereka bertugas bersama di dalam beberapa kempen seperti menangani pemberontakan di Brunei, konfrantasi Malaysia-Indonesia dan membanteras pengganas Komunis di Semenanjung dan Sarawak pada pertengahan tahun 60-an.

''Operasi-operasi itu telah melahirkan beberapa pahlawan 1 Renjer seperti Awang ak Rawing (Penerima Darjah Keberanian George Cross), Kanang ak Langkau (Penerima SPPGB) serta beberapa penerima pingat PGB dan KPK lain" ujarnya.

Ketua delegasi veteran dari UK, Kol. (B) David Twiggs yang merupakan Ajutan pertama 1 Renjer pula melahirkan penghargaan kepada Ahmad Johan yang berjaya menyatukan semua bekas pegawai dan anggota 1 Renjer dari seluruh Malaysia, United Kingdom, Kanada dan Hong Kong.

Ahmad Johan merupakan bekas pegawai Tentera Darat yang ditauliahkan ke 1 Renjer pada 1966 selepas menjalani latihan Kadet di Royal School of Infantry, Kanada dan merupakan anak tempatan pertama dilantik sebagai Ajutan 1 Renjer ketika itu.

Beliau juga memuji keberkesanan kepimpinan dan perancangan latihan Pegawai Memerintah pertama 1 Renjer, Lt. Kol. Fairy Gopsill yang berjaya mewujudkan satu landasan kesatuan yang jitu di dalam kehidupan pelbagai kaum 1 Renjer ketika itu.

Fairy yang tidak dapat hadir hanya diwakili isterinya, Susan Mary Gopsill yang memberitahu, betapa gemuruh perasaannya setiap kali terdetik perkataan Sarawak dan Rangers di mindanya.

Dengan berbekalkan pengalaman jurulatih dan anggota kanan Tentera British sebagai perintis penubuhan 1 Renjer serta semangat jitu dan kesungguhan anak watan yang terkenal dengan kepakaran ilmu di hutan serta keberanian semasa bertugas dalam Sarawak Rangers, dalam masa setahun 1 Renjer telah mencapai taraf operasi dan mula ditugaskan di Sempadan Sarawak-Kalimantan.

Pengerusi Penganjur Reunion 1 Renjer Tentera Darat, Mejar Jen. Datuk Suhaimi Mohd. Zuki berkata, pertemuan itu telah merintis jambatan baru bagi veteran 1 Renjer untuk menjalin semula hubungan yang lama terputus.

''Titisan air mata kegembiraan bercampur perasaan terharu di kalangan mereka ketika bertemu semula, menggambarkan semangat setiakawan di kalangan veteran Renjer masih tetap utuh dan tidak akan luntur,'' ujarnya.

Mengambil kesempatan daripada pertemuan itu, kesemua mereka telah dibawa ke lokasi lama tempat bertugas serta ke sekitar bandar raya Kuching.

Semoga veteran Renjer dan juga para perajurit yang memakai Black Hackle akan sentiasa menyanjung tinggi dan menghayati ertikata Agi Idup Agi Ngelaban.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Hari Terbuka Tentera Bersama Rakyat

Hari terbuka Batalion Ke-21 RAMD meriah


Oleh ASMA HANIM MAHMOOD

PROGRAM Hari Terbuka Tentera Bersama Rakyat anjuran Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) Pengkalan Chepa berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti termasuk pameran dan sukaneka.

Pegawai Memerintah 21 RAMD, Leftenan Kolonel Marzuki Mokhtar berkata, program sehari yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-33 batalion berkenaan penting bagi merapatkan lagi hubungan antara tentera dan masyarakat di samping memupuk kesedaran bahawa kewajipan mempertahankan negara terletak atas bahu semua pihak.

Marzuki Mokhtar (berbaring kiri) menderma darah kepada
Tabung Darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
sempena Hari Terbuka Tentera Bersama Rakyat anjuran 

Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD)
di Pengkalan Chepa, Ahad lalu.
"Kita tidak mahu wujud jurang antara orang awam dan tentera kerana tugas mempertahankan keamanan negara adalah tanggungjawab bersama.

"Tidak kira orang awam atau tentera, kita semua wajib mempertahankan keamanan yang dinikmati sekarang kerana hanya masyarakat yang aman berupaya membangunkan negara," katanya ketika ditemui pada program tersebut Ahad lalu.

Pada program itu, lebih 100 warga 21 RAMD telah menderma darah kepada tabung darah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Turut diadakan adalah aktiviti meraikan kira-kira 30 anak-anak istimewa oleh Badan Kebajikan Isteri Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT) cawangan 21 RAMD di bawah pimpinan Pengerusinya, Roziah Abdullah.

Marzuki berkata, masyarakat dapat melihat dengan lebih dekat kekuatan, kemahiran serta bakat seni warga 21 RAMD yang bukan sahaja gagah semasa operasi di perbatasan tetapi sentiasa memberi khidmat bakti mereka melalui program seperti gotong royong, derma darah dan sebagainya.

"Selain pameran tentera, kita amat berterima kasih dengan kerjasama daripada pihak polis, bomba dan syarikat swasta yang membuka gerai pameran sempena program ini," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Wednesday, June 15, 2011

Mahasiswa Perlu Aktif Kokurikulum

Mahasiswa Perlu Aktif Kokurikulum


Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 14 Jun - Golongan mahasiswa perlu bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum bagi meningkatkan lagi pemikiran kritis, kecekapan menyelesaikan masalah dan komunikasi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penyertaan mereka yang aktif dalam aktiviti tersebut dapat membantu meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan dan kemahiran diri.

Selain lulus cemerlang dalam akademik, tegasnya, prestasi mereka yang aktif dalam kokurikulum akan diambil kira oleh bakal majikan apabila memohon pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

“Kita sering menerima rungutan daripada majikan yang tidak berpuas hati terhadap prestasi dan kualiti pekerja mereka walaupun mempunyai kelulusan cemerlang dalam akademik.

“Di universiti sudah ada kokurikulum sendiri bagi membentuk keperibadian dan jati diri mahasiswa tetapi sebahagian besar daripada mereka masih lemah dalam tiga elemen yang saya sebut tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Pembangunan Tanah dan Ekonomi Persatuan Peniaga Islam Temerloh di sini semalam.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menggesa pihak universiti memperkasakan lagi aktiviti kokurikulum mahasiswa sedia ada menerusi program kemahiran insaniah.

Katanya, ramai siswazah gagal mendapat pekerjaan kerana tidak mahir berkomunikasi terutama dalam bahasa Inggeris, tidak cekap berinteraksi dan menyelesaikan masalah.

Katanya, ketiga-tiga aspek itu merupakan penanda aras kepada setiap siswazah untuk dinilai kebolehan dan prestasi mereka semasa menghadiri sesi temu duga.

Katanya, kokurikulum adalah penting bagi membantu mereka supaya tidak merasa janggal semasa memasuki dunia pekerjaan.

Beliau berkata, mulai tahun lalu, semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menetapkan mahasiswa perlu cemerlang dalam bidang kokurikulum untuk menambah markah penilaian mereka pada tahun akhir.

Sumber: Utusan Malaysia Online
P/s: Gambar sebagai hiasan semata-mata.
post signature

Malaysian Armed Forces (MAF) Dan United State Navy (USN)

Eksesais 10 Hari Tingkat Kerjasama Ketenteraan


KUANTAN 6 Jun - Eksesais Kerjasama Kesiagaan dan Latihan 2011 (CARAT 2011) antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) dilihat sebagai salah satu medium untuk meningkatkan kerjasama antara tentera kedua-dua negara.

Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, eksesais itu berlangsung selama 10 hari bermula hari ini bertujuan meningkatkan keupayaan, perancangan serta pelaksanaan ketenteraan kedua-dua negara.

AHMAD Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (kanan) berjabat tangan
dengan Thomas F. Carney pada majlis pelancaran kerjasama latihan tahunan
antara Angkatan Tentera Malaysia dengan United States Navy, semalam.
“Kerjasama dan hubungan dua hala antara ATM dan USN adalah salah satu inisiatif diplomasi ketenteraan yang telah terjalin sejak sekian lama.

“Hubungan akrab ini bukan sahaja diwujudkan di peringkat diplomatik, tetapi lebih signifikan di peringkat ketenteraan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian pembukaan eksesais itu di sini hari ini.

Hadir sama Komander Kumpulan Logistik Pasifik Barat (COMLOG WESTPAC), Laksamana Muda Thomas F. Carney.

Ahmad Kamarulzaman berkata, eksesais itu melibatkan 800 pegawai dan anggota ATM serta 1,800 anggota USN melibatkan kawasan Kemaman, Terengganu; Kuantan dan Pekan, Pahang; Mersing, Johor dan perairan Laut China Selatan.

Katanya, CARAT merupakan latihan tahunan siri ke-17 antara ATM dengan USN yang dipersetujui di bawah Program Perjanjian Latihan Bersama Malaysia dan Amerika Syariat.

Tambahnya, pelbagai latihan akan diadakan seperti pos pemerintah, operasi dan pendaratan amfibia, operasi hutan dan selaman.

“Bagi meningkatkan hubungan dan persefahaman yang baik antara ATM dan USN, program khidmat masyarakat juga akan diadakan,” katanya.

Eksesais itu melibatkan tiga kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Kapal Diraja (KD) Lekir, KD Lekiu dan KD Terengganu manakala USN membawa bersama tiga kapal perang iaitu USS Tortuga, USS Paulhamilton dan USS Howard.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Tuesday, June 14, 2011

MINDEF Pulih Penagih Dadah

Kementerian Pertahanan Pulih Penagih Dadah


KUALA LUMPUR 7 Jun - Kementerian Pertahanan bercadang untuk bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam melaksanakan program pemulihan penagih dadah di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya telah ditawarkan sebuah lokasi bagi melaksanakan program itu namun hanya akan mendedahkannya kemudian.

Menurutnya, cadangan itu adalah selaras dengan perancangan kementerian dalam memperluaskan konsep kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain.

"Saya pasti selepas ini Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dapat menjaga penagih dadah pula, namun ia akan lebih efektif sekiranya penagih dadah itu ditempatkan di pulau-pulau yang di bawah jagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Ia membolehkan masyarakat melihat kita adalah merupakan pasukan Angkatan Tentera Malaysia yang paling berkebolehan di rantau ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Dataran Wisma Pertahanan di sini.

Dalam perkembangan berlainan, Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri perbarisan tamat latihan membabitkan 2,000 pelatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 1,000 pelatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) pada 30 Julai depan.

Katanya, pelatih-pelatih itu akan menerima penghargaan daripada Perdana Menteri sekali gus mencipta sejarah dalam kerjasama pertama kali antara ATM dan PDRM.

"Ini membuktikan bahawa ATM dan PDRM boleh bekerjasama dalam apa keadaan sekalipun dan secara tidak langsung juga telah menjimatkan perbelanjaan PDRM," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Malaysian Battalion Membantu Pemuda Palestin

Malbatt bantu pemuda Palestin


Dr. Narresh memeriksa pemuda Palestin yang koma setelah ditembak
tentera Israel ketika menyertai demonstrasi sempena ulang tahun
Hari Nakbah di Lebanon 15 Mei lalu.
BERPANTANG maut sebelum ajal. Itu yang berlaku kepada seorang pemuda Palestin yang koma selepas ditembak tentera Israel ketika mengambil bahagian dalam demonstrasi ulang tahun Hari Nakba di selatan Lebanon 15 Mei lalu.

Ekoran kejadian itu, Tim Perubatan Batalion Malaysia (Malbatt) yang diketuai Pegawai Perubatan Kanan, Kapten Dr. S. Narresh dipertanggungjawabkan oleh Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) untuk memberikan bantuan perubatan kepada pemuda tersebut.

Hari Nakba, yang disambut masyarakat Palestin pada 15 Mei setiap tahun adalah untuk memperingati pengusiran rakyat Palestin dari tanah air mereka setelah tertubuhnya negara haram Israel pada 14 Mei 1948.

Perarakan dan tunjuk perasaan dianjurkan di negara-negara jiran yang bersempadan dengan Israel terutama di Selatan Lebanon dan Syria di samping sambutan yang diadakan di tanah Palestin sendiri iaitu di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Pemuda Palestin berusia 23 tahun yang ditembak itu adalah pelajar American University of Beirut (AUB) di Lebanon dan telah mengikuti demonstrasi Hari Nakba di bandar Maroun Al Ras, yang terletak berhampiran Garisan Biru yang memisahkan Lebanon dengan Israel.

Semasa kejadian, tentera Israel telah melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah penunjuk perasaan yang mengakibatkan 11 rakyat keturunan Palestin terbunuh dan 112 yang lain cedera termasuk pemuda Palestin berkenaan yang ditembak beberapa kali di belakang.

Tembakan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan parah pada limpa dan buah pinggang kanan di samping kebocoran pada otot yang mengawal pernafasan.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Bint Jbeil, berhampiran dengan lokasi kejadian dan doktor mendapati dia mengalami pendarahan dalaman serius di badan dan dada serta satu pembedahan kecemasan telah dilakukan untuk mengeluarkan buah pinggang, limpa serta menghentikan pendarahan di bahagian dada.

Namun masalah timbul kerana Hospital Bint Jbeil tidak mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan serpihan-serpihan peluru yang melekat dekat dengan tulang belakang pemuda terbabit.

Bantuan perubatan daripada Unifil diperlukan bagi menyelamatkan nyawa pemuda itu. Dr. Narresh telah diminta membuat penilaian perubatan dan memantau keadaan pesakit bagi menentukan tindakan selanjutnya walaupun Bint Jbeil terletak di bawah tanggungjawab operasi pasukan Perancis.

Dr. Narresh kemudiannya menggerakkan Tim Perubatan Hadapan Malbatt 3 ke hospital itu. Setelah membuat penilaian dan mengambil kira keadaan pesakit yang masih koma, beliau membuat keputusan untuk memindahkan pesakit keesokan paginya menggunakan helikopter milik kontinjen Itali.

Pemuda tersebut kemudiannya selamat diterbangkan ke Beirut untuk rawatan lanjut. Kecekapan Tim Perubatan Hadapan Malbatt 3 dalam melakukan operasi itu mendapat perhatian pihak pemerintahan tertinggi Unifil.

Mereka melahirkan rasa bangga dan berterima kasih di atas tindakan pantas serta kerjasama yang telah diberikan oleh Malbatt 3 yang begitu profesional mengendalikan situasi tersebut.

Operasi itu turut dibantu Kapten Dr. Md. Ariff Md. Yusof sebagai Pegawai Perubatan dan bersama-sama 11 paramedik termasuk dua paramedik daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Malbatt 3 yang berada di Tibnin iaitu Sektor Barat Unifil dijangka menamatkan misi pada Oktober ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Monday, June 6, 2011

Perajurit Muda Siti Nurhaliza Taruddin

Siti Nurhaliza sertai askar Wataniah

Mei 26, 11

Penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Siti Nurhaliza bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor dan bekas pengacara TV3, Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.

"Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa," katanya.

Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Ahmad Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah. Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.

Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat adalah menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.

"Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera ''rakyat''," katanya.

Ahmad Zahid berkata ATM mempunyai aset, peralatan dan jentera yang lengkap serta anggota-anggota yang terlatih untuk menghadapi keadaan darurat termasuk bencana alam.

Dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat pada Sabtu lalu, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin menghantar anggota tentera untuk membantu.

- Bernama
post signature

Friday, June 3, 2011

Siti Nurhaliza Sertai Askar Wataniah

Siti sertai Wataniah


KUALA LUMPUR: “Saya memang berminat menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) kerana suka aktiviti lasak. Ini juga satu tanggungjawab saya kepada negara.

Saya juga memang sudah bersedia dan tiada masalah mengikuti latihan kelak,” kata penyanyi wanita tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin, 32.

Menurut Siti, selain mendapat dorongan suami tersayang, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa yang memahami minatnya, dia turut berharap lebih ramai golongan belia dan wanita menjadi sukarelawan.

“Belia dan wanita di negara ini perlu menyertai RAW untuk berlatih mempertahankan diri. Malah, ia juga satu aktiviti yang sihat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Pembabitan Siti dalam RAW diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini, semalam, Mengulas lanjut hal itu, Siti turut mengesahkan ada bertemu dengan Ahmad Zahid untuk berbincang mengenai hasratnya menyertai RAW.

“Saya pernah bercita-cita menjadi anggota polis suatu ketika dulu. Jadi, dapat RAW pun sudah kira bagus kerana latihannya agak lasak dan sama seperti polis,” kata Siti.

Sumber: Mymetro Online
post signature

Thursday, June 2, 2011

Selamat Dengan Kehadiran Tentera

Selamat Dengan Kehadiran Tentera


SEJAK insiden penculikan yang turut membabitkan pelancong asing di Pulau Pandanan dan Pulau sipadan, Sabah pada tahun 2000, masyarakat luar mula meragui keselamatan di kawasan tersebut yang merupakan antara daya penarik pelancong ke negeri itu.

Tragedi penculikan yang membabitkan Kumpulan Abu Sayaf itu telah memberi tamparan hebat kepada industri pelancongan negara di mana para pelancong mula mempersoalkan tahap keselamatan negara terutamanya di kawasan berpulau.

Bagaimanapun, tindakan pantas kerajaan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Op Pasir berjaya mengatasi masalah itu dan menepis persepsi negatif pelancong luar terhadap tahap keselamatan kawasan perairan dan kepulauan di Sabah.

Lawatan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin ke beberapa kawasan Op Pasir seperti di Pulau Sipadan mendapati jumlah pelancong yang melawat pulau tersebut kini agak menggalakkan berbanding ketika berlakunya insiden penculikan tersebut.

Beberapa pelancong yang ditemui ketika sesi lawatan Panglima Angkatan Bersama itu memuji inisiatif yang diambil ATM dalam menjaga keselamatan perairan serta pulau-pulau sekitar Sabah yang merupakan sumber pelancongan negeri itu.

Pelancong dari Switzerland, Marco Kely berkata, dia berasa selamat ketika berada di Pulau Sipadan dan juga pulau-pulau lain di Sabah kerana kehadiran anggota tentera yang sentiasa menjaga keselamatannya ketika sedang asyik melakukan aktiviti perlancongan seperti selaman skuba.

"Sabah adalah tempat yang cantik. Saya suka lautnya, saya suka persekitarannya dan merupakan tempat terbaik untuk bercuti tetapi apa yang lebih baik ialah keadaannya yang selamat dan sentiasa di dalam jagaan pihak tentera.

"Kehadiran anggota tentera di setiap pulau termasuk sentiasa membuat rondaan di perairan negeri ini membuatkan saya berasa selamat. Saya yakin mereka akan memastikan saya dan juga pelancong lain yang datang ke sini berada dalam keadaan selamat serta dapat menikmati pelancongan kami dengan baik," katanya.

Seorang lagi pelancong, Gussi Mattila dari Finland berkata, pada mulanya dia agak terkejut melihat ramai tentera berkawal di sekitar perairan dan pulau Sabah tetapi mengakui bahawa kehadiran tentera berkawal di kawasan tersebut membuatkannya berasa selamat.

Mattila yang datang melancong bersama isterinya, Ecina Mattila, berterima kasih kepada ATM kerana sentiasa berkerja keras mengawal perairan serta pulau sekitar Sabah demi memastikan dia dan isterinya serta pelancong lain dapat menikmati pelancongan tanpa rasa takut.

"Sudah tentu saya dan isteri berasa selamat ketika berada di sini (Pulau Sipadan). Kami tidak berasa takut keran tahu keselamatan kami sentiasa dijaga oleh anggota tentera di sini. Terima Kasih kepada mereka (ATM), mereka telah melakukan tugas yang baik," jelasnya.

Bagi seorang lagi pelancong dari Hong Kong, Peter Kho, dia tidak pernah berasa keselamatannya sentiasa terjamin seperti ketika melancong di Pulau sipadan.

Katanya yang hadir membawa keluarga melancong ke Pulau Sipadan, dia menghargai jasa ATM menjaga keselamatannya sekeluarga sewaktu melancong ke Sabah.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

Pelancaran Kompeni AW Parlimen Bukit Katil, Masjid Tanah, Tangga Batu dan Jasin

Parlimen Bukit Katil, Masjid Tanah, Tangga Batu dan Jasin sahut seruan tambah anggota

Askar Wataniah
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhizar@bharian.com.my

Zulkifeli (berdiri empat dari kiri) dan pegawai kanan bersama Askar Wataniah selepas Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Bukit Katil, Masjid Tanah, Tangga Batu dan Jasin di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir.

PERANAN Askar Wataniah (AW) sebagai pasukan sukarela memang tidak dapat dinafikan. Kewujudan pasukan ini adalah penting kerana negara memerlukan lebih ramai anggota sukarela yang komited dalam mencurah bakti kepada keselamatan dan keamanan negara.

Sehubungan itu, usaha menarik pembabitan belia, terutama yang bekerja di sektor awam dan swasta untuk menyertai pasukan itu sentiasa digalakkan.

Menyedari kepentingan peranan pasukan itu, langkah menarik lebih ramai minat belia menyertai AW adalah bertepatan.

Walaupun keselamatan negara tidak lagi diancam anasir subversif, kesedaran mewujudkan pasukan sukarela yang terlatih perlu dilaksanakan berterusan.

Selain itu, pembabitan belia dalam pasukan berkenaan juga dapat mempercepatkan matlamat kerajaan untuk menyediakan 80,000 anggota sukarela menjelang 2020.

Baru-baru ini, kompeni AW Kawasan Parlimen Bukit Katil, Masjid Tanah, Tangga Batu dan Jasin di Melaka dilancarkan sebagai menyahut seruan kerajaan meningkatkan keanggotaan AW bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersedia pada setiap masa.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka itu bagi memberi peluang kepada masyarakat mendekati pasukan AW.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Yunos Husin dan Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron.

Selain menyaksikan perbarisan seramai 400 anggota Rejimen 514 AW, masyarakat juga berpeluang menyaksikan acara pertunjukan anjing perang, kawad senyap dan senaman perang.


Perarakan penyerahan bendera Askar Wataniah yang akan disampaikan kepada Zulkifeli.


Orang ramai turut diberikan pendedahan mengenai peralatan dan kelengkapan ketenteraan melalui pameran kenderaan tentera, makanan khas, kelengkapan dan alat komunikasi yang digunakan untuk mempertahankan negara.

Zulkifeli dalam ucapannya berkata, penubuhan pasukan AW di setiap kawasan menjadi begitu sinonim dan memberi pendedahan kepada warga awam berhubung sebahagian aktiviti latihan dan tugas anggota tentera.

Beliau berkata, sebagai orang awam yang memberikan perkhidmatan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pendedahan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman dalam melaksanakan tugasan harian.

"Selain itu, pembangunan modal insan dan hubungan baik yang sedia terjalin di antara orang awam dan ATM juga akan terus dipertingkatkan.

"Dalam konteks ini, saya percaya AW boleh menjadi penghubung antara tentera dengan rakyat, malah AW berupaya meniup semangat generasi baru untuk mencurahkan khidmat murni kepada negara," katanya.

Sumber: Berita Harian Online
post signature