CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 16, 2010

Briefing Kelas CCWT Semester I 10/11

Seramai lebih kurang 60 pelajar baru telah mendaftarkan diri untuk menyertai kelas CCWT bagi semester I 10/11 ini dan pada 14 Julai 2010 suatu briefing telah diadakan di Admin LT 1 yang dihadiri oleh Lt Wan Rizaila Wan Mamat Saufi dan Lt Rossa Baharom serta anggota-anggota CCWT termasuk muka-muka baru  yang akan mendaftarkan diri sebagai anggota CCWT. Pada malam tersebut seramai lebih kurang 25 muka baru dapat menghadiri briefing yang dikendalikan oleh chairperson Pbt Nur Hafiza Musa. Apa yang menarik pada malam tersebut ialah



ada muka baru pranita yang telah pun menghadiri Kursus Asas Perajurit Muda (KAPM) malah Kursus Asas Darat (KADAR) di mana Tuan Wari telah memberi cadangan kepada beliau untuk menjadi pembantu jurulatih sekiranya beliau menyertai kelas CCWT kerana beliau mempunyai pengalaman kursus yang setara dengan jurulatih-jurulatih yang sedia ada. Anggota-anggota baru akan diambil untuk Semester I/ 2010 ini dimana majlis pembukaan CCWT akan diadakan pada 31 Julai 2010 bersamaan dengan Hari Pahlawan. Untuk makluman, anggota baru CCWT 1061 ini hanya akan berpindah ke mahallah
Salahuddin Al Ayyubi pada semester II 10/11 sebagaimana anggota Ex-CCWT 1061 yang dahulu. Apa yang diharapkan daripada seniors ialah mereka dapat membantu dan berkongsi pengalaman serta memberi tunjuk ajar mengenai kelas CCWT dan Askar Wataniah kerana seniors adalah model terbaik mereka untuk dicontohi. Turut hadir bersama ialah Lkpl Izza(Bawang), Lkpl Najib, Lkpl Firdaus(Pedot), Presiden Kelab Nadi@watan Saudara Muhaimin dan Program Manager MAFinACT '10 Saudara Nasrul Hadi.













0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)