CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Anggota Nadi@watan Julang Nama Rejimen 515 AW di PUSWATAN

Penuntut Keseluruhan Terbaik 

Kursus Senjata Kecil PTT (S) Siri 1/2012 


Pada 15 Februari 2012 sehingga 15 Mac 2012 yang lalu, seorang anggota kelab Nadi@watan iaitu Lkpl Omar Bin Hamzah telah berjaya menamatkan kursus senjata kecil PTT (S) siri 1/2012 yang bertempat di Kem Gunung Panjang, Pusat Latihan Askar Wataniah(PUSWATAN), Jalan Tambun, Ipoh, Perak. Beliau yang masih belum secara rasmi tamat pengajian walaubagaimanapun bersemangat untuk menghadiri kursus tersebut sebaik sahaja selesai menghantar thesis projek akhir tahun bagi bidang kejuruteraan mekatronik.

Menurut beliau, banyak perkara berkenaan senjata-senjata yang beliau telah pelajari seperti M 16, Steyr, Pistol Browning, LMG, GPMG, M203 Grenade Launcher serta pengenalan kepada bahan-bahan letupan. Pengalaman selama sebulan bersama-sama dengan anggota-anggota askar wataniah dari rejimen-rejimen seluruh pelusuk negara termasuk sabah dan sarawak telah membawa semangat kerjasama yang amat baik. Masing-masing memainkan peranan dan tidak sukar untuk diarah melakukan apa-apa jua jenis tugas mungkin kerana mereka sedar mereka telah berpangkat lans koperal dan ada juga beberapa orang berpangkat koperal. Jadi semasa di sana, tidak ada banyak masalah dalam menjalani kursus malah semuanya berjalan dengan lancar.

Beliau telah cemerlang dalam semua ujian bertulis dan juga menembak dengan mendapat kelas kedua sebagai penembak. Dengan kecemerlangan beliau dan sikap suka membantu rakan-rakan yang lain dalam pelajaran, beliau telah dianugerahkan sebagai penuntut keseluruhan terbaik besertakan sijil dengan gred B yang disampaikan oleh Komandan PUSWATAN, Lt Kol Pazil bin Mat. Menurut beliau lagi, semuanya bermula dengan cabaran yang dilontarkan oleh pegawai latih iaitu Mejar Hasril yang mahukan beliau mendapat anugerah penuntut keseluruhan terbaik dan sekurang-kurangnya gred C+ semasa sesi temuduga sebelum bertolak ke PUSWATAN. Cabaran itu akhirnya berjaya digalas oleh beliau dan mendapat ucapan tahniah daripada pegawai latih sekepulangan beliau ke Rejimen 515 AW.

Baru-baru ini, beliau telah dinaikkan pangkat dari lans koperal kepada pangkat koperal semasa pembukaan latihan kem tahunan siri 2/2012 di Rejimen 515 AW. Beliau mempunyai cita-cita untuk menghadiri kursus-kursus yang lain sekiranya berkelayakan dan berpeluang demi untuk menambahkan ilmu mengenai bidang ketenteraan supaya dapat dijadikan panduan dan dorongan untuk memajukan diri dan anggota bawahan seterusnya. Semoga semangat beliau untuk menimba ilmu ketenteraan dengan lebih mendalam terus menjadi ikutan anggota-anggota askar wataniah dari Rejimen 515 AW yang lain.

Ucapan syabas diucapkan kepada 6194080 Koperal Omar Bin Hamzah atas kejayaan tersebut sekaligus menaikkan nama Rejimen 515 AW khususnya dan kelab Nadi@watan amnya. Sekalung tahniah juga diberikan kerana beliau juga sudah menamatkan pengajian dengan jayanya dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Semoga menjadi pendorong bagi anggota kelab Nadi@watan yang lain untuk sukses dalam bidang pelajaran dan juga kokurikulum yang dipilih samaada sebagai Askar Wataniah ataupun PALAPES Darat.
post signature

Wednesday, November 7, 2012

Tingkatan Mengajar Senjata

Muqaddimah Memulakan Sesuatu Kelas Senjata



Langkah Pertama

Skuad, duduk sedia! duduk senang! duduk sedia!

Assalamualaikum dan selamat pagi/petang semua sekali.

duduk senang!
(boleh mengarahkan untuk membuka topi hutan dan bertanyakan khabar/keadaan anggota)



Langkah Kedua

Saya perkenalkan diri saya, saya (No, Pkt, Nama) adalah sebagai jurulatih anda.
Pada pagi/petang ini, anda berpeluang lagi mempelajari senjata ............. iaitu pelajaran .........................................................................................

Langkah Ketiga

Sebelum saya meneruskan pelajaran pada pagi/petang ini, terlebih dahulu saya akan membahagikan anda kepada dua kumpulan besar. Apabila dapat nombor dari kanan nombor 1,2,3,.............12. 

No. 6! bangun! duduk!

No. 1 hingga No. 6, itu adalah kumpulan besar yang pertama, No.7 hingga No. 12, itu adalah kumpulan besar yang kedua.

Tujuan saya membahagikan anda kepada dua kumpulan besar adalah untuk memudahkan saya menggerakkan anda ke kiri kanan senjata semasa saya membuat pertunjukkan ataupun latihan di luar pondok skuad.

Apa yang saya mahu, kumpulan besar yang pertama, berada disebelah kiri senjata dan kumpulan besar yang kedua berada disebelah kanan senjata.

Setakat pembahagian kumpulan besar, ada apa soalan?
Kumpulan besar yang kedua, bangun! duduk!

Langkah Keempat

Sekarang tumpukan perhatian anda pada senjata yang berada di hadapan. Senjata disebelah kiri sekali adalah senjata No. 1 iaitu senjata latihan untuk anda, senjata No. 2 adalah senjata latihan untuk anda dan pertunjukkan bagi saya dan senjata No. 3 adalah senjata latihan untuk anda.

Langkah Kelima

Memandangkan senjata hanya ada 3 laras, maka di sini saya terpaksa membahagikan anda kepada beberapa kumpulan kecil. Apabila dapat No. 1,2,3, henti, dari kanan No! 1,2,3 henti! Itu adalah kumpulan kecil yang pertama. 1,2,3 henti! Itu adalah kumpulan kecil yang kedua. 1,2,3 henti! Kumpulan kecil yang ketiga. 1,2,3 henti! Kumpulan kecil yang keempat. 

Tujuan saya membahagikan anda kepada beberapa kumpulan kecil adalah untuk memudahkan saya menggerakkan anda ke belakang senjata semasa latihan pengendalian di luar pondok skuad nanti.

Apa yang saya mahu, anggota yang yang berteriak 1, akan mengendalikan senjata No. 1, anggota yang berteriak 2, akan mengendalikan senjata No.2 dan anggota yang berteriak 3, akan mengendalikan senjata No. 3.

Setakat pembahagian kumpulan kecil, apa ada soalan?
Kumpulan kecil ketiga, bangun! duduk!

Langkah Keenam

Keseluruhan pembahagian kumpulan besar dan kecil siapa ada soalan lagi?

Ingatan! Ingatan!
Anda dilarang sama sekali melintas di hadapan senjata semasa saya mahupun rakan anda membuat sesuatu pertunjukkan mahupun latihan demi untuk keselamatan kita bersama.
Anda dilarang bercakap-cakap semasa saya menyampaikan pelajaran.
(Boleh tambah apa-apa lagi ingatan)


Langkah Ketujuh

Bangun semua sekali!
Buat langkah keselamatan!

(Untuk Pelajaran 1 sahaja jurulatih mesti buat langkah keselamatan. Untuk pelajaran-pelajaran seterusnya bagi sesuatu jenis senjata, penuntut sudah boleh disuruh melakukan langkah keselamatan bagi semua senjata yang ada dihadapan kerana sudah mahir)
(Jurulatih seterusnya kembali ke pondok skuad dan akan memeriksa pouches setiap penuntut untuk memastikan tiada peluru hidup ataupun peluru blank disimpan oleh penuntut bagi tujuan keselamatan bersama)



duduk!

TUJUAN: Hendak mengajar kepada anda bagaimana ........................... dengan cara yang betul dan mengikut peraturan.

SEBAB: Sekiranya anda tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan senjata ini, nescaya anda akan gagal mengendalikannya samaada dipondok skuad mahupun dilapang sasar.

DORONGAN: Oleh itu, semasa saya menyampaikan pelajaran ini nanti, apa yang saya mahu anda tumpukan sepenuh perhatian anda dengan penuh minat serta catatkan segala butir-butir yang difikirkan perlu sebagai bahan rujukan anda apabila pulang ke pasukan nanti.


Baik, sekarang saya akan masuk ke pertengahan pelajaran.

(Teruskan pelajaran senjata yang ingin diajar)
post signature

Saturday, November 3, 2012

Jadual Kursus Di PUSWATAN 2013

Berkampung Di PUSWATAN Menimba Ilmu



UNTUK KURSUS LAIN-LAIN PANGKAT (LLP):
  1. Senjata Kecil - 20/02 - 21/03 (30 hr) (Kelayakan: Lkpl ke atas) 
  2. Kawad PTTR - 27/03 - 25/04 (30 hr) (Kelayakan: Kpl ke atas)
  3. Ketua Seksyen - 08/05 - 06/06 (30 hr) (Kelayakan: Lkpl ke atas)
  4. Pen Ketua Platun - 05/06 - 06/07 (30 hr) (Kelayakan: Kpl ke atas)
  5. Senjata Bantuan - 21/08 - 19/09 (30 hr) (Kelayakan: Kpl ke atas)
  6. Bakal Pegawai(PO) - 11/09 - 10/10 (30 hr) (Kelayakan: Lkpl ke atas dan Ijazah)
UNTUK KURSUS PEGAWAI:
  1. Ketua Platun - 27/02 - 12/03 (14 hr) (Kelayakan: Lt M ke atas
  2. Senjata Bantuan - 03/04 - 16/04 (14 hr) (Kelayakan: Lt M ke atas
  3. Staf & Taktik G3 - 15/05 - 28/05 (14 hr) (Kelayakan: Lt M ke atas
  4. Ketua Kompeni - 19/06 - 02/07 (14 hr) (Kelayakan: Kapt ke atas
  5. Pegawai Kanan - 25/09 - 08/10 (14 hr)(Kelayakan: Kapt ke atas
LOKASI KURSUS: 

PUSAT LATIHAN ASKAR WATANIAH(PUSWATAN)
KEM GUNUNG PANJANG
JALAN TAMBUN, IPOH, PERAK.

KEPERLUAN UTAMA: PERMOHONAN BAT C 20.

Artikel Akhbar: PUSWATAN 

post signature

Saturday, June 25, 2011

'Kit' Untuk Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah KADAR Siri 1/2011

Senarai Pakaian dan Peralatan


PERALATAN Jenis-jenis pakaian yang telah ditetapkan dalam latihan ini adalah seperti berikut :

• Pakaian Lengkap Medan (PLM)
• Pakaian Kawad (No. 3, Belt Putih, 2000)
• Pakaian Celoreng (No. 5)
• Pakaian Sukan
• Pakaian Awam

PAKAIAN LENGKAP MEDAN

Pakaian yang dipakai:
• Topi hutan/ Beret.
• Baju dan Seluar No 5.
• Disc Pengenalan
• ‘Field Dressing’
• Kasut Combat (Spike boot)
• ‘Peralatan Webbing’ dengan Pouches
• Tali Pinggang Belt 2000
• Botol air lengkap

Beg Galas (Pack) Berisi :
• Ponco
• Baju PT
• Seluar PT
• Kasut PT
• Seluar dan baju No 5
• Seluar dalam hijau atau warna gelap
• Berus dan ubat gigi
• Bedak kaki
• Sabun Mandi (Bekas sabun dan alat pencukur lengkap)
• Kiwi hitam dan berus kasut
• Hammock
• Jersey Pullover
• Parang
• Sarong Kaki
• Selimut (Blanket) hijau dan kelambu
• Tuala hijau
• Mess Tin satu pasang
• Sudu, garpu, dan pisau lipat
• Shivol atau cangkul
• Tali warna gelap panjang 10 meter
• Buku Nota dan Alat tulis
• Peralatan menjahit (House Wife)

Pakaian Kawad (No 3)

• Baju dan Seluar No3
• Kasut Kawad
• Tali pinggang pattern 2000 dan tali pinggang putih
• Beret
• Disc pengenalan
• Tongkat Kent

PAKAIAN SUKAN

• Track Suit Hitam
• Baju T Shirt putih (Wanita lengan panjang)
• Kasut Sukan Putih
• Sarung Kaki Putih
• Tudung Putih bagi Wanita

PAKAIAN AWAM

• Kemeja lengan panjang
• Seluar slack warna gelap
• Tali Leher
• Kasut awam Bertumit dan bertali
• Baju Kurung
• Baju yang Bersesuaian bagi wanita non muslim

post signature

Thursday, June 16, 2011

Persiapan Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah [K.A.D.A.R]

Barang-Barang Keperluan KADAR




1) Tali Pinggang Putih (cadangan: 2x; cepat kotor kerana warnanya putih; pemakaian penting semasa berkawad)
2) Spike boot (cadangan: 2x; 1x untuk tujuan aktiviti lasak; 1x lagi simpanan untuk tujuan kawad sahaja)

3) Tongkat (Cadangan: 1x; panjangnya melepasi paras bahu anggota agar mudah digunakan ketika berkawad)

4) Buku Persie KADAR (mengandungi pelajaran-pelajaran IMP, Taktik dan yang berkaitan)


5) Hukuman-hukuman kawad Panggilan Tanda, Setingkat dan Tongkat.


6) Pelan Gambarajah Colt M16, LMG, GPMG.


Pointer (cadangan: guna antena kereta; buddy-buddy untuk jimat kos)



7) Alat-alat tulis
8) Lain-lain barang keperluan yang dirasakan perlu.

 

Tuesday, May 17, 2011

Video Kawad Penutupan KADAR 2008 R505AW











Ulasan ringkas: Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (KADAR) 2008 di unit tumpangan Rejimen 505 Askar Wataniah Kem Teluk Sisik, Kuantan Pahang dihadiri beberapa orang anggota wataniah daripada UIAM daripada Rejimen 515 Askar Wataniah Kem Ampang, Selangor. 
post signature

Monday, May 16, 2011

Mahasiswa/wi UIAM Dianugerah Penuntut Terbaik Kursus APM

Suntikan Semangat Anggota Senior



18/4/2011 yang lalu, seramai 42 orang mahasiswa/wi daripada UIAM telah menyertai Kursus Asas Perajurit Muda (APM) Siri 1/2011 dan bergabung dengan 62 orang lagi penuntut daripada agensi-agensi seperti individu, JPA, SSD AW, SKD RAJD, BEK AW dan yang lain. Setelah 30 hari menjalani latihan asas ketenteraan, banyak perkara dan pengalaman baru yang mereka telah pelajari dan kini mereka telah tamat kursus dan akan kembali menjalani kehidupan sebagai orang awam dan juga mata-mata anggota keselamatan negara. Syabas kerana mereka telah berjaya mengharungi kursus tersebut dan dengan ini layak untuk menyarungkan baju celoreng(pakaian No. 5) selama 5 tahun dari sekarang sebelum Tarikh Tamat Perkhidmatan(TTP) mereka tamat dan perlu diperbaharui. Selama itu juga mereka berkelayakan untuk menyertai apa-apa aktiviti melibatkan Rejimen 515 Askar Wataniah untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang lebih mendalam dan meningkatkan taraf karier dalam pasukan wataniah. 

Sebagai ahli-ahli baru dalam Kelab Nadi@watan terutamanya anggota-anggota nonskill, mereka diharapkan dapat melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kelab yang akan datang seperti event tahunan tidak lama lagi bersempena CONVEST dan juga meramaikan lagi kehadiran latihan tempatan yang akan bersambung pada bulan September 2011 ini. Kehadiran latihan tempatan siri 12 dan seterusnya [lihat jadual] di dalam kampus UIAM setiap sabtu dan ahad adalah berkelayakan mendapat elaun bagi mereka yang telahpun tamat kursus rekrut. Jadi diharapkan semangat mereka tidak terhenti setakat disini sahaja tetapi terus bersama Kelab Nadi@watan merancang atau menyertai program-program yang lebih menarik bagi memenuhi kehendak ahli-ahli kelab.



Minggu pertama kursus mereka didedahkan dengan latihan senjata dan seterusnya kawad kaki serta senjata, mempelajari pelajaran taktik, Ilmu Medan Perang(IMP) dan lain-lain. Pada minggu ketiga, mereka semua terlibat dalam latihan menembak peluru hidup di lapang sasar Sungai Besi menggunakan senjata Colt M16. Dalam acara menembak piring, PM Nasir, PM Solehuddin, PM Suhaimi dan skuad-skuad mereka berjaya ke peringkat akhir mengalahkan team demo dan juga team jurulatih. Tahniah kepada mereka yang walaubagaimanapun telah tumpas kepada team Mejar Hasril, Penolong Pegawai Memerintah Batalion Kedua R515AW selaku pegawai yang bertanggungjawab dalam kursus APM tersebut. Mereka kemudiannya telah ke medan untuk mempraktikkan ilmu-ilmu taktik dan IMP yang telah dipelajari dalam kelas dengan pengawasan para jurulatih kursus. Kami mendapat berita gembira bahawa tiga orang ahli Kelab Nadi@watan UIAM telah berjaya merangkul anugerah "The Top Academic Recruit", "The Top Marksman Recruit" dan The Top Drill Recruit". Sekalung tahniah bagi mereka perajurit muda(PM) masing-masing ialah:

"The Top Academic Recruit" - PM Solehuddin Sapari(skill), 
"The Top Marksman Recruit" - PM Fahmi Resali(non-skill) 
"The Top Drill Recruit" - PM Noraini Zainal Abidin(skill) 

kerana telah mempamerkan aksi-aksi terbaik dalam pemilihan dalam kategori-kategori tersebut sekaligus menarik perhatian para jurulatih kursus untuk memilih mereka sebagai "The Best Amongst The Best"

9 daripada 10 Mahasiswa/wi UIAM Terbaik Kadar R505AW 2008. 
Kesan daripada kejayaan ini ialah suntikan semangat kepada para senior mereka yang akan menyertai Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (KADAR) pada julai 2011 tidak lama lagi di R515AW bagi meningkatkan ilmu ketenteraan dan taraf karier dalam pasukan di mana persiapan sedang giat dilakukan pada waktu ini bagi menghasilkan persembahan yang terbaik sepanjang kursus berlangsung yang sudah tentu lebih mengerah keringat jika dibandingkan dengan kursus APM kerana seharusnya para penuntut KADAR telah wajib memiliki ilmu-ilmu asas dalam perkara-perkara seperti kawad, senjata, disiplin dan lain-lain prinsip asas ketenteraan.

Kepada ahli-ahli baru kelab, kami mewakili Presiden Kelab Nadi@watan, Pbt Elridzuan Elias mengucapkan "Salam Perkenalan" dan mengalu-alukan penyertaan anda semua dalam apa jua aktiviti kelab mahupun Rejimen 515 Askar Wataniah sepanjang tahun 2011 ini. Semoga penglibatan anda semua akan lebih memeriahkan lagi program terutamanya event tahunan yang akan tiba tidak lama lagi selepas event Malaysian Armed Forces in Action 2009 and 2010 (MAFinACT '09 & '10). Sebarang cadangan dan permasalahan yang berkaitan juga boleh disalurkan ke ahli-ahli jawatankuasa semasa kelab untuk tindakan lanjut kerana "Tugas Adalah Ketua"


     "Yang 2 Orang ini Kursus Asas Tukang Masak Siri 1/2011 katanya =P"


post signature

Wednesday, April 20, 2011

Mahasiswa Mahasiswi UIAM Menyahut Seruan Pertiwi

Mahasiswa/wi UIAM Siap Siaga 

Menuju Ke Kem Tentera Rejimen 515 Askar Wataniah

Pbt Aiman dan Pbt Afham bersedia menaiki kenderaan untuk bergerak
ke Kem 515 sambil diperhatikan Pbt Nurul dan Pbt Fatin.

Jam 0800, 18/4/2011, Isnin - Seramai 42 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) secara sukarela telah menyertai pasukan keselamatan benteng pertahanan kedua negara di bawah Pasukan Simpanan Tentera Darat iaitu Rejimen Askar Wataniah(RAW). Mereka semua akan menjalani 30 hari latihan asas ketenteraaan dalam Kursus Asas Perajurit Muda(KAPM) Siri 1/2011 di mana latihan-latihan seperti kelas Ilmu Medan Perang(IMP), Taktik, Senjata, Kawad Kaki dan Senjata, Menembak, Merempuh Halangan, Latihan Fizikal, Medan dan sebagainya akan dipelajari setelah kesemua gear seperti pakaian celoreng(No.5), pakaian kawad(No.3), kasut kombat, bere, rantai disc, dan yang lain-lain diberikan kepada setiap seorang anggota. Selama 30 hari itu mereka akan menginap di Kem tentera Rejimen 515 Askar Wataniah (R515AW) di mana hampir kesemua aktiviti akan dipantau oleh askar-askar regular yang terlatih untuk memastikan keselamatan dan kebajikan mereka dijaga dengan baik sepanjang kursus berlangsung. Kekuatan sebenar bagi KAPM siri ini termasuk daripada agensi-agensi lain seperti anggota individu, JPA, SSD AW, SKD RAJD, BEK AW, dan lain-lain adalah lebih kurang 100 orang anggota keseluruhannya yang akan digabungkan dan kemudian dipecahkan semula menjadi 3 buah platun.


Mereka telah berkumpul di Transportation Unit di Helipad UIAM untuk melapor diri kepada pembantu-pembantu jurulatih R515AW yang terdiri daripada Pbt Fatih, Pbt Amir Hafiz, Pbt Fitri, Pbt Atiqah, Pbt Aiman dan Pbt Afham. Pbt Aiman telah menyampaikan briefing mengenai apa yang akan berlaku sepanjang kursus supaya menguatkan mental serta menjaga nama baik UIAM terutamanya. Mereka juga telah diingatkan agar terus aktif bersama Kelab Nadi@watan setelah kursus tamat dengan menyertai Latihan Tempatan(LT) di UIAM yang akan disambung pada bulan September 2011 nanti (fasa kedua) dengan mengetahui info-info terkini mengenai latihan melalui profile Nadiwatan Akaun di Facebook atau blog Kelab Nadi@watan (Cara lain ialah mengetahuinya melalui notice board kelab di S-dev). Pelbagai program/aktiviti/latihan telah dirancang dan mereka boleh melibatkan diri samaada skill mahupun non-skill kerana mereka kini adalah sebahagian daripada keluarga Nadi@watan. Subcom IT telah mengingatkan mereka agar tidak berhenti setakat kursus itu sahaja tetapi terus aktif dengan latihan-latihan lanjutan selepas tamat kursus rekrut dengan mendapatkan maklumat terkini daripada sumber-sumber komunikasi tersebut. 




Jam 0830 mereka mula bergerak ke Kem 515 untuk melaporkan kekuatan anggota rekrut UIAM disana pula dan setelah upacara pembukaan dilakukan nanti, maka kursus tersebut secara rasminya bermula. Semoga mereka tabah menjalani latihan dan pulang dengan kejayaan menamatkan latihan tersebut dalam tempoh 30 hari pada 17/5/2011 nanti. Lebih membanggakan Kelab Nadi@watan jika mana-mana anggota UIAM lelaki mahupun pranita mampu meraih anugerah-anugerah yang ditawarkan seperti Penuntut Akademi Terbaik, Penuntut Penembak Terbaik, Penuntut Kawad Terbaik dan Penuntut Keseluruhan Terbaik. Walaubagaimanapun, apa yang penting Kelab Nadi@watan berharap mereka pulang dalam keadaan baik dan gembira ke pangkuan keluarga bagi yang tidak mengambil semester pendek dan bagi yang mengambil semester pendek, teruskan pengajian seperti biasa setelah mendapat rehat yang cukup. "Excuse letter" akan diedarkan kepada mereka untuk diserahkan kepada pensyarah-pensyarah kelas. Semoga sekembalinya mereka ke UIAM dapat menyemarakkan lagi semangat untuk menyertai anggota tentera dikalangan rakan-rakan mahasiswa dan mahasiswi keseluruhannya disamping menambah kekuatan sedia ada anggota wataniah di sini.

 




post signature