CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 10, 2010

Senarai Pengarah-Pengarah dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan

PENGARAH ASKAR WATANIAH MALAYSIA
PENGARAH ASKAR WATANIAH PERTAMA
Kolonel Dato' Yeop Mahidin Bin Mohamed Shariff (1958-1963). Dilahirkan pada 20 Feb 1918 di Kampong Lambor Kiri, Parit, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Lambor Kiri dan seterusnya ke Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Apabila Askar Wataniah ditubuhkan, Kolonel Dato' Yeop Mahidin Bin Mohamed Shariff telah dilantik sebagai pengarah yang pertama. Kolonel Dato' Yeop Mahidin Bin Mohamed Shariff telah meninggalkan bidang ketenteraan pada bulan Nov 1963 dan menjadi Pegawai Daerah di Kuala Lipis. Beliau seterusnya telah dilantik sebagai Setiausaha Kanan Kementerian Kebajikan Masyarakat pada tahun 1965. Beliau telah meninggal dunia kerana sakit tua pada tahun 1999.
pengarah1.gif (6385 bytes)


PENGARAH ASKAR WATANIAH KEDUA
Kolonel Ariffin bin Ismail (1963-1965).  Dilahirkan pada 17 Ogos 1914 di Kampung Pasir Puteh, Kinta, Ipoh, Perak. Mendapat pendidikan awal di Anglo Chinese School, Ipoh sehingga darjah 4.  Beliau memasuki Angkatan Tentera pada 9 Feb 1935 sebagai anggota Lain-Lain Pangkat(LLP). Selama lebih kurang 11 tahun dalam LLP sehingga mencapai pangkat sarjan. Pada 13 Feb 1947, beliau telah  ditauliahkan dalam Kor RAMD dengan pangkat Leftenan Muda. Beliau dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah Kedua pada 23 Jan 1963 menggantikan Kolonel Dato' Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff. Kolonel Ariffin bin Ismail telah bersara daripada Angkatan Tentera pada 18 Ogos 1965. Pangkat terakhir beliau ialah Kolonel dan jawatan terakhirnya adalah Pengarah Askar Wataniah. 
pengarah2.gif (11485 bytes)
PENGARAH ASKAR WATANIAH KETIGA
Kolonel Ishak bin Shafie (1965-1968) . Dilahirkan pada 8 Apr 1918 di Ipoh, Perak. Beliau memasuki Angkatan Tentera bermula daripada peringkat bawah. Beliau seterusnya menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet dan ditauliahkan pada 29 Mac 1949 dalam Kor RAMD. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah pada 15 Jan 1956 menggantikan Kolonel Ariffin bin Ismail. Beliau telah menamatkan perkhidmatan beliau dalam Angkatan Tentera pada 8 Apr 1969. Jawatan terakhir beliau ialah Pengarah Askar Wataniah. Beliau telah meninggal dunia.
pengarah3.gif (7665 bytes)
PENGARAH ASKAR WATANIAH KEEMPAT
Kolonel Yusoff bin Abu Bakar (1968-1970). Dilahirkan di Muar, Johor pada 26 Nov 1930. Beliau mendapat pendidikan sehingga ke peringkat darjah lapan Sekolah Inggeris. Beliau memasuki Angkatan Tentera pada 27 Sep 1950 sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Pada 22 Ogos 1952 beliau telah ditauliahkan ke dalam Kor RAMD. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah Keempat pada 1 Sept 1968 menggantikan Kolonel Ishak bin Sharif. Beliau menamatkan perkhidmatan pada 30 Sept 1972 dalam pangkat Brigadier Jeneral setelah berkhidmat selama lebih kurang 22 tahun. Jawatan terakhir beliau adalah Panglima 6 Briged.
pengarah4.gif (9399 bytes)
PENGARAH ASKAR WATANIAH KELIMA
Kolonel Mokhti bin Jabar (1970-1973)Dilahirkan di Bota Kanan, Parit , Perak pada 16 Ogos 1928. Beliau mendapat pendidikan sehingga ke peringkat darjah enam. Beliau memasuki Angkatan Tentera bermula daripada peringkat bawah pada 22 Dis 1946.
Pada tahun 1952, beliau telah dihantar ke England untuk mengikuti latihan sebagai Pegawai Kadet di Eaton Hall dan ditauliahkan dalam Kor RAMD. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah Kelima menggantikan Kolonel Yusoff bin Abu Bakar
pada 1 Julai 1970. Beliau memegang jawatan ini sehingga 31 Dis 1973 sebelum ditukarkan sebagai Pemerintah Garison Kuala Lumpur. 
Beliau telah meninggal dunia pada 25 Sept 1975 semasa dalam perkhidmatan. Beliau telah meninggal dunia.
pengarah5.gif (7221 bytes)
PENGARAH ASKAR WATANIAH KEENAM
Kolonel Osman bin Mohd Zain (1973-1976). Dilahirkan pada 6 Nov 1922 di Tanjung Malim, Perak. Beliau memasuki Angkatan Tentera pada 28 Ogos 1954 dan telah dipilih untuk menjalani Latihan Pegawai Kadet di Eaton Hall, United Kingdom. Beliau ditauliahkan pada 17 Dis 1954 di dalam Kor RAMD. Beliau dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah pada 1 Jan 1974 menggantikan Kolonel Mokhti bin Jabar. Beliau telah menamatkan perkhidmatan dari Angkatan Tentera pada 6 Okt 1987 dalam pangkat Mejar Jeneral. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Staf Jawatan Anggota.
pengarah6.gif (12391 bytes)
PENGARAH ASKAR WATANIAH KETUJUH
Brigedier Jeneral Dato’ Abdul ‘As bin Ismail (1976-1980).  Dilahirkan pada 3 Jun 1932 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan sehingga ke peringkat English Cambridge. Beliau memasuki Angkatan Tentera pada 1 Sep 1953 dan dilatih sebagai Pegawai Kadet di Eaton Hall. Beliau telah ditauliahkan pada 18 Dis 1953 dalam Kor RAMD. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah menggantikan Kolonel Osman bin Mohd Zain pada 1 Jan 1977. Beliau telah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera pada 3 Jun 1987. Pangkat terakhir beliau adalah ialah Jeneral dan jawatan terakhirnya ialah Panglima 11 Divisyen PSTD.
pengarah7.gif (9172 bytes)
PENGARAH ASKAR WATANIAH KELAPAN
Brigedier Jeneral Dato’ Mohamed Dahalan bin Sulaiman (1981-1983).  Dilahirkan pada 18 Apr 1938 di Bentong , Pahang. Mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Senior Cambridge. Beliau ditauliahkan pada 14 Dis 1958 dalam Kor RAMD. Kursus-kursus yang telah beliau hadiri adalah All Arms Tactic, Staff Duties, All Admin Tactic di United Kingdom, Staff College di Camberley dan Joint Sevice Staff   Course di Australia. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah menggantikan Brigedier Jeneral Dato’ Abdul ‘As bin Ismail pada 1 Jan 1981. Beliau telah menamatkan perkhidmatan dari Angkatan Tentera pada 18 Apr 1993 setelah berkhidmat lebih kurang 35 tahun dalam pangkat Mejar Jeneral. Jawatan terakhir beliau adalah Ketua Staf Logistik Tentera Darat. .
pengarah8.gif (9489 bytes)
PENGARAH ASKAR WATANIAH KESEMBILAN
Brigedier Jeneral Haji Abdul Ghani bin Haji Mahludin (1984-1985). Dilahirkan pada 23 Ogos 1935 di Kuala Kubu Baharu, Selangor. Mendapat pendidikan awal sehingga ke peringkat Senior Cambridge Gred 3. Beliau memasuki Angkatan Tentera pada 30 Ogos 1954 dan dipilih untuk menjalani Latihan Pegawai Kadet di Eaton Hall, SandhurstUnited Kingdom. Beliau telah ditauliahkan pada 30 Ogos 1954 di dalam Kor Armor. Kursus- kursus yang telah beliau hadiri adalah Kursus Pegawai Muda, Kursus Pegawai Tadbir, Staff College di Australia dan Senior Foreign Officer Intelligent di US Army Intelligent School. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah Kesembilan pada 1 Jan 1984 menggantikan Brigedier Jeneral Dato’ Mohamed Dahlan bin Sulaiman. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 22 Ogos 1985 setelah berkhidmat selama lebih kurang 31 tahun dalam pangkat Brigedier Jeneral.
pengarah9.gif (7330 bytes)
PENGARAH ASKAR WATANIAH KESEPULUH
Brigedier Jeneral Mohd Kassim bin Ismail (1985-1985). Dilahirkan pada 3 Apr 1941 di Alor Setar, Kedah. Beliau memasuki Angkatan Tentera pada 3 Jan 1960 dan ditauliahkan pada 9 Dis 1961 dalam Kor RAMD. Kursus-kursus yang telah beliau hadiri adalah Platoon Weapon, Young Officers Tactic, Officers Air Portability, All Arms Tactic, Staff Duties dan Command General Staff Officers. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah pada 1 Jun 1985 menggantikan Brigedier Jeneral Abdul Ghani bin Haji Mahluddin. Beliau telah menamatkan perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera pada 3 Jan 1993 dalam pangkat Brigedier Jeneral. Jawatan terakhir beliau adalah Panglima 2 Briged.
pengarah10.gif (10944 bytes)
PENGARAH ASKAR WATANIAH KESEBELAS
Brigedier Jeneral Dato’ Hussein bin Mohd Ali Piah (1986-1988). Dilahirkan pada 17 Jan 1939 di Parit, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal sehingga ke peringkat Cambridge School Gred 2. Beliau telah ditauliahkan pada 14 Dis 1958 dalam Kor RAMD. Kursus-kursus yang telah beliau hadiri adalah Kursus Senjata dan Ketua Platun, All Arms Tactic, Kursus Staf di Bandong dan International Management di Amerika Syarikat. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah pada 1 Jan 1985 menggantikan Brigedier Jeneral Mohd Kassim bin Ismail. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 17 Jan 1994 dalam pangkat Mejar Jeneral setelah berkhidmat selama lebih kurang 36 tahun. Jawatan terakhir beliau adalah Panglima Logistik Tentera Darat.
pengarah11.gif (9426 bytes)
PENGARAH ASKAR WATANIAH KEDUABELAS
Brigedier Jeneral Dato’ Sulaiman bin Kudus (1989-1990). Dilahirkan pada 19 Mac 1939 di Bukit Piatu, Melaka. Mendapat pendidikan sehingga ke peringkat High School Certificate (HSC). Beliau memasuki Angkatan Tentera pada 2 Jan 59 dan ditauliahkan dalan Kor RAMD pada 10 Dis 1960.  Pada 3 Jan 1989, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah yang kedua belas menggantikan Brigedier Jeneral Dato’ Hussein bin Mohd Ali Piah. Kursus-kursus yang beliau dihadiri adalah Taktik Semua Perkhidmatan, Senior Foreign Officer Inteligent di US Army Int School, Staff Course di Camberley and Internationl Defence Management di California, Amerika Syarikat. Beliau telah bersara dari perkhidmatan Angkatan Tentera pada 18 Mac 94 dalam pangkat Mejar Jeneral. Jawatan terakhir beliau adalah Panglima 2 DIV.
pengarah12.gif (12367 bytes)

ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN

PENGARAH ASKAR WATANIAH KETIGABELAS DAN ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN PERTAMA
Brigedier Jeneral Dato’ Mohd Hashim bin Alias (1990-1 Mac 1993).   Dilahirkan pada 31 Dis 1938 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau memasuki Angkatan Tentera pada 2 Jan 1958 dan ditauliahkan pada 15 Dis 1958. Kursus-kursus penting yang telah beliau hadiri adalah Ketua Bateri, Staff Course di Australia dan Senior Command and Staff Arty di India. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Askar Wataniah yang ketiga belas dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan yang pertama pada 2 Jan 1990 menggantikan Brigedier Jeneral Dato’ Sulaiman bin Kudus. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 30 Dis 1993 dalam pangkat Brigedier Jeneral dan jawatan terakhir beliau adalah Assisten Panglima Pasukan Simpanan.
pengarah13.gif (8177 bytes)
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KEDUA 
Brigedier Jeneral Dato’ Johan Hew bin Abdullah (1 Okt 93-28 Feb 94). Dilahirkan pada 20 Ogos 1940 di Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan sehingga ke peringkat HSC dan memasuki Angkatan Tentera pada 2 Jan 1959. Beliau telah ditauliahkan dalam Kor Artileri pada 10 Feb 1960.  Kursus-kursus yang telah beliau hadiri ialah Ketua Bateri, Taktik Semua Perkhidmatan, Tugas Staf, Annual International Senior Officers Amphibius Training di Amerika Syarikat dan Senior International Defence Management di Amerika Syarikat. Beliau telah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera pada 20 Ogos 1995. Pangkat terakhir beliau adalah Mejar Jeneral dan jawatan terakhirnya adalah Panglima 3 Div. Beliau telah meninggal dunia.
ap02.gif (10893 bytes)
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KETIGA
Brigedier Jeneral Dato’ Mohammad Arshad bin Mohammad Raji (28 Feb 94 - 30 Jun 94). Dilahirkan pada 2 Nov 1943 di Ulu Langat, Selangor. Beliau memasuki Angkatan Tentera pada 4 Sep 1965 dan ditauliahkan di dalam Kor RAMD pada 17 Feb 1966. Kursus-kursus yang telah beliau hadiri adalah Ketua Platun, Pegawai Angkut Bermotor, Ketua Kompeni di Pakistan, Kursus Turus, Oversea Joint Warfare di Australia dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. beliau telah dilantik sebagai Asisten Panglima Pasukan Simpanan yang ketiga mulai 3 Mac 1993 hingga 30 Jun 1994 menggantikan Brigedier Jeneral Dato’ Johan Hew bin Abdullah. Beliau menamatkan perkhidmatan pada 2 Nov 1998. Jawatan terakhir beliau adalah Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat. .
ap03.gif (8229 bytes)
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KEEMPAT 
Brigedier Jeneral Datuk Zulkifli bin Abdul Hamid (1 Jul 94 - 5 Jan 95). Dilahirkan pada 28 Jan 1981 di Kota Baharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal sehingga ke peringkat Senior Cambridge. Beliau memasuki Angkatan Tentera pada 3 Jan 1960 dan ditauliahkan pada 9 Dis 1961 dalam Kor RAMD. Kursus-kursus yang telah beliau hadiri adalah Kursus Senjata dan Ketua Platun, Kursus Turus, Staff Course di Bandong dan National defence College di Pakistan. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 28 Jan 1996 dalam pangkat Brigedier Jeneral. Jawatan terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan adalah Asisten Panglima Pasukan Simpanan. Beliau telah meninggal dunia.
ap04.gif (7412 bytes)
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KELIMA
Brigedier Jeneral Abas bin Mohd Yunus (6 Jan 95 - 27 Jul 96). Dilahirkan di Temerloh, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Abu Bakar, Temerloh, Pahang dan seterusnya dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Persekutuan, Port Dickson. Pada 8 Dis 1963, beliau ditauliah dalam Kor RAMD. Kursus-Kursus yang telah beliau hadiri ialah Platoon Commander di School of InfantryEngland, Logistic Executive Development di Amerika Syarikat, Command and General Staff College di Fort LeavenworthKansas, Amerika Syarikat dan National Defence College di India. Brigedier Jeneral Abas bin Mohd Yunus telah dilantik sebagai Asisten Panglima Pasukan Simpanan mulai 5 Jan 95 menggantikan Brigedier Jeneral Datuk Zulkifli bin Abdul Hamid. Beliau telah menamatkan perkhidmatan pada 11 Apr 1998 dalam pangkat Mejar Jeneral. Jawatan terakhir beliau adalah Panglima 2 Divisyen.
ap05.gif (9229 bytes)
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KEENAM
Brigedier Jeneral Dato’ Abdul Wahid bin Hj Anwar (28 Jul 96 - 23 Feb 99). Dilahirkan pada 4 Sept 1946 di Kg. Sungai Besar, Kota Setia, Bagan Datoh, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal sehingga ke peringkat Senior Cambridge. Beliau memasuki Angkatan Tentera pada 4 Sept 1964. Beliau telah ditauliahkan pada 16 Ogos 1967. Kursus-kursus yang telah beliau hadiri ialah Gunnery Staff di United Kingdom, Diploma In Physical di Australia, Kursus Turus di Australia dan Master In Relations and Strategic Studies di United Kingdom. Brigedier Jeneral Dato’ Abdul Wahid bin Hj Anwar telah dilantik sebagai Asisten Panglima Pasukan Simpanan menggantikan Brigedier Jeneral Abas bin Yunus yang dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral sebagai Panglima 2 DIV. 
ap06.gif (42090 bytes)
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KETUJUH
Brigedier Jeneral Dato’ Hj Mohd Zamri bin Hj Ismail (10 Mac 1999 - 12 Feb 2001). Dilahirkan pada 01 Julai 1946 di Perak. Beliau mendapat pendidikan awal sehingga ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan dan melanjutkan pelajaran sehingga memperolehi MSc in HRM (Leicester) UK. Beliau telah memasuki perkhidmatan tentera pada 7 Mei 1966 sebagai Pegawai Kadet. Beliau telah ditauliahkan sebagai Pegawai Tetap dalam Kor RAMD pada 13 April 1968. Beliau mula berkhidmat di Pasukan 10 RAMD sebagai ketua Platun sehingga 31 Oktober. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral pada 22 Januari 1996 dan dilantik sebagai Panglima 7 Briged di Kluang, Johor. Brigedier Dato’ Haji Mohd Zamri telah mengambil alih tugas daripada Mejar Jeneral Dato’ Abdul Wahid bin Hj Anwar pada 10 Mac 1999.
ap08.gif (13733 bytes)
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KELAPAN
Brigedier Jeneral Dato' Mohd Yusak bin Hj Sulaiman (12 Feb 2001 - 1 Okt 2002). Dilahirkan pada 28 April 1949 di Pontian, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal sehingga ke peringkat Sijil Tinggi Persekolahan dan melanjutkan pelajaran sehingga memperolehi Sarjana Sastera Kajian Dasar dan Keselamatan(UKM). Beliau telah memasuki perkhidmatan tentera pada 09 Jun 1970 sebagai Pegawai Kadet. Beliau telah ditauliahkan sebagai Pegawai Tetap dalam Kor RAMD pada 18 Ogos 1970.Beliau mula berkhidmat di Pasukan RAMD sebagai Ketua Platun sehingga menjawat jawatan Ajutan sebelum menghadiri Kursus PL Comd Div di United Kingdom pada 09 Jun 1974 sehingga 16 Ogos 1974.Jawatan terakhir beliau semasa berkhidmat di 8 RAMD ialah sebagai Pegawai Risik. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral pada 11 Januari 1998 dan dilantik sebagai AKS CSM.Sebelum beliau menjawat jawatan Asisten Panglima Pasukan Simpanan beliau adalah Panglima 6 Briged. 
ap09.jpg (12992 bytes)
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KESEMBILAN
Brigedier Jeneral Zulkifeli bin Mohd Zin (1 Okt 2002  -  3 Mac 2003).Dilahirkan pada 14 Jun 1954 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di peringkat Malaysian Certificate of Education (MCE) sehingga MSc in National Resource Strategy dan Diploma in International Fellows & Program di National Defence Univercity, Amerika Syarikat. Beliau memasuki perkhidmatan tentera pada 1 Dis 1972 sebagai Pegawai Kadet dan seterusnya ditauliah tetap (Sandhurst) pada 9 Ogos 1974 sebagai Ketua Platun di 2 RAMD. Beliau juga telah dilantik sebagai Kol Sumber Cwg Sumber Manusia pada 1 Jul 2001 sebelum menjawat jawatan Asisten Panglima Pasukan Simpanan pada 1 Okt 2002. Selepas menjadi AP PS, beliau menjawat jawatan Panglima 8 Briged, Panglima 3 Div, Panglima Medan TD dan kini beliau merupakan Timbalan Panglima Tentera Darat,
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KESEPULUH
Brigedier Jeneral Dato' Syed Khalid bin Syed Mahmood ( 3 Mac 2003 Sehingga 15 Apr 2005). Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 25 Ogos 1949. Beliau mendapat pendidikan dari peringkat Malaysian Certificate of Education (MCE) hingga ke peringkat Dip in Management Studies, Dip in Strategic Studies dan lulus US Army War College. Beliau memasuki perkhidmatan tentera 20 Apr 1970 sebagai Pegawai Kadet dan ditauliah Tetap pada 10 Dis 1971sebagai Ketua Platun di 11 RAMD. Beliau telah melaksanakan tugas sebagai Panglima 11 Bgd menjawat jawatan Asisten Panglima Pasukan Simpanan pada 3 Mac 2003.
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KESEBELAS
Brigedier Jeneral Dato' Hj Md Azman bin Hj Rosli (15 Apr 2005 Sehingga 31 Jan 2007). Dilahirkan pada 9 Nov 1953 di Kampung Baru,Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan awal di peringkat Malaysian Certificate of Education (MCE) dan melanjutkan pelajaran hingga memperolehi Masters of Arts di University New South Wales (UNSW),Australia. Beliau memasuki perkhidmatan tentera pada 1 Dis 1972 sebagai Pegawai Kadet dan seterusnya ditauliah tetap di dalam Kor RAMD pada 1 Nov 1973. Beliau telah menjawat beberapa jawatan penting seperti Juruiring kepada Panglima Tentera Darat, Pegawai Memerintah Bn 304 Inf AW, sebelum menjawat jawatan Asisten Panglima Pasukan Simpanan pada 15 Apr 2005. Kini beliau merupakan Panglima 11 Briged.
 
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KEDUA BELAS
Brigedier Jeneral Dato' Razali bin Hj Ahmad (1 Feb 2007 Sehingga 6 Ogos 2007). 
Dilahirkan pada 20 Okt 1959 di Masjid Tanah, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di peringkat Malaysian Certificate of Education (MCE) dan melanjutkan pelajaran hingga memperolehi Masters in Defence Studies (UNSW Australia). Beliau memasuki perkhidmatan tentera pada 6 Jan 1979 sebagai Pegawai Kadet dan ditauliahkan pada 13 Jun 1980 didalam Kor RAMD. Sebelum menjawat jawatan Asisten Panglima Pasukan Simpanan, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting seperti Pegawai Memerintah 16 RAMD dan Panglima 3 Bgd. Beliau menyandang jawatan Asisten Panglima Pasukan Simpanan selama 4 bulan sebelum menghadiri Kursus NDC di Pakistan. Kini, beliau menjawat jawatan Ketua Pengarah Pasukan Udara Tentera Darat, MK TD.
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KETIGA BELAS

Brigedier Jeneral Dato' Abdul Rahim bin Mohd Yusuff (7 Ogos 2007 Sehingga 12 Feb 2008) Dilahirkan pada 9 Julai 1956 di CameronHighland, Pahang. Beliau telah berkahwin dengan Datin Azizah bte Ramli dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Beliau memulakan kerjaya dalam Angkatan Tentera sebagai Pegawai Kadet pada 6 Julai 1977 dan ditauliahkan sebagai pegawai dalam Kor RAMD pada 1956. Beliau mendapat pendidikan awal diperingkat MCE dan melanjutkan pelajaran sehingga memperoleh Master in Strategic and Defence Studies (Aust) dan Master of Science in Defence and Strategic Studies (Pakistan). Beliau menjawat jawatan Asisten Panglima Pasukan Simpanan pada 7  Ogos 2007. Beliau dinaikan pangkat ke Mej Jen pada 1 Dis 2007 dan kini beliau menjawat jawatan AKS Bhg Rancang dan Kontijensi di MK Angkatan Bersama.
ASISTEN PANGLIMA PASUKAN SIMPANAN KEEMPAT BELAS
Brigedier Jeneral Dato' Fazlurrahman bin Mohammad Irfan (13 Feb 2008 Sehingga Sekarang) Beliau dilahirkan pada 1 Disember 1953 di Sitiawan Perak. Telah berkahwin dengan Datin Surina binti Ahmad dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Perjalanan kerjaya beliau dalam Angkatan Tentera Malaysia bermula pada 1 Jun 1972 sebagai Pegawai Kadet dan ditauliahkan sebagai pegawai dalam Kor RAMD pada 20 Apr 1973. Beliau memiliki Graduate Diploma in Strategic Studies (Aust). Beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan penting seperti Pegawai Memerintah 20 RAMD, TAKS Perkhidmatan Anggota, Penasihat Pertahanan di India dan Panglima 2 Bgd sebelum menjawat  jawatan Asisten Panglima Pasukan Simpanan mulai 13 Feb 2008.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)