CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 10, 2010

Bila Nak Dapat Full-Set Pakaian No 3 ni ??

Gambar disebelah di ambil semasa sesi penyerahan barangan aksesori pakaian no 3 tentera darat di MPH mahallah Salahuddin Al Ayyubi. Ramai juga yang hadir seperti Hasbi, Faiz, Sahril, Omar, Syazwan, Farid, Lotfi, Naqi dan Zuhairi termasuk Kpl Helang Tanah Melayu (bukan nama sebenar). 

Semua nampak gembira pada masa kehadiran awal-awal. Rasa 'excited' nak dapat full set pakaian no 3. Antaranya kasut potong, lencana bahu, baju, seluar dan ada juga yang nak tukar baju sebab x fit dengan badan. Pada sesi itu juga Tuan Wari turut hadir. Tetapi...

Rasa kecewa yang teramat sangat apabila cik Din memberitahu yang beliau tidak dapat menyerahkan barang-barang tersebut kerana beliau baru pindah rumah (mindslip?) dan tak sempat nak punggah barang-barang dan beliau juga terlibat dengan kemalangan kecil. Jadi terpaksa lah datang dengan berita sahaja tanpa barang aksesori dan pakaian kami yang dah lama diidamkan. Ai maklum lah takkan nak dapat pakai lengkap bila dah graduate daripada CCWT kan. Urmmm.. bersabarlah ye wira dan wirawati semua.. 

Pssst: Kpl Helang Tanah Melayu ialah Kpl Najib.
(Gambar yang ada balloon adalah rekaan semata-mata. No Hard feelings...)

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)