CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 22, 2011

Platun Dari UIA Turut Menjayakan Majlis Pelancaran Kompeni AW di Rejimen 515

Selebriti Tarik Minat Masyarakat Sertai Askar Wataniah


Lebih 500 Askar Wataniah yang diraikan semasa Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Persekutuan di Rejimen 515 (AW), Kuala Lumpur, Ahad. - Foto ROHAIZAT DARUS
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

KUALA LUMPUR: Penyertaan selebriti dan atlit sukan dilihat berjaya menarik minat masyarakat untuk menyertai Askar Wataniah (AW).

Menurut Panglima 4 Bgd, Brig Jeneral Datuk Zulkifli Kassim, sejajar dengan matlamat penubuhan kompeni Askar Wataniah, golongan tersebut telah memberikan impak yang begitu positif kepada berbagai lapisan masyarakat.
Dato' Siti Nurhaliza menyerahkan bendera kepada Datuk Zulkifli Kassim.

“Kita telah berupaya menarik minat berbagai lapisan masyarakat, individu yang boleh dijadikan ikon seperti selebriti, atlit sukan dan mereka yang telah mengharumkan nama negara dengan kebolehan tertentu.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada mereka kerana dengan secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan Askar Wataniah di samping dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat awam terhadap perana Askar Wataniah dalam mempertahankan negara,” kata beliau ketika berucap di Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Persekutuan di Rejimen 515 (AW), di sini, Ahad.

Yana Shamsudin dan Nurul Hidayah ketika menyanyikan lagu Si Baju Hijau semasa senaman perang.

Tambah beliau: “Askar Wataniah telah dapat memberikan pendedahan kepada orang awam tentang sebahagian aktiviti, latihan dan tugas-tugas anggota tetap sebagai orang awam yang dilatih oleh Angkatan Tentera Malaysia.

“Selain itu, pembangunan modal insan dan hubungan baik yang sedia terjalin di antara masyarakat dan Angkatan Tentera Malaysia akan terus dipertingkatkan lagi.”

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Panglima 12 Bgd, Brig Jeneral Mohd Nazir Mami.

Turut serta adalah selebriti yang menyertai Platun Seni Askar Wataniah iaitu penyanyi Dato' Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, pelakon Yana Shamsudin, pelakon Eric Fuzi dan pengacara Nurul Hidayah yang juga anak kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Lebih 500 Askar Wataniah yang turut diraikan dalam majlis tersebut terdiri daripada Platun Kementerian Pertahanan (Kementah), Platun Media Siber, Platun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Platun Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sumber: Mstar Online

Catatan admin: Platun Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang dimaksudkan ialah penuntut-penuntut kursus KADAR Bakal PTT Rendah (S) Siri 1/2011 yang berkekuatan seramai 33 anggota dari UIA, tidak termasuk 3 anggota dari RAJD (AW) dan 3 anggota individu. 


33 anggota DARI UIA
3 RAJD
3 Individu
JUMLAH PENUH = 39
post signature

4 comments:

Mahadher cucu Tok AWang

"SALAM PANGGiLAN PERTiWi" .

^_^ .

MenDARAT di sini susulan maklumat daripada SEL TERTENTU dalam FB PANGGiLAN PERTiWi . TAHNiAH wahai 'asykarx mahallah SALAHUDDiN AL-AYUBi!... ^_^ . Korek abisxan RAHSIA , ilmu dan PETUA.. drp pegawai dan stafx anda . Terus mara,,, GEMPUR WiRA dengan GAGAH SETiAnya!!!...:)

Di kesempatan ini ,,, sempena hari baek , BULAN BAiK ni , ambe nak tujukan LAGU maher ZAiN , INSY-ALLAH , versi MELAYU buat antum sekalian . ;) .

SALAM LEBARAN... EiD MUBARAK... wa antum biKHAiRRR.. MAAF LAHiR DAN BATiN . ^_^ .

"MA'ASSALAMAH WA iLALLiQA'..." .

^_^





Mahadher Cucu Tok AWang .
FB > PANGGiLAN PERTiWi .

PS: Nice RAYA song by KHAtY... ;)
.
.
.
SENI BELADiRi . OPS KERiS .
OPS KERiS . GAZA .
~i|i~ .
.

Anonymous

pembetulan. kekuatan 33orang anggota UIAM tidak termasuk 3 anggota RAJD, n 3anggota individu dr rej515. kekuatan penuh 39 orang. =)

Omare

Ye ke Anon? Bukan 32 orang UIA je ke.. 4 individu dan 3 RAJD..
Individu: Azaly, Lee, Fauzi, Prabu
RAJD: Mas, Zaki, Razar

Mahadher Cucu Tok AWang .

...

lagu BUAT ANTUM...
SEKALiAN...

PEGAWAi DAN ANGGOTA...

;)

:)

^_^


"Awie^^UKiRAN Jiwa.." .
http://www.youtube.com/watch?v=3AF2QRl8HAU&feature=related .

PS: SB , SETAPAK . "TiNDAK" .
https://www.facebook.com/profile.php?id=100002383396745 .

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)