CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 24, 2011

Annual General Meeting 2011

Annual General Meeting 2011 (Pertukaran Perjawatan)

Pada 16 Disember 2011, kelab Nadi@watan telah mengadakan Annual General Meeting bagi sesi 2010/2011. Tujuan mesyuarat tahunan ini diadakan adalah untuk membentangkan laporan aktiviti kelab sepanjang tahun kepada semua ahli. Di mesyuarat ini juga berlakunya penukaran pemegang jawatan dengan perlantikan muka baru bagi menerajui kelab

Mesyuarat yang diadakan di ADM LT1 bermula tepat jam 2000H sejurus selepas ketibaan penasihat kelab, Tuan Wan Rizaila bin Wan Mamat Saufi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Wan Rizaila diikuti presiden kelab 2010/2011; Lans Kopreral Noor Elridzuan bin Elias. Sebagai wakil kepada ahli jawatnkuasa yang lain, beliau menyatakan kesyukuran kerana terdapat banyak peristiwa menarik yang berlaku sepanjang mereka memegang jawatan antaranya : latihan tempatan dapat dijalankan di dalam UIA, unit beruniform PALAPES Darat UIA berjaya ditubuhkan dan blog Nadi@watan dipilih sebagai antara blog terbaik mempromosikan IIUM Convest 2011 dan lain-lain lagi. Ia disusuli dengan pembentangan aktiviti tahunan kelab oleh setiausaha 1, Pbt. Mohd. Naqqiuddin bin Mohd Nasir dan belanjawan sepanjang tahun oleh bendahari Pbt. Siti Nur Huda Husna binti Zulkarnain






Kemudian, presiden kelab telah mengetuai sesi hal-hal berbangkit. Di sesi ini, ahli kelab berpeluang mendapatkan penjelasan, mengutarakan soalan dan menyatakan pendapat tentang sebarang kemusykilan yang dihadapi. Ahli Jawatankuasa kelab Nadi@watan sesi 2010/2011 kemudiannya dibubarkan untuk diganti dengan muka baru. Pemegang utama jawatan bagi jawatankuasa tahun 2011/2012 ialah

Presiden : Lans Koperal Anis Syakir bin Abu Bakar
Naib Presiden 1 : PK Ahmad Dziaulhaq
Naib Presiden 2 : Pbt. Nur Rozahirah bt Ghozalli
Chief Quartermaster : Lans Koperal Mohd Kamal bin Mohd Bashir
Setiausaha 1 : Pbt. Nur Izzati binti Roslan
Setiausaha 2 : PK Irham Afiq
Bendahari : PKW Nur Hazirah binti Samsudin


Seramai 18 orang ahli jawatankuasa kecil juga telah dipilih berdasarkan undian majoriti. Kemuncak majlis diteruskan dengan sesi angkat sumpah oleh kesemua 25 orang ahli jawatnkuasa kelab sesi 2011/2012 yang diketuai oleh Naib Presiden 1; PK Ahmad Dziaulhaq. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.


Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa sesi 2010/2011 kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Kepada ahli jawatankuasa sesi 2011/2012, selamat melaksanakan tugas yang diamanahkan dan selamat meneruskan legasi kelab.


post signature

1 comments:

Anonymous

C'est sympa, Ici j'ai appris beaucoup de choses. Je devrais prendre des leçons de toi

Here is my web site Clemence

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)