CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Biro Information Technology(IT). Show all posts
Showing posts with label Biro Information Technology(IT). Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

MUTIARA SULUNG SEDANG DIGILAP


PENGENALAN

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang dahulunya dikenali sebagai Reserve Officer Training Unit (ROTU) adalah satu program kerjasama diantara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk melahirkan Pegawai Muda dalam kalangan mahasiswa. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut.


LATIHAN
Seseorang pegawai kadet PALAPES hendaklah menjalani latihan ketenteraan mengikut jumlah jam yang telah ditetapkan selama 3 tahun berturut-turut untuk melayakkannya ditauliahkan sebagai pegawai berpangkat Leftenan Muda dalam Angkatan Tentera. Latihan ketenteraan ini penting dalam mempersiapkan diri mereka sebagai Ketua dalam Seksyen yang bakal dipimpin kelak dimana merekalah yang akan dipertanggungjawabkan atas setiap arahan yang mereka berikan serta segala tindakan anak buah mereka. Antara latihan yang perlu dijalani oleh setiap kadet ialah


  • Latihan Tempatan
Dijalankan dua kali di hari minggu (Sabtu dan Ahad). Sesi pengajaran dan pembelajaran secara lisan dan praktikal oleh jurulatih mengikut silibus yang telah ditetapkan. Kadet juga diajar tentang protokol-protokol dan hal-hal pentadbiran ketenteraan seperti Makan Malam Rejimental, cara-cara menghormati pegawai-pegawai mengikut pangkat dan lain-lain lagi. Jumlah jam latihan tempatan yang perlu dijalani oleh pegawai kadet sepanjang 1 semester bagi setiap level ialah 120 jam atau bersamaan 12 hari.






  • Latihan Berterusan
Latihan secara berterusan tidak melebihi 14 hari ini biasanya diadakan semasa cuti semester agar jadual kuliah para pegawai kadet tidak diganggu. Latihan berterusan sangat penting bagi memastikan kadet dapat terus mengekalkan stamina di samping melatih mental mereka agar sentiasa bersedia berkhidmat demi berbakti kepada negara. Setiap pegawai kadet hendaklah menjalanani latihan ini secara penuh atau tidak kurang daripada 72 jam setahun.


  M16 dan GPMG antara senjata yang diajar semasa pegawai kadet di peringkat Junior.

  • Kem Tahunan
Merupakan kemuncak latihan yang diadakan di penghujung tahun selama 15 hari. Terbahagi kepada 2 fasa : Fasa Kem akan menguji akademik setiap pegawai kadet (ujian kawad, senjata dll) yang dinilai oleh pasukan penilai yang dilantik oleh Markas sementara Fasa Medan sebagai peluang untuk mereka mempraktikkan pelajaran taktik yang telah diajar sepanjang 1 semester. Peringkat Junior menjalani praktikal Counter Insurgency Attack sementara Intermediate dan Senior mempraktikkan Conventional Warfare (fasa mara, pertahanan, pengunduran dan serangan)






ELAUN

Elaun
Kadar Bayaran
Latihan Tempatan
RM 4.00 sejam / 240 jam (Setahun)
Latihan Berterusan
RM 32.23 / sehari (Junior)
RM 38.11 / sehari (Intermediate)
RM 41.00 / sehari (Senior)
Kem Tahunan
RM 493.00 / 15 hari setahun (Junior)
RM 533.00 / 15 hari setahun (Intermediate)
RM 574.00 / 15 setahun (Senior)
Bounty
RM 520.00 / setahun (latihan penuh)



LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN

  • Kolej Kediaman Khas
  • Markas Latihan
  • Dibekalkan barangan ketenteraan (pelbagai barang issue)
  • Mendapat elaun dalam setiap latihan yang disertai
  • Menyertai program pendidikan dalam dan luar negara
  • Menghadiri Majlis Makan Malam Rejimental
  • Berpeluang ditauliahkan oleh Yang DiPertuan Agong
  • dan lain-lain lagi


SEJARAH PENUBUHAN PALAPES DARAT UIA


Usaha untuk menubuhkan Pasukan PALAPES Darat di UIA telah dimulakan sejak dahulu lagi oleh anggota Wataniah dan para jurulatih. Mereka telah bertungkus-lumus berusaha mengadakan perbincangan dan menghantar proposal kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dalam melahirkan hasrat melihat mahasiswa UIA berpangkat pegawai dilahirkan. Alhamdulillah, pada tahun 2011, impian bakal menjadi realiti apabila penubuhan PALAPES Darat di UIA mendapat persetujuan pihak atasan. Buat masa ini, pasukan PALAPES Darat UIA ditumpangkan ke PALAPES Darat UM sehingga UIA mempunyai Markas PALAPES Daratnya sendiri. PALAPES Darat UIA pengambilan pertama terdiri daripada 50 orang pegawai kadet, 19 perempuan dan 31 lelaki. Uniknya, sebahagian daripada mereka pernah menganggotai Pasukan Askar Wataniah dan telah mengikuti kursus seperti REKRUT dan KADAR sebelum ini. Mereka telah mengangkat sumpah sebagai pegawai kadet pada 15 November 2011 lalu dan kini berada di peringkat Intermediate. Mereka dijadualkan ditauliahkan pada tahun 2014 hadapan di Universiti Putra Malaysia.


 Sebahagian daripada skuad PALAPES Darat UIA Intake 1


*credit gambar : PALADA UIA dan 7529282 PK Suhaib b. Satriya


post signature

Saturday, December 24, 2011

Annual General Meeting 2011

Annual General Meeting 2011 (Pertukaran Perjawatan)

Pada 16 Disember 2011, kelab Nadi@watan telah mengadakan Annual General Meeting bagi sesi 2010/2011. Tujuan mesyuarat tahunan ini diadakan adalah untuk membentangkan laporan aktiviti kelab sepanjang tahun kepada semua ahli. Di mesyuarat ini juga berlakunya penukaran pemegang jawatan dengan perlantikan muka baru bagi menerajui kelab

Mesyuarat yang diadakan di ADM LT1 bermula tepat jam 2000H sejurus selepas ketibaan penasihat kelab, Tuan Wan Rizaila bin Wan Mamat Saufi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Wan Rizaila diikuti presiden kelab 2010/2011; Lans Kopreral Noor Elridzuan bin Elias. Sebagai wakil kepada ahli jawatnkuasa yang lain, beliau menyatakan kesyukuran kerana terdapat banyak peristiwa menarik yang berlaku sepanjang mereka memegang jawatan antaranya : latihan tempatan dapat dijalankan di dalam UIA, unit beruniform PALAPES Darat UIA berjaya ditubuhkan dan blog Nadi@watan dipilih sebagai antara blog terbaik mempromosikan IIUM Convest 2011 dan lain-lain lagi. Ia disusuli dengan pembentangan aktiviti tahunan kelab oleh setiausaha 1, Pbt. Mohd. Naqqiuddin bin Mohd Nasir dan belanjawan sepanjang tahun oleh bendahari Pbt. Siti Nur Huda Husna binti Zulkarnain






Kemudian, presiden kelab telah mengetuai sesi hal-hal berbangkit. Di sesi ini, ahli kelab berpeluang mendapatkan penjelasan, mengutarakan soalan dan menyatakan pendapat tentang sebarang kemusykilan yang dihadapi. Ahli Jawatankuasa kelab Nadi@watan sesi 2010/2011 kemudiannya dibubarkan untuk diganti dengan muka baru. Pemegang utama jawatan bagi jawatankuasa tahun 2011/2012 ialah

Presiden : Lans Koperal Anis Syakir bin Abu Bakar
Naib Presiden 1 : PK Ahmad Dziaulhaq
Naib Presiden 2 : Pbt. Nur Rozahirah bt Ghozalli
Chief Quartermaster : Lans Koperal Mohd Kamal bin Mohd Bashir
Setiausaha 1 : Pbt. Nur Izzati binti Roslan
Setiausaha 2 : PK Irham Afiq
Bendahari : PKW Nur Hazirah binti Samsudin


Seramai 18 orang ahli jawatankuasa kecil juga telah dipilih berdasarkan undian majoriti. Kemuncak majlis diteruskan dengan sesi angkat sumpah oleh kesemua 25 orang ahli jawatnkuasa kelab sesi 2011/2012 yang diketuai oleh Naib Presiden 1; PK Ahmad Dziaulhaq. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.


Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa sesi 2010/2011 kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Kepada ahli jawatankuasa sesi 2011/2012, selamat melaksanakan tugas yang diamanahkan dan selamat meneruskan legasi kelab.


post signature

Sunday, November 27, 2011

Seminar on The Inculcation of Soft Skills for Credited Uniform Bodies' Student

Seminar On The Inculcation of Soft Skills For Credited Uniform Bodies' Modules And Activities For IPT Students


Pada 26 November 2011 yang lalu anggota-anggota wataniah, palapes dan suksis UIAM telah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh SDEV. Pelajar-pelajar badan beruniform dari IPTA-IPTA lain juga turut hadir. Antaranya ialah UPNM, USIM, UMP, UNIMAP, UNISZA dan UPM. Seminar ini bermula dari jam 0800 hingga jam 1730. Perasmian seminar ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Jen Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT). Upacara penutup pula telah dilakukan oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, Timbalan Rektor (HEP). 

Forum 1 : Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Badan Beruniform - Ekspetasi dari KPT, ATM dan PDRM. Ahli panel yang dijemput adalah Puan Wan Nadiah Wan Daud, KPT, DSP Hamzah Hashim, PDRM, dan Mejar Wan Madzlan Abdullah, ATM.
Forum 2 : Pembentukan Sahsiah Pelajar Melalui Penerapan Nilai-nilai Ketenteraan/Kepolisan Melalui Pengalaman Alumni Badan Beruniform. Ahli panel yang dijemput adalah Lt. Kol Hamiruddin Hashim (Rejimen 515), Dr. Akmal Khuzairy Abd Rahman (UIAM), Kapt. Sharfarif Ghani (Kem Terendak) dan Cik Nur Syahirah Shuhaimi (UIAM Nilai).
Forum 3 : isu dan Cabaran Dalam Menambahbaikkan Modul Badan Beruniform di IPTA Malaysia. Ahli panel yang dijemput adalah Dato' Lt. Kol Prof Madya Mohd Nasir Saludin (UPNM), Tuan Haji Abu Bakar Sidek (ISRA), Dr. Akmal Khuzairy Abd Rahman (UIAM) dan Supt Rosli bin Hassan (IPD Gombak).  

Ketibaan PAT
Nyanyian Asma ul-husna,lagu Negaraku dan IIUM song

Ucapan oleh PAT

Upacara perasmian seminar

Penyampaian cenderahati

PAT menandatangani "Scrapbook" KADAR dan menyampaikan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada anggota-anggota KADAR

Gambar kenang-kenangan

P/S; Gambar-gambar diambil dari SDEV IIUM....




post signature

Monday, November 14, 2011

Gotong-royong di Operation Room Nadi@watan Club.

Gotong Royong di Operation Room Nadi@watan Club

Pada 30/10/2011 yang lalu biro Quartermaster (QM) telah mengadakan kan gotong royong bagi menyusun atur semula operation room (OR) yang telah diubah suai. Sebilangan anggota telah turun untuk membantu. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. OR kini sudah berwajah baru. Ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota-anggota yang telah meluangkan masa untuk turun dan sama-sama melakukan gotong-royong ini.









post signature

Tuesday, October 25, 2011

Latihan Lanjutan (Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Putrajaya, Segambut dan Kepong)

Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Putrajaya, Segambut dan Kepong

Pada 23 Oktober 2011 yang lalu telah berlangsungnya majlis pelancaran kompeni Askar wataniah kawasan Putrajaya, Segambut dan Kepong di padang Taman Tasik Titiwangsa. Majlis ini telah diarasmikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi. 
  Seramai 12 pegawai dan 350 anggota lain-lain pangkat telah menyertai perbarisan pada pagi tersebut yang diketuai oleh Lt. Kol Namirudin bin Hj Hasyim. Anggota-anggota Wataniah UIAM turut sama terlibat dalam perbarisan tersebut. Ketika merasmikan majlis pelancaran TPTD dalam ucapannya berkata perbarisan pada pagi itu adalah satu perbarisan yang amat baik dan beliau mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang terlibat.
  Selain itu terdapat persembahan daripada pasukan pancaragam RAMD, persembahan dari pasukan istiadat berkuda serta tempur tanpa senjata dan pentomen (berdasarkan kisah benar PW II (B) Alias bin Ibrahim) yang dipersembahkan oleh anggota rekrut siri 4 2011.



post signature

Zeal of Malaysian Armed Force 2011 (ZOMAF'11)

Zeal of Malaysian Armed Force 2011 (ZOMAF'11)

Zeal of Malaysian Armed Force atau dikenali sebagai ZOMAF'11 adalah satu program tahunan yang dianjurkan oleh Wataniah Skill UIAM bersama-sama dengan Convocation Fiesta (CONVEST). program ini telah berlangsung pada 08/10/2011 yang lalu di Saidina Hamzah Sports Complex.


  Program ini telah dirasmikan oleh Rektor UIAM, Prof. Dato' Dr. Zaleha Kamaruddin. Antara persembahan yang ditunjukkan oleh anggota-anggota Wataniah UIAM adalah warrior dance, pentomen dan kawad formasi. Persatuan Silat Gayong telah dijemput sebagai acara selingan. Program ini berlangsung dari jam 2000 hingga jam 2300 dan ianya mendapat respon yang memberansangkan dari jemputan-jemputan yang hadir.

Program Manager memberi ucapan

Anggota gimik

Warior Dance

Kawad Formasi

Silat Gayong

Pentomen



Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

P/S: sumber gambar daripada; Bro. Luqman Hakim dan Biro MUltimedia.




post signature

Thursday, October 13, 2011

Baris Pagi Badan Beruniform

Baris Pagi 'Uniform Bodies' di Dataran Mahallah Salahuddin Al-Ayubi

Seprtimana yang kita sedia maklum kesemua unit beruniform akan berbaris pada setiap pagi Rabu bermula pada jam 0630 hingga 0730. Ketiga-tiga kor (wataniah, palapes udara dan suksis) akan berbaris mengikut kor masing-masing dan perbarisan dimulakan dengan nyanyian Asmaul Husna, lagu Negaraku dan 'IIUM Song'. Seterusnya diikuti dengan bacaan doa dan ikrar. Setelah selesai jurulatih setiap kor akan mengambil alih dan meneruskan dengan agenda masing-masing. Selain itu, tujuan perbarisan ini adalah untuk mengira kekuatan anggota dan memberi informasi-informasi untuk kelas pada hari Sabtu.

Sebahagian gambar-gambar semasa Baris Pagi:






p/s: gambar-gambar diambil daripada salah seorang anggota suksis.

post signature