CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label War. Show all posts
Showing posts with label War. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

"Telur War" - Peperangan Bermandikan Lumpur

Strategi Membunuh Moral Pasukan Lawan





Ulasan ringkas: [7/8/2010] War Game dalam "Ibadah Camp for Uniform Bodies Package Sem 1 2010/2011" di Kem Lambaian Danau, Melaka ini melibatkan Gabungan Wataniah, Suksis dan Palapes yang dimana sindiket-sindiket yang ada telah dipecahkan kepada dua pasukan dalam misi membunuh ketua pasukan lawan atau menawan tanah taktikal(botol air). Dari segi strategi ketenteraan, apabila ketua sesebuah pasukan dapat dibunuh, kita telah menjatuhkan moral pasukan lawan menyebabkan keadaan mereka menjadi celaru dan kucar-kacir kerana tidak tahu mana satu arahan yang diperlu diikuti. Tanah penting pula harus ditawan kerana ia akan memberi kelebihan tanah taktikal dan kedudukan strategi kepada sesebuah pasukan bagi menghadapi musuh. Kedua-dua pasukan telah merancang strategi masing-masing di mana pasukan A telah memenangi peperangan pada set 1 dengan membunuh ketua pasukan B. Bagaimanapun, pada set 2 pasukan B pula berjaya memenangi game dengan menawan tanah taktikal(mendapatkan botol air) sekaligus set "Sudden Death" dilakukan. Keputusan, Pasukan B berjaya memenangi peperangan telur tembelang ini dan meraikan kemenangan dengan bermandi lumpur.
post signature

Friday, April 8, 2011

"Sirap War" - Kumpulan Malaysia Berjaya Mengalahkan Kumpulan Britain

Aksi Boards Nadi@watan 10/11 Dalam "Sirap War".




 















Ulasan ringkas: Anggota-anggota board dan sub-com 10/11 kelab Nadi@watan telah dipecahkan kepada 2 kumpulan masing-masing kumpulan Malaysia dan kumpulan Britain. Keputusan, kumpulan Malaysia berjaya dalam peperangan sirap tersebut apabila seorang anggota pranita kumpulan Malaysia iaitu skuad Noor Hafiza Zainal berjaya menyelinap ke kubu pasukan lawan dan merampas bendera kumpulan Britain. Kumpulan artileri dan mortar dianggotai oleh "committees" program Induction Board Nadi@watan sendiri dengan membaling secara rawak bom sirap ke mana-mana pasukan. 
post signature