Ulasan ringkas: Aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran OR tahun 2010.
Showing posts with label Biro Quartermaster(QM). Show all posts
Showing posts with label Biro Quartermaster(QM). Show all posts
Sunday, May 15, 2011
Video Gotong-Royong Kelab Nadi@watan
Ulasan ringkas: Aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran OR tahun 2010.
Monday, April 18, 2011
Cadangan Ahli Kelab Nadi@watan
Melaksanakan Yang Belum Terlaksana
**Sila klik gambar jika gambar lambat/tidak keluar untuk mudah membaca dan pembesaran.
Terima kasih atas kesemua cadangan (pujian mahupun kritikan) daripada ahli-ahli kelab. Kami sebagai wakil daripada Biro IT mewakili barisan board menerima dengan hati yang terbuka kerana sebagai manusia kita mudah melakukan kesilapan apatah lagi untuk memuaskan hati setiap seorang daripada individu. Dalam penyampaian maklumat, kami telah dan sedang cuba sedaya upaya memuaskan hati semua pihak melalui blog ini dan profile Nadiwatan Akaun. Barisan board semasa dan seterusnya akan berusaha meneliti cadangan-cadangan anda diatas untuk penambahbaikan aktiviti/program anjuran kelab terutamanya.
Sebahagian cadangan dilihat mempunyai pros and cons masing-masing. Kami akan mengulas beberapa cadangan diatas. Berkenaan info terkini, kami sentiasa mencuba sedaya upaya menyampaikannya melalui profile Nadiwatan Akaun di Facebook (A.S.A.P). Juga terdapat sebuah Group Nadi@watan Club di Facebook yang sedang digunakan sebaik mungkin untuk menyampaikan maklumat terbaru mengenai kelab dan latihan. Bagaimanapun profile-profile tersebut adalah "restricted" atau "friends only", bermaksud tiada orang yang bukan ahli kelab boleh lihat kandungan penuh dan komen di wall. Tujuan supaya fokus lebih tertumpu kepada penyampaian info kepada ahli-ahli daripada campur tangan orang luar seperti iklan-iklan, provokasi daripada kelab-kelab lain, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terpulang kepada anggota board Nadi@watan seterusnya untuk mengubah polisi tersebut mungkin atas alasan mempromosi wataniah dikalangan pelajar UIAM tetapi haruslah mempunyai "active moderator" sekiranya soalan-soalan diajukan oleh mereka.
Gambar-gambar board sudah diuploadkan dan mendapat "positive feedback" daripada bekas-bekas board kelab Nadi@watan yang terdahulu melalui gambar board tenure masing-masing.
Gambar trainers kelas CCWT dalam bentuk carta organisasi boleh diketahui melalui notice board di OR atau lihat gambar di bawah.
Gambar-gambar board sudah diuploadkan dan mendapat "positive feedback" daripada bekas-bekas board kelab Nadi@watan yang terdahulu melalui gambar board tenure masing-masing.
Gambar trainers kelas CCWT dalam bentuk carta organisasi boleh diketahui melalui notice board di OR atau lihat gambar di bawah.
Caption album board daripada profile Nadiwatan Akaun di facebook. |
Carta organisasi kelas CCWT. |
Untuk makluman, kami telah cuba sedaya upaya mencari anggota wataniah di UIAM, tetapi memerlukan kerjasama daripada ahli-ahli dalam "friend list" profile Nadiwatan Akaun untuk "suggest as friend" kepada mana-mana anggota wataniah samaada skill mahupun non-skill. Kami generasi baru tidak berapa mengenali ahli-ahli yang lama dan medium komunikasi ini adalah inisiatif untuk kita saling berinteraksi dan mengenali antara satu sama yang lain. Walaubagaimanapun, bagi generasi seterusnya selepas kami iaitu anggota-anggota rekrut, kami berusaha menggalakkan mereka yang mana mempunyai akaun facebook untuk mencari profile Nadiwatan Akaun sebagai alternatif mendapatkan info program/latihan/mesyuarat/maklumat mengenai kelas CCWT/ dan perkongsian maklumat yang lain dan sekaligus mengumpulkan dan merapatkan komunikasi antara anggota nonskill dan skill.
Mengenai aktiviti-aktiviti tidak formal di Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi, ianya tertakluk kepada rancangan antara anda sendiri. Kelab tidak menggalakkannya kerana telah berlaku insiden salah faham antara seorang pelajar "non-uniform based" yang turut tinggal di mahallah tersebut yang mendakwa percampuran antara lelaki dan perempuan di dalam uniform bodies terlalu ketara (kami tidak menunding jari kepada anggota Suksis, Palapes mahupun Wataniah sendiri).
Walaubagaimanapun, aktiviti-aktiviti riadah seperti badminton, basketball, futsal dan sebagainya masih boleh dilakukan di kawasan mahallah tanpa melibatkan percampuran atas inisiatif kumpulan anda sendiri. Aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang telah dirancang oleh AJK/board kelab Nadi@watan boleh disertai oleh anggota wataniah UIAM skill dan nonskill keseluruhannya.
Aktiviti formal dan informal lain yang melibatkan penyertaan anggota wataniah UIAM sepanjang 2 tahun yang lepas adalah seperti berikut:
- Melawat muzium Tentera Darat, PD, Negeri Sembilan.(skill)
- Melawat muzium Perang Pulau Pinang.(skill)
- Melawat Istana Alam Shah, Klang. (MRC SAA-> Wataniah, Suksis dan Palapes)
- Permainan Paint Ball di Muzium perang dan Alang Sendayu.
- Iron Man berkonsepkan Explorace.(nonskill & skill)
- Jemputan ke program Malaysia Hari Ini(MHI). (nonskill & skill)
- Konvoi ke Perkahwinan Jurulatih CCWT - Lkpl Hud dan Pasangan.
- Barbeque kelas-kelas CCWT di cafe Mahalah Salahuddin.
- Iftar dan Solat hajat. (nonskill & skill)
- Kuliah Sirah UIAM anjuran Kelab Nadi@watan dan PEMBINA. (nonskill & skill)
- Self-Organised Picnic.
- Kelas Tempur Tanpa Senjata(TTS). (nonskill & skill)
Masalah yang utama dihadapi pentadbiran kelab ialah anggota yang memberi cadangan itu sendiri tidak melibatkan diri. Bagaimana agaknya sambutan anggota-anggota yang lain jika cadangan anda sendiri, anda tiada dalam menjayakannya?. Sebagai contoh, ramai anggota wataniah lama dan baru inginkan latihan di UIAM mendapat elaun tetapi apabila telah ditunaikan masih tiada perubahan daripada segi penglibatan. Contoh lain, pada tahun 2010 Pbt Umar Ismail sebagai anggota board ketika itu cuba untuk membawa TTS ke dalam UIAM. Tetapi sambutan anggota agak mengecewakan. Bahkan aktiviti yang melibatkan peringkat Mahallah seperti Hari Keluarga, sambutan daripada anggota wataniah sendiri tidak memberangsangkan jika dibandingkan dengan kadet-kadet polis dan palapes udara. Sepatutnya kita menunjukkan rasa semangat untuk bekerjasama antara unit-unit beruniform dan bukan hanya pandai berkata-kata dan habis dihujung lidah.
Cadangan-cadangan lain dilihat boleh dipertimbangkan AJK/board pada sesi yang seterusnya apabila mereka membaca cadangan-cadangan yang anggota-anggota telah utarakan seperti diatas.
Kami Biro IT hanya mampu menyampaikan apa-apa maklumat terkini mengenai kelab Nadi@watan dan Rejimen 515 Askar Wataniah seberapa pantas yang mungkin agar anda semua dapat membantu menyebar dan mengajak skuad-skuad anda untuk menyertai program/latihan yang telah dirancang. Kami berharap agar anggota-anggota Nadi@watan lebih "PROACTIVE" untuk mendapatkan maklumat memandangkan kita sekarang boleh mendapatkan maklumat mengenai Nadi@watan walau dimana kita berada sekalipun, walau jauh di kampung di Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak dan sebagainya dengan melayari Blog Kelab Nadi@watan dan profile Nadiwatan Akaun. Jadi tiada alasan maklumat tidak sampai dan anda terasa disisihkan. Sebaiknya ialah anda wajib mendapatkan nombor telefon setiap AJK (Head/Assistant) biro dalam kelab Nadi@watan atau AJK sesebuah program Nadi@watan untuk apa-apa maklumat terkini dan membuat follow up dengan mereka secara terus kerana mereka lebih mengetahui sebarang maklumat terkini.
Saturday, February 26, 2011
Nadi@watan di Engineering Technology Exhibition (Engitex11) 2
Nadi@watan di Engineering Technology Exhibition (Engitex11) 2
Pameran ini telah berlangsung selama 4 hari. Semua board Nadi@watan telah bergilir-gilir untuk menjaga booth. Pada hari ketiga terdapat sedikit pertambahan dimana biro ekonomi telah mendapatkan sedikit baran jualan untuk dijual di booth. Selain itu pada hari pertama dan kedua Nadi@watan hanya menayangkan cerita-cerita perang seperti Leftenan Adnan dan sebagainya, pada hari ketiga Nadi@watan membuat sedikit perubahan dengan menayangkan video-video aktiviti wataniah UIAM. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pameran ini. Walupun sambutan tidak seberapa semua telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.
Gambar-gambar sepanjang pameran dari hari kedua hingga penutup;
Gambar-gambar sepanjang pameran dari hari kedua hingga penutup;
P/S: Gambar-gambar oleh Pbt Izzati.
Nadi@watan di Engineering Technology Exhibition (Engitex11)
Nadi@watan di Engineering Exhibition Technology (Engitex11)
Pada 21 hingga 24 Februari 2011 Kelab Nadi@watan telah membuat pameran sempena Engitex 11 b'tempat di Main Hall CAC.Program ini adalah dibawah anjuran Enginius (Engineering Student Society). Penyediaan dan persiapan bahan pameran telah dipertanggungjawabkan kepada Quartermaster kelab Pbt Afham dan Lans Koperal Aisyah dan turut dibantu oleh board Nadi@watan yang lain. Persiapan sebelum majlis perasmian dibuat pada hari ahad dan hanya beberapa orang sahaja yang dapat menyumbangkan tenaga kerana kebanyakkan yang lainnya menghadiri latihan tempatan yang ke-4 di kem 515. Antara yang terlibat dalam membuat persiapan ialah Pbt Zuhairi, Pbt Afham, Lans Koperal Aisyah, Natasya, Hazirah dan Hafizah.
Gambar-gambar semasa kerja-kerja menyiapkan booth:

Gambar-gambar semasa kerja-kerja menyiapkan booth:
Selain dari booth wataniah terdapat pameran daripada Pakar Pemusnah Bom, Pusat Sains Negara dan Eginius. Tidak ketinggalan, terdapat juga tempat untuk menderma darah.
Selepas upacara perasmian VIP yang hadir turut melawat ke booth wataniah. Beliau telah menyoal serba sedikit tentang wataniah kepada mereka yang berada di booth ketika itu. Booth ini juga telah mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar sekolah yang datang ke pameran ini.
Gambar-gambar pada hari pertama:
P/S: Gambar-gambar diatas oleh Pbt Izzati dan Nor Hafiza Zainal.
Subscribe to:
Posts (Atom)