CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Latihan Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Latihan Tempatan. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Coming Soon "ZoMAF '11"

"Zeal of Malaysian Armed Force 2011"



Date: 8/10/2011
Time: 8-11pm
Venue: SAIDINA HAMZAH SPORT COMPLEX, IIUM
All are cordially invited to come and watch~
post signature

Sunday, April 17, 2011

Coretan Latihan Tempatan Siri 11/2011

IMP dan Persiapan KADAR




Pada 17/4/2011, Latihan Tempatan(LT) siri 11/2011 telah dilakukan di Transportation unit atau lebih dikenali sebagai Operation Room(OR) dikalangan anggota wataniah UIAM. Antara aktiviti yang diadakan ialah latihan fizikal bersama jurulatih jasmani baru R515AW Kpl Khairul. Pada sebelah pagi Sarjan Razidi telah mengambil kelas IMP iaitu penyamaran dan perlindungan. Seterusnya, kpl Asrul telah mengajar mengenai tugas-tugas sentri. Ulasan lebih mendalam oleh Sarjan Razidi membantu anggota memahami dengan lebih baik setiap point yang disampaikan di dalam persembahan slide. Beliau juga menggunakan "2 ways communication" dengan anggota wataniah UIAM yang hadir membolehkan anggota merungkai sebarang persoalan yang bermain difikiran ketika kelas berlangsung.  Seterusnya briefing mendalam mengenai persiapan Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (KADAR) 2011 yang bakal dianjurkan Rejimen 515 Askar Wataniah pada 3/7/2011 sehingga 2/8/2011 di Kem 515 telah dilakukan bagi mengumpulkan maklumat dan mendapatkan peralatan lebih awal sebagai tanda persediaan menghadiri kursus. Latihan kawad bagi anggota KADAR juga bakal diadakan bagi membantu anggota memahami dengan lebih awal hukuman-hukuman kawad yang ada seperti hukuman kawad kaki, kawad senjata dan juga kawad tongkat. Info daripada kerani batalion kedua, Kpl Awie bahawa LT Siri 8/2011 di mana aktiviti talk peperangan AL-Qadissiyah diadakan telah dibatalkan oleh pegawai batalion 2 atas alasan tertentu. Bermaksud tiada elaun bakal diterima oleh anggota-anggota yang telah hadir pada siri tersebut. Harap Maklum.
post signature

Wednesday, March 9, 2011

Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke 78 (Latihan Tempatan siri 6)

Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke 78 (Latihan Tempatan siri 6)

 Pada 6 Mac 2011 Latihan tempatan (LT) siri ke 6 telah diadakan. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti luar dimana anggota-anggota wataniah UIAM turut sama meramaikan Hari Ulang Tahun Tentera Darat di Dataran Merdeka. Kesemua anggota telah berkumpul di Transportation unit pada jam 0530. Sebelum bertolak anggota-anggota wataniah telah sama-sama menunaikan solat subuh berjemaah dan bertolak ke dataran merdeka menggunakan 3 buah bas.
berkumpul di transportation unit sebelum bertolak

Antara persembahan yang dapat dilihat adalah para dance, parade, pertunjukkan aset-aset tentera darat, airbone dan misi menyelamat dari kor Gerak Khas.

raptai para dance sebelum hari jadi









anjing tentera darat

Bergambar kenang-kenangan di pentas utama Hari Ulang Tahun Tentera Darat.

baju F1 di pentas utama

P/S: gambar-gambar oleh Pbt Umar dan Pbt Safuan

post signature


Sunday, March 6, 2011

Kejayaan TERBESAR dalam Sejarah Kelab Nadi@watan!

Kejutan Daripada CO BN 2 Untuk Wataniah UIAM


Gambar oleh Pbt Omar Hamzah.

Pada 5 Mac 2011, Latihan tempatan(LT) siri ke 5 telah diadakan di UIAM dimana aktiviti yang dilakukan ialah majlis kenaikan pangkat beberapa orang anggota skills CCWT dan seterusnya adalah ujian dan latihan kawad bagi anggota wataniah UIAM. Pada sebelah tengah hari pula diadakan sesi pertemuan dengan CO Batalion 2 R515AW Lt Kol Alias Lisut dan juga Ajutan LT Norhafizah Mohd Nor dimana sesi mendapatkan 'feedback' dan 'feedforward' dilakukan bagi menjelaskan sebarang perkara dan permasalahan yang diajukan anggota. CO juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk tujuan pembaikan di masa akan datang disamping mahu melihat anggota wataniah UIAM tidak meletakkan terlalu tinggi kebergantungan kepada barang-barang logistik Rejimen dan harus lebih kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti-aktiviti dalam menarik lebih ramai pelajar-pelajar UIAM yang lain dalam menyertai Rejimen Askar Wataniah(RAW) bagi bersama-sama menunjukkan semangat cintakan agama, mencakupi bangsa dan negara dengan menjadi benteng pertahanan kedua negara dalam konsep Pertahanan Menyeluruh(HANRUH).

Gambar oleh L/kpl Muhammad Zarif (Surip).



Gambar oleh Pbt Rafik Masuod.
Kejutan yang dimaksudkan ialah berkenaan Latihan Kem Tahunan 2011 yang baru sahaja diketahui oleh kesemua anggota wataniah UIAM termasuklah Penasihat Kelab Nadi@watan, Lt Wan Rizaila Wan Mamat Saufi yang telah mengusahakan majlis pertemuan pada hari tersebut. Untuk pengetahuan semua anggota, Latihan Kem Tahunan bagi tahun 2011 ini akan dipecahkan kepada 2 siri. Salah satu siri tersebut adalah KHUSUS untuk anggota Batalion 2 sahaja dan tarikh bagi latihan tersebut sedang dalam perbincangan. Ia bukan untuk tujuan pengasingan daripada agensi-agensi yang lain tetapi lebih kepada faktor majoriti dan usaha dalam menambah baik peratus kehadiran latihan-latihan anggota sukarela dalam R515AW. Jadi apa yang ingin dikatakan oleh Kelab Nadi@watan ialah ini adalah kejayaan TERBESAR dalam sejarah Kelab Nadi@watan dan kami diperingkat ahli-ahli lembaga kelab ingin melihat komitmen anggota wataniah UIAM keseluruhannya terhadap apa yang diimpi-impikan selama ini dengan menyertai latihan tersebut kelak. Begitu juga dengan latihan-latihan tempatan yang dilaksanakan di UIAM memerlukan kita bersama-sama mengajak skuad-skuad yang lain untuk turun membuktikan bahawa kita benar-benar menghargai kerjasama dan hasil usaha semua pihak R515AW seperti Pegawai Latih, Lt Kol Abdullah Ibrahim dan tentu yang terutamanya 'Ayah Besar' kita (bak kata tuan Wari) dalam rejimen kita iaitu CO BN 2, Tuan Alias.

Gambar oleh Pbt Rafik Masuod.
Menurut Tuan Alias, kehadiran anggota wataniah UIAM dalam mana-mana latihan anjuran R515AW sahaja telah sekali ganda daripada kehadiran anggota daripada agensi-agensi lain dan dengan itu ini dapat membantu Cawangan Latih R515AW dalam mencapai sasaran meningkatkan peratus kehadiran latihan tempatan sebanyak sekurang-kurangnya >5% pada tahun 2011 ini.

Oleh itu, sebarang cadangan yang bernas dalam menjayakan objektif tersebut diterima baik dalam mesyuarat tetapi haruslah disertai dengan perlaksanaan terhadap apa yang telah dipesetujui. Jadi Kelab Nadi@watan sekali lagi mengalu-alukan anggota-anggota wataniah yang masih belajar di UIAM atau yang telah 'graduated' tetapi (Tarikh Tamat Perkhidmatan)TTP/ROD masih aktif untuk mendapatkan maklumat lanjut di Nadiwatan Akaun di facebook kelab untuk turun bersama-sama menjayakan apa yang telah dirancang bersama selama ini.


Alhamdulillah, untuk semester pertama tahun 2011 ini banyak perkhabaran gembira diterima dan diharapkan ianya terlaksana dan kita seharusnya merebut segala peluang yang telah diberi untuk membuktikan keupayaan kita menjadi Batalion TERBAIK Rejimen 515 Askar Wataniah, insha'allah. Segala ilmu teori yang dicurahkan oleh para jurulatih tidak kira daripada UIAM sendiri mahupun daripada Kem 515 haruslah dihargai dan diterjemahkan dengan baik dalam latihan-latihan yang akan dianjurkan bagi melihat prestasi sebenar anggota.

'Semester/Annual Camp' bagi anggota skills pada minggu 12 dan 13 Mac 2011 akan dikira sebagai latihan tempatan, Insha'allah. (updated: cuma Jumaat, 11 Mac 2011 sahaja dikira LT)

Esok 6 Mac 2011 Latihan tempatan siri ke 6 akan diadakan di Dataran Merdeka untuk menjayakan Hari Ulang Tahun(HUT) Tentera Darat ke 78 dan mengetahui aset-aset Tentera Darat dimana peluang ini jarang-jarang sekali diperoleh bahkan oleh anggota-anggota regular sendiri menurut Tuan Alias. Jadi peluang-peluang ini perlu direbut oleh anggota wataniah batalion kedua R515AW untuk mengetahui sebanyak mungkin ilmu-ilmu dan kelengkapan alatan serta persenjataan yang ada di dalam sesebuah kor/rejimen di dalam tentera darat. Kita akan berkumpul di OR jam 0530 dan tayar bergolek jam 0600 bagi mengelakkan terkandas dalam kesesakkan jalan raya dan akan menunaikan solat Subuh di Masjid Jamek. Pakaian F1 diutamakan dan PO bagi anggota non-skills yang tiada baju F1. Jumpa disana. Kamera digital atau barang-barang kemas tidak digalakkan dibawa tetapi jika dibawa maka tanggungjawab adalah diatas diri individu itu sendiri. Juga awas dengan penyeluk saku. Jumpa disana.

Updated 7 September 2011 : Berkemungkinan besar sejarah ini belum dapat diukir kerana kita masih tidak mendapat apa-apa maklumat daripada pihak atasan/kem dan memandangkan waktu cuti yang terhad bagi pelajar-pelajar UIAM. Apapun kita berdoa agar suatu hari nanti sejarah ini dapat dilakar pada masa akan datang. 

post signature

Sunday, February 20, 2011

UIAM Menjadi Agensi Pertama Percubaan Latihan Tempatan di Kampus

Jadual Latihan Tempatan Tahun 2011 

Bagi Anggota Wataniah UIAM



Jadual yang didapati Di OR Kelab Nadi@watan untuk pengetahuan anggota-anggota Wataniah UIAM

Berikut pula adalah jadual-jadual yang baru sahaja dikeluarkan oleh Pejabat Latih R515AW mengenai perbezaan Latihan Tempatan(LT) tahun 2011 kerana membabitkan dua kumpulan iaitu Latihan Tempatan yang normal dilakukan di Kem 515AW dan LT di UIAM. Penegasan diberikan oleh OC Latih Lt Kol Abdullah Ibrahim bahawa mana-mana anggota yang ingin mengikuti jadual LT normal di R515AW haruslah terus mengikutinya sehingga tamat 24 siri tanpa menghadiri mana-mana siri LT bagi kumpulan kedua iaitu anggota UIAM yang dilakukan di Kampus mereka. Jika ingin turut serta maka haruslah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada OC kerana kebajikan mereka yang hadir tanpa keizinan tidak akan dijaga sekiranya apa-apa kejadian tidak diingini berlaku. 


Begitu juga penekanan diberikan bagi anggota wataniah UIAM bahawa mereka haruslah terus mengikuti jadual LT UIAM yang telah disediakan khas untuk mereka di UIAM supaya kebajikan kesemua anggota dapat dipantau dan dijaga dengan baik. Walaubagaimanapun, OC juga memberitahu terdapat beberapa siri yang di mana anggota-anggota wataniah UIAM akan terlibat dan mengadakan LT di Kem 515AW bersama agensi-agensi yang lain. Menurut OC, jadual ini dikeluarkan untuk membantu anggota-anggota sukarela merancang kehadiran dengan permohonan cuti daripada majikan dan bagi pelajar-pelajar merancang kehadiran mereka berdasarkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sekiranya tiada halangan dengan jadual kelas di kampus masing-masing.

Jadual LT UIAM.

Tarikh Kem Tahunan 2011 (9/11/2011 - 22/11/2011).

Tarikh-tarikh bagi latihan menembak 2011.
Jadual LT normal di Kem 515AW.


post signature

Sekitar Perbarisan HUT R515AW Ke-9

Mengenali Barisan Kepimpinan R515AW

Melalui Latihan Tempatan Siri 4  

(Jadual Latihan Tempatan UIAM 2011)




Pada 20 Februari 2011, perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen 515 Askar Wataniah kali ke-9 dan perasmian pembukaan Latihan Tempatan(LT) anggota sukarela bagi tahun 2011 telah diadakan dengan jayanya. Sebelum ucapan perasmian oleh Komander R515AW Brigadier Jeneral Mohd Amin Md Din, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti R515AW ialah satu-satunya rejimen AW yang kini dilengkapi dengan infrastruktur yang moden dan kondusif yang harus dihargai dan dijaga dengan baik supaya tahan lama untuk kegunaan anggota-anggota lain pula. Kehadiran yang sangat tidak memuaskan walaupun kem 515AW yang dulu di Kem Jalan Ampang telah dipindah dan dinaik taraf tetapi masih tidak mampu meningkatkan jumlah kehadiran LT pada tahun 2010 yang lepas. Beliau juga menyentuh mengenai pelbagai aktiviti R515AW sepanjang tahun ini yang salah satunya ialah pelancaran Kompeni Askar Wataniah kawasan parlimen yang akan dilakukan selama lebih kurang seminggu untuk persiapan sehingga tarikh sebenar Hari Jadi iaitu 15 Mei 2011 di Dataran Merdeka. Program besar seumpama ini telah diberi pengiktirafan oleh Datuk Bandar untuk dilakukan di Dataran Merdeka walaupun tempat yang dicadangkan pada awalnya ialah di Putrajaya/UM. Kerjasama daripada semua anggota sukarela 515 untuk menjayakan program itu nanti akan turut membantu menaikkan nama R515AW dan mencipta sejarahnya tersendiri sekiranya tenaga manusia yang digunakan untuk tujuan tersebut hanyalah dari R515AW sahaja tanpa bantuan daripada unit-unit lain.


Pada LT Siri 4(jadual UIA) tersebut, OC latih Lt Kol Abdullah Ibrahim telah menyebut 'agensi UIAM sebagai agensi terbaik kehadiran Latihan Tempatan di Kem 515AW dan dengan itu berhak untuk diberi peluang sebagai agensi percubaan LT dilakukan di kawasan kampus UIAM' setelah lama merancang dan memikirkan masalah logistik terutamanya jika setiap agensi ingin melakukan latihan di institut/kampus masing-masing. Menurut beliau, kehadiran anggota UIAM daripada batalion kedua selalunya akan 'pukul habis' daripada kehadiran daripada agensi-agensi yang lain dengan kehadiran >60% daripada jumlah penuh kehadiran latihan/kem tahunan. 

Walaubagaimanapun beliau kecewa dengan prestasi R515AW dari segi kehadiran LT kerana tidak pernah memuaskan jika dibandingkan dengan jumlah anggota yang telah pergi rekrut. Pada tahun 2008 dan 2009 sebagai contoh terdapat 5 siri Kursus Asas Perajurit Muda (KAPM) masing-masing setiap tahun tersebut dan membabitkan lebih kurang 1000 anggota, beliau mempersoalkan di manakah mereka ini pada hari tersebut?. 

Pada tahun 2010 pula hanya terdapat satu siri KAPM kerana tiada guna membazirkan masa dan tenaga jurulatih-jurulatih dan juga pelatih-pelatih itu sendiri sekiranya tiada minat untuk terus melanjutkan latihan selepas tamat kursus rekrut masing-masing. Beliau juga meminta pandangan bernas daripada anggota sukarela yang hadir pada hari tersebut cara bagaimana untuk meningkatkan jumlah kehadiran yang dilihat begitu mengecewakan. Kemudahan logistik dan penginapan semua telah tersedia, tuntutan elaun pengangkutan juga boleh dibuat sebagai contoh naik teksi, minta resit untuk tujuan 'claim' dengan pejabat gaji, kehadiran yang dikehendaki bukanlah 10 jam penuh setiap kali hadir tetapi jika dapat hadir 4/5 jam untuk menjalani latihan turut dihargai kerana ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus kehadiran latihan anggota sukarela, mungkin selapas ini anggota wataniah daripada agensi-agensi seperti Putrajaya, JPA, TNB dan lain-lain boleh menjadi agensi baru dalam R515AW melihatkan kurangnya komitmen diberikan oleh anggota asal R515AW itu sendiri. 

Pujian diberikan kepada anggota yang dapat hadir pada hari tersebut kerana masih setia untuk turun hadir latihan ini dan dapat membantu memesan rakan-rakan untuk turut sama hadir bagi meningkatkan peratus kehadiran sekurang-kurangnya +5% tahun ini memandangkan maklumat mengenai latihan cuma dapat disebarkan melalui facebook dan cawangan latih/pejabat batalion kerana website rasmi R515AW kini sudah ditutup. 

Ucapan oleh Timbalan Komander R515AW, Lt Kol Hj Roslan Hj Zakaria di Dewan Makan R515AW turut menyentuh perkara yang sama seperti yang dibincangkan diatas, tetapi daripada aspek yang mendalam. Beliau menceritakan kepentingan adanya golongan seperti Askar Wataniah yang membantu dalam perlaksanaan 'Total Defense' atau Pertahanan Menyeluruh(Hanruh). Dewan menjadi sepi seketika ketika surah al-fatihah disedekahkan kepada perajurit-perajurit dan pejuang-pejuang tanah air yang telah terkorban dalam mempertahankan negara. Beliau kemudian mengambil contoh negara Kuwait yang mengambil tentera-tentera upahan untuk menjaga keselamatan negara tetapi hanya beberapa jam sahaja diperlukan kerajaan Saddam Hussein untuk menembusi dan melumpuhkan Kuwait kerana tentera-tentera upahan itu tidak membantu dalam mempertahankan negara Kuwait. 

Perkara-perkara lain ialah penyampaian maklumat-maklumat asas yang wajib diketahui oleh anggota sukarela kerana kerja-kerja pentadbiran di R515AW bukan sahaja berkenaan anggota sukarela tetapi anggota-anggota tetap juga terlibat dengan kesemua aktiviti di bawah pemerintahan 12 Brigade dan 4-Div. Sebagai contoh keesokkan harinya 21 Februari 2011 terdapat majlis perpisahan panglima di R515AW dan HUT yang disambut pada hari tersebut adalah kali yang kedua bagi anggota tetap yang telah pun menyambutnya dengan pihak pemerintahan atasan pada 31 Januari 2011 sehari sebelum penubuhan rasmi R515AW iaitu 1 Februari 2002. Banyak lagi perkara yang dikongsikan bersama dengan anggota-anggota R515AW keseluruhannya oleh TK baru R515AW tersebut yang baru memulakan tugas di 515 pada tahun 2010 yang lepas.


Majlis jamuan kemudian berlangsung setelah pemotongan kek pulut kuning oleh barisan-barisan kepimpinan di R515AW diketuai oleh Komander R515AW.



Pbt El membantu persiapan jamuan anggota di dewan makan.
Anggota Wataniah UIAM
dan lain-lain agensi serta tetap
sedang menjamu selera
Mengambil peluang mengenali satu sama lain
memandangkan banyak muka-muka baru daripada
pelbagai latar belakang.
post signature

Raptai Hari Ulang Tahun(HUT) ke-9 R515AW

Presiden Nadi@watan
Turun Padang Untuk HUT ke-9 R515AW
& Pelancaran Latihan Sukarela 2011


Menunggu trak 3tan untuk latihan menembak M16 (2010)
Membantu persiapan Pelancaran Latihan Sukarela (2010)

Meneliti prese salah seorang anggota KADAR (2010)
Latihan Tempatan siri 1 (kali ketiga bagi anggota UIAM) pada 19 Februari 2011 di Rejimen 515 Askar Wataniah menyaksikan Batalion kedua(BN 2) daripada agensi UIAM menjadi majoriti anggota sukarela yang hadir pada hari tersebut. Kehadiran ini sudah cukup membanggakan bagi kelab Nadi@watan kerana anggota wataniah UIAM selalu diletakkan harapan untuk meramaikan latihan/kursus yang dilakukan oleh pihak kem jika dibandingkan dengan anggota daripada agensi-agensi yang lain dan kita telah pun membuktikannya. Pada hari tersebut Lt Kol Richard Santhanan(Batalion ketiga) telah memberi pujian dan kata-kata semangat kepada anggota UIAM yang dilihat begitu "komited & dedicated" semasa berlatih dan beliau menceritakan tentang kewujudan kelas skill CCWT wataniah yang hebat di UIAM kepada anggota sukarela yang lain keseluruhannya. Beliau juga gembira dengan kehadiran anggota-anggota sukarela yang sudah bekerja dan datang dari jauh seperti Cheras dan Seremban tetapi masih sanggup untuk menghadirkan diri mengikuti aktiviti-aktiviti Kem 515AW. 

Melihatkan kekurangan PTT rendah dan PPT kanan dalam anggota sukarela, staf sarjan Zamri telah menanyakan anggota-anggota daripada batalion kedua yang berminat untuk mengikuti Kursus Asas Darat(KADAR) bagi mempunyai barisan pelapis PTT rendah di Kem 515AW. Beliau akan cuba mengadakan kursus tersebut di dalam Kem 515AW, jika tiada beliau walaubagaimanapun berjanji akan berusaha untuk menghantar anggota-anggota yang ingin mengikuti KADAR ke unit lain selain 515 jika terdapat tawaran. 

Perkara lain yang diketahui pada hari tersebut ialah Rejimen 515 AW akan mengadakan Pelancaran Kompeni Askar Wataniah kawasan parlimen di mana program itu yang akan diadakan pada 15 Mei 2011(Hari Jadi) selama 1 minggu adalah jauh lebih besar dan hebat daripada perbarisan HUT 515 tersebut menurut RSM R515AW PW1 Bahaddin kerana sudah tentu melibatkan kehadiran panglima dan orang-orang kenamaan VVIP. 

Cik Bahaddin yang mengendalikan raptai HUT R515AW pada hari tersebut walaubagaimanapun tidak dapat menghadirkan diri pada Hari Jadi keesokkan harinya(Latihan Tempatan siri 4 - jadual UIAM) kerana orang tua beliau baru sahaja kembali ke Rahmatullah dan harus bergegas pulang. Ucapan takziah kepada beliau sekeluarga daripada Kelab Nadi@watan. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Kehadiran Latihan Tempatan pertama kali dilakukan di Kem 515AW pada tahun 2011 ini cukup membanggakan dengan kehadiran oleh Presiden Nadi@watan sendiri Pbt Elridzuan dan ahli lembaga kelab yang lain seperti Vice President II Pbt Fadilah, Assistant Secretary Pbt Nur Husna Ayuni, Treasurer Pbt Nur Huda Husna, serta hampir kesemua wakil (Head/Assistant) daripada biro-biro dalam Kelab Nadi@watan UIAM seperti Pbt Aiman(Training Bureau), Pbt Rahman(Economy Bureau), Pbt Amirah & Pbt Ali Karimi(Training of Trainers Bureau), Pbt Anis Syakir & Pbt Harma(Special Task Bureau), Pbt Izzati(Information Technology Bureau), Pbt Elina(Education & Tarbiyyah Bureau), & Pbt Roza(Human Resources & Development Bureau). 'Head' Biro QM walaubagaimanapun tidak dapat menghantar wakil kerana ada hal tertentu dan 'Assistant' beliau, L/kpl Aisyah pula adalah dari R502AW. (Subcom QM tidak dikenali oleh Penulis). Kehadiran bekas ahli lembaga kelab seperti Pbt Fatih, Pbt Umar, Pbt Omar, Pbt Atiqah dan Pbt Adawiyah juga sedikit sebanyak membantu anggota yang lain dalam urusan pemantauan. 



Bagi Pbt Elridzuan dan Pbt Umar, kehadiran mereka pada HUT ke-9 R515AW kali ini bukanlah semata-mata untuk menjadi anggota fitik, tetapi adalah untuk turun ke padang kawad bersama-sama anggota-anggota 515 yang lain menyertai perbarisan. Namun arahan tugas yang diterima daripada orang diperingkat lebih tinggi daripada mereka haruslah diterima dengan hati yang terbuka. Jika tiada siapa yang sanggup untuk menjadi ahli fitik, sudah tentu kita semua akan berlapar dan ini akan pasti menjatuhkan moral anggota yang memerlukan tenaga untuk berkawad/bekerja. Mungkin orang lain tidak dapat merasai kekecewaan hati mereka apabila tidak dapat menyertai perbarisan tetapi adalah tugas sebagai seorang askar menjalankan tugas dan arahan yang diberi pihak atasan tanpa gagal.

Sebaliknya, semasa melakukan aktiviti-aktiviti fitik di 'Cook House' 515 seperti memotong sotong, daging ayam dll, banyak perkara baru yang dipelajari terutamanya berkaitan teknik-teknik yang betul memotong yang diajarkan oleh staf tetap(KPD) rumah masak. Menurut staf tersebut, suatu hari nanti orang lelaki ini akan turun juga ke dapur, jadi tidak salah melakukan aktiviti-aktiviti yang selalu dikaitkan dengan kemahiran perempuan. Chef Wan sendiri telah membuktikan lelaki juga mampu memasak malah lebih handal daripada perempuan. Apabila kita ada pelbagai pengalaman dan 'variety' atau ramuan dalam hidup, kita akan lebih cepat belajar banyak perkara baru yang bermanfaat untuk kegunaan hari ini dan masa hadapan jika dibandingkan dengan orang yang tidak berminat belajar sesuatu yang baru.

Begitu juga situasi ini di dalam Lembaga Kelab Nadi@watan, apabila ada di antara ahli-ahli 'mainboard' memberi arahan kepada ahli-ahli 'board' daripada mana-mana biro, maka perlaksanaan haruslah dilakukan kerana kita harus menghormati tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pihak teratas di dalam kelab dan belajar menerima arahan dengan baik mengikut 'seniority' di dalam tentera melalui perbandingan nombor tentera masing-masing. Apabila kita melaksanakan sesuatu arahan itu, kita secara tidak langsung dapat mempelajari banyak perkara baru terutamanya berkaitan struktur organisasi sesebuah program, pengurusan masa dan diri, hal-hal pentadbiran, komunikasi berkesan, penyerapan ilmu-ilmu 'softskills' dan lain-lain kebaikan yang perlu difikirkan oleh individu itu sendiri. 

Andai kata arahan yang diberi tidak dilaksanakan dengan sedaya upaya dan sebaik mungkin, maka ianya tidak ubah seperti melepaskan batuk ditangga, maka presiden terpaksalah mengangkat bendera putih. Harapnya tidak begitu kerana whatever it is.....

"Mr President, We Are ALL With You"

post signature