CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts

Saturday, December 24, 2011

Annual General Meeting 2011

Annual General Meeting 2011 (Pertukaran Perjawatan)

Pada 16 Disember 2011, kelab Nadi@watan telah mengadakan Annual General Meeting bagi sesi 2010/2011. Tujuan mesyuarat tahunan ini diadakan adalah untuk membentangkan laporan aktiviti kelab sepanjang tahun kepada semua ahli. Di mesyuarat ini juga berlakunya penukaran pemegang jawatan dengan perlantikan muka baru bagi menerajui kelab

Mesyuarat yang diadakan di ADM LT1 bermula tepat jam 2000H sejurus selepas ketibaan penasihat kelab, Tuan Wan Rizaila bin Wan Mamat Saufi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Wan Rizaila diikuti presiden kelab 2010/2011; Lans Kopreral Noor Elridzuan bin Elias. Sebagai wakil kepada ahli jawatnkuasa yang lain, beliau menyatakan kesyukuran kerana terdapat banyak peristiwa menarik yang berlaku sepanjang mereka memegang jawatan antaranya : latihan tempatan dapat dijalankan di dalam UIA, unit beruniform PALAPES Darat UIA berjaya ditubuhkan dan blog Nadi@watan dipilih sebagai antara blog terbaik mempromosikan IIUM Convest 2011 dan lain-lain lagi. Ia disusuli dengan pembentangan aktiviti tahunan kelab oleh setiausaha 1, Pbt. Mohd. Naqqiuddin bin Mohd Nasir dan belanjawan sepanjang tahun oleh bendahari Pbt. Siti Nur Huda Husna binti Zulkarnain






Kemudian, presiden kelab telah mengetuai sesi hal-hal berbangkit. Di sesi ini, ahli kelab berpeluang mendapatkan penjelasan, mengutarakan soalan dan menyatakan pendapat tentang sebarang kemusykilan yang dihadapi. Ahli Jawatankuasa kelab Nadi@watan sesi 2010/2011 kemudiannya dibubarkan untuk diganti dengan muka baru. Pemegang utama jawatan bagi jawatankuasa tahun 2011/2012 ialah

Presiden : Lans Koperal Anis Syakir bin Abu Bakar
Naib Presiden 1 : PK Ahmad Dziaulhaq
Naib Presiden 2 : Pbt. Nur Rozahirah bt Ghozalli
Chief Quartermaster : Lans Koperal Mohd Kamal bin Mohd Bashir
Setiausaha 1 : Pbt. Nur Izzati binti Roslan
Setiausaha 2 : PK Irham Afiq
Bendahari : PKW Nur Hazirah binti Samsudin


Seramai 18 orang ahli jawatankuasa kecil juga telah dipilih berdasarkan undian majoriti. Kemuncak majlis diteruskan dengan sesi angkat sumpah oleh kesemua 25 orang ahli jawatnkuasa kelab sesi 2011/2012 yang diketuai oleh Naib Presiden 1; PK Ahmad Dziaulhaq. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.


Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa sesi 2010/2011 kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Kepada ahli jawatankuasa sesi 2011/2012, selamat melaksanakan tugas yang diamanahkan dan selamat meneruskan legasi kelab.


post signature

Saturday, October 16, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Nadi@watan Tahun 2010

Annual General Meeting Nadi@watan '10

Tarikh: 15 Oktober 2010
Tempat: LT 1, KENMS

Pada Jumaat 15/10/2010 yang lalu, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Nadi@watan tahun 2010 telah diadakan di LT 1, KENMS. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pbt Siti Hazar(Oja) sepanjang mesyuarat berlangsung dengan kehadiran yang lebih baik berbanding dengan AGM yang lepas. Segala-galanya berjalan dengan lancar dimulakan dengan ucapan ringkas Presiden Kelab Nadi@watan, Pbt Muhaimin kemudian diikuti dengan pembentangan laporan oleh Setiausaha Kelab oleh Pbt Fatih dan seterusnya pembentangan kewangan oleh Bendahari Kelab, Pbt Fadhlika yang telah disahkan ketelusannya oleh ahli dewan pada malam tersebut. 

Sesi mengutarakan perkara berbangkit mendapat 'feedback' yang sangat baik daripada ahli-ahli dewan dengan masing-masing mempunyai persoalan dan pandangan masing-masing mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan kelab sepanjang tahun dan permasalahan mengenai penginapan di Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi. Semua perkara dibincangkan secara baik dan segala kepincangan yang berlaku semasa pentadbiran ahli-ahli lembaga kelab sesi 09/10 dibahaskan di dalam dewan oleh beberapa ahli lembaga yang lain seperti Pbt Umar, Pbt Zuhairi & Pbt Fadhlika selain Presiden Kelab yang menjawab hampir kesemua soalan yang dilontarkan kepadanya semasa pentadbiran beliau.

Sejurus kemudian, Pbt Muhaimin selaku Presiden Kelab Nadi@watan kemudian secara rasminya membubarkan ahli-ahli lembaga Kelab Nadi@watan Sesi 09/10 untuk menjalankan proses undian pula bagi menyambung perjuangan Lembaga Kelab yang terdahulu. Ini dimulakan dengan pengisytiharan ahli-ahli 'Mainboard' yang baru bagi sesi 10/11 seperti berikut:

President        : Pbt Noor Elridzuan B Elias
VP I                   : Pbt Norzuhairi B Yacob 
VP II                  : Pbt Nur Fadilah Bt Jasni
S/U                    : Pbt Mohammad Naqiuddin B Mohd Nasir
Assistant S/U : Pbt Nur Husna Ayuni Bt Abdullah
Treasurer        : Pbt Siti Nurhuda Husna Bt Zulkarnain   

TAHNIAH!


Proses Bai'ah 








Lt Wan Rizaila B Wan Mamat Saufi, penasihat kelab Nadi@watan
memberikan ucapan dan menjelaskan beberapa perkara yang
dilontarkan ahli-ahli dewan.  Beliau memakai Baju SUKSIS kerana baru
sahaja selesai melihat persembahan "Royal Blues -Kawad Senyap SUKSIS'
di CAC bersama Rektor UIAM.


Majlis Sampingan 

'Penganugerahan Cenderamata Penghargaan

kedatangan penuh anggota Skill CCWT 

dan penganugerahan istimewa' 

L/kpl Izza mengumumkan anggota-anggota yang
menerima anugerah pada malam AGM.

  Antara anggota-anggota yang menerima anugerah kehadiran penuh kelas skill ialah seperti L/kpl Aisyah, Anis, dan rakan-rakan mereka yang lain daripada CCWT 1061, Pbt Afham, Pbt Shahrul dan rakan-rakan mereka yang lain daripada CCWT 1062, Pbt Fatih dan Pbt Nadiah Sholleh daripada CCWT 3062. Berikut adalah sebahagian sahaja gambar mereka yang menerima anugerah.









Bagi penerima anugerah istimewa ialah Pbt Umar, Pbt Khairul Ridhwan(Staf Wan) dan Pbt Amirah Abdul Latif. Dewan telah bergema dengan gempitan 'GEMPUR WIRA' apabila Pbt Umar menerima anugerah tersebut atas sumbangan beliau ke atas Persembahan Watadance yang banyak kali di mohon untuk dipersembahkan kepada orang-orang atasan dan juga dalam event MAFinACT '10, di mana turut dibantu bersama oleh Pbt Khairul Ridhwan.


'Touching moment' Pbt Amirah Abd Latif dengan L/kpl Iza
semasa penganugerahan cenderamata penghargaan kepada beliau
setelah mengotakan janji untuk hadir latihan beberapa hari
berturut-turut.

Sampai disini sahaja ulasan AGM tahun 2010, semoga dengan pengukuhan ahli lembaga Kelab Nadi@watan yang baru, segala permasalahan yang telah dibangkitkan semasa di dalam dewan dapat diperbaiki dan ditingkatkan lagi. Terima kasih kepada Ex-Board Sesi 09/10 dan mantan presiden kelab, Pbt Muhaimin atas segala khidmat bakti semasa pentadbiran anda semua. Diharapkan anda semua dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang mampu diberikan ke atas ahli-ahli lembaga yang baru kerana bak kata Tuan Wari, "Muhaimin telah meletakkan 'benchmark' yang tinggi semasa pentadbirannya bersama ahli lembaga beliau", jadi Pbt Elridzuan harus mengekalkan dan meningkatkan lagi apa yang telah diperjuangkan mantan presiden yang lepas. 
"It is easy to be NO 1, but to maintain it, it's not that easy."
- Penasihat Kelab Nadi@watan, LT Wan Rizaila 




Attention: 
Terdapat kesilapan pada 'date setting' tuan punya kamera.Harap Maklum

post signature

Thursday, August 5, 2010

Kejutan Di Mesyuarat MAFinACT '10 - 4 Ogos 2010

"Terima Kasih Kawan-Kawan" - Pbt Nonie


Assistant Program Manager 2- Pbt El Ridzuan mempengerusikan mesyuarat
MAFinACT '10 pada 4 Ogos 2010 dengan dihadiri hampir
kesemua committees sehingga penuh venue yang ditempah.
Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan
meeting kedua bersama pihak ATM oleh Penolong Setiausaha
MAFinACT '10 iaitu Pbt Fatih.
Turut hadir ialah VP II Kelab Nadi@watan Pbt Nur Syahirah untuk
melihat perkembangan dan memberi pendapat dan cadangan dalam mesyuarat.