CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Biro Education and Tarbiyyah(ENT). Show all posts
Showing posts with label Biro Education and Tarbiyyah(ENT). Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Cadangan Ahli Kelab Nadi@watan II

Melaksanakan Yang Belum Terlaksana





post signature

Wednesday, June 15, 2011

Mahasiswa Perlu Aktif Kokurikulum

Mahasiswa Perlu Aktif Kokurikulum


Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 14 Jun - Golongan mahasiswa perlu bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum bagi meningkatkan lagi pemikiran kritis, kecekapan menyelesaikan masalah dan komunikasi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, penyertaan mereka yang aktif dalam aktiviti tersebut dapat membantu meningkatkan keyakinan terhadap kebolehan dan kemahiran diri.

Selain lulus cemerlang dalam akademik, tegasnya, prestasi mereka yang aktif dalam kokurikulum akan diambil kira oleh bakal majikan apabila memohon pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

“Kita sering menerima rungutan daripada majikan yang tidak berpuas hati terhadap prestasi dan kualiti pekerja mereka walaupun mempunyai kelulusan cemerlang dalam akademik.

“Di universiti sudah ada kokurikulum sendiri bagi membentuk keperibadian dan jati diri mahasiswa tetapi sebahagian besar daripada mereka masih lemah dalam tiga elemen yang saya sebut tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Pembangunan Tanah dan Ekonomi Persatuan Peniaga Islam Temerloh di sini semalam.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menggesa pihak universiti memperkasakan lagi aktiviti kokurikulum mahasiswa sedia ada menerusi program kemahiran insaniah.

Katanya, ramai siswazah gagal mendapat pekerjaan kerana tidak mahir berkomunikasi terutama dalam bahasa Inggeris, tidak cekap berinteraksi dan menyelesaikan masalah.

Katanya, ketiga-tiga aspek itu merupakan penanda aras kepada setiap siswazah untuk dinilai kebolehan dan prestasi mereka semasa menghadiri sesi temu duga.

Katanya, kokurikulum adalah penting bagi membantu mereka supaya tidak merasa janggal semasa memasuki dunia pekerjaan.

Beliau berkata, mulai tahun lalu, semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menetapkan mahasiswa perlu cemerlang dalam bidang kokurikulum untuk menambah markah penilaian mereka pada tahun akhir.

Sumber: Utusan Malaysia Online
P/s: Gambar sebagai hiasan semata-mata.
post signature

Sunday, May 15, 2011

Video Logo Kor/Rejimen



Ulasan ringkas: 17 kor/rejimen dalam Tentera Darat Malaysia(TDM).
post signature

Kuliah Sirah IIUM Menarik!

Kuliah Sirah IIUM Nadi@watan & PEMBINA


Sumber Gambar: Link~ Kuliah Sirah IIUM [FB]

Jadual Bagi Kuliah Sirah IIUM seterusnya seperti berikut:

13/5/2011 - Perang Mesir -Israel
19/5/2011 - Muhammad AL-Fatih
26/5/2011 - Ain Jalut
02/6/2011 - Taubat Kaab b Malik
10/6/2011 - 1511 Kejatuhan Empayar Islam Melaka

Masa: 2100 - 2300 (9.00pm - 11.00pm)
Tempat: LT 2 ADM UIAM, IRK Building

Semua pelajar UIAM dijemput hadir.
.
post signature

Sunday, May 1, 2011

Kemudahan-Kemudahan Pegawai

Kemudahan-Kemudahan Pegawai

<<Tangga Gaji ATM>>


ELAUN INSENTIF (MENGIKUT KELAYAKAN)


Bayaran Insentif Penerbangan Tentera (Sebulan)

Mejar sehingga Jeneral: RM 2500.00 - RM 4000.00
Kapten: RM 2500.00 - RM 4000.00
Leftenan: RM 2000.00 - RM 3500.00
Leftenan Muda: RM 1500.00 - RM 2000.00
Elaun Pakaian Seragam Pegawai
Elaun Pakaian semasa di tauliah: RM 400.00
Elaun Senggaraan Pakaian: RM 500.00 Setahun
Elaun Pakaian Istiadat: RM 1000.00 Setiap 3 Tahun
Elaun Pakaian 'Black-Tie' (Untuk Lt Kol Keatas)': RM 500.00 Setiap 3 Tahun

Elaun Pakaian Seragam Pegawai

Maksima - RM 200.00 (Kereta)
Maksima - RM 150.00 (Motosikal)
Maksima - RM 100.00 (Kenderaan Awam)

Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (Sehari)

Minima - RM 9.60
Maksima - RM 12.00

Bayaran Insentif Semenanjung (Sehari)

Minima - RM 8.00
Maksima - RM 10.00

Bayaran Insentif

Pakar - RM 1300.00 - 2400.00
Kesihatan Awam - RM 910.00 - 1680.00
Ikhtisas - RM 300.00

Bayaran Insentif

RM 400.00

Bayaran Insentif Teknikal Tentera (Sebulan)

Kadar A - RM 300.00 (Ijazah)
Kadar B - RM 200.00 (Diploma)
Kadar C - RM 100.00 (Sijil Kepakaran)

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (Sebulan)

Pegawai Kejuruteraan yang berpangkat Kapten keatas dan setaraf 5% daripada gaji pokok manakala Leftenan kebawah dan setaraf 10% daripada gaji pokok.

Pegawai Perubatan RM 500.00 sebulan tanpa mengikut gred bagi perkhidmatan di Sabah dan Sarawak RM 500.00 sebulan atau 10% dariapda gaji pokok mengikut mana lebih tinggi.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

Anggota Bujang disediakan berek/Wisma.
Anggota berkahwin disediakan rumah keluarga.
Anggota berkahwin yang tidak disediakan rumah keluarga layak mendapat imbuhan tetap perumahan.
Rawatan perubatan percuma termasuk keluarga dan ibu bapa anggota.
Keistimewaan Kelas Wad di Hospital:

- Kelas 1 bilik seorang - Lt Kol ke atas.
- Kelas 1 bilik berdua - Kapt dan Mej.
- Kelas 1 bertiga/lebih - Lt.

Cuti Tahun
- Mej ke atas - 42 hari.
- Kapt - 36 hari.
- Lt M/Lt - 30 hari.

Waran Kereta Api.
Waran Bas.
Waran Bot.
Waran Kapal Terbang.
Rebet 25% Tambang Kereta Api KTMB.
Rebet 25% Tambang Pesawat MAS.
Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/PhD dengan tajaan ATM.
Kursus Intensif SPM sepenuh masa.
Pinjaman Perumahan/kenderaan/komputer.
Insurans Kelompok Angkatan Tentera.
Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Kemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.
Keahlian dalam Kelab Rekreasi.
Kemudahan sukan dan rekreasi.
Kemudahan membeli-belah di kedai PERNAMA.
Biasiswa penuh pengajian di ATMA.
Pinjaman TAPAT - Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.
Rangsum percuma semasa latihan/kursus/bertugas berterusan.
Dermasiswa Tabung Pelajaran Kanak-Kanak Angkatan Tentera untuk anak-anak anggota.
Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM untuk anak-anak anggota yang cemerlang dalam keputusan SPM dan PMR

Sumber: Laman Web Rasmi Tentera Darat Malaysia
post signature

Permohonan Pegawai

Permohonan Pegawai



SYARAT KELAYAKAN (AM)


Warganegara Malaysia


Umur
Pegawai Kadet - 18 ke 25 tahun
Pegawai Kadet UPNM - 17 ke 20 tahun
Pegawai Graduan - tidak melebihi 27 tahun
Pegawai Tugas Ikhtisas - tidak melebihi 30 tahun

Kesihatan
Sihat keseluruhan, baik penglihatan dan tidak rabun warna
Ketinggian minima bagi lelaki ialah 162 sm dan wanita 157 sm
Berat badan minima bagi lelaki ialah 50 kg dan wanita 45 kg

Ukuran dada (lelaki sahaja)
Biasa - 76.2 sm
Tarik Nafas - 81.2 sm.


SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK


Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek

Memiliki SPM atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik serta TIGA (3) Kepujian lain dalam matapelajaran berikut:
Prinsip Akaun.
Ekonomi Asas.
Perdagangan.
Matematik Tambahan.
Teknologi Maklumat.
Sains Tambahan atau Sains atau Fizik atau Kimia dan Biologi.
Geografi atau Sejarah.
Bahasa Inggeris.
Pendidikan Seni atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah atau Pendidikan Islam atau Pengetahuan Moral.

Satu (1) daripada syarat kepujian di atas mestilah dari salah satu mata pelajaran berikut:

Prinsip Akaun.
Bahasa Inggeris.
Ekonomi Asas.
Perdagangan.
Matematik Tambahan.
Teknologi Maklumat.
Sains Tambahan atau Sains.
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kepujian dalam Bahasa Inggeris.

Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerjaan seperti yang disenaraikan di bawah serta mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di Peringkat SPM. Jurusan-jurusan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Kejuruteraan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (teknologi Marin).
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik).
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Senibina Kapal.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik/Elektronik.
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer.

Perubatan/Pergigian/Veterina/Farmasi

Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan.
Ijazah Sarjana Muda Doktor Pergigian.
Ijazah Sarjana Muda Doktor Veterinar.
Ijazah Sarjana Muda Farmasi.


Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL.
Ijazah Sarjana Muda serta Diploma Pendidikan dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL.


KAGAT

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian atau Am) dalam Ilmu Pengajian Islam.
Surat Pengesahan Daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Bagi calon-calon yang memiliki Diploma atau Ijazah dari institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) atau luar negara, mereka hendaklah mendapatkan surat pengesahan pengiktirafan dariapda pihak JPA mengenai status kelulusan


CARA MEMOHON /PERTANYAAN

Calon boleh membuat permohonan dengan menulis surat dan mengepilkan salinan sijil kelulusan akademik dan sampul surat berukuran 22 sm X 11 sm beralamat sendiri dan bersetem 50 Sen ke alamat berikut:

Cawangan Tenaga Kerja
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Tenaga Kerja C)

Telefon: 03-2071 4524/4526/2387/2391
Faksimili: 03-26985340
Talian Bebas Tol: 1-800-88-7588

E-mail: ctk.mtk@mod.gov.my

Atau datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera.

PERHATIAN: Sebarang pertanyaan berkenaan dengan pengambilan pegawai yang terkini boleh menggunakan talian seperti di atas.


Dokumen Permohonan Pegawai

Kad Pengenalan Malaysia
Sijil Kelahiran
Sijil Kelulusan Akademik seperti SPM/SPMV/STPM/Diploma/Ijazah
Sijil Berhenti Sekolah
Surat akuan/sokongan(jika ada)
Sijil-sijil penghargaan akademik/Ko-kurikulum
Filem dan laporan X-Ray dada
Sekeping gambar berukuran paspot


post signature

Gaji Selepas Menjalani Latihan Asas

Kerjaya Perajurit Muda
GAJI SELEPAS MENJALANI LATIHAN ASAS



Calon-calon yang lulus latihan asas ketenteraan akan diberi gaji seperti berikut:

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) peringkat pertengahan/tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dan memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus ujian lisan) diberi gaji permulaan Gred Z1 Band 1: P1 T4
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus ujian lisan) diberi gaji permulaan Gred Z1 Band 1: P1 T3
Atau sekurang-kurangnya memiliki Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan lulus Bahasa Malaysia/Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut diberi gaji Gred Z1 band 1: P1 T1
Pemberian Pangkat Permulaan Yang Lebih Tinggi.

Pangkat permulaan yang lebih yang tinggi boleh diberikan oleh Majlis Angkatan Tentera atau pihak yang diberi kuasa olehnya berdasarkan pengalaman kerja berkaitan atau dalam keadaan istimewa.
Penetapan Gaji Permulaan Yang Lebih Tinggi.

Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 boleh ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera atau pihak yang diberi kuasa olehnya berdasarkan pengalaman kerja berkaitan atau dalam keadaan istimewa.
Pergerakan Gaji Tahunan. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak secara automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan berdasar Laporan Penilaian Prestasi Individu.

PERLANTIKAN KE PANGKAT LANS KOPERAL ATAU SETARAF

Kenaikan Pangkat. Bagi mengendalikan urusan kenaikan pangkat, setiap kor bertanggungjawab melaksanakan Lembaga Kenaikan Pangkatnya sendiri untuk memilih dan mengesahkan kenaikan pangkat bagi mereka yang layak.

Seseorang Prebet atau setaraf adalah layak dipertimbangkan untuk dilantik ke pangkat Lans Koperal atau setaraf jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut

Ada kekosongan perjawatan.
Sekurang-kurangnya telah berada di dalam Band 3.
Telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 4 tahun.
Sihat tubuh badan dan BMI tidak melebihi 26.9 kecuali mereka yang mengalami kecacatan akibat tugas rasmi mengikut budibicara Ketua Perkhidmatan.
Mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
Diluluskan oleh Pegawai Memerintah.

KENAIKAN KE PANGKAT KOPERAL ATAU SETARAF

Seseorang Lans Koperal atau setaraf adalah layak dipertimbang dinaikkan ke pangkat Koperal atau setaraf jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Ada kekosongan perjawatan.
Telah berada di peringkat tertinggi ketukangan.
Telah lulus Kursus Kadar.
Telah menyandang pangkat Lans Koperal sekurang-kurangnya 2 tahun.
Sihat tubuh badan (taraf FE) dan BMI tidak melebihi 26.9 kecuali mereka yang mengalami kecacatan akibat tugas rasmi mengikut budibicara Ketua Perkhidmatan.
Mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
Diperakui untuk kenaikan pangkat oleh Pegawai Pemerintah/Pegawai Memerintah.
Dilulus oleh Panglima Tentera Darat

KENAIKAN KE PANGKAT SARJAN ATAU SETARAF

Seseorang Koperal atau setaraf adalah layak dipertimbang dinaikkan ke pangkat Sarjan atau setaraf jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Ada kekosongan perjawatan.
Telah menyandang pangkat Koperal sekurang-kurangnya 2 tahun termasuk pangkat pemangku.
Telah lulus kursus-kursus Pegawai tidak Bertauliah seperti yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan untuk Kor atau Rejimen berkenaan.
Sihat tubuh badan (taraf FE) dan BMI tidak melebihi 26.9 kecuali mereka yang mengalami kecacatan akibat tugas rasmi mengikut budibicara Ketua Perkhidmatan.
Mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
Diperaku untuk kenaikan pangkat di dalam Laporan Penilaian Prestasinya.
Dilulus oleh Panglima Tentera Darat

KENAIKAN KE PANGKAT STAF SARJAN ATAU SETARAF

Seseorang Sarjan atau setaraf adalah layak dipertimbang dinaikkan ke pangkat Staf Sarjan atau setaraf jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Ada kekosongan perjawatan.
Telah menyandang pangkat Sarjan sekurang-kurangnya 2 tahun termasuk pangkat pemangku.
Telah lulus kursus-kursus Pegawai tidak Bertauliah seperti yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan untuk Kor atau Rejimen berkenaan.
Sihat tubuh badan (taraf FE) dan BMI tidak melebihi 26.9 kecuali mereka yang mengalami kecacatan akibat tugas rasmi mengikut budibicara Ketua Perkhidmatan.
Mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
Diperaku untuk kenaikan pangkat di dalam Laporan Penilaian Prestasinya.
Dilulus oleh Panglima Tentera Darat

KENAIKAN KE PANGKAT PEGAWAI WARAN II ATAU SETARAF

Seseorang Staf Sarjan atau setaraf adalah layak dipertimbang dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran II atau setaraf jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Ada kekosongan perjawatan.
Telah menyandang pangkat Staf Sarjan sekurang-kurangnya 2 tahun termasuk pangkat pemangku.
Telah lulus kursus-kursus Pegawai tidak Bertauliah seperti yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan untuk Kor atau Rejimen berkenaan.
Sihat tubuh badan (taraf FE) dan BMI tidak melebihi 26.9 kecuali mereka yang mengalami kecacatan akibat tugas rasmi mengikut budibicara Ketua Perkhidmatan.
Mempunyai sifat-sifat kepimpinan.

KENAIKAN KE PANGKAT PEGAWAI WARAN I ATAU SETARAF

Seseorang Pegawai Waran II atau setaraf adalah layak dipertimbang untuk dinaikkan ke pangkat Pegawai waran 1 atau setaraf jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Ada kekosongan perjawatan.
Telah lulus kursus-kursus Pegawai tidak Bertauliah seperti yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan untuk Kor atau Rejimen berkenaan.
Sihat tubuh badan (taraf FE) dan BMI tidak melebihi 26.9 kecuali mereka yang mengalami kecacatan akibat tugas rasmi mengikut budibicara Ketua Perkhidmatan.
Mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
Diperaku untuk kenaikan pangkat di dalam laporan penilaian Prestasinya.
Dilulus oleh Panglima Tentera Darat.

PANGKAT PEMANGKU

Seseorang askar-laskar yang dinaikkan ke pangkat Koperal atau setaraf dan ke atas, hendaklah diberi pangkat pemangku terlebih dahulu. Pegawai Memerintah boleh menyokong untuk dinaikkan ke pangkat sebenar setelah tidak kurang 6 bulan dan tidak lebih 12 bulan askar-laskar tersebut berada dalam pangkat pemangku. Pangkat pemangku akan dilucutkan apabila ianya tidak disokong ke pangkat sebenar selepas 12 bulan dalam pangkat pemangku.

PENETAPAN MATA GAJI

Apabila seseorang askar-laskar yang dinaikkan ke pangkat sebenar yang lebih tinggi, ia akan dibayar gaji di Peringkat 1 (P1) pangkat barunya dan Tangga (T) hendaklah pada matagaji yang berjumlah tidak kurang daripada satu kenaikan. Jika tangga (T) berjumlah kurang daripada satu kenaikan, ia akan dibayar satu Tangga (T) yang lebih tinggi.

ELAUN DAN KEMUDAHAN

Semua askar-laskar layak diberi elaun dan kemudahan di dalam Kumpulan Sokongan. Kadar elaun dan kemudahan yang layak dibayar selepas di daftar dan selepas menjalani Latihan Asas Ketenteraan adalah berdasarkan pangkat yang diberi.

post signature

Sunday, April 24, 2011

Memahami Terowong

TEROWONG - 

Penggunaanya Untuk Tujuan Ketenteraan Serta Peperangan


Written by Zuridan Bin Muhammad
Thursday, 25 March 2010

Peperangan bukanlah semata-mata berkisar mengenai sistem persenjataan yang digunakan, para panglima atau laksamana dan aturgerak pasukan-pasukan tentera yang terlibat sahaja. Kajian mengenai satu-satu peperangan juga turut mengambilkira pelbagai perkara antaranya struktur binaan yang turut digunakan dalam satu-satu pertempuran.

Apabila memperkatakan mengenai binaan, ia tidak terhad kepada yang berada di atas tanah seperti bangunan, rumah atau kubu malah turut merangkumi sejenis binaan bawah tanah iaitu terowong. Penggunaan terowong di waktu perang dan juga bagi tujuan ketenteraan bukanlah sesuatu yang asing dan baru dalam sejarah dunia. Berdasarkan catatan sejarah, penggunaan tertua terowong bagi tujuan ketenteraan berlaku semasa zaman empayar Rom apabila puak-puak peribumi Jerman yang memberontak menentang kerajaan tamaddun agung dunia itu menggali terowong untuk dijadikan laluan bagi menyerang hendap barisan tentera kerajaan Rom yang bergerak melalui wilayah mereka. Terowong yang digali mereka turut berfungsi sebagai penghubung antara kubu-kubu perparitan (trench) yang berselerakan dalam wilayah yang dihuni. Terowong juga digali bagi melemahkan struktur tembok kubu hingga menyebabkannya roboh.

Mengapa Terowong?
Dalam peperangan darat, rupabumi (terrain) boleh dianggap sebagai ‘rukun’ peperangan kerana ia adalah tapak di mana berlakunya satu-satu pertempuran. Rupabumi bukan faktor yang boleh diremehkan kerana ia mampu mempengaruhi pergerakan pasukan-pasukan terlibat, penggunaan senjata dan juga taktik tempur. Kebijaksanaan memanfaatkan rupabumi membolehkan pasukan-pasukan mengatasi lawan masing-masing. Tiada batas atau had dalam menggunakan rupabumi sebagai ‘senjata tambahan’ bagi mengekang keupayaan tempur musuh di mana bukan sahaja tumbuhan semulajadi, halangan perairan (seperti sungai dan tasik) atau bukit-bukau serta gunung-ganang dan kawasan penempatan sahaja yang boleh dimanfaatkan, bahkan dimensi bawah permukaan tanah juga mampu membantu operasi tempur terhadap musuh, walaupun yang memiliki kekuatan teknologi serta sistem persenjataan paling canggih.

Jika hutan tebal sebagai contoh, menyediakan perlindungan dan penyamaran semulajadi yang berkesan hingga menyukarkan tugas pengeboman dari udara, ruang bawah tanah memberikan lebih perlindungan kerana kedudukannya sendiri yang sememangnya terlindung dari pandangan mata kasar. Laluan bawah tanah juga memberikan perlindungan yang baik dari tembakan senjata ringan musuh dan serpihan letupan bom tangan masih mampu mengakibatkan kecederaan atau kematian jika ia menembusi daun atau semak samun. Terowong turut berupaya menutup jejak laluan penggunanya dengan lebih berkesan berbanding permukaan tanah kerana pergerakan manusia melepasi sesuatu kawasan masih boleh dikesan oleh anggota infantri yang terlatih biarpun di dalam hutan tebal. Pergerakan sesuatu pasukan pula boleh dibuat tanpa dapat dikesan dan terlindung melalui terowong. Kerana kedudukannya yang tersembunyi, terowong turut merupakan tempat perlindungan yang berkesan dari serangan udara dan bedilan meriam.

Dari segi muslihat tempur pula, terowong memberikan penggunanya faktor kejutan yang mampu membuatkan musuh kebingungan, hilang punca, tertekan atau lemah semangat apabila serangan-serangan hendap secara mengejut dilakukan dan pihak penyerang seolah-olah ghaib begitu sahaja di dalam kawasan gerakan kerana berjaya melarikan diri melalui terowong yang pastinya tidak dapat dilihat dengan mata kasar dari atas permukaan tanah. Oleh kerana itu penggunaan terowong sememangnya popular dalam peperangan gerila sejak ratusan tahun yang lalu dan dilakukan di mana-mana sahaja bahagian dunia. Terowong juga boleh dijadikan medan ‘periuk api gergasi’ dalam peperangan. Perang Dunia Pertama membuktikannya kerana dalam konflik tersebut pihak Bersekutu menggali terowong di bawah kedudukan kubu perparitan Jerman dan memasang bahan letupan berkuasa tinggi dalam jumlah yang besar di situ lalu meletupkannya. Satu misi pengeboman seumpamanya diberitakan pernah meragut nyawa sejumlah 10,000 tentera Jerman serentak!

Ciri-Ciri dan Kepelbagaian Penggunaan
Terdapat pelbagai jenis terowong yang digunakan bagi tujuan ketenteraan/peperangan sepanjang sejarah. Terowong khusus untuk tujuan tersebut adalah terowong yang digali semata-mata atas dasar keperluan peperangan. Ia merangkumi terowong ringkas yang digali bagi memudahkan operasi tempur oleh pasukan-pasukan tentera dan gerila terbabit, terowong yang digali dan disediakan untuk kemudahan beroperasi bagi tempoh masa yang panjang dan terowong yang merupakan sebahagian dari kompleks kubu bawah tanah.
Terowong ringkas berfungsi sebagai laluan bawah tanah semasa melakukan serang hendap dan pengunduran setelah selesai melakukan serangan.

post signature

Wartawan Pertahanan

WARTAWAN PERTAHANAN - 

Pengkhususan Kerjaya Media Yang Mencabar

Written by Hilmi Ismail
Thursday, 28 January 2010

Media sememangnya mempunyai peranan yang sangat penting dalam memberikan maklumat terkini dan juga pemahaman masyarakat awam mengenai dunia ketenteraan dan pertahanan. Organisasi media tidak mungkin dapat menyampaikan berita pertahanan tanpa wartawan, atau lebih tepat lagi wartawan pertahanan.

Menerusi rencana ini, para pembaca akan dibawa meninjau dan memahami peranan mereka yang selama ini bertanggungjawab memastikan kita sentiasa mendapat maklumat mengenai perkembangan semasa organisasi ketenteraan, strategi, taktik serta operasi-operasi ketenteraan dan juga sistem-sistem persenjataan terkini pada sebilang masa di lembaran akhbar/majalah, layar TV dan juga di internet.

Siapa Wartawan Pertahanan? Bagaimana Mereka Bekerja?
Mereka adalah wartawan yang tugasnya melaporkan berita serta menulis rencana dan laporan khas berkaitan ketenteraan dan pertahanan. Wartawan pertahanan bertugas di penerbitan akhbar, majalah dan juga stesen-stesen TV dan radio. Mereka lazimnya hadir dalam sebarang acara berkaitan ketenteraan seperti perbarisan, perasmian sesebuah pangkalan, pentauliahan kapal/unit/pangkalan, penubuhan unit, pameran pertahanan, penerimaan peralatan serta latihan dan juga operasi ketenteraan (sekadar menyebut beberapa contoh) untuk melaporkan berita-berita tersebut. Selain itu mereka juga menghadiri sidang akhbar yang diadakan pihak tentera. Namun begitu tugas mereka tidaklah hanya menanti untuk ‘disuap’ dengan jemputan menghadiri acara dan sidang media semata-mata kerana sama seperti wartawan sukan, politik, ekonomi dan berita am, wartawan pertahanan juga bertindak secara pro-aktif dengan menghasilkan rencana khas yang berkaitan sesuatu isu dalam bidang pengkhususan kewartawanan mereka sama ada ianya berkaitan sistem persenjataan, sesebuah pasukan atau isu-isu tertentu sebagai contoh - cara menarik minat golongan muda untuk berkhidmat dalam tentera, sejarah, kesan peningkatan/pengurangan belanjawan pertahanan atau isu keselamatan negara. Penulisan rencana ini yang mengupas dan menghuraikan sesuatu perkara dan menjelaskannya dari pelbagai sudut adalah apa dikatakan sebagai laporan kewartawanan berbentuk ‘penyiasatan’ atau ‘investigative journalism’.

Dalam tugas penghasilan rencana, mereka juga perlu menjalankan tugasan luar serta mendapatkan kerjasama pihak perhubungan awam tentera (dan juga lain-lain agensi keselamatan seperti polis) untuk membuat liputan bagi tujuan penghasilan rencana khusus seperti perjalanan latihan rekrut dan pegawai kadet, latihan bersama malahan operasi ketenteraan baik di waktu aman mahupun dalam konflik bersenjata! Bagi wartawan yang bertugas di majalah pertahanan, mereka lebih banyak terlibat dalam penulisan rencana berbanding wartawan akhbar memandangkan untuk keluaran setiap bulan, adalah lazim bagi mereka menghasilkan dua atau lebih rencana. Wartawan pertahanan di stesen TV dan radio tidak menghasilkan rencana dalam bentuk tulisan seperti rakan-rakan mereka di media cetak, sebaliknya membuat penyelidikan secara terperinci untuk menghasilkan skrip bagi segmen dalam rancangan TV seperti berita dan rancangan berbentuk majalah. Dalam tugasnya, wartawan pertahanan akan bekerja bersama-sama jurugambar (jurukamera bagi wartawan TV) bagi mendapatkan gambar-gambar dan video yang bersesuaian dengan skop liputan.

Satu lagi bentuk tugasan yang tidak kurang penting bagi wartawan pertahanan adalah wawancara dengan tokoh-tokoh ketenteraan (sama ada yang masih berkhidmat atau yang telah bersara), saintis pertahanan, peneraju industri pertahanan, penganalisa pertahanan/strategik, menteri pertahanan dan sebagainya. Wawancara untuk siaran di media cetak dan elektronik ini merangkumi pelbagai perkara dari isu semasa kepada teknologi dan juga sejarah.

post signature

Kenali SNIPER

SNIPER - Pertarungan Disebalik Tabir


Backdated Issues 2010 - June 2010
Written by Zuridan Bin Muhammad
Tuesday, 15 June 2010
Jika disebut sahaja istilah ‘sniper’ atau penembak tepat, tentu sahaja bayangan yang muncul difikiran umum ialah mengenai anggota kumpulan penembak yang terpilih dengan kemahiran menjejak sasaran serta melaksanakan tembakan dari jarak jauh yang begitu mengkagumkan.

Untuk menjadi seorang sniper bukanlah satu perkara mudah dan latihan yang harus dilalui oleh seorang anggota infantri untuk menjadikan beliau seorang yang diiktiraf sebagai layak memakai lencana sniper adalah diperakui sebagai sesuatu yang amat sukar.

Bagi seorang sniper, selain dari kemahiran untuk menjadikan beliau seorang ‘halimunan’ dari pandangan musuh, beliau juga perlu mahir dalam melaksanakan perkiraan keadan yang tepat, membaca arah angin dan keadaan cuaca, melaksanakan penyamaran yang amat baik serta mampu bertahan dari tekanan beroperasi jauh di belakang kawasan musuh secara bersendirian atau dalam kumpulan kecil antara dua hingga tiga anggota sahaja. Bagi seorang sniper moden beliau dibantu oleh pelbagai jenis sistem dan kelengkapan terkini yang dapat membantu menjadikan tugas beliau lebih mudah serta efektif.

Latarbelakang
Perkataan ‘sniper’ itu sendiri sebenarnya tidak membawa apa-apa makna berkaitan istilah ketenteraan dan sebenarnya berasal dari perkataan ‘Snipe’ iaitu sejenis burung di India yang bersaiz kecil dan bergerak serta terbang dengan pantas. Tentera British yang berkhidmat di India kerap cuba memburu burang tersebut dan sekitar tahun 1773, perkataan ‘sniper’ diwujudkan, iaitu gelaran yang diberikan kepada anggota yang kerap berjaya menembak burung tersebut degan tepat. Gelaran ini seakan memberikan pengiktirafan kepada kemampuan anggota tersebut untuk mendekati serta berpeluang melepaskan tembakan sebelum dapat dikesan oleh haiwan tersebut, yang sebenarnya adalah satu tugas yang sukar kerana lazimnya haiwan mempunyai deria yang lebih peka terhadap persekitaran, apa lagi seekor burung yang dapat terbang dan bergerak pantas di permukaan dan juga udara. Warna dan corak burung tersebut yang menyerupai kawasan persekitaran juga menjadikan tugas mengesan haiwan tersebut sebagai sangat sukar. Pengiktirafan kedua ialah kemampuan anggota tersebut untuk menggunakan sistem persenjataan atau raifalnya dengan cekap sehingga mampu mengenai sasarannya yang kecil dari jarak jauh.

Walaupun nama ‘sniper’ itu sendiri berasal dari perkataan yang diwujudkan oleh anggota tentera British, kewujudan anggota yang ditugaskan khusus bagi memburu anggota musuh dengan tembakan dari jarak jauh atau secara tersembunyi dipelopori oleh tentera Jerman ketika Perang Dunia Pertama. Penggunaan anggota-anggota tentera Jerman yang mempunyai kemahiran tinggi untuk menembak musuh dari jarak jauh secara tepat telah mengejutkan pihak infantri British yang kemudiannya mula menubuhkan pasukan sniper mereka sendiri dalam jangkamasa yang singkat. Sejak dari Perang Dunia Pertama, sniper telah diiktiraf sebagai sebahagian dari juzuk pasukan infantri yang penting dalam sesuatu konflik bagi kebanyakan pasukan tentera.

Menjadi seorang sniper
Sememangnya untuk menjadikan seorang anggota infantri kepada seorang sniper yang cekap, pasukan tentera darat dari negara-negara global mempunyai cara latihan yang berbeza mengikut sistem latihan masing-masing. Namun terdapat beberapa perkara asas atau kepakaran yang sama untuk dipelajari dan dimahirkan oleh setiap anggota yang mahu bergelar sebagai sniper, tanpa mengira dari pasukan tentera negara mana seseorang itu bertugas. Terdapat kemahiran-kemahiran khusus atau skil yang mesti dikuasai oleh setiap bakal sniper. Kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan adalah pengetahuan am mengenai tugas seorang sniper, penyamaran halimunan, kemampuan pemerhatian, mengendap, menganggar jarak dan akhir sekali kemampuan melaksanakan penembakan tepat.

Setelah latihan dilaksanakan, setiap anggota akan diuji secara individu. Ini penting kerana sniper tidak akan diuji secara berpasangan atau dalam bentuk tim. Ini kerana dalam tugas seorang sniper, besar kemungkinan seorang anggota sniper akan mendapati bahawa beliau terpaksa beroperasi berseorangan akibat kematian rakannya oleh tembakan atau ditawan musuh. Untuk mendalami secara lebih lanjut mengenai apakah yang diperlukan untuk menjadi seorang sniper, TEMPUR akan mengambil contoh apakah yang diperlukan dari seorang infantri British agar dapat mencapai taraf menjadi seorang sniper dengan mengambilkira enam kemahiran yang telah dijelaskan sebelum ini.

1. Pengetahuan mengenai tugasan sniper
Ini adalah merupakan ilmu pengetahuan mengenai tugasan sniper serta kelengkapan yang diguna pakai bagi tujuan tersebut. Ini termasuklah jenis sistem persenjataan, memahami kesan angin terhadap trajektori anak peluru, membuat perkiraan bagi mengetahui impak anak peluru ke sasaran berdasarkan keadaan persekitaran dan cuaca, kemahiran membaca peta dan foto udara serta jati diri yang tinggi, tidak gentar menghadapi apa jua cabaran di medan. Sebelum melangkah lebih jauh, satu ujian bertulis mengenai pengetahuan yang berkaitan akan diberi kepada anggota tersebut. Ini termasuklah soalan mengenai jarak ke sasaran serta masalah angin dan bagaimana melakukan perkiraan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat arah dan kekuatan tiupan angin yang tidak menentu. Kesemua jawapan bertulis mestilah mempunyai nota perkiraan yang ditulis sendiri oleh anggota untuk membuktikan beliau benar-benar memahami apa yang sepatutnya diketahui.

Penekanan juga diberikan terhadap kemampuan pandu arah atau navigasi. Malah anggota akan diberikan foto udara sesuatu kawasan dan diarahkan untuk melakar grid dan menentukan skala foto tersebut secara tepat. Beliau kemudiannya akan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui dan perlu menentukan di manakah beliau berada berpandukan foto udara yang telah diberikan sebelum ini. Setelah itu enam lagi permasalahan berkaitan foto tersebut perlu diselesaikan, diikuti dengan enam masalah lain berkaitan pemetaan.
Dalam kesemua masalah yang diberikan, anggota mestilah mampu menentukan kedudukan beliau setidak-tidak dalam lingkungan tertentu, contohnya dalam menentukan sudut panduarah, ianya mestilah dalam lingkungan 10mils, untuk grid dalam lingkungan 100 meter, manakala bagi jarak dalam lingkungan 50 meter. Beliau juga mestilah mampu melakukan pergerakan atau perjalanan waktu malam dengan membawa beban 40 lbs serta persenjataan peribadi untuk jarak sejauh lapan kilometer dalam masa satu jam 30 minit.

2. Penyamaran halimunan
Seorang anggota yang mengikuti kursus menjadi sniper mestilah mampu menyembunyikan diri tanpa dapat dilihat oleh dua anggota peninjau yang berpengalaman dari jarak antara 150 hingga 300 meter. Dari jarak yang dinyatakan ini, beliau perlu melepaskan satu das tembakan ke arah kedua pemerhati tersebut dan kedudukan beliau secara fizikal mestilah gagal dikesan, walaupun kawasan di mana beliau menyorok telah ditunjukkan kepada kedua pemerhati itu. Beliau diberikan peluang untuk melaksanakan penembakan sebanyak tiga kali dan perlu lulus dua dari percubaan itu. Beliau diberikan masa selama tujuh, lima dan tiga minit untuk menyembunyikan diri. Beliau juga perlu duduk di posisi selama 20 minit dan mengenal-pasti tiga kad yang bertulis huruf tertentu yang dipamerkan dengan betul.

Ujian dimulakan dengan angggota diberikan tempoh masa untuk menyembunyikan diri. Ini diikuti dengan tempoh masa 20 minit bagi mengenalpasti kad huruf . Seorang anggota tim penilai yang dinamakan ‘walker’(pejalan) akan bergerak sehingga berada 10 meter dari anggota dan akan menggunakan tangan untuk menunjuk di mana anggota berada kepada dua pemerhati (yang merupakan dua sniper berpengalaman yang masing-masing dibekalkan dengan teropong berkuasa 7x). Anggota diberikan 10 saat untuk melepaskan tembakan dan kemudian mengenalpasti huruf yang dipamerkan. Pemerhati pula diberikan dua peluang untuk mencari dan mengenal pasti kedudukan anggota dengan memberitahu kepada ‘walker’ melalui radio di mana mereka percaya anggota tersebut bersembunyi.

3. Kemampuan pemerhatian
Anggota mestilah mampu mencari dan mengenal-pasti 10 objek berkaitan ketenteraan dari jarak lima hingga 300 meter dalam masa 30 minit dengan bantuan binokular serta teropong pengesan. Beliau kemudiannya akan melakar satu lakaran panoramik yang bermutu tinggi. Lukisan tersebut mestilah disiapkan dalam tempoh jangkamasa 10 minit dan pemarkahan penuh adalah 20 mata. Pecahan markah ialah 10 untuk ketepatan, bersih dan mampu dijadikan sebagai petunjuk, lima mata untuk ciri perspektif yang betul dan lima mata lagi sekiranya lakaran turut mencatatkan nota pandu arah, arah utara, tiga jarak utama yang mampu dijadikan panduan dan skala lukisan.

Anggota juga perlu mengenalpasti objek-objek yang dipamerkan dengan tepat. Sejumlah empat mata diberikan jika anggota dapat memberikan gambaran yang tepat. Ini merangkumi dua mata apabila objek dikenalpasti kedudukannya, satu mata apabila objek dikenali dengan tepat dan satu mata tambahan jika dapat menjelaskan sifat dan asal-usul permbuatan objek tersebut (contohnya kotak peluru, buatan Rusia). Anggota juga boleh mendapat markah tambahan jika mereka melakar objek yang dilihat dengan tepat. Sebelum ujian, anggota akan ditunjukkan 40 objek yang berbeza dan kesemuanya adalah objek yang diguna pakai oleh pihak tentera asing. Mereka mestilah meneliti objek-objek tersebut kerana sebahagian darinya akan adalah objek yang akan dipamerkan kelak. Untuk menyukarkan lagi keadaan, hanya sebahagian sahaja dari objek secara fizikal akan diperlihatkan kepada mereka ketika tujuan hakiki. Kemudahan yang diberikan kepada anggota ialah, objek yang dipamerkan mestilah dapat dikesan dengan bonokular dan dikenalpasti dengan teropong pengesan (spotting scope).

4. Mengendap
Anggota mestilah mampu bergerak tanpa dapat dikesan dalam perjalanan antara 1.5 hingga 2km, mengesan satu pos kawalan yang dihuni oleh dua anggota tim penilai dan bergerak pada jarak antara 150 hingga 300 meter dari pos tersebut. Anggota kemudiannya perlu melepaskan dua das tembakan peluru kosong tanpa kedudukan beliau dapat dikesan oleh tim penilai.

Bagi ujian ini anggota akan merangka pelan operasi selama 10 minit dan kemudian bergerak mengendap ke arah kawasan objektif mengikut masa sendiri. Apabila berjaya bergerak pada jarak yang telah ditetapkan, beliau akan melepaskan tembakan yang pertama. Walker kemudiannya akan bergerak 10 meter dari kedudukan akhir anggota dan menunjukkan arah posisi anggota kepada tim penilai. Anggota mempunyai masa 10 saat untuk membuat tembakan yang kedua dan selepas itu membaca empat huruf pada kad khusus. Sistem pejera beliau terutama bacaan jarak dan pembetulan arah angin mestilah berada pada kedudukan yang betul dan tembakan dibuat secara terus tanpa menggunakan apa-apa sokongan fizikal kepada raifal yang digunakan. Anggota mestilah kemudian keluar dari tempat persembunyiannya tanpa dapat dikesan oleh tim pemerhati yang berada di pos kawalan.

5. Menganggar jarak
Anggota mestilah mampu membuat anggaran jarak yang tepat sekurang-kurangnya lapan kali dari sepuluh ujian jarak yang diberikan. Ketepatan anggaran jarak yang dibuat mestilah berada pada peratusan tertentu mengikut cara apa yang digunakan ketika membuat anggaran tersebut. Contohnya apabila menggunakan mata kasar, anggota boleh membuat kesilapan sehingga 15% dari jarak sebenar. Apabila menggunakan binokular, 10% kesilapan dan akhir sekali dengan teropong yang mempunyai retikal Mil-dots, 5%.

6. Ketepatan tembakan
Bagi ujian kemampuan penembakan, seorang anggota akan hanya diberikan gelaran ‘sniper’ sekiranya beliau telah lulus kesemua ujian yang telah dinyatakan sebelum ini dan akhirnya mampu melepaskan tembakan yang membunuh dengan hanya sebutir peluru dari jarak 900 meter terhadap sasaran bersaiz manusia. Ini adalah kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak infantri tentera British bagi membolehkan anggota menerima lencana sniper. Beberapa siri ujian dari jarak antara 300 ke 900 meter akan dilaksanakan dalam beberapa keadaan. Tembakan permulaan adalah dari jarak 900 meter dan kemudiannya secara beransur-ansur turun sehingga jarak 300 meter. Sebahagian dari tembakan mestilah dilaksanakan dari posisi melutut dan duduk. Penembakan dari posisi menirap akan dilakukan hanya beberapa kali sahaja. Ini sengaja dibuat kerana ketika operasi hakiki, sniper akan hanya dapat mencari kedudukan menirap untuk melepaskan tembakan hanya dalam keadaan-keadaan tertentu dan tidak setiap masa.

Senario yang diberikan ini adalah merupakan contoh mengenai apakah ujian serta bagaimanakah proses pemilihan seorang anggota, dari asalnya menjadi hanya seorang infantri sehinggalah kepada anggota yang mempunyai kemahiran khusus, iaitu seorang sniper. Jika diteliti kepada kemahiran dan ujian yang dibuat, jelas sekali kemahiran untuk melaksanakan penembakan adalah merupakan hanya satu juzuk dari kemahiran yang pelbagai. Malah mungkin lebih penting dari itu, kemahiran untuk menyamar serta melaksanakan pergerakan secara halimunan adalah lebih kritikal kepada mereka untuk dapat menghampiri sasaran supaya mampu melepaskan tembakan dengan selesa dan tepat. Selain itu kemahiran fizikal semata-mata bukanlah menjadi penentu kepada kemampuan untuk menguasai kemahiran menjadi seorang penembak tepat, malah beliau juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti tahu menggunakan formula perkiraan sudut dan jarak, selain arah dan kelajuan angin untuk menentukan ciri-ciri penembakan tepat. Ini kritikal terutamanya apabila mahu melakukan penembakan secara mendongak ke sudut lebih tinggi, atau melandai jauh ke kawasan tanah yang lebih rendah.

Kelengkapan dan peralatan
Pada suatu masa dahulu, raifal sniper yang popular digunakan oleh kebanyakan tentera global adalah berkaliber 7.62 x 51mm bagi negara-negara Barat dan Pakatan NATO atau 7.62 x 54mm bagi Rusia dan negara-negara Pakatan Warsaw. Walaupun terdapat kaliber-kaliber lain yang turut digunakan, namun ia adalah dalam jumlah yang amat terhad. Raifal-raifal yang digunakan pula adalah pelbagai dengan raifal bercirikan pengendalian insani atau manual untuk mengendalikan sistem mekanikal adalah yang paling.

post signature

Peperangan Generasi Ke-4

TALIAN MAYA - Peperangan Generasi Keempat

Backdated Issues 2010 - Disember 2010
Written by -
Monday, 14 March 2011

Apabila disebut sahaja tentang konflik bersenjata atau peperangan maka perkara yang terpampang di minda umum ialah pelbagai jenis sistem persenjataan dan kekuatan fizikal yang dipamerkan oleh pihak-pihak ynag bertelagah. Ini termasuklah dari pistol dan raifal hinggalah kereta kebal, roket dan hari ini yang paling utama ialah pesawat-pesawat udara dan peluru berpandu, sama ada yang dikawal manusia, atau yang tidak mempunyai pemandu mahupun yang pintar.

Ini adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan kerana sejak tercetusnya konflik antara dua puak, negara mahupun peradaban sejak beribu tahun yang lampau, apa yang digunakan untuk memusnahkan musuh secara fizikal adalah yang akan menentukan kalah atau menangnya sesuatu pihak, jika kedua-dua belah yang bertelagah mempunyai kekuatan individu atau anggota yang hampir seimbang kekuatannya.

Peperangan sejak dari dahulu hingga sekarang telah melalui satu proses evolusi yang telah mengubah ciri dan corak bagaimana sesuatu konflik bersenjata dilaksanakan. Pemikir ketententeraan telah mengkategorikan sejarah peperangan dalam empat kategori khusus mengikut zaman atau hakikatnya mengikut perkembangan teknologi persenjataan dan berkaitan dengannya yang dimiliki oleh pihak-pihak yang bertelagah. Kategori atau jenis peperangan ini dikenali sebagai generasi peperangan, iaitu dari ‘Generasi Pertama’ hinggalah setakat hari ini, iaitu ‘Generasi Keempat’. Peperangan Generasi Pertama adalah merupakan peperangan era berhadapan atau era pertempuran berbaris yang mempertemukan dua angkatan tentera secara berhadapan. Perang sedemikian dikaitkan dengan sifat kejantanan atau ‘gentlemen’ yang dianggap sebagai lebih penting dari segala-galanya. Peperangan sedemikian mencapai kemuncaknya di Eropah sewaktu negara-negara tersebut berperang antara satu dengan lain sehinggalah kepada Perang Napoleon. Selepas era tersebut muncul pula peperangan generasi kedua yang bermula sebaik munculnya sistem mesingan dan artileri moden. Perang ini menampakkan kuasa kemusnahannya yang dahsyat ketika Perang Dunia Pertama, apabila saki-baki pemikiran Peperangan Generasi Pertama dilihat masih lagi menebal di kalangan jeneral-jeneral Eropah yang bertekad untuk masih berhadapan sepertimana dahulu. Akibatnya dengan wujudnya sistem mesingan dan artileri pelbagai, jumlah magsa yang terkorban di kedua-dua belah pihak dalam sesuatu kawasan hadapan yang sempit serta untuk tempoh jangkamasa yang singkat mencapai tahap yang melampau.

Peperangan Generasi Ketiga muncul menjelang Perang Dunia Kedua dengan adaptasi dua jenis platform atau kenderaan ketenteraan moden, iaitu kereta kebal dan pesawat udara.Keadaan ini membolehkan pihak yang bertelagah untuk menggunakan kemampuan platform untuk mengepung atau menyerang dari arah rusuk atau belakang angkatan utama musuh, yang mempunyai pertahanan lebih rendah berbanding bahagian hadapan. Taktik ini dikenali sebagai penggunaan daya mobiliti. Dengan menggunakan kereta kebal, sebuah pasukan mampu bergerak dengan mempunyai kuasa tembakan yang baik bagi mengambil kedudukan yang memberikannya kelebihan untuk mengalahkan pihak musuh dengan lebih mudah. Penggunaan pesawat udara juga membolehkan sebuah angkatan tentera untuk melancarkan serangan di belakang garis hadapan kawasan pertempuran tanpa perlu mengambil risiko secara berhadapan. Ini juga bermaksud sasaran musuh tidak lagi terhad kepada kekuatan garis hadapannya, tetapi juga garis belakang seperti sistem logistik, industri yang menyokong aktiviti penghasilan produk berkaitan ketenteraan, aktiviti perindustrian malah pihak awam juga.

Buat pertama kalinya dan mungkin selamanya, pihak awam tidak lagi boleh terlepas dari kemusnahan dan malapetaka bahaya peperangan. Ciri paling menonjol bagi Peperangan Generasi Ketiga ialah daya manuver atau mobiliti yang tidak pernah tercapai oleh peperangan generasi sebelumnya. Peperangan Generasi Ketiga yang sejak dari Perang Dunia Kedua dilaksanakan menggunakan kenderaan kereta kebal dan pesawat udara secara bersepadu terbukti amat efektif oleh pihak Jerman dan sehingga hari ini adalah antara doktrin yang masih digunapakai hingga ke hari ini. Konflik di Kuwait dan penaklukan Iraq pada 2003 adalah bukti amat nyata mengenai bagaimana gabungan antara kereta kebal dan pesawat udara sepertimana taktik ‘Bliztkrieg’ di Poland ketika Perang Dunia Kedua masih lagi efektif dalam ‘Shock & Awe’ ketika kereta kebal dan pesawat udara NATO dan Amerika Syarikat menakluk Iraq.

Buat seketika Peperangan Generasi Ketiga dilihat seakan mendominasi ciri-ciri dan keperluan angkatan tentera dimasa hadapan sekiranya mana-mana negara mahu melaksanakan konflik bersenjata. Andaian ini walaubagaimanapun terbukti masih awal untuk dijadikan sebagai fakta. Pada masa yang sama Peperangan Generasi Ketiga dianggap oleh hampir kesemua pihak sebagai sesuatu yang tidak lagi dapat disangkal dalam era teknologi persenjataan seperti kereta kebal dan pesawat udara yang canggih, secara senyap satu evolusi yang berlaku dalam teknologi yang dianggap masih baru telah mula menampakkan kepentingannya sebagai satu faktor yang bakal menggoncang kepercayaan tersebut.

Latar belakang

Apa yang dimaksudkan sebagai Peperangan Generasi Keempat adalah merupakan satu konflik yang mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan pesat teknologi maklumat. Mungkin ramai yang terkeliru dan mengaitkan secara langsung atau menyamakan komputer dengan teknologi maklumat. Ini adalah tanggapan kurang tepat kerana komputer hanyalah merupakan sebahagian dari apa yang dimaksudkan sebagai teknologi maklumat. Hanya mengaitkan komputer sebagai teknologi maklumat bakal menidakkan pelbagai jenis teknologi lain bersangkutan dengan ciri-ciri penyebaran dan penjaringan data, maklumat, foto, video dan pelbagai media lain dalam talian maya, terutama dalam talian internet. Sememangnya komputer memainkan peranan yang penting bagi individu untuk mengakses, menghantar atau menerima pelbagai maklumat dalam berbagai bentuk, namun lain-lain teknologi seperti elektronik, optik dan telekomunikasi turut memainkan peranan yang besar dalam membentuk satu sistem jaringan maklumat di alam maya.

Apabila teknologi Peperangan Generasi Ketiga mencapai tahap kemampuan penggunaan teknologi yang tinggi, maka kemampuan untuk melaksanakan misi dan operasi yang semakin rumit turut meningkat. Umpamanya untuk terbang ke kawasan sempadan negara musuh dan melancarkan serangan terhadap sesuatu sasaran permukaan jauh di dalam negara tersebut bakal memerlukan penggunaan teknologi yang bukan sedikit. Ini termasuklah antara lain, pelan penerbangan yang selamat untuk mengelakkan dari dapat dikesan oleh radar pemantau. Koordinat sasaran yang mahu dimusnahkan serta maklumat arah hala tuju pesawat yang dikemas kini sebilang masa penerbangan agar pesawat tidak tersesat. Sistem pandu arah peluru berpandu pintar yang mendapat maklumat berkaitan kedudukannya apabila dilancarkan oleh pesawat dengan bantuan satelit, relatif kepada kedudukan ancaman selain maklumat berkaitan laluan penerbangan paling selamat bagi pesawat setelah objektif operasi berjaya dicapai dan juruterbang mahu kembali ke pangkalannya.

Salah satu perkara yang diberikan keutamaan dalam apa jua operasi Peperangan Generasi Ketiga ialah daya mobiliti. Penggunaan daya mobiliti ini akan hanya berkesan jika kesemua aset yang digunapakai dapat menyumbang kepada objektif operasi sama ada dengan menggunakan kuasa tembakan yang jitu dan tepat, penutupan laluan atau serang hendap yang berkesan terhadap pasukan musuh mahupun gerakan rusuk yang berjaya mengepung kekuatan utama dan memotong bekalan logistiknya. Kesemuanya ini mesti dilakukan dalam tempoh masa yang khusus dan terhad bagi mendatangkan hasil dan tidak ada faktor lain yang lebih penting bagi mencapai hasrat tersebut melainkan melalui kemampuan untuk berkomunikasi antara satu dengan lain secara efektif. Disinilah letaknya kepentingan wujudnya sistem jaringan maklumat atau jaringan sistem komunikasi yang jitu.

Pada awal tahun 80an dan 90an sistem jaringan maklumat selamat ini dibina khusus bagi penggunaan berkaitan ketenteraan sahaja. Namun tidak lama kemudian teknologi yang sama turut digunapakai dalam bidang komersial. Lama kelamaan dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan bajet pertahanan yang semakin mengecil di kebanyakan negara global, kebanyakan sistem teknologi yang pada awalnya dibangunkan dan dimonopoli oleh industri berkaitan pertahanan mula gagal bersaing akibat peruntukan yang tidak lagi diberikan oleh kementerian pertahanan negara masing-masing. Ini berbeza dengan firma-firma komersial yang mungkin telah membangunkan sistem sama, selari teknologinya namun dengan sedikit perubahan, ia hanya sesuai untuk digunapakai dalam sistem awam. Bagi pihak angkatan tentera global, perkara ini telah memberikan mereka peluang untuk mendapatkan sistem yang setanding teknologinya, namun pada kos yang jauh lebih murah dan dalam banyak keadaan, apa yang perlu dilakukan dengan sistem komersial tersebut hanyalah mengubah beberapa ciri fizikal yang membolehkan sistem tersebut untuk bertahan dari gegaran, haba atau keadaan kelembapan tinggi bagi digunapakai dalam sistem yang mempunyai aplikasi ketenteraan.

Percambahan teknologi yang sama turut berlaku dalam sistem telekomunikasi komersial yang kini digunapakai oleh pihak tentera setelah diubahsuai. Jaringan maya atau internet umpamanya adalah merupakan ‘revolusi’ dalam evolusi peperangan yang berikutnya. Tujuan utama internet adalah unntuk membolehkan komunikasi dua atau pelbagai hala secara talian maya menggunakan sistem telekomunikasi dan elektronik yang dibangunkan pada awalnya bagi tujuan ketenteraan namun hari ini sebahagian besarnya adalah bagi penggunaan sistem berkaitan aktiviti komersial. Ia membolehkan mana-mana individu untuk berinteraksi dengan individu atau kumpulan secara penghantaran pelbagai data dan maklumat berbagai media, dari cetak kepada audio dan video ke hampir mana-mana lokasi di seluruh dunia dalam masa sebenar.

Penggunaan sistem internet hari ini telah dianggap sebagai satu anjakan teknologi komunikasi yang amat ketara. Apa yang lebih menakjubkan ialah ia bergerak seiring dengan pembangunan teknologi perkomputeran dan diguna pakai bagi tujuan aktiviti komersial global dalam skala yang amat luas. Ini termasuklah dalam sistem perbankan, sistem penyimpanan rekod, sistem jual beli saham dan komoditi serta sistem arahan dan kawalan prasarana awam. Penggunaan sistem internet dilihat dapat mengurangkan kebergantungan tugas kepada tenaga kerja manusia, dapat menyimpan dan mengemaskini rekod dengan pantas dan menerusi parameter tertentu yang telah ditetapkan dari awal dapat bertindak secara autonomi bagi memperbetulkan keadaan. Penyebaran maklumat melalui jaringan maya turut memberikan kuasa untuk melapor, membentangkan atau menyebarkan maklumat dalam masa sebenar kepada mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai akses kepada sistem komputer yang mempunyai talian maya tanpa mengira ideologi, bangsa mahupun negara. Inilah yang telah mengakibatkan terbentuknya satu lagi ciri peperangan baru yang dinamakan sebagai Peperangan Generasi Keempat.

post signature

Monday, April 18, 2011

Cadangan Ahli Kelab Nadi@watan

Melaksanakan Yang Belum Terlaksana

**Sila klik gambar jika gambar lambat/tidak keluar untuk mudah membaca dan pembesaran.














 







 

Ulasan Admin:

Terima kasih atas kesemua cadangan (pujian mahupun kritikan) daripada ahli-ahli kelab. Kami sebagai wakil daripada Biro IT mewakili barisan board menerima dengan hati yang terbuka kerana sebagai manusia kita mudah melakukan kesilapan apatah lagi untuk memuaskan hati setiap seorang daripada individu. Dalam penyampaian maklumat, kami telah dan sedang cuba sedaya upaya memuaskan hati semua pihak melalui blog ini dan profile Nadiwatan Akaun. Barisan board semasa dan seterusnya akan berusaha meneliti cadangan-cadangan anda diatas untuk penambahbaikan aktiviti/program anjuran kelab terutamanya.

Sebahagian cadangan dilihat mempunyai pros and cons masing-masing. Kami akan mengulas beberapa cadangan diatas. Berkenaan info terkini, kami sentiasa mencuba sedaya upaya menyampaikannya melalui profile Nadiwatan Akaun di Facebook (A.S.A.P). Juga terdapat sebuah Group Nadi@watan Club di Facebook yang sedang digunakan sebaik mungkin untuk menyampaikan maklumat terbaru mengenai kelab dan latihan. Bagaimanapun profile-profile tersebut adalah "restricted" atau "friends only", bermaksud tiada orang yang bukan ahli kelab boleh lihat kandungan penuh dan komen di wall. Tujuan supaya fokus lebih tertumpu kepada penyampaian info kepada ahli-ahli daripada campur tangan orang luar seperti iklan-iklan, provokasi daripada kelab-kelab lain, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terpulang kepada anggota board Nadi@watan seterusnya untuk mengubah polisi tersebut mungkin atas alasan mempromosi wataniah dikalangan pelajar UIAM tetapi haruslah mempunyai "active moderator" sekiranya soalan-soalan diajukan oleh mereka. 


Gambar-gambar board sudah diuploadkan dan mendapat "positive feedback" daripada bekas-bekas board kelab Nadi@watan yang terdahulu melalui gambar board tenure masing-masing. 


Gambar trainers kelas CCWT dalam bentuk carta organisasi boleh diketahui melalui notice board di OR atau lihat gambar di bawah.

Caption album board daripada profile Nadiwatan Akaun di facebook.

Carta organisasi kelas CCWT.
Berkenaan elaun bagi latihan anggota wataniah di UIAM, ianya telah pun dihebahkan dan sedang dilaksanakan sepanjang tahun ini. Pemberi cadangan seharusnya aktif melibatkan diri kerana cadangan anda telah dikotakan. Latihan tempatan di UIAM sedang dijalankan dan akan memasuki fasa kedua latihan iaitu siri 12 hingga 24 bermula bulan September 2011 ini apabila semester 1 11/12 bermula. Kursus KADAR juga akan dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang pihak daripada UIAM sendiri. Sila rujuk tarikh-tarikh bersangkutan di ruangan side bar blog ini. CO batalion 2, Lt Kol Alias Lisut juga ada mengatakan bahawa Kem Tahunan akan dilakukan khusus untuk Batalion 2 sahaja. Bagaimanapun tarikh masih belum diketahui dan harus merujuk kepada cuti semester UIAM yang bersesuaian memandangkan tahun ini jadual latihan dan kursus dilihat padat. Latihan berterusan pula akan diadakan pada bulan Mei ini. Sila rujuk gambar disebelah kiri atau ruangan bawah blog ini untuk mengetahui update. Jadi anggota-anggota wataniah UIAM masih berpeluang menyertai latihan-latihan ini. Sila berhubung dengan Biro training dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut jika berlaku sebarang perubahan maklumat.

Untuk makluman, kami telah cuba sedaya upaya mencari anggota wataniah di UIAM, tetapi memerlukan kerjasama daripada ahli-ahli dalam "friend list" profile Nadiwatan Akaun untuk "suggest as friend" kepada mana-mana anggota wataniah samaada skill mahupun non-skill. Kami generasi baru tidak berapa mengenali ahli-ahli yang lama dan medium komunikasi ini adalah inisiatif untuk kita saling berinteraksi dan mengenali antara satu sama yang lain. Walaubagaimanapun, bagi generasi seterusnya selepas kami iaitu anggota-anggota rekrut, kami berusaha menggalakkan mereka yang mana mempunyai akaun facebook untuk mencari profile Nadiwatan Akaun sebagai alternatif mendapatkan info program/latihan/mesyuarat/maklumat mengenai kelas CCWT/ dan perkongsian maklumat yang lain dan sekaligus mengumpulkan dan merapatkan komunikasi antara anggota nonskill dan skill.


Mengenai aktiviti-aktiviti tidak formal di Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi, ianya tertakluk kepada rancangan antara anda sendiri. Kelab tidak menggalakkannya kerana telah berlaku insiden salah faham antara seorang pelajar "non-uniform based" yang turut tinggal di mahallah tersebut yang mendakwa percampuran antara lelaki dan perempuan di dalam uniform bodies terlalu ketara (kami tidak menunding jari kepada anggota Suksis, Palapes mahupun Wataniah sendiri). 

Walaubagaimanapun, aktiviti-aktiviti riadah seperti badminton, basketball, futsal dan sebagainya masih boleh dilakukan di kawasan mahallah tanpa melibatkan percampuran atas inisiatif kumpulan anda sendiri. Aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang telah dirancang oleh AJK/board kelab Nadi@watan boleh disertai oleh anggota wataniah UIAM skill dan nonskill keseluruhannya.

Aktiviti formal dan informal lain yang melibatkan penyertaan anggota wataniah UIAM sepanjang 2 tahun yang lepas adalah seperti berikut:


  • Melawat muzium Tentera Darat, PD, Negeri Sembilan.(skill)
  • Melawat muzium Perang Pulau Pinang.(skill)
  • Melawat Istana Alam Shah, Klang. (MRC SAA-> Wataniah, Suksis dan Palapes)
  • Permainan Paint Ball di Muzium perang dan Alang Sendayu.
  • Iron Man berkonsepkan Explorace.(nonskill & skill)
  • Jemputan ke program Malaysia Hari Ini(MHI). (nonskill & skill)
  • Konvoi ke Perkahwinan Jurulatih CCWT - Lkpl Hud dan Pasangan.
  • Barbeque kelas-kelas CCWT di cafe Mahalah Salahuddin. 
  • Iftar dan Solat hajat. (nonskill & skill)
  • Kuliah Sirah UIAM anjuran Kelab Nadi@watan dan PEMBINA. (nonskill & skill)
  • Self-Organised Picnic. 
  • Kelas Tempur Tanpa Senjata(TTS). (nonskill & skill)

Masalah yang utama dihadapi pentadbiran kelab ialah anggota yang memberi cadangan itu sendiri tidak melibatkan diri. Bagaimana agaknya sambutan anggota-anggota yang lain jika cadangan anda sendiri, anda tiada dalam menjayakannya?. Sebagai contoh, ramai anggota wataniah lama dan baru inginkan latihan di UIAM mendapat elaun tetapi apabila telah ditunaikan masih tiada perubahan daripada segi penglibatan. Contoh lain, pada tahun 2010 Pbt Umar Ismail sebagai anggota board ketika itu cuba untuk membawa TTS ke dalam UIAM. Tetapi sambutan anggota agak mengecewakan. Bahkan aktiviti yang melibatkan peringkat Mahallah seperti Hari Keluarga, sambutan daripada anggota wataniah sendiri tidak memberangsangkan jika dibandingkan dengan kadet-kadet polis dan palapes udara. Sepatutnya kita menunjukkan rasa semangat untuk bekerjasama antara unit-unit beruniform dan bukan hanya pandai berkata-kata dan habis dihujung lidah.

Mini library telah diwujudkan di Operation Room(OR) dan terdapat pelbagai jenis majalah tentera darat daripada Majalah Tempur, Perajurit, dan sebagainya yang boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkenaan ketenteraan kepada anggota wataniah UIAM. Jika ingin meminjam dan membaca di bilik anda sendiri, anda boleh berhubung dengan Biro Education and Tarbiyyah(ENT) untuk urusan peminjaman kerana OR selalunya berkunci dan anggota pastinya tiada masa untuk duduk lama di dalam OR untuk membaca dengan lebih mendalam.

Jika anggota terlupa nombor tentera atau Tarikh Tamat Perkhidmatan(TTP / ROD), jangan risau, kami mempunyai senarai nama, maklumat dan kekuatan anggota-anggota wataniah di UIAM. Rujuk Biro Human Resource and Development(HRD) atau Biro Information Technology(IT), atau pergi ke OR di Transportation unit dan rujuk di wall besar di dalamnya dengan berhubung dengan Quartermaster(QM) kerana OR berkunci.

Cadangan-cadangan lain dilihat boleh dipertimbangkan AJK/board pada sesi yang seterusnya apabila mereka membaca cadangan-cadangan yang anggota-anggota telah utarakan seperti diatas. 

Kami Biro IT hanya mampu menyampaikan apa-apa maklumat terkini mengenai kelab Nadi@watan dan Rejimen 515 Askar Wataniah seberapa pantas yang mungkin agar anda semua dapat membantu menyebar dan mengajak skuad-skuad anda untuk menyertai program/latihan yang telah dirancang. Kami berharap agar anggota-anggota Nadi@watan lebih "PROACTIVE" untuk mendapatkan maklumat memandangkan kita sekarang boleh mendapatkan maklumat mengenai Nadi@watan walau dimana kita berada sekalipun, walau jauh di kampung di Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak dan sebagainya dengan melayari Blog Kelab Nadi@watan dan profile Nadiwatan Akaun. Jadi tiada alasan maklumat tidak sampai dan anda terasa disisihkan. Sebaiknya ialah anda wajib mendapatkan nombor telefon setiap AJK (Head/Assistant) biro dalam kelab Nadi@watan atau AJK sesebuah program Nadi@watan untuk apa-apa maklumat terkini dan membuat follow up dengan mereka secara terus kerana mereka lebih mengetahui sebarang maklumat terkini. 

Sebarang cadangan dan komen lanjut, sila utarakan diruangan komen dibawah. Terima kasih.

post signature