CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label CCWT. Show all posts
Showing posts with label CCWT. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

Skill CCWT Sedang Mengharungi Ex-Paya

Persiapan Menjalani Semester Camp Skill Wataniah


Pada 11 Mac 2011, latihan tempatan siri ke 7 telah diadakan melibatkan anggota wataniah UIAM. Fokusnya ialah mengenai semester camp skill wataniah uiam yang diadakan di Morib. Pada hari tersebut, membabitkan aktiviti pentadbiran, latihan-latihan fizikal dan juga latihan kawad. Antara ahli-ahli nonskill yang hadir dan terlibat dengan latihan tempatan ialah Pbt Aini, Pbt Wani, Pbt Mas, Pbt Hidayah dan juga ahli-ahli ex-skill seperti Pbt Omar, Pbt Chea, Pbt Aisah serta Pbt Wiyah. Mereka juga terlibat dalam membahagikan kelengkapan untuk setiap sindiket yang dibentuk iaitu sebanyak 8 sindiket. 

Pada malam tersebut juga diadakan ujian peperiksaan kelas ccwt untuk menguji tahap pemahaman anggota-anggota dengan perkara-perkara asas dalam tentera darat yang wajib diketahui dan dengan apa yang telah dipelajari daripada para jurulatih kelas ccwt. Kemudian diadakan briefing oleh Lt Wari mengenai Ex-Paya yang bakal diharungi oleh anggota-anggota skill ccwt pada 2 hari berturut-turut bermula keesokkan harinya. Dengan berbekalkan kelengkapan ration dan peralatan yang dikhaskan, setiap anggota dalam setiap sindiket bakal bekerjasama dalam menjaga amanah serta memastikan kelancaran pergerakan mereka menuju destinasi. Semoga mereka dapat menilai tahap kerjasama masing-masing dan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang ada di dalam ex-paya itu nanti. Semoga berjaya!




Kelibat mantan presiden Kelab Nadi@watan, Pbt Muhaimin. 



8 sindiket mengambil setiap bahagian ration masing-masing
yang ditetapkan sama rata.
5 bag pack, 5 ponco, 5 mess tin, 3 revive, & 10 mineral water.
Gempur Wira!!


GEMPURRRR WIRA!!post signature

Tuesday, January 11, 2011

Kelas Skill CCWT Sem II 09/10 Bermula...

"Opening Ceremony" Kelas Skill CCWT Sem II 09/10



Gambar - gambar dibawah oleh Pbt Umar Ismail.
Hari: Sabtu
Tarikh: 08 Januari 2011
Masa Lapor: 0645

Dimulakan dengan 'Physical Training' sekitar UIAM.
Bacaan Doa.

Anggota-anggota Skill siri junior, inter dan senior
mendengar ucapan Penasihat Kelab Nadi@watan
Lt Wan Rizaila Wan Mamat Saufi.

post signature

Monday, October 18, 2010

Semester Camp CCWT Sem I 10/11

Semester Camp CCWT Sem I 10/11



  
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang 'semester camp' ini dari hari Sabtu 16 Oktober 2010 hingga keesokkan harinya 17 Oktober 2010 adalah seperti melawat Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa Di Port Dickson, Negeri Sembilan, berakit, merempuh halangan dan 'compas marching'. Anggota - anggota skill CCWT dibahagikan kepada 4 platun pada awal pagi Sabtu tersebut setelah menjawab soalan peperiksaan CCWT bagi kelas masing-masing. Mereka harus bekerjasama dan berganding bahu antara junior, intermediate dan senior dalam apa-apa jua aktiviti yang dijalankan samaada berbentuk pertandingan atau latihan biasa. Di sini, anggota senior siri 300 menggunakan kemahiran masing-masing dalam mengendalikan platun mereka dan dengan itu menjadi model bagi anggota siri 200 dan 100. Bagi anggota CCWT 3062, inilah peluang mereka untuk mempamerkan aksi terbaik dengan segala ilmu yang telah diajar oleh para jurulatih sepanjang melibatkan diri dengan kelas skill CCWT daripada peringkat junior hingga sekarang. Mereka akan ucapkan 'selamat maju jaya' kepada anggota CCWT yang lain kerana dengan rasminya mereka tamat kelas skill sesudah berakhirnya 'semester camp' tersebut.

Melalui lawatan ke Muzium ini anggota skill CCWT wataniah UIAM dapat mengetahui khazanah maklumat dan sejarah Tentera Darat tanah air untuk pembentukan jati diri dan semangat juang dalam diri mereka sebagai sebahagian warga tentera dan sebahagian lagi sebagai rakyat Malaysia dengan sistem teknologi maklumat yang disediakan di sana selari dengan perlaksanaan K-Army.

Gambar oleh Pbt Sakinah. Sebahagian anggota pranita skill CCWT siri 100.




Sebahagian anggota pranita skill CCWT bergambar kenangan sebelum bertolak ke lokasi.














































Gambar oleh Pbt Anis Shakir. Sebahagian anggota lelaki skill CCWT bergambar
kenangan sebelum bertolak ke lokasi.




Gambar oleh Pbt Shuhadah(Chun).

Gambar oleh Pbt Shuhadah(Chun).

Gambar oleh Pbt Shuhadah(Chun).







Gambar oleh Pbt Sakinah. Aktiviti berakit.


Apa Kata Anggota??















Komen Pilihan


 P/s: 
Sebahagian besar gambar adalah sumbangan daripada Pbt Nur Hayati Bt Ahmad.
post signature

Thursday, August 5, 2010

Photo Post Opening CCWT Sem I 10/11

Backdrop Opening CCWT.. persembahan multimedia amat menarik dan menghiburkan
dan mendapat feedback positif daripada  Lt Wan Rizaila Wan Mamat Saufi..
Terima kasih kepada Pbt Suhana dan editor Pbt Lotfi, Naqi, Nizam.

Anggota CCWT berbaris untuk mengira kekuatan  sebelum masuk ke dalam
dewan bagi upacara perasmian oleh Lt Wan Rizaila Wan Mamat Saufi

Tuesday, August 3, 2010

Roll Call Anggota Skill Unit Beruniform di Mahallah SAA

"ROLL CALL"


     
Pada malam isnin 2 Ogos 2010 yang lalu, kira-kira jam 2200, anggota-anggota skill CCWT wataniah telah dipanggil untuk roll call oleh L/kpl Najib, L/kpl Firdaus dan L/kpl Izza. Turut turun padang pada malam tersebut ialah Tuan Wari yang telah membuat checking dari bilik ke bilik(lelaki) untuk memastikan bilik anggota-anggota dalam keadaan teratur, kemas dan sedap mata memandang serta membuat tinjauan compartment yang kosong untuk disediakan bagi anggota-anggota junior CCWT 1061 yang akan check-in Mahallah Salahuddin AL-Ayyubi tidak lama lagi.


     
Roll Call tersebut sebenarnya telah dibuat secara serentak oleh ketiga-tiga unit iaitu Wataniah, Suksis dan juga Palapes Udara. Setiap unit menjalankan hal pentadbiran masing-masing seperti mengurus anggota-anggota junior Palapes Udara, bertanyakan masalah yang dihadapi anggota di Mahallah, dan hal-hal berbangkit yang lain terutamanya berkenaan hal-hal administrative.


Monday, August 2, 2010

PT Pertama CCWT Sem I 10/11


      Opening CCWT telah berlangsung pada 31 Julai 2010 bersamaan pada tarikh Hari Pahlawan. Segalanya berjalan dengan baik bermula dengan PT pagi seawal jam 0630 walaupun ada yang masih lewat untuk menepati masa tetapi ianya adalah lebih baik daripada anggota-anggota yang tidak hadir langsung tanpa alasan yang munasabah. Secara lazimnya dalam askar, kebajikan terbaik bagi anggota adalah hukuman dan denda, bukan diberi sekadar hanya untuk suka-suka tetapi dalam jangka masa panjang ia dapat membentuk sikap dan peribadi seseorang itu sendiri seperti berdisplin, menepati masa, mematuhi arahan, dan menjadi model terbaik kepada anggota-anggota junior CCWT 1061 serta membina kekuatan fizikal setiap anggota. 
    
Semoga segala denda yang diberi oleh para jurulatih dilihat secara positif oleh anggota dan mereka harus memperbaikinya daripada masa ke semasa. Antara kesalahan yang ditegur oleh para jurulatih ialah seperti tidak menepati masa, berambut panjang, berjanggut, pakaian tidak kemas, stokin berwarna selain daripada putih semasa sesi PT, serta kehadiran yang tidak memberangsangkan. 

Friday, July 16, 2010

Briefing Kelas CCWT Semester I 10/11

Seramai lebih kurang 60 pelajar baru telah mendaftarkan diri untuk menyertai kelas CCWT bagi semester I 10/11 ini dan pada 14 Julai 2010 suatu briefing telah diadakan di Admin LT 1 yang dihadiri oleh Lt Wan Rizaila Wan Mamat Saufi dan Lt Rossa Baharom serta anggota-anggota CCWT termasuk muka-muka baru  yang akan mendaftarkan diri sebagai anggota CCWT. Pada malam tersebut seramai lebih kurang 25 muka baru dapat menghadiri briefing yang dikendalikan oleh chairperson Pbt Nur Hafiza Musa. Apa yang menarik pada malam tersebut ialah