Perlaksanaan Akta Veteran Bela Nasib Veteran ATM
14/05/2011 2:38pm
KANGAR 14 Mei — Nasib kira-kira 300,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sebahagian besarnya tidak berpencen akan lebih terbela jika Akta Veteran ATM dilaksanakan, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mej. Jen. Datuk Zulkiflee Mazlan.
Katanya, pada masa ini hanya kira-kira 98,000 veteran tentera menikmati pencen sedangkan selebihnya tidak ada kemudahan itu kerana tempoh perkhidmatan tidak sampai 21 tahun.
Berucap pada program khas Memperkasakan Veteran ATM peringkat negeri Perlis di sini hari ini, beliau berharap Akta Veteran ATM akan mampu melindungi hak veteran termasuk yang berkaitan dengan sara hidup dan perubatan pesara tentera yang tidak berpencen. — Bernama
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)