CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 14, 2011

100 Bekas Anggota Tentera Tamat Latihan Konstabel

100 Bekas Anggota Tentera Tamat Latihan Konstabel

Para pelatih terdiri bekas anggota tentera bersorak kegembiraan setelah diserap
menjadi polis di Pusat Latihan Polis, Kuala Kubu Bharu, Selangor, semalam. - BERNAMA
KUALA KUBU BHARU 12 Mei - Seramai 100 pelatih terdiri daripada bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sijil tamat latihan asas kepolisan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Kesemua mereka berusia 33 hingga 45 tahun menyertai pasukan polis dan mengikuti latihan asas Konstabel dan Konstabel Sokongan sejak 17 Januari lalu.

Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Kamal Kordi berkata, ia merupakan kumpulan pertama hasil inisiatif dan kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.

"Selaku komandan, saya berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh semua pelatih dan yakin mereka boleh menyesuaikan diri dalam pasukan polis.

"Seramai 51 pelatih Konstabel dan 49 Konstabel Sokongan mengikuti kursus yang ditetapkan oleh PDRM," katanya ketika ditemui pada raptai penuh majlis tamat latihan asas kepolisan di padang kawad Maktab PDRM di sini hari ini.

Presiden kumpulan yang juga diamanahkan sebagai ketua pelatih, Jubaiman Juaser, 36, berkata, hasil kecekalan mereka, kesemuanya berjaya melepasi latihan asas tersebut.

"Saya merasakan kesemua pelatih termasuk diri sendiri tidak sabar untuk berkhidmat sebagai anggota polis," katanya yang telah 16 tahun berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sabah.

Bagi seorang ibu kepada tiga anak, Habibah Abu Seman, 35, dorongan suami adalah kunci kepada ketabahannya menjalani latihan asas kepolisan selama kira-kira empat bulan.

Katanya, sejak bersara daripada TLDM pada Januari 2005, dia menjadi suri rumah sepenuh masa selama lima tahun sebelum menjalani latihan asas itu.

"Sepanjang bergelar suri rumah, saya tidak melakukan sebarang latihan fizikal sehingga memasuki program latihan asas itu.

"Ia sesuatu yang mencabar dan saya tidak sabar untuk mencurahkan bakti berkhidmat bagi menjaga keselamatan negara," katanya yang berasal dari Sarawak.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)