ATM Ronda Di Kawasan Awam Bersama PDRM
01/03/2011
Sumber asal: TV3
Tugas mereka selama ini lebih tertumpu di perbatasan.
Siap siaga mempertahankan negara dari ancaman musuh.
Apapun, perkembangan semasa memberi dimensi baru peranan serta tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia.
Ikuti laporan Nur Anisa Ismail, sempena sambutan Hari Ulangtahun Tentera Darat Ke 78 esok.
Rondaan bersama di kawasan awam bersama Polis Diraja Malaysia, antara tugasan yang kini diletakkan di bahu ATM.
Bermula 1 Januari lalu, rondaan jalan kaki atau berkenderaan dilakukan pada siang hari.
24 anggota tentera darat terlibat setiap hari di empat lokasi terpilih, Taiping, Ipoh, Port Dickson dan Seremban.
Rondaan bersama pernah dilakukan pada era 60 dan 70-an ketika keselamatan negara digugat ancaman darurat.
JENERAL DATUK SERI ZULKIFELI MOHD ZIN / PANGLIMA TENTERA DARAT
Kerjasama ini dilaksanakan bukan berasaskan daripada ancaman yg dilaksanakan ini adalah berasaskan kerjasama di atas untuk memperakyatkan TD Malaysia berasaskan membantu PDRM di dalam melaksanakan tugas.
Untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua pasukan ini, seribu rekrut P-D-R-M sedang berlatih di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson selama enam bulan.
Mereka menyertai dua ribu anggota tentera darat.
Kerjasama turut digiatkan dengan Pasukan Gerakan Am.
JENERAL DATUK SERI ZULKIFELI MOHD ZIN / PANGLIMA TENTERA DARAT
Kerjasamanya amat jitu dokong mendokong antara satu sama lain itu adalah satu aspek. Aspek keduanya, kita demi memulihkan anggota PGA diaturgerakkan di kawasan urban yang baru, di bandar demi mengurangkan lagi mengekalkan penurunan jenayah.
Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78 bakal berlangsung di Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur esok bertemakan Satu Angkatan, Tetap Gagah, Tetap Setia.
Hari Terbuka Tentera Darat pula akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 4, 5 dan 6 Mac bermula 9 pagi hingga 10 malam.
Nur Anisa Ismail, TV3.
Sumber asal: TV3
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)