CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 8, 2012

Anggota Nadi@watan Julang Nama Rejimen 515 AW di PUSWATAN

Penuntut Keseluruhan Terbaik 

Kursus Senjata Kecil PTT (S) Siri 1/2012 


Pada 15 Februari 2012 sehingga 15 Mac 2012 yang lalu, seorang anggota kelab Nadi@watan iaitu Lkpl Omar Bin Hamzah telah berjaya menamatkan kursus senjata kecil PTT (S) siri 1/2012 yang bertempat di Kem Gunung Panjang, Pusat Latihan Askar Wataniah(PUSWATAN), Jalan Tambun, Ipoh, Perak. Beliau yang masih belum secara rasmi tamat pengajian walaubagaimanapun bersemangat untuk menghadiri kursus tersebut sebaik sahaja selesai menghantar thesis projek akhir tahun bagi bidang kejuruteraan mekatronik.

Menurut beliau, banyak perkara berkenaan senjata-senjata yang beliau telah pelajari seperti M 16, Steyr, Pistol Browning, LMG, GPMG, M203 Grenade Launcher serta pengenalan kepada bahan-bahan letupan. Pengalaman selama sebulan bersama-sama dengan anggota-anggota askar wataniah dari rejimen-rejimen seluruh pelusuk negara termasuk sabah dan sarawak telah membawa semangat kerjasama yang amat baik. Masing-masing memainkan peranan dan tidak sukar untuk diarah melakukan apa-apa jua jenis tugas mungkin kerana mereka sedar mereka telah berpangkat lans koperal dan ada juga beberapa orang berpangkat koperal. Jadi semasa di sana, tidak ada banyak masalah dalam menjalani kursus malah semuanya berjalan dengan lancar.

Beliau telah cemerlang dalam semua ujian bertulis dan juga menembak dengan mendapat kelas kedua sebagai penembak. Dengan kecemerlangan beliau dan sikap suka membantu rakan-rakan yang lain dalam pelajaran, beliau telah dianugerahkan sebagai penuntut keseluruhan terbaik besertakan sijil dengan gred B yang disampaikan oleh Komandan PUSWATAN, Lt Kol Pazil bin Mat. Menurut beliau lagi, semuanya bermula dengan cabaran yang dilontarkan oleh pegawai latih iaitu Mejar Hasril yang mahukan beliau mendapat anugerah penuntut keseluruhan terbaik dan sekurang-kurangnya gred C+ semasa sesi temuduga sebelum bertolak ke PUSWATAN. Cabaran itu akhirnya berjaya digalas oleh beliau dan mendapat ucapan tahniah daripada pegawai latih sekepulangan beliau ke Rejimen 515 AW.

Baru-baru ini, beliau telah dinaikkan pangkat dari lans koperal kepada pangkat koperal semasa pembukaan latihan kem tahunan siri 2/2012 di Rejimen 515 AW. Beliau mempunyai cita-cita untuk menghadiri kursus-kursus yang lain sekiranya berkelayakan dan berpeluang demi untuk menambahkan ilmu mengenai bidang ketenteraan supaya dapat dijadikan panduan dan dorongan untuk memajukan diri dan anggota bawahan seterusnya. Semoga semangat beliau untuk menimba ilmu ketenteraan dengan lebih mendalam terus menjadi ikutan anggota-anggota askar wataniah dari Rejimen 515 AW yang lain.

Ucapan syabas diucapkan kepada 6194080 Koperal Omar Bin Hamzah atas kejayaan tersebut sekaligus menaikkan nama Rejimen 515 AW khususnya dan kelab Nadi@watan amnya. Sekalung tahniah juga diberikan kerana beliau juga sudah menamatkan pengajian dengan jayanya dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Semoga menjadi pendorong bagi anggota kelab Nadi@watan yang lain untuk sukses dalam bidang pelajaran dan juga kokurikulum yang dipilih samaada sebagai Askar Wataniah ataupun PALAPES Darat.
post signature

2 comments:

JoeHaNNa JoeHoNeY

Tahniah skot... Setakat ni kebanyakkan anggota R515AW dari UIAM yg pergi berkursus ke unit lain mmg berpeluang membawa pulang pelbagai anugerah dari kursus yg mereka sertai... Ramai skot2 sy termasuk sy ada menerima anugerah penuntut kursus terbaik, akademik terbaik & keseluruhan terbaik... Tahniah sekali lagi...

Omare

Terima kasih staf,,,
Apapun yang kita plan nak lakukan,,,
kita mesti [?]..............

FIGHTING! FIGHTING! FIGHTING! ^_^

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)