CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 7, 2012

jerih payah susah senang akhirnya membuahkan hasil

Jerih Payah Susah Senang Akhirnya Membuahkan Hasil.......


Saiyyidina Hamzah Sport Complex sekali lagi dengan julung kalinya digegarkan dengan Zomaf'12 The Extended. majlis yang dirasmikan oleh Deputy Rector UIAM Datuk Dr. Mizan Hitam mendapat sambutan hangat daripada warga UIAM bahkan ibu bapa.

Pertunjukan dimulakan dengan gimik daripada anggota PALAPES Darat mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton. Tidak ketinggalan pertunjukan IIUM wardance yang dipersembahkan oleh anggota junior dan intermediate.

Majlis dimantapkan lagi dengan pertunjukan PT Log yang energatik daripada anggota PALAPES Udara. Kemudian, persembahan Tempur Tanpa Senjata (TTS) sekali lagi daripada anggota PALAPES Darat. Turut memeriahkan Kor Suksis juga memberikan persembahan yang lincah lagi bertenaga. persembahan diakhiri dengan demo Operasi Menyelamatkan Tebusan dimana para anggota berjaya menarik perhatian para penonton sepenuhnya.

Seluruh anggota memberi komitmen, kerjasama dan disiplin yang terbaik sepanjang program dijalankan. Tahniah diucapkan kepada para anggota dan committee dalam usaha menjayakan program ini. Tidak lupa kepada jurulatih Rejimen 515 Sarjan Asri mengorbankan masa dan tenaga dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada para anggota. 















'Move Forward, Strike And Withstand, We Will Fight, Till The eEnd'



p/s: Gambar hari kejadian bakal diupload DI entry seterusnya..



post signature

2 comments:

Anonymous

Palapes darat tu wataniah ke?

Nadiwatan

Askar wataniah terbahagi kepada 2. Askar Simpanan Wataniah = anggota lain-lain pangkat (LLP) dan PALAPES (ROTU) = anggota berpangkat pegawai apabila ditauliahkan.

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)