CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 16, 2011

Selebriti-Selebriti Dalam Askar Wataniah


2011/06/16

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air hari ini menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Yang lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapten (B) Mohd Nor Bon, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan Aizat Amdan serta Nurul Hidayah, anak sulung Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Nurul Hidayah 34, adalah pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM.
Ahmad Zahid berkata, penyertaan selebriti dalam Askar Wataniah dapat menarik minat lebih ramai individu terutamanya golongan belia.

"Matlamat kami mempelawa selebriti menyertai Askar Wataniah adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang aktiviti, latihan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Mereka kemudiannya boleh menterjemahkan dan menerangkan kepada orang ramai mengenai peranan tentera ketika berlaku peperangan dan juga dalam keadaan aman damai sekaligus menarik minat lebih ramai orang untuk menyertai pasukan ini," katanya kepada pemberita selepas menerima borang itu di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata latihan akan bermula tidak lama lagi dan semua peserta perlu menamatkan latihan selama 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.

Terdahulu dalam majlis di Kementerian Pertahanan itu, artis terbabit menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam Askar Wataniah.
Siti Nurhaliza ketika ditemui pemberita berkata penyertaannya dalam Askar Wataniah mampu membantu menguatkan mental serta fizikalnya.

"Saya memang minat dengan aktiviti lasak malah saya pernah melalui latihan ketenteraan untuk sebuah program televisyen, tetapi menyertai Askar Wataniah ini tentu lebih berbeza dan memerlukan persediaan yang lebih.

"Jadi bila ditawar dan diberi peluang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid serta kebenaran daripada suami, saya tidak melepaskan peluang ini. Saya juga mahu mengajak supaya peminat saya dan belia turut menyertai Askar Wataniah," katanya.

Shaheizy Sam pula berkata beliau menyertai Askar Wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan.

"Memang dari kecil saya teringin untuk berkhidmat kepada negara, jadi saya rasa bangga dan bersedia untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara dan ini boleh dijadikan sebagai platform untuk mengajak peminat turut menyertai," katanya.

Aizat pula sangat teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan yang mencabar dan menguji minda seperti rintangan, kawad dan mengendalikan senjata setelah mendengar cerita daripada kawannya yang juga seorang anggota tentera di Singapura. -

Sumber: BERNAMA

Masing-masing meluahkan perasaan tersendiri antaranya

Siti Nurhaliza
program ini bukan sahaja membantu menguatkan mental dan fizikalnya tetapi mampu meningkatkan jati dirinya sebagai seorang sukarelawan.
"Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih"

Ana Raffali
Angan-angannya menjadi kenyataan apabila ditawarkan melibatkan diri dalam rejimen itu.
"Saya pernah berangan-angan untuk menjadi askar tetapi angan itu tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya.

"Setelah mendapat tawaran daripada Kementerian Pertahanan, saya terus menerimanya," katanya yang pernah memegang jawatan koperal sewaktu menyertai kadet remaja sekolah.

Aizat
begitu teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti bom dan M-16 setelah mendengar cerita daripada kawannya yang merupakan seorang anggota tentera di Singapura.

Shaheizy Sam
"Menyertai askar wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan."

post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)