CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 16, 2011

Tugas Besar Rejimen Sarjan Mejar (RSM) @ SMR

Seminar SMR TD Tahun 2011


KUALA LUMPUR 21 Apr 11 - Peranan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) dalam pembentukan sahsiah anggota Tentera Darat amat penting kerana SMR adalah penghubung atau jambatan di antara pegawai atasan dan anggota bawahan. Oleh yang demikian, kredebiliti dan keterampilan semua SMR amat penting untuk menzahirkan organisasi yang utuh dan mantap.

Perkara tersebut ditekankan secara panjang lebar oleh Jen Dato’Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat semasa majlis penutup Seminar SMR Peringkat Tentera Darat Tahun 2011 di Auditorium Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD). Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Wira Hj. Zulkifli Zainal Abidin dan pegawai kanan TD.

Dalam ucapanya, PTD menjelaskan tentang cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh TD dalam menentukan kesiapsiagaan tempur, pembangunan angkatan dan kualiti hidup dapat dibangunkan melalui trilogy Modal Insan (Man) – Mesin (Machine) – Tatacara (Method). Mengulas mengenainya beliau berkata setiap perkara sentiasa dikaji dan dikonsolidasi bagi mamastikan ketiga-tiga elemen tidak terjejas disebabkan beberapa kekangan yang dihadapi.

Seminar tahun ini dihadiri oleh 164 orang SMR dari Markas-Markas Formasi, Pusat Latihan dan Rejimen. Seminar diadakan dalam bentuk kolokium dengan menampilkan panel yang berpengalaman. Di antaranya tajuk pembentangan adalah Falsafah Kembali ke Asas (Back to Basic), Etos Kenteraan, Pengukuhan Undang-undang, Psikologi dan Kaunseling dan Hala Tuju Tentera Darat.

Sumber: Laman Web Rasmi Tentera Darat Malaysia
post signature

6 comments:

Anonymous

Artkel yang baik, tahniah dan sepatutnya dikunjungi oleh semua anggota angkatan tentera terutamanya anggota tentera darat

Anonymous

tahniah kerana berjaya membuat laman web sendiri seharusnya dicontohi oleh semua pasukan agar segala aktiviti dapat di simpan dan di tatap oleh generasi akan datang.... kapt mohd nizam bin husain, mk bgd sempadan.

Nadiwatan

terima kasih tuan nizam dan mr/mrs anonymous...

Jekiyah

Salam, boleh saya bertanya ? Bolehkah askar perempuan memegang Sarjan Mejar Rejimen (SMR)?

Anonymous

Ramai yang tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam TD. SMR-SMR sendiri yang menghasut anggota-anggota bawahan untuk memusuhi dan tidak menghormati pegawai. Sekarang apa yang berlaku anggota LLP semakin tidak menghormati dan bersikap biadap terhadap pegawai-pegawai. Bukan nak buat cerita tapi memang diakui oleh anggota LLP sendiri. Perbuatan SMR-SMR ini memang jahat dan berhati busuk.

Unknown

Perlu dimaklumkan bahawa RSM panggilan dlm bahasa inggeris, bahasa kita SMR. Kedua-dua ini adalah jawatan. Pangkat untuk jawatan ini ialah PW1. Semua ada etika, peranan dan tanggungjawab.Tiada dlm kamus PW1/PW2/PTT Kanan Menghasut LLP untuk membenci Pegawai Bertauliah. Semua pangkat sebagai amanah dan berperanan sebagai tulang belakang organisasi pasukan.

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)