CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 8, 2011

Pengembaraan ke Gunung Senyum

Gunung Senyum..

Monday, March 07, 2005

okey..ni nak citer sikit pasal xtvt ke GUNUNG SENYUM, PAHANG pada 4hb - 6hb march 2005.

kami semua berkumpul pada pukul 1830 di tangga besar. erm.. then lepas bagi platun dan solat magrib kami betolak dr uia ke destiansi tujuan kira2 pukul 2030 (lebih sikit lah..maner ader sharp). cam biaser naik bus UIAM.
sampai agak lewat mlm.. kami dijamu denagn sandwich dan air teh.. yg telah disediakan oleh advance party (1st grup yg sampai awal). tempat kali ni agak baiklah compare dgn yg kat bentong tu. tempat tido pon smart.. tandas pon kira okey coz kami tak payahlah mandi air kolah lagi. brifieng sikit oleh koperal bertanggunjawab then apa lagi ...zzzzzzzzzzzzzz


SABTU


macam biasalah sarapan pagi kita kan.. PT ooo PT ! macam-macam buat. pada yg dah biasa seronoklah kan.. pada yang adik-adik yg baru tu.. tension lah gak. tapi depa tetap bagi fully support. then sarapan.. slps sarapan.. jalan lasak tepi jln raya.. tak lasak pon.. ini nak uji bukan sahaja fizikal/ tenaga tapi juga mental.. ini merupakan pertandingan yang pertama.. pemenang dikira dari segi kecepatan masa dan kerjasama. hehehehehee.. dilepaskan platoon by platoon. hehehhehe... apa lagik permulaan yang baik untuk xtvt kali ini bagi platoon 3. walaupun penat tapi kamilah juara untuk acara ini. dgn masa paling cepat 53 minit tak silap. ( hehehe (kemenangan ini ditujukan khas utk JL platoon 3 , L, Kop Shamzani) mulanya platoon kami tak larat gak..tapi selepas kami berjaya memotong platoon 2. kami terus mengorak langkah dengan gah nya hingga ke garisan penamat. petang pulak kami ader sukan... ader 5 fasa dlm sukan ini. setiap fasa hendaklah dilakukan oleh 5 org ahli. hehhehee apa lagi lari pusing kawasan ti.. pikul kayak ade.. berkayak berganti-ganti secara solo ader, crawl berganti-ganti. semua nya kerana barang amanah iaitu sebiji telur ayam. xtvt yg ni memang best.. memerlukan kerjasama, kekuaatan mental, tanggunjawab, keyakinan dan semangat utk menang. ekkekekekee.. dan akhirnya kejayaan memihak kepada platoon 4. hahahah kak jumiah suka ahhh tu ngn abg mahdi tu.. ekekekeke..

siang dah letih tunjuk kebolehan lari2 dan lompat-lompat. malam pulak kita tunjuk bakat menyanyi dan berlakon.. ( lemah betui bab ni) setiap platoon kena hantar 2x persembahan, nyanyian dan lakonan. macam2 depa belakon. Pbt Iskandar macam biasalah, memang kegemaran dia tiru gaya org..well done skot! satu penghormatan gak untuk Pbt Otai kerana dipinjamkan gelaran raja oleh platoon 2. Pbt Irfan , plak tunjuk bakat sebagai anak yg macam bagus jer (tonggeng yg derhaka). sian kat pbt Intan (mak kpd tonggeng). kak jijah pon best gak lakonannya (tp watak pembantu jerlah..) kekekkekee.. paling best... dan itulah gaya juara. Pbt Mahdi Suboh sebagai tomok (seekor beruk yg kiut)... siap ader panjat pokok sesungguh lagi. Pbt zamizo & Pbt wafi Ali serta yg lain mmg seswai jadi pengembala beruk.. tuah menyebelahi mereka sekali lagi. paltoon 4 juara persembahan di MALAM 1000 KENANGAN . Pbt Nik sorita malam 1000 kenagan ek buakn malam 1000 malam. akhirnya persembahan oleh JL. JL braders wat kisah si cilik (gajah yg bijak) Koperal shamsuri mmg seswai jadi taukey zoo. jd juruletih sarkas pon okey gak.. yg JL sisters plak depa nyanyi.. sedap gak koir depa tu...


AHAD
heheheheh.. dah dekat nak balik.. pagi cam biaser PT pagi.. then kami jalan-jalan cari ilmu kat gua senyum.. panjat dan masuk dalam gua.. fuyyooo.. indahnya ciptaan Allah... kat dlm gua tu terbahagi kpd beberapa taman. yg pertama taman pokok ( byk lah pokok-pokok). menurut jurupandu kami pokok2 tu kalau kita perhatikan ia berpasang-pasangan. mungkin ia adalah kubur lama. tapi kesahihannya ALLAH jua yg maha mengetahui. then taman ke-2 taman batu.. bayak lah batu-batu.. ada batu besar macam batu karang rupa dia.. menurut jurupandu kawasan tu mungkin gak bekas laut luas memandangkan banyak batu karang @ batu2 yg biasa nya ada dlm laut. (ni menurut kajian ni) taman berikutnya banyak habuk.. siap ader kubur lagi ( kubur Tok Loh) seorang pemikat burung yang berkahwin ngn puteri bunian kat situ. beliau telah meningal disitu juga ketika setia menunggu isterinya. yg menariknya, gaya Tok ni meninggal beliau menghadapa ke kiblat.. berdekatan dgn kubur Tok ader barang-barang (kini dah hantar kat muzium) dan juga ader beberapa rangka manusia. tapi menurut jurupandu kami rangka tu tak der kaitan ngn Tok.

perjalanan diteruskan ke satu kawasan yg dikatakan gelangang "mereka" bersilat. siap ader tapak kaki kat atas dinding gua. tapi kaki tu lebih besar dari manusia zaman sekarang, (yerlah org dulu kan besar)

balik dari gua .. kami pon ..bersiap utk balik semula ke mana lagi kalau buakn uiam tercinta. bertolak dari sana kira-kira pukul 1330. setalah menerima persetujuan ramai, Tuan Wari membenarkan kami berhenti di perhentian Temerloh untuk makan dan solat zohor.. kami sampai ke OR wataniah uia kira-kira pukul 1630. Alhamdulillah... segalanya berjalan dgn lancar. walaupun ada ketidak puasan hati dan salah paham segalanya adalah untuk kemajuan kelab jua..,.kepada semua ahli kelab tak kira apa pangkat sekalipun ingatlah..

----BUATLAH ORANG BEKERJASAMA DENGAN KITA KERANA RASA HORMATNYA KEPADA KITA DAN BUKAN KERANA PANGKAT KITA.. PANGKAT AKAN HILANG SEBAIK SAHAJA KONTRAK TAMAT TAPI RASA HORMAT ITU KEKAL WALAUPUN HAYAT KITA DAH TAMAT----


P/s: Gambar-gambar adalah sebagai hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan entry diatas
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)