CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 27, 2011

Mencari Combat Photographer...

Combat Photography lahir Intelligence Photographer

Penulis: Kpl Shamsul Zaidi Zolkoffly
Kursus Combat Photography adalah merupakan salah satu kursus yang memberikan pendedahan dan latihan kepada peserta di dalam aspek pengumpulan maklumat berbentuk gambar sewaktu menjalankan tugas rutin atau sesuatu operasi.

Walau bagaimanapun, latihan dan pergerakan dalam kursus tersebut adalah lebih menjurus ke arah mengambil gambar di dalam keadaan yang tertekan (under pressure), kekangan masa dan peralatan yang seadanya.

Objektif kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota mengenai teknik dan disiplin fotografi yang sesuai bagi tugas pengumpulan maklumat perisikan dan operasi. Ia juga dapat membimbing peserta-peserta untuk menghasilkan foto yang bermutu serta mempunyai News and Intelligence Value.

Selain daripada itu, Kursus Combat Photography juga memberi pendedahan kepada anggota berkaitan dengan aspek fotografi serta mengendalikan kamera dengan betul dan serba boleh di dalam keadaan terdesak.

Kursus tersebut turut membantu membentuk dan memberikan keyakinan diri anggota melalui subjek fotografi untuk lebih berketrampilan dalam bidang tersebut.

Kursus Combat Photography tersebut bukan hanya didedahkan kepada anggota tentera, malahan ianya turut disertai oleh Agensi Kerajaan yang melaksanakan penguatkuasaan seperti Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imegresen Malaysia.

Kursus ini banyak memberikan pendedahan kepada anggota kursus mengenai program-program yang terdapat pada kamera serta fungsinya selain itu anggota turut diajar bagaimana untuk menghantar satu-satu maklumat dengan menggunakan internet tanpa diketahui oleh pihak lain.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memahirkan anggota mengendalikan peralatan kamera serta dapat melahirkan pegawai dan anggota yang mempunyai kemahiran di dalam bidang fotografi semasa perlaksanaan tugas di waktu aman mahupun di masa perang ataupun darurat.

Pada permulaan kursus anggota diajar pengenalan kepada kamera yang mana anggota akan didedahkan kepada kamera jenis Digital Single Lens Reflect (DSLR) serta program-program yang terdapat pada kamera tersebut.

Selepas apa yang dipelajari, anggota akan membuat praktikal secara individu dan ini adalah salah satu latihan untuk memahirkan seseorang itu mengendalikan kamera DSLR serta dapat membantu anggota lebih memahami dengan apa yang diajar oleh jurulatih.

Apabila anggota telah mahir mengendalikan kamera, seterusnya mereka akan didedahkan kepada asas foto perisikan dan combat. Di dalam pelajaran tersebut, anggota diajar bagaimana cara mengambil gambar sesuatu imej tanpa diketahui oleh pihak musuh serta individu tertentu.

Pada peringkat ini, objektif utama adalah untuk mengetahui satu-satu lokasi atau kedudukan pihak musuh agar maklumat yang akan disampaikan tepat.

Kursus Combat Fotography adalah salah satu kursus yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi berkeyakinan, berani, cergas serta peka dengan keadaan persekitaran dan paling utama, mampu menjalankan tugas dalam apa jua keadaan walaupun dalam keadaan tertekan.


**Gambar-gambar adalah sebagai ilustrasi semata-mata. 
**Game paint war dilakukan di Muzium Perang, Pulau Pinang.
**Paint War's Combat Photographer: Pbt Umar Ismail

post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)