Once a Soldier Always a Soldier......




Bagi skuad-skuad wataniah yang bakal direkrutkan tidak lama lagi pada bulan Aprill 2011, diharapkan memanfaatkan sebaik mungkin masa-masa yang berharga ini untuk mengenali satu sama lain dengan lebih rapat dan membawa nama baik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dengan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan nama UIAM itu sendiri. Batas pergaulan masih perlu diutamakan dan berusahalah untuk menjadi seorang pemimpin yang menghormati untuk dihormati. Skuad-skuad yang lainnya pula haruslah menjadi pengikut yang setia dan patuh pada arahan yang dikeluarkan(selagi tidak menyimpang daripada syariat Islam) walau sesiapapun yang menjadi ketua pada sesuatu masa itu kerana pada suatu masa kita pula yang bakal menggantikan tempat mereka sebagai pemimpin dan memerlukan kerjasama mereka pula. Semoga diari 30 hari kursus di Rejimen 515 Askar Wataniah dihiasi dengan kenangan-kenangan yang sukar dilupakan walaupun kita sudah bersara suatu masa nanti kerana ingatlah frasa ini iaitu "Once a Soldier, Always a Soldier....."
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)