Hari Keluarga Nadi@watan Meriah
Pada 20 Mac 2011, Kelab Nadi@watan UIAM telah menganjurkan Hari Keluarga bagi semester 2 2010/2011. Hari Keluarga merupakan acara yang dianjurkan oleh anggota senior pada setiap hujung semester untuk merapatkan ukhwah sesama anggota senior dan junior, mengurangkan tekanan dan sebagai tanda berakhirnya latihan yang dijalani sepanjang satu semester tersebut.
Walaupun kehadiran anggota junior kurang menggalakkan, tetapi ia tetap berlangsung dengan meriah. Kebiasaannya, Hari Keluarga dianjurkan permainan santai, tetapi permainan pada Hari Keluarga kali ini lebih mencabar setiap peserta. Hal ini kerana setelah bercuti seketika daripada menjalani latihan fizikal, permainan 'Iron Man' ternyata menguji semula kekuatan fizikal dan ketahanan mental mereka dalam menempuh cabaran dan menyelesaikan masalah di setiap check point untuk mendapatkan 'clue' ke destinasi seterusnya.
Iron Man menguji kekuatan mental dan fizikal.
Setiap kumpulan menerima hamper mengikut tempat yang dimenangi.
Selamat menjamu selera.
Program Manager, Staff Amir dan Presiden Kelab Nadi@watan, Staff Elridzuan menyampaikan ucapan penutup dan amanat sebelum program berakhir.
Kerjasama dan semangat yang dipamerkan oleh setiap anggota sangat dipuji. Semoga ukhwah dan semangat bersatu-padu sesama anggota yang terbina diredhai dan berkekalan.
Komiti-komiti yang terlibat dalam menjayakan Hari Keluarga Nadi@watan semester 2 2010/2011.
Tahniah dan terima kasih diucapkan.
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)