Perkembangan Kerjaya
Dalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:
- Kursus Fungsional: Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.
- Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan: Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.
- Imbuhan Elaun: Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:
- Elaun Latihan Tempatan: Kadar elaun ini dibayar mengikut jumlah jam latihan yang dihadiri termasuk tuntutan perjalanan bagi anggota yang menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam.
- Elaun Latihan Berterusan/Khemah Tahunan: Semua anggota yang menghadiri latihan berterusan melebihi 72 jam/Kem Tahunan akan dibayar gaji/elaun sebagaimana Anggota Tetap mengikut kadar gaji pangkat semasa dan jumlah hari yang dihadiri.
- Saguhati Tahunan (Bounti): Sagu hati ini dibayar kepada anggota-anggota yang layak mengikut keaktifan menghadiri latihan dalam satu tahun.
- Elaun Pakaian: Elaun ini khusus untuk pegawai sahaja iaitu semasa ditaulahkan dan untuk penyelenggaraan pakaian tahunan.
Sumber asal teks: Batalion 1 Rejimen 505 Askar Wataniah
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)