KURSUS KERJAYA LLP SUKARELA
Semua Kursus Kerjaya untuk Anggota Sukarela yang dilaksanakan di PUSWATAN selama 4 minggu adalah seperti berikut:
*Kursus Kadar PTT Rendah (S). Kursus ini boleh dihadiri oleh anggota yang sekurang-kurangnya telah 3 tahun berkhidmat. (anggota yang baru 2 tahun / 1 tahun berkhidmat masih boleh apply atas budi bicara kem berdasarkan keperluan/kekosongan dan keadaan ekonomi semasa)
* Senjata Kecil PTT Rendah (S). Kursus ini bertujuan untuk melatih PTT Rendah Sukarela berpangkat LKpl supaya mahir mengendali semua jenis senjata dalam platun. Kelayakan untuk hadir kursus ini adalah lulus Kursus Kadar PTT Rendah dengan sekurang-kurangnya pengelasan C-.
* Ketua Seksyen (S). Kursus ini bertujuan untuk melatih PTT Rendah Sukarela berpangkat LKpl supaya mahir dalam taktik peringkat seksyen. Calon-calon kursus dikehendaki lulus kursus PTT Kadar atau Kursus Senjata Kecil PTT Rendah dengan sekurang-kurangnya mendapat pengelasan C-.
* Jurulatih Kawad dan Pentadbiran PTT Rendah (S). Kursus ini bertujuan untuk melatih PTT Rendah Sukarela yang berpangkat Kpl supaya layak untuk melaksanakan tugas Jurulatih Kawad di pasukan. Calon kursus dikehendaki lulus dengan sekurang-kurangnya mendapat pengelasan C- dalam Kursus Senjata PTT Rendah atau Kursus Taktik PTT Rendah adalah layak untuk menghadiri kursus ini.
* Senjata Bantuan (S). Kursus ini bertujuan untuk melatih PTT Rendah berpangkat Kpl dalam pengendalian senjata bantuan kompeni.
* Penolong Ketua Platun (S). Kursus ini bertujuan untuk melatih PTT Rendah Sukarela yang berpangkat Kpl dalam aspek taktik di peringkat platun supaya ia berkeupayaan mentadbir sebuah platun dalam situasi Peperangan Melawan Insurgensi dan Peperangan Konvensional.
* Kawad Pentadbiran Pegawai Waren (S). Kursus ini bertujuan untuk membimbing PTT Kanan Sukarela yang berpangkat Sjn ke atas supaya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Waren/ Sarjan Mejar Kompeni dan Jurulatih Kawad dan lain-lain aspek pentadbiran kompeni. Calon kursus dikehendaki lulus dengan sekurang-kurangnya mendapat pengelasan C dalam Kursus Jurulatih Kawad dan Pentadbiran PTT Rendah untuk layak menghadiri kursus ini.
KURSUS KERJAYA PEGAWAI SUKARELA
Kursus-kursus berikut diadakan di PUSWATAN selama 4 minggu kecuali Kursus Ketua Kompeni (S) dan Kursus Pegawai Kanan (S) yang dijalankan secara Kursus Jarak Jauh Dibimbing (KJJD) iaitu latihan silibus selama 2 minggu di pasukan dan kursus berterusan selama 2 minggu di PUSWATAN:
* Kursus Bakal Pegawai (S). Setelah lulus kursus tersebut dengan sekurang-kurangnya mendapat pengelasan C-, anggota tersebut boleh disokong untuk ditauliahkan. Jika terpilih, beliau akan ditemuduga dalam Lembaga Kecil Pemilihan Pegawai-pegawai TD (AW). Permohonan anggota yang lulus temuduga tersebut akan diproses hingga kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT). Setelah diluluskan beliau akan ditauliahkan sebagai pegawai dalam Rejimen Askar Wataniah Malaysia. Kelayakan kursus dicatatkan dalam Kod AT No. 2.
* Kursus Senjata Bantuan (S). Kursus ini ialah Kursus kerjaya sabaltan AW. Kelayakan kursus dicatatkan dalam Kod AT No 2.
* Kursus Ketua Platun (S). Kursus ini ialah kursus kerjaya sabaltan AW. Kelayakan kursus dicatatkan dalam Kod AT No 2.
* Kursus Staf dan Taktik Gred 3 (S). Pegawai Sukarela yang mempunyai kelayakan berikut layak untuk menghadiri kursus ini:
· Terbuka kepada semua pegawai Sukarela AW.
· Lulus Kursus Ketua Platun (S) dengan sekurang-kurangnya mendapat pengelasan C-.
· Lulus Kursus Senjata Bantuan (S) dengan sekurang-kurangnya mendapat pengelasan C-.
* Kursus Ketua Kompeni (S). Kelayakan untuk hadir kursus ini adalah lulus Kursus Staf dan Taktik Gred 3 (S) dengan mendapat sekurang-kurangnya pengelasan C-.
* Kursus Pegawai Kanan (S). Kelayakan untuk hadir kursus ini adalah lulus kursus Ketua Kompeni (S) dengan sekurang-kurangnya pengelasan C-.
Thursday, July 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)