CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 8, 2011

"NADIAWATAN Nama Macam Perempuan.."

Aku dan NADIAWATAN



Hari ni aku boring sangat. Ade keje tapi… tak de mood nak buat. Bukan apa..kena buat submission untuk kes tanah. Pening kepala pikir apa isu yg sesuai..Then…aku pun browse through this website where i came across the word "NADIAWATAN"….

NADIAWATAN…affliation from ‘Nadi Askar Wataniah’ UIAM.. Ramai kawan2 kata NADIAWATAN tu nama macam perempuan..mana ada dan tak sepatutnya sebuah persatuan ASKAR WATANIAH dinamakan sedemikian. Anyway, tak kisah la apa org nak kata, NADIAWATAN tetap utuh dan teguh di UIAM walaupun badai dan gelora menimpa. Adatla tue dalam sesuatu persatuan..Mana ada semuanya smooth and steady!

Aku teruja sangat semasa nak join NADIAWATAN..sebab nak rasa macam mana bestnye dapat pegang senapang (masa tue tak tau lagi nama senapang tue M16).. So..aku pun dapatkan consent daripada org tua aku..Dapat je greenlight, terus aku register nama aku kat booth NADIAWATAN. That was during my 1st year 1st semester kat main campus. Cuti semester je.. aku mulakan kursus asas wataniah selama sebulan di Kem 1 Melayu, Sg Besi.. Best sangat masa tue…blajar selok-belok ketenteraan. Masa tue KCL aku… Mejar Sallehudin (orgnye memang serius banget, ramai yg takut nak hampiri. tapi aku, ok aje and we still contact each other) …dan aku di Platun 2 bawah pimpinan Sjn Abdullah dari 25 Melayu (aku jumpa dia plak masa join Kem Tahunan yg dibuat di Kem tersebut thn 2002).

Dalam NADIAWATAN…ramai senior2 yang baik dgn aku esp. Kak Zura (my dearest sis), Kak Asnah, Kak Yan, Kak Nani, Abg De, Abg Pa, Abg Zul, Abg Atif dan ramai lagi (sori byk2 kalu Ar terlupe yg lain..but u’re always be in my heart. Thanks for all ur kindness!!). Banyak yg membantu aku dalam NADIAWATAN ni.. dari start aku join sampai aku dah kuar dari UIA…termasukla aku punye headcomm merangkap aku punye besfren… Ujang yang slalu sangat menguji kesabaran aku!!, Abang Jai (slalu kata aku nie adik dia), Abang Riza, Abe dan Ustat (yg byk bg support kat aku..Thanks!!).

Hhhmmm…terasa macam ruangan dedikasi la plak… Hehhehe.. Anyway, to all my squads batch 611… thanks a lot atas bantuan anda selama ini… Adli, Azzam, Yusni, Shamzani, Kak Mimi, dll.. Dan juga kepada semua anggota NADIAWATAN… Ide, Kak Yan, Azie, Yong, Laila dll termasuk adik2ku…Nurul, Kimah, Salma, AZah, missed all the times we’ve been through…


Lastly, apa yg aku dapat dlm NADIAWATAN ialah sebuah PERSAHABATAN yang tak ternilai harganya, sebuah kesetiaan dan kejujuran, sebuah pengalaman dalam mengajar erti keperitan hidup dan motivasi diri. Semuanya menjadikan aku lebih MATANG dalam menghadapi hidup sekarang.

Kepada semua JL di KEM 515 AW, terima kasih yang tak terhingga atas semua tunjuk ajar yg diberikan… Pengen banget ketemu sama kalian!!!

Sumber asal post: Arfaiza's Corner

P/s: Gambar-gambar adalah sebagai hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan entry diatas. 
post signature

1 comments:

Anonymous

Salam, menarik betul artikel ini. Nama NADIAWATAN tu sebenarnya dicadangkan oleh Mantan Panglima 12 Briged ketika itu (Brig. Jen. Dato' Mohd Anuar). - Zulfadhli Hamzah, Ex-IIUM Nadiawatan.

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)