CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 8, 2011

Nadi@watan Anjur Kempen Derma Darah

Ramai Pelajar Derma Darah


Source: Harian Metro
Date: 04/07/2002
Page no.: 15

PENGANJURAN Kempen Derma Darah sempena Hari Terbuka Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) diharap mampu memberi kesedaran kepada pelajar mengenai pentingnya bekalan darah sebagai penyambung nyawa bagi golongan yang memerlukan.

Walaupun aktiviti anjuran Kelab Nadi Askar Wataniah (Nadiawatan) dengan kerjasama Pusat Darah Negara itu hanya diadakan dari semalam hingga esok, ia mampu menarik ramai pelajar UIAM yang berminat menderma darah.

Pada hari pertama sahaja Pusat Bekalan Darah mengadapi masalah kekurangan peralatan dan tenaga kerja apabila hampir 100 pelajar UIAM menderma darah, melebihi sasaran yang dijangkakan iaitu hanya 50 pelajar.

Menurut Jawatankuasa Kelab Nadiawatan, Shara Zuliana Shafie, 22, pihaknya memilih bagi menganjurkan aktiviti derma darah memandangkan tiada persatuan lain yang menganjurkannya.

Sumber asal: PDF
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)