CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 8, 2011

Cerita Latihan Lanjutan

Latihan lanjutan

Friday, June 10, 2005

Latihan lanjutan kali ni diadakan di kemensah. Latihan selama seminggu dari 19-25hb ini nampaknya begitu mendapat sambutan. Coz ramai org yang dating.

Kumpulan pertama yg memulakan latihan pada 19hb mei dibahgaikan kpd 2 platun. Platun 1 dan 2. Sementara lebih kurang 26 org yang buat pakej latihan 3 hari dari 20-23hb pula automatic menjadi platun 3. perjalan dari parking truck area ke markas lebih kurang 30minit. (jalan kaki) jln nya agak luas lah ..jalan yg digunakan oleh org asli. Tapi ma’aiii becak/lecak bukan main. Apalagi platun 3 (yg epi sertai), kami bergerak waktu malam. Hanya berpandukan cahaya bulan dan sikit2 jer cahaya lampu suluh.. abis lopak-lopak air dan Lumpur kmai lanyak. Kami bermalam berhampiran markas mlm tu.

21hb.—kami gerak awal pagi ke kawasan sebenar la… permulaan perjalanan dah menguji kami coz, kami terpaksa meniti naik gunung dengan jln sebesar tapak tangan yang agak curam dan bahaya. Silap taktik leh terbalik kebelakang. Ditambah lak jln yg licin. Setia kawan dan semangat sebagai satu kumpulan buat kami lebih semangat dan setelah lebih kurang 4 jam berjalan kami tiba di pgkalan.

Selepas menempuhi cabaran berjalan selama 3-4 jam tu.. satu lagik cabaran kami , menduduki pengkalan. Kawasan kami banyak pokok duri. Awalnya saya sendiri akak kurang selesa dengan kawasan tu, tapi bersebelahan dengan air terjun buat minat kami terangsang.

Oleh kerana ada diantara kami yang ingin meneruskan latihan sehingga 25hb jadik mereka dikeluarkan dan dihantar ke platun 1 dan 2. so, yg tinggal di ss 3 tak lah begitu ramai. Purata satu seksyen ader 5 orang sahaja. 5 org ini kami bergilir-gilir sentry, masak dan mendirikan hamoc. Aduiii… perit sangat. Sorang masak utk 5 org. sorang sentry dan 2 – 3 org lagi jadik pembalak.. apa lagik tebnag kayu utk dibuat hamoc. Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih. Akhirnya mlm tu kami dah tidur atas hamoc yg agak tak cantik. Hheheheh.. biasalah, ini merupakan pengalaman kami yg pertama buat hamoc.

Kami betul2 dalam C.I.W. pada 21hb, pagi kami buat ronda tinjau. Jauh juga kami berjalan. Ini di ketuai oleh left muda Nora. teguran dari jurulatih tentang ronda tinjau kami :
kalau bleh jgnlah ikut trek jalan balik hendaklah tidak menggunakan jln yg dilaui ketika datang.

Erm..petang pula kami buat ronda tempur. Ini agak rumit sikit. Maklumlah pengalaman anggota yg terlibat masih kurang dalam ronda tempur. Namun berdasarkan teori dan sedikit kreativiti kami berjaya menumpaskan musuh. (sakit sungguh…kena panjat curam yg tinggi)

Petang tu kami tak banyak xtvt.. sentri dan bersihkan diri. Tidur malam adalah xtvt yg paling best. Tapi tidur malam kami tidak lah senikmat mana sebab kami tak habis2 diganggu oleh “binatang kecil yg terbang2 dan sakit tu”. Lebih dasyat dari nyamuk.

22hb—kami kuar dari pengkalan awal. Kira-kira kul 6 kami bertolka ke tempat yg dijangka ada musuh. Ke-3 tiga platun mengambil bahagian. Nampaknya misi ini tak berjaya atas beberapa kesilapan yang telah berlaku.. salah satu masalah kawasan yang sangat dasyat. Menyusahkan pergerakan. Tapi, dalam kedaan sebenarpun mungkin musuh duduk di tempat yg mmg sukar diserang.

Setakat ini sahaja penglibatan platun 3. kami berjalan pulang ke kem petang itu juga. Walaupun ringkas dan sekejap banyak ilmu yg kami dapat. Kami berasa agak rugi kerana tak dapat turut serta ngn platun 1 dan 2 utk xtvt seterusnya – IKHTIAR HIDUP @ SURVIVAL. Tapi nak wat cam ner, tugas diluar pon sama penting untuk diteruskan.

Ini sahaja yang dapat saya kongsi bersama..


P/s: Gambar-gambar adalah sebagai hiasan semata-mata. Tiada kena mengena dengan entry diatas.


post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)