Samar - Samar
Latihan Tempatan bagi siri 1 dan 2 tahun 2011 tidak lama lagi pada awal bulan Februari secara 100% keyakinannya akan dilakukan di Kem 515 Askar Wataniah di jalan Semarak Kuala Lumpur. Ini kerana pada siri tersebut melibatkan penyampaian utusan tahun 2011 oleh Komander/Timbalan Komander kepada seluruh anggota sukarela dan termasuk anggota tetap. Secara kasarnya, pada siri 1(sabtu) kebiasaannya kita akan terlibat dengan gotong - royong persiapan dan raptai kawad untuk upacara pembukaan latihan tahun 2011 pada siri 2(ahad) keesokkan harinya. Bagi siri-siri seterusnya, kita perlu menunggu keputusan yang mengatakan latihan tempatan akan diadakan di UIAM di mana perlaksanaannya berkemungkinan begini, 3jam akan diperuntukkan semasa baris pagi hari Rabu dan mungkin dibuat qiam kerana perlu melapor seawal pukul 5am/530am & kelas skill akan dijadikan latihan tempatan 10 jam. (andaian penulis)
Banyak persoalan yang perlu dirungkaikan tentang bagaimana ianya 'possible' untuk dilakukan terutamanya untuk anggota - anggota non-skill dan ex-skill kerana adakah mereka perlu terlibat dengan kelas skill(credited course) hari Sabtu juga. Adakah juga ada kebebasan untuk anggota UIAM untuk pergi menjalani latihan di kem R515AW? Bagaimana kehadiran di ambil dan siapa yang bakal memantau latihan-latihan sekiranya dilakukan di UIAM?. Bagaimana pula kedudukan jurulatih-jurulatih kelas skill?. Jika separuh jurulatih- jurulatih daripada kem 515 dihantar ke UIAM, bagaimana pula dengan latihan tempatan di kem 515 tersebut? Pastinya jumlah kehadiran di kem akan berkurang daripada yang dijangkakan dengan tiada kehadiran anggota daripada UIAM. Apapun mesyuarat telah dilakukan antara pihak UIAM dan pihak R515AW dan kita mendapat 'green light' untuk melakukan latihan tempatan di UIAM. Kita telah penat menunggu perkara ini kerana mungkin kerana telah lama dulu diperkatakan tetapi masih samar-samar. Jadi kita tidak perlu terlalu berharap dan terus setia bersama dengan R515AW samaada latihan tempatan di UIAM akan terlaksana ataupun tidak. Saya yakin sekiranya perkara ini tidak terlaksana, pihak yang paling terkesan ialah anggota skill kerana telah lama menyimpan harapan.
Bagi latihan pembukaan pada awal bulan Februari ini, diharapkan seramai 50 orang anggota UIAM atau lebih akan menyertai latihan untuk memeriahkan lagi suasana di kem 515AW. Diharapkan kita semua telah bersedia dengan kelengkapan masing-masing celoreng, bere, belt 2000 dan kasut kombat supaya tiada sebab disaat akhir kehilangan salah satu barang-barang tersebut dan oleh itu menjadi sebab ketidakhadiran. Nama-nama boleh diberikan segera kepada Pbt Aiman Mohamed atau Pbt Suhana Othman setelah mendapat butiran tentang latihan (details) agar mereka dapat membuat keputusan dengan lebih baik samaada untuk 'booking' 1 atau 2 bas(atau trak 3 tan) melalui bilangan anggota yang menghantar nama kepada mereka. 5 faedah daripada latihan/kursus di kem ialah seperti <klik disini>.
"Selamat Menjalani Latihan dan Kursus bagi tahun 2011 ini.
Diharapkan ada pencapaian yang membanggakan untuk kelab Nadi@watan tahun ini. Sekian Terima kasih."
Gambar Kenangan Latihan Tempatan 2010
Latihan Tempatan Siri 1 |
Latihan Tempatan Siri 2 |
Latihan Tempatan Siri 3 |
Latihan Tempatan Siri 4 |
0 comments:
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)