CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 9, 2011

Meninjau PERNAMA Daripada Dalam Kem Wardieburn

Kedai Menjual Barangan Tentera


           Bagi yang belum pernah pergi ke Kem Wardieburn, pasti akan berasa takut untuk masuk ke dalam kem tersebut untuk membeli barangan tentera di laman niaga PERNAMA. Untuk pengetahuan, orang awam dibenarkan masuk untuk membeli barangan tersebut tetapi mestilah mematuhi etika berpakaian iaitu sopan dan berkasut. Sekiranya diberi pas pelawat, maka haruslah memakainya setiap masa di dalam kem tersebut. PERNAMA bukanlah satu tempat yang baik untuk membeli pelbagai aneka barangan tentera kerana di situ tidak terdapat variasi produk. Jika dibandingkan di bangunan niaga PERTAMA, bersebelahan dengan SOGO di pusat bandar, terdapat pelbagai jenis  kedai yang menjual produk ketenteraan dan servis menjahit pakaian tentera di situ. Kita juga tiada masalah untuk mencari apa jua jenis keperluaan seperti bere, lencana pangkat, belt, pakaian sukan darat, T-shirt, topi, alatan-alatan medan, boot dan sebagainya yang diperlukan sekiranya stok masih ada. Apapun sekadar untuk melihat PERNAMA, kami menyediakan gambar-gambar di bawah sebagai tatapan. 













        Bagi anggota-anggota yang bakal menjalani Kursus Asas Perajurit Muda(KAPM) dan tidak mempunyai masa untuk membeli barangan penting sebagai keperluan semasa di dalam kursus, biro ekonomi menyediakan kemudahan bagi mereka dengan menyediakan barangan tersebut untuk dibeli sebelum bertolak ke kem Rejimen 515 Askar Wataniah. Hasil daripada jualan barangan rekrut tersebut akan disalurkan ke dalam akaun kelab. Masalah yang dihadapi apabila kehilangan barang-barang tersebut setelah diberi kerana telah bercampur aduk dengan barangan anggota lain atau kes dicuri. Disini dinasihatkan agar mereka segera menulis nama/no tentera ke atas setiap jenis barangan yang diberi agar risiko kerugian bagi pihak mereka dapat dikurangkan. 
Sekian, Terima kasih.





P/s: Sila beri cadangan bernas untuk menjana ekonomi kelab melalui cara yang lain. 

post signature

2 comments:

Unknown

assalamualaikum saya dari bn 3 512 aw bukit kuang...saya nak tanya....ada jual tak baju loreng....?

Unknown

Assalam

Sy dari Rajd 1 terup 509 aw ..Katil Medan da jual x

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)