CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 23, 2010

Ilmu + Kawan + Pengalaman + Jalan-jalan + RM

Faedah Menyertai Pelbagai Latihan & Kursus


Apabila seseorang anggota menyertai apa-apa jua jenis latihan dan kursus di kem tentera seperti latihan tempatan, latihan berterusan, latihan kem tahunan, latihan Haringgaroo, kursus KADAR, kursus Airborne etc, anggota tersebut akan mendapat beberapa faedah yang akan dibincangkan secara ringkas dibawah. Selama 5 tahun seseorang anggota askar wataniah berkhidmat iaitu selagi Tarikh Tamat Perkhidmatan(TTP) masih hidup, beliau layak untuk mendapatkan kebajikan yang diperuntukkan terutamanya dalam mempelajari sebanyak mungkin ilmu ketenteraan dengan menghadiri latihan dan kursus yang disediakan kerana kita juga sebahagian daripada warga tentera di bawah Tentera Darat Malaysia(TDM). Warga tentera tetap/regular sedia mencurahkan ilmu dan pengalaman mereka dalam meningkatkan ilmu seseorang askar simpanan sekiranya mereka menghadiri latihan-latihan di kem tentera agar dapat diaplikasikan apabila keadaan memerlukan. Antara faedah-faedah menghadiri pelbagai latihan dan kursus ialah ilmu, kawan, pengalaman, jalan-jalan dan RM yang akan dibincangkan dibawah.



1) ILMU

Sebagai seorang askar wataniah, kita harus mendapatkan sebanyak mungkin ilmu ketenteraan termasuklah taktik peperangan kerana kita sudah menjadi sebahagian daripada warga tentera Malaysia yang  bertanggungjawab dalam menjadi benteng pertahanan kedua negara sekiranya esok lusa negara kita berada dalam keadaan huru-hara dan darurat. Ilmu yang diperoleh semasa kursus rekrut sahaja tidak mencukupi untuk kita betul-betul memahami apa yang telah diajar kerana kita juga seorang pelajar dimana sekiranya tiada ulang-kaji kita akan menjadi lupa dan lama kelamaan ilmu yang diperoleh semasa kursus rekrut itu pudar dalam ingatan. Dengan menghadiri pelbagai jenis latihan dan kursus lanjutanlah kita mampu mengekalkan dan seterusnya meningkatkan ilmu yang akan diajar sama ada ianya bersifat ulang-kaji ataupun pelajaran baru yang tidak sempat diajar semasa kita dalam kursus rekrut dahulu.

2) KAWAN



Melalui kehadiran kita dengan pelbagai jenis dan bentuk latihan dan kursus, kita dapat mengenali lebih ramai kenalan yang sama-sama menyertai askar wataniah dan dengan itu kita mempunyai persamaan kerana pernah melalui pengalaman yang hampir serupa semasa kursus rekrut masing-masing. Kita akan saling bertukar-tukar pendapat dan pengalaman untuk menambahkan ilmu ketenteraan kerana masing-masing mempunyai cerita menarik untuk dikongsikan bersama. Ada diantara mereka sudah menjalani pelbagai jenis kursus dan berminat untuk mencurahkan pengalaman kepada yang lain yang menyimpan hasrat untuk menyertai kursus yang telah mereka jalani. Ada juga antara mereka mempunyai cerita menarik kerana sebahagian daripada mereka datang daripada keluarga tentera samaada ayah, ibu atau adik beradik mereka menyertai askar tetap dalam ATM. Masing-masing datang daripada pelbagai latar belakang yang berkongsi objektif yang sama menyertai Askar Wataniah kerana ingin menyahut seruan pertiwi dan menyumbang bakti dalam mempertahankan negara daripada ancaman luar. 



3) PENGALAMAN

9 daripada 10 orang anggota UIAM terbaik KADAR R505AW.

 
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila kita dapat merasai kemanisan dan kegembiraan kerana dapat menempuhi dan menimba pengalaman dengan pelbagai jenis orang samaada dalam negara mahupun luar negara. Kita juga akan menikmati puncak kegembiraan sekiranya kita berjaya mendapatkan perhatian jurulatih bahawa kita adalah seseorang yang betul-betul berminat dan berdisiplin dalam menjalani kursus yang berlangsung. Pada penghujungnya, kita mendapat penghormatan daripada mereka untuk menerima sesuatu anugerah setelah merasai pelbagai jenis kesusahan, tekanan dan denda yang diuji oleh jurulatih agar dapat menahan segala tekanan mental dalam berhadapan dengan situasi yang memerlukan kekuatan minda. Pelbagai jenis bentuk latihan diadakan supaya anggota tidak jemu dengan latihan yang serupa setiap tahun dan ini dapat menambahkan pengalaman anggota dalam pelbagai jenis situasi dan keadaan. Anggota wataniah juga akan mempunyai kenangan yang boleh dikongsikan bersama anak cucu mereka kelak setelah berumah tangga melalui gambar-gambar yang diambil semasa berkhidmat dengan Rejimen Askar Wataniah suatu ketika dahulu. 


4) JALAN-JALAN


Latihan dan kursus yang dijalankan tidak semestinya hanya pada tempat yang sama sepanjang masa tetapi pada tempat-tempat yang mungkin kita tidak pernah pergi lagi. Ini terutamnya dapat dirasai oleh mereka yang aktif menjalani pelbagai jenis kursus yang ditawarkan kerana setiap kursus itu sudah pasti ditempat-tempat yang berbeza mungkin di selatan tanah air dan mungkin juga di utara dan tidak mustahil di Sabah dan Sarawak bergantung kepada jenis kursus yang ingin dijalani. Segala-galanya adalah percuma dan kita tidak perlu mengeluarkan duit poket untuk membayar duit minyak trak 3tan dan tol kerana semuanya adalah ditanggung oleh kerajaan. Kita hanya perlu mengikut arahan yang diberi dan menjaga disiplin semasa berada ditempat latihan kerana kita membawa imej tentera Malaysia. Walaupun kita hanya sekadar askar wataniah, orang awam terutamanya remaja dan orang muda yang tidak peka dengan kewujudan askar wataniah dan cara membezakan askar wataniah dan askar-askar tetap yang lain melalui lambang kor yang tertulis pada baju celoreng akan menganggap kita sebagai seorang askar tetap/regular. Kita harus mendisiplinkan diri apabila berada disesuatu kawasan baru semasa menjalani latihan supaya imej tentera tidak tercemar. 

5) RM

Walaupun sukarela, kita adalah sebahagian daripada warga ATM dan oleh itu layak menerima elaun/gaji hasil daripada kehadiran kita dalam mana-mana latihan ataupun kursus yang dianjurkan.
Sekaligus ini juga mampu menyuntik moral anggota untuk menghadiri lebih banyak latihan dan kursus yang lebih 'advanced' dan mencabar. Melalui kursus-kursus yang dihadiri juga seseorang anggota juga boleh meningkatkan taraf kariernya dalam Askar Wataniah apabila layak untuk dinaikkan pangkat sekaligus meningkatkan nilai elaun dan gaji sekiranya terdapat kekosongan dan keperluan dalam mengisi jawatan-jawatan tertentu dalam unit tersebut. Bagi anggota-anggota UIAM, Kita juga boleh mencari pendapatan/elaun dalam wataniah untuk menambah nilai ekonomi hidup sebagai pelajar memandangkan kita tiada punca pendapatan yang lain sekiranya tiada kerja 'part-time' dilakukan. Antara caranya ialah dengan menghadiri latihan tempatan yang diadakan setiap 2 minggu (Sabtu dan Ahad: 10jam setiap satu harinya) sepanjang tahun daripada siri 1 - 24. Latihan ini memperuntukkan RM 960.00 setahun jika seseorang anggota itu menghadiri kesemua siri tersebut mengikut formula ini :

RM 40.00/10jam x 240jam(24siri) = RM 960.00

Jika dalam latihan tempatan ini anggota telah mengumpul jumlah jam sebanyak 120 jam dan keatas, beliau juga layak menerima bounty sebanyak RM 260.00 yang akan dibayar pada hujung tahun tersebut secara bank-in.

Kem juga ada menawarkan latihan berterusan selama 7 hari selalunya pada pertengahan tahun. Jika ianya jatuh pada waktu cuti semester UIAM, adalah digalakkan untuk menghadirinya sebagai peluang untuk mengulangkaji dan menambahkan duit poket sebanyak RM260.00 diwaktu cuti.

Latihan lain ialah Ex-haringgaroo selama 2minggu dan juga latihan kem tahunan selama 2minggu juga. Jika menghadiri mana-mana latihan ini, anda layak menerima RM520.00 dan juga bounty  RM520.00 pada hujung tahun tersebut. Segala pembayaran mulai 2011 akan dibayar secara bank-in dan tiada lagi bayaran secara cash seperti yang sebelum ini atas arahan pihak Bahagian Pasukan Simpanan(BPS).

Bagi kursus pula, kita boleh mengikuti kursus KADAR selama sebulan di unit-unit yang menawarkan kursus tersebut. Bagi tahun 2009 anggota wataniah UIAM tidak dapat menghadiri Kursus KADAR R515AW kerana ianya dilakukan pada waktu kelas manakala unit-unit lain pula tidak menawarkan kekosongan pada R515AW walaupun pada waktu kursus itu diadakan pelajar UIAM sedang cuti semester. bagi tahun 2010 pula tiada kursus KADAR diadakan dimana-mana unit kerana kekangan bajet. Jadi UIAM sekarang mengalami masalah kekurangan pelapis yang berjawatan NCO yang berkelayakan menjadi jurulatih bagi kelas CCWT. Jadi, diharapkan pada tahun 2011, akan ada  tawaran yang jatuh pada cuti semester UIAM dan diharapkan bilangan anggota AW UIAM yang ingin menghadiri kursus KADAR adalah tinggi. Inilah adalah peluang kita untuk meningkatkan ilmu, menambah kenalan, mencari pengalaman baru, sambil berjalan-jalan dan tidak kurang pentingnya adalah masyuukkk $$$$. 

post signature

10 comments:

Studio ufuque

pakaian semase kali pertama untuk lapor diri di kem baju yang macam mane ea??? sukan atau style ofice??

Studio ufuque

pakaian semase kali pertama untuk lapor diri di kem baju yang macam mane ea??? sukan atau style ofice??

Studio ufuque

pakaian semase kali pertama untuk lapor diri di kem baju yang macam mane ea??? sukan atau style ofice??

Anonymous

I'd like to thank you for the efforts you have put in penning thhis blog.
I really hope to view the same high-grade content by you later on as well.
In truth, your creative writing abilities has encouraged me too
get my verey own site now ;)

Anonymous

Ahaa, its good discussion regarding this post at this
place at this weblog, I have read all that, so now me also commenting at this place.



my web page - quick way to lose weight

Anonymous

All tɦe information I need in one post! TҺanks a lot foг saving mme time on this, I'll Ƅe coming bɑck for
more quіtе sɦortly.

My blog post: cheapest e liquid online uk

Anonymous

One of the rights mentioned was to "Take an active role in managing your asthma with the support of your health-care team. Most weight loss patches now available are actually a blend of five key active ingredients which include (a) hoodia - an hunger suppressant; (b) Chromium - for lowering appetite and managing blood sugar levels; (c) 5-HTP - a neurotransmitter that improves mood and in addition boost metabolic processes; (d) Guarana - a metabolism-boosting stimulant; and (e) Garcinia Cambogia - inhibits the absorption of carbohydrate-containing foods. It's not a good feeling when your stomach constantly reminds you that you are not eating enough.

Check out my site - eating healthy on the go

Anonymous

Hi terrific website! Does running a blog similar to this take a large amount of work?
I have very little understanding of computer programming but I was hoping to
start my own blog soon. Anyways, if you have any
ideas or tips for new blog owners please share. I know this is off topic but I simply needed to ask.

Thanks a lot!

My blog post: samurai siege hack [http://samuraisiegehack14.wordpress.com/]

Anonymous

Hi, i think that i saw you visited my weblog so i came to “return the favor”.I am trying to
find things to enhance my web site!I suppose its ok to use
some of your ideas!!

Also visit my weblog - diete

Anonymous

electronic cigarette reviews, e cigarette, ecigarette, electronic cigarette, smokeless cigarettes, electronic cigarettes

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)