Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Hulu Langat, Tanjung Karang, Sungai Besar Dan Sepang.
Selepas itu, upacara menaikkan bendera dan penyampaian cenderahati dilakukan serta gempitan gempur wira. Selepas upacara deklamasi sajak dan bacaan doa, persembahan-persembahan hebat daripada anggota sukarela R502AW menarik perhatian para hadirin. Antara persembahan pada hari tersebut adalah seperti Kawad Senyap, TTS, Senaman Perang dan lain-lain yang disertai dengan letupan-letupan yang tidak diduga. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan pancaragam pusat daripada Kor Armor Diraja. Kawad Senyap dipraktikkan untuk menguji tahap kepekaan serta kecekapan anggota dalam berkawad. Persembahan ini terdiri daripada 60 anggota daripada rejimen 502 askar wataniah
kawad ini mempunyai 5 formasi yang diselang selikan dengan pergerakan senjata. Kawad Senyap ini juga untuk memupuk semangat kerjasama tanpa menggunakan sebarang hukuman suara.
Akhir sekali mereka berpeluang berkunjung ke pameran dan promosi yang diadakan berdekatan dengan mini stadium Kuala Kubu Baru tersebut. Terdapat pameran senjata, kenderaan tentera, jualan barang dan peralatan tentera selain booth daripada setiap sayap perkhidmatan darat, udara dan laut bahagian pasukan sukarela.
DEKLAMASI SAJAK
pahlawan wataniah
izinkan kami pada hari ini mengenang perjuanganmu
pada hari yang mulia ini mengingati pengorbananmu
dalam setiap denyut nadi seluruh rakyat jelata
di darul ehsan tercinta ini
pahlawan wataniah
sungguh murni pengorbananmu
kerana kedaulatan negara sentiasa kau pertahankan
dengan jasad dan nyawamu
kemakmuran tanah pusaka ini
sentiasa kau bayar dengan titisan darah merahmu
keamanan yang dikecapi ini telah berdiri diatas daging dan tulang temulangmu
semuanya telah dibela dengan sendi dan hamparan belulangmu
kusirapi dengan air mata keluarga
air mata anak-anak yang kau tinggalkan
pahlawan wataniah
sesungguhnya jasa yang kau curahkan
telah tertulis dengan tertibnya dalam lipatan sejarah negara
segala bakti sucimu tidak pernah dipersia
setiap titis darah merahmu
telah menyuburkan seluruh darul ehsan
telah bangun dengan semangat membela negara ini
penuh tekad dan sumpah mempertahankan kedaulatan pertiwi tanpa undur walau setapak
sesungguh askar wataniah tonggak kedaulatan negara
pahlawan wataniah
seluruh wargamu berikrar
akan meletakkan kedaulatan dan menjunjung panji-panji negara
tentang maruah bangsa
biar jiwa perkasa ini musnah
biar jasad memandi darah
musuh negara akan kami sergah
namun tanah bangsa yang merdeka ini
akan kami pertahankan
hingga titisan darah yang terakhir
pahlawan wataniah
bakti sucimu ibarat maruah negara
maruah itulah kedaulatan
yang menjadi sumber keamanan yang sumber perpaduan
tanpa mengira agama atau percaya adat atau budaya
semuanya rukun dan damai
satu malaysia satu wataniah satu wawasan
hari ini kamilah warga yang sukareala menyerahkan jiwa raga
menyambung perjuangan pahlawan terdahulu
pada hari perasmian inilah
kami perbaharui iltizam dan sumpah setia kami
kepada raja dan negara
seiring dengan cogan kata berkhidmat untuk negara
2 comments:
Seronok lak dapat jadi gunner jap..
haha...
Assalamualaikum.
Waahh! Tanjung Karang! Kampung beta!! Hahaha!
Eh? Kompeni askar tu macam mana? Macam rejimen ke pe?
Post a Comment
Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)