CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 27, 2010

Salahuddin Warriors in Action

Salahuddin Warriors in Action



Sepanjang pertengahan bulan Disember 2010 ini, pelajar-pelajar di Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi agak giat menjalani latihan-latihan sukan seperti futsal, bola tampar, bola keranjang, bola baling, tenis, takraw, hoki, chess dan acara trek/padang seperti 100m, 200m, 400m, 800m, 1500m, 5000m, 4x100m, 4x400m, lompat jauh, dan sebagainya yang melibatkan peserta-peserta lelaki dan perempuan daripada unit-unit beruniform seperti Wataniah, Suksis dan Palapes Udara serta pelajar bukan daripada unit beruniform. Sukan ini adalah bersempena karnival sukan universiti yang akan berlangsung pada 10 - 15 Januari 2011. Boleh dikatakan hampir setiap malam mereka menjalani latihan untuk memantapkan skill dan fizikal masing-masing yang turut mendapat bantuan daripada jurulatih Suksis iaitu Cik Nazri.




Bagi sukan bola tampar, terdapat 4 orang anggota wataniah yang telah terpilih untuk mewakili Mahallah Salahuddin Al- Ayyubi iaitu mereka ialah Pbt Lotfi Amir, Pbt Nasrul Hadi, Pbt Naim Mansor dan Pbt Atiqah Jahari. Mereka giat menjalani latihan dibawah tunjuk ajar Cik Nazri yang banyak memberi panduan, tips dan motivasi bagi meningkatkan skill masing-masing. Sebagaimana yang kita tahu beliau sememangnya telah melatih anggota Suksis dalam sukan bola tampar untuk pertandingan dan dengan itu beliau mahir dalam mengendalikan peserta-peserta untuk berjuang memenangi mana-mana pertandingan. Semuanya terpulang kepada tahap kerjasama dan kekuatan daripada setiap anggota dalam kumpulan tersebut untuk pergi sejauh mana yang mereka kehendaki dan dengan itu perlu bekerja keras untuk mencapai objektif tersebut.
Diharapkan bagi acara sukan yang lain turut mempamerkan aksi terbaik dalam karnival sukan ini dan mengatasi mahallah-mahallah yang lain untuk membuktikan mahallah Salahuddin yang kebanyakannya dihuni anggota unit beruniform ini bukan sahaja pandai berkawad, malah mampu menonjol dalam acara sukan diperingkat universiti. 

Dalam perkara yang lain, seramai 60 anggota daripada unit Wataniah, Suksis dan Palapes Udara diperlukan untuk membuat persembahan Tempur Tanpa Senjata(TTS) bagi upacara penutup sukan ini. Nama-nama boleh diberikan kepada Pbt Hazar Saharin@Hosrin bagi unit Wataniah. 

Majulah sukan untuk Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi.


post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)