CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 20, 2010

Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Hulu Langat, Tanjung Karang, Sungai Besar Dan Sepang

Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Hulu Langat, Tanjung Karang, Sungai Besar Dan Sepang.



Pada 19/12/2010, Rejimen 515 Askar Wataniah telah dijemput untuk menghadiri pelancaran Kompeni Askar Wataniah Kawasan Hulu Langat, Tanjung karang, Sungai Besar dan Sepang di mini stadium Kuala Kubu Baru yang telah dirasmikan oleh Lt Jeneral Dato' Pahlawan Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin, Pemangku Panglima Tentera Darat(TPTD). Seramai 21 orang LLP daripada Rejimen 515 Askar Wataniah sukarela telah menghadiri majlis pelancaran ini dimana kehadiran diakui sebagai sebahagian latihan tempatan 2011. Daripada jumlah itu, 2 orang anggota UIAM yang hadir ialah Pbt Omar Hamzah dan Pbt Fatih Latif serta seorang lagi Lans Koperal Aisyah CCWT 1062 yang di mana beliau turut terlibat dalam persembahan yang menyaksikan seramai 300 anggota LLP sukarela dan 15 orang pegawai daripada Rejimen 502 Askar Wataniah terlibat.


Pada jam 0700 - 0900, mereka menunggu ketibaan jemputan tentera dan awam serta dif-dif jemputan. Kira-kira jam 0910, perbarisan masuk padang 300 orang anggota sukarela R502 berkawad dengan segak sekali dan melakukan upacara tabik hormat. Jam 0930 ketibaan Timbalan Panglima Tentera Darat(TPTD) dan upacara tabik hormat, nyanyian lagu Askar Wataniah dan pemeriksaan barisan dilakukan. Sejurus selepas ucapan perasmian, upacara penyerahan bendera Askar Wataniah kepada TPTD dilakukan dan beliau seterusnya menyerahkan bendera kepada pegawai sukarela R502AW. Upacara penyerahan bendera AW adalah sebagai simbolik menyerahkan jiwa raga dan sedia berkorban demi mempertahankan maruah agama bangsa dan negara tercinta. 




Selepas itu, upacara menaikkan bendera dan penyampaian cenderahati dilakukan serta gempitan gempur wira. Selepas upacara deklamasi sajak dan bacaan doa, persembahan-persembahan hebat daripada anggota sukarela R502AW menarik perhatian para hadirin. Antara persembahan pada hari tersebut adalah seperti Kawad Senyap, TTS, Senaman Perang dan lain-lain yang disertai dengan letupan-letupan yang tidak diduga. Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan pancaragam pusat daripada Kor Armor Diraja. Kawad Senyap dipraktikkan untuk menguji tahap kepekaan serta kecekapan anggota dalam berkawad. Persembahan ini terdiri daripada 60 anggota daripada rejimen 502 askar wataniah
kawad ini mempunyai 5 formasi yang diselang selikan dengan pergerakan senjata. Kawad Senyap ini juga untuk memupuk semangat kerjasama tanpa menggunakan sebarang hukuman suara.




Akhir sekali mereka berpeluang berkunjung ke pameran dan promosi yang diadakan berdekatan dengan mini stadium Kuala Kubu Baru tersebut. Terdapat pameran senjata, kenderaan tentera, jualan barang dan peralatan tentera selain booth daripada setiap sayap perkhidmatan darat, udara dan laut bahagian pasukan sukarela. 

DEKLAMASI SAJAK

pahlawan wataniah
izinkan kami pada hari ini mengenang perjuanganmu
pada hari yang mulia ini mengingati pengorbananmu
dalam setiap denyut nadi seluruh rakyat jelata
di darul ehsan tercinta ini

pahlawan wataniah
sungguh murni pengorbananmu
kerana kedaulatan negara sentiasa kau pertahankan
dengan jasad dan nyawamu
kemakmuran tanah pusaka ini
sentiasa kau bayar dengan titisan darah merahmu
keamanan yang dikecapi ini telah berdiri diatas daging dan tulang temulangmu
semuanya telah dibela dengan sendi dan hamparan belulangmu
kusirapi dengan air mata keluarga
air mata anak-anak yang kau tinggalkan

pahlawan wataniah
sesungguhnya jasa yang kau curahkan
telah tertulis dengan tertibnya dalam lipatan sejarah negara
segala bakti sucimu tidak pernah dipersia
setiap titis darah merahmu
telah menyuburkan seluruh darul ehsan
telah bangun dengan semangat membela negara ini
penuh tekad dan sumpah mempertahankan kedaulatan pertiwi tanpa undur walau setapak
sesungguh askar wataniah tonggak kedaulatan negara

pahlawan wataniah
seluruh wargamu berikrar
akan meletakkan kedaulatan dan menjunjung panji-panji negara
tentang maruah bangsa
biar jiwa perkasa ini musnah
biar jasad memandi darah
musuh negara akan kami sergah
namun tanah bangsa yang merdeka ini
akan kami pertahankan
hingga titisan darah yang terakhir

pahlawan wataniah
bakti sucimu ibarat maruah negara
maruah itulah kedaulatan
yang menjadi sumber keamanan yang sumber perpaduan
tanpa mengira agama atau percaya adat atau budaya
semuanya rukun dan damai
satu malaysia satu wataniah satu wawasan

hari ini kamilah warga yang sukareala menyerahkan jiwa raga
menyambung perjuangan pahlawan terdahulu
pada hari perasmian inilah
kami perbaharui iltizam dan sumpah setia kami
kepada raja dan negara
seiring dengan cogan kata berkhidmat untuk negara

2 comments:

Omare

Seronok lak dapat jadi gunner jap..
haha...

Siti Nurhuda Husna

Assalamualaikum.

Waahh! Tanjung Karang! Kampung beta!! Hahaha!

Eh? Kompeni askar tu macam mana? Macam rejimen ke pe?

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)