CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 8, 2010

"Terkilan..."

UIAM Rai Ramadan, Merdeka

SEBAHAGIAN daripada kakitangan dan pelajar
UIAM mengibarkan Jalur Gemilang pada
Majlis Perbarisan Sambutan Kemerdekaan
di UIAM, Gombak baru-baru ini.
Sempena Ramadan al-Mubarak dan bulan kemerdekaan negara, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan program ihya Ramadan dan kemerdekaan secara serentak.

Kedua-dua program itu dianjurkan bersama bagi menunjukkan semangat tanggungjawab sebagai umat Islam sempena Ramadan serta semangat patriotik dalam menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-53 hujung bulan ini.

Program yang dianjurkan itu melibatkan 130 pelajar daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Tentera Udara Diraja Malaysia UIAM dan Kor Suksis Polis.

Menurut Pegawai Komanden Palapes, Mohd. Zahid Mustakim, sempena dengan bulan Ramadan umat Islam di tuntut mengerjakan ibadah puasa dengan penuh kesabaran.

“Dalam bulan ini juga, umat Islam di negara ini berpuasa dan pada masa yang sama menyambut bulan kemerdekaan negara.

“Justeru kita menunaikan tanggungjawab ini dengan menganjurkan program-program aktiviti Ramadan dan kemerdekaan secara serentak,” katanya.

Menurut Mohd. Zahid, sempena bulan kemerdekaan negara pula, UIAM telah menganjurkan majlis perbarisan sambutan kemerdekaan.

“Program sambutan kemerdekaan dimeriahkan dengan kehadiran warga UIAM termasuklah pelajar antarabangsa.

“Semangat patriotik dapat dilihat di setiap warga UIAM apabila menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang,” katanya.

Sementara itu Rektor UIAM, Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid berkata, kedua-dua program itu adalah tanda rasa cinta kepada tanah air tanpa melupakan kedatangan bulan yang mulia.

“Ini adalah sebahagian daripada pengisian bulan Ramadan dan kemerdekaan negara yang perlu dipupuk di kalangan mahasiswa di negara ini,” katanya.

Sumber – Sebuah akhbar tempatan

P/s:
Nadiwatan: Terkilan....Penglibatan anggota-anggota askar wataniah UIAM dalam program tersebut secara tidak sedar telah dinafikan oleh wartawan sebuah akhbar tempatan yang mana tidak sepatutnya berlaku kerana penyampaian maklumat kepada pihak umum haruslah terperinci dan tepat. Adakah kerana anggota - anggota askar wataniah yang memakai baju celoreng(baju No. 5) telah menyebabkan berlakunya penyamaran berkesan di mata wartawan tersebut sehingga tidak nampak penglibatan mereka atau adakah wartawan tersebut tidak kenal 'askar wataniah' sebagai salah satu badan beruniform di UIAM? Kesalahan lain yang boleh dilihat ialah nama sebenar pegawai kadet PALAPES di dalam artikel tersebut ialah Muhammad Zaid Mustakim dan panggilan Prof. Dato' Sri Dr. Syed Arabi Idid. Sebagai bukti, mari lihat sebuah post berkenaan program tersebut di blog ini yang menyaksikan penglibatan Askar Wataniah dan bukan hanya PALAPES dan Kor Suksis sahaja seperti yang di siarkan di akhbar tersebut. <Klik Disini>
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)