CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 11, 2010

Photo Post Merdeka Parade 2010

IIUM MERDEKA PARADE 2010 

(Wataniah||Suksis||Palapes Udara) 

10/08/2010, IIUM Main Stairs 





Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi Universiti SUKSIS berbaris untuk
bergabung dalam perbarisan bersama unit Palapes Udara dan Wataniah.


SUKSIS mempamerkan kawad terbaik mereka semasa perbarisan merdeka
2010 di main stairs UIAM.



Pemeriksaan Pakaian oleh Lans Koperal Firdaus bagi unit Wataniah.
Lans Koperal Firdaus membetulkan hackle Pbt Muhaimin -
ketua perbarisan bagi unit Wataniah.

Ketua Perbarisan Merdeka 2010 diketuai oleh Pegawai Kadet Muhammad Zaid
daripada unit Palapes Udara UIAM dimana beliau juga dahulunya seorang anggota
Askar Wataniah yang aktif menjalani pelbagai jenis latihan/kem/kursus.



Bacaan Ikrar
Bacaan Doa dibacakan oleh Imam masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM


Upacara nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu UIAM.
Anggota-anggota dalam keadaan senang diri tanpa sebarang pergerakan
sementara menunggu arahan seterusnya daripada parade comander.



Pbt Muhaimin, Presiden Kelab Nadi@watan UIAM mengetuai
pasukan unit Wataniah dalam perbarisan.
Letupan-letupan yang mengeluarkan asap berwarna mengejutkan para hadirin
walaubagaimanapun anggota-anggota dalam perbarisan masih berdiri tegak tanpa
mengendahkan gimik tersebut.
Gabungan 3 unit beruniform di UIAM dalam perbarisan menunggu arahan.
Ketiga-tiga unit ini stay-in campus di Mahallah yang sama iaitu
Mahallah Salahuddin Al-Ayyubi.
Baris Sedia... Kelihatan satu barisan yang lurus memanjang
setelah arahan ke kanan lurus oleh parade comander
Pegawai Kadet Muhammad Zaid
Simbol Perasmian pembukaan bulan kemerdekaan di UIAM oleh Rector
UIAM Dato Sri Syed Aribi Aidid dengan menanam pokok bunga raya.
Nyanyian lagu Jalur Gemilang oleh Staf- Staf dan pelajar - pelajar UIAM


Pegawai Kadet Muhammad Nadhir daripada Palapes Udara mengambil
peluang bersalaman dengan Datuk Hamidon yang juga berpakaian unit Air-force.


Bersalaman..Tamat sudah bagi upacara perasmian bulan kemerdekaan
setelah dirasmikan oleh Rector UIAM.


Lt Wan Rizaila memberi penghargaan kepada anggota-anggota yang terlibat
dalam Merdeka Parade 2010.

1 comments:

Lima Tango

Very Good! cadangan...apabila menyebut ketiga-tiga servis(lisan atau tulisan), saya harapkan smua anggota(LLP wataniah sahaja!) berani mendahulukan "Wataniah", "S" then "P" sesuai dgn tempoh perkhidmatannya yg lbh lama berbnding yg lain, turutan penubuhan dan juga satu penghargaan di atas jasanya pd setiap tahun kpd pihak UIAM.

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)