CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 3, 2010

Q&A - Aku Disoal Berkenaan Wataniah? (Sampel 01)

Aku Disoal Berkenaan Wataniah?

**Gambar adalah sebagai hiasan semata-mata.


Q: Apa yang anda lakukan semasa di universiti selain dalam bidang pengajian?

A: Saya telah menawarkan diri secara sukarela untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara dengan menyertai sebahagian dalam perkhidmatan pertahanan negara iaitu Askar Wataniah. Saya telah melalui 3 fasa pembelajaran dalam aktiviti kokurikulum ini iaitu diperingkat (dengan izin) junior, intermediate dan senior dimana saya telah diajar mengenai keperibadian dan integriti seorang askar yang mendaulatkan negara. Diperingkat junior saya dilatih untuk belajar menerima dan melaksanakan arahan tanpa gagal daripada orang yang lebih berpengalaman daripada saya dan lebih utamanya saya telah memahami kepentingan adanya sifat (dengan izin) 'followership' yang membantu rencana kepimpinan atasan. Seterusnya diperingkat 'intermediate' saya lebih berkeyakinan untuk memberi arahan kepada rakan sepasukan dan melakukan sesuatu tugas dengan rasa penuh tanggungjawab. Diperingkat senior dan sehingga dimana saya sekarang berada, saya penuh berkeyakinan bahawa saya telah mempunyai kekuatan dalam 'Leadership & Followership' (dengan izin). 


Q: Apa yang anda peroleh dengan menyertai Wataniah?


A: Di dalam penglibatan saya dahulu sebagai seorang mahasiswa didalam wataniah, tiada sebarang bentuk elaun yang diperuntukkan oleh pihak universiti untuk sebarang latihan yang saya dan rakan sepasukan jalani. Dan bukan tujuan itu juga saya menyertai wataniah kerana saya percaya pembentukkan jati diri dan integriti seseorang individu hanya mampu dipupuk secara berkesan sekiranya kita menyertai sesuatu perkhidmatan dalam sistem pertahanan negara. Saya berpendapat, melalui modul-modul yang ada di dalam rancangan pembelajaran latihan sesuatu unit itu, secara keseluruhannya menekankan semangat cintakan negara dan sanggup berkorban jiwa dan raga demi menjaga kedaulatan negara yang kita cintai. 



Q: Apa yang anda faham dengan konsep 1Malaysia?



A: Apa yang saya faham dengan konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak ialah penekanan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar bangsa Malaysia dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Saya merasakan ini adalah suatu peningkatan yang ketara daripada sikap toleransi semata-mata.








P/s: 
**Sampel soalan dan jawapan di atas hanyalah sebagai bahan bacaan semata-mata, segala isi hendaklah "diinterpretasi dan diolah" oleh anggota sendiri samaada skill atau non-skill. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kerugian yang dialami atas bacaan di dalam post ini.



post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)